Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Sunday, April 16, 2017

Sikap Berkecuali: Di Mana Kedudukannya Dalam Islam?

Bismillah
Wal Hamdulillah



   Bolehkah mengambil jalan tengah dengan tidak menyokong mana-mana kumpulan jika berlaku kekaburan & kecelaruan dalam politik?

Jawapannya boleh. Dalam konflik yang melibatkan parti Sayyiduna Ali r.a dengan parti Sayyidah Aisyah r.a.h & Sayyiduna Muawiyah r.a, terdapat sebahagian sahabat r.a yang mengambil pendirian tidak berpihak atau tawaqquf bersandarkan kefahaman mereka terhadap sabda Rasulullah S.A.W berikut:

“Sesungguhnya akan berlaku (suatu hari nanti) fitnah-fitnah, betapa pada ketika itu orang yang duduk (menjauhi fitnah) lebih baik daripada orang yang berjalan untuknya (fitnah), orang yang berjalan untuknya (fitnah) lebih baik dari orang yang berlari-lari anak untuknya (fitnah), ketahuilah apabila ianya berlaku, maka sesiapa yang memiliki unta hendaklah ia (menyibukkan diri dengan) menggembala untanya, sesiapa memiliki kambing gembalailah kambingnya, sesiapa yang memiliki tanah kerjakanlah tanahnya. Perawi berkata: Lalu berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, apa pandangan kamu bagi sesiapa yang tidak mempunyai unta, kambing dan tanah, Baginda menjawab dengan bersabda: Dia ambillah pedangnya, lalu tetaklah bahagian tajamnya ke atas batu (supaya ia menjadi tumpul dan tidak boleh digunakan lagi), kemudian selamatkanlah dirinya sekiranya ia termampu menyelamatkan diri” . (Riwayat Muslim)

     Antara golongan sahabat yang menahan diri mereka daripada berbicara & terlibat dgn peristiwa tersebut adalah; Sa‘d bin Abi Waqqas, Abu Bakrah perawi hadith disebutkan tadi, ‘Abd Allah bin ‘Umar dan ‘Imran bin al-Husayn. Al-Nawawi ketika menjelaskan kedudukan para sahabat yang tidak melibatkan diri dalam fitnah ini, menyifatkan mereka sebagai golongan yang berada dalam keadaan tahayyur atau kebingungan. Beliau menyebut:

“(Pada saat itu) permasalahan yang dihadapi amat samar sehingga sekumpulan para sahabat tahayyur (menjadi bingung) tentangnya. Oleh itu mereka mengambil sikap mengasingkan diri daripada dua golongan (yang berselisih), mereka tidak ikut serta berperang, dan tidak meyakini manakah pihak yang benar”
(Syarah Sahih Muslim: 18/11)

     Sheikh ‘Abd al-Halim Mahmud dalam bukunya “al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam” memuji para sahabat tersebut, beliau mengatakan itu adalah pendirian orang yang bijaksana memandangkan permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam pada ketika itu sangat kompleks, samar dan sulit untuk membezakan antara kumpulan yang benar dan salah. Setiap golongan mengemukakan alasan untuk membenarkan pendapat mereka dan menyalahkan yang lain. Oleh kerana itu, mereka mengambil pendirian untuk menyerahkan permasalahan tersebut kepada Allah S.W.T dengan tidak menghukumi kumpulan mana yang benar dan salah. Menurut penilaian ‘Abd al-Halim Mahmud ini adalah suatu langkah positif yang diambil oleh orang yang bijaksana. (al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam: 140)

     Kesimpulan: Dalam krisis politik yg sedang melanda umat Islam di Malaysia pada hari ini, tidak salah jika kita mengambil sikap tawaqquf (berdiam diri drpd menyokong mana-mana pihak) memandangkan berlakunya kekaburan yg amat sgt bahawa pihak manakah yg benar2 boleh menguntungkan Islam & umat Islam. Wallahu a'lam.


*Disalin dari status facebook Ustaz Aizam Mas'ud

Saturday, September 12, 2015

Penawar Resah Gelisah

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

1.  Manusia diciptakan oleh Allah swt dengan bersifat resah gelisah serta suka mengeluh. Firman Allah swt:

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut).

Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.

Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut.

(Al-Ma'arij: 19-21)

2.  Namun di sebalik keunikan sifat tersebut yang tercipta dalam diri manusia, Allah ajarkan kita dengan hikmah dan cara bagaimana untuk mengawal perasaan gelisah dan bakhil ini. Firman Allah lagi:

Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyangIaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.

(Al-Ma'arij: 22-23)

3.  Faktor utama yang menentukan hala tuju, susah atau senangnya perjalanan seharian seseorang hamba itu ialah solatnya. Baik solatnya, insyaAllah baik pula harinya. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba yang menyusun jadual harinya bersesuaian dengan waktu solat, bukannya solat pula yang perlu mengikut kesesuaian jadualnya.

4.  Allah menerangkan pula dalam ayat seterusnya dalam surah Al-Ma'arij, bahawa selepas urusan solatnya diperbaiki, maka perkara sesudah itu yang boleh diamalkan ialah:

Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

(Al-Ma'arij: 24-25)

5.  Suka untukku berpesan kepada diri sendiri, bersedekah itu menenangkan jiwa. Bukan sahaja memberi kepada mereka yang meminta-minta, namun yang tidak meminta tetapi hakikatnya mereka jua perlukan bantuan, perlu dibantu sedaya boleh.

6.  Jika pun tidak dibantu secara material, nasihat yang baik juga sudah memadai. Allah berpesan:

Adapun orang yang meminta (bantuan, pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.

(Ad-Dhuha: 10)

7.  Perasaan resah gelisah boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kelam kabut dan tergesa-gesa melakukan sesuatu. 

8.  Namun tidaklah semua perbuatan tergesa-gesa itu salah. Apabila mengajak kepada menyembah Allah, ianya menjadi sesuatu yang terpuji, insyaAllah. Dalam konteks dakwah, ini ialah 'bersegera', bukannya kelam kabut.

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu.

Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayat petunjuk.

(Yasin: 20-21)

9.  Anjuran bersegera dalam kebaikan diajarkan oleh Allah dalam firmannya:

..Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan..

(Al-Baqarah: 148)

10.  Juga dalam usaha mencapai keampunan Allah swt:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

(Ali 'Imran: 133)

11.  Kesimpulannya:
  • Ubat untuk perasaan gelisah itu ialah solat, sadaqah, dan anjuran-anjuran lainnya (rujuk surah Al-Ma'arij).
  • Bersegera, berlumba-lumba, tergesa-gesa dalam mengejar kebaikan dan keampunan Allah itu perbuatan terpuji.
  • Bersegera dalam amal kebaikan ialah antara sifat orang bertaqwa.

Wallahu a'lam, wassalam.

Thursday, August 20, 2015

Merasa Syukur Untuk Merasa Cukup

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

1.  Konsep syukur adalah salah satu cabang dari ajaran islam. Ianya difahami oleh sebahagian besar manusia sama ada muslim ataupun tidak, namun tidak ramai yang mampu mempraktikkannya secara holistik di dalam kehidupan seharian.

2.  Di dalam al-quran, terdapat banyak ayat-ayat yang memaparkan atau membincangkan perihal syukur. 

3.  Tentang perihal hamba yang bersyukur, diceritakan oleh Allah;


"Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."
(Saba':13)

Dalam ayat ini, Allah memerintah nabi Daud dan keluarganya untuk melakukan amal-amal soleh sebagai tanda kesyukuran atas nikmat kurniaan tuhan. Seterusnya, Allah menyatakan bahawa amat sedikit sekali hamba-hambaNya yang bersyukur. Ayuhlah kita berdoa agar termasuk di dalam golongan yang sedikit itu, insyaAllah.

4.  Terdapat segolongan hamba Allah yang terpilih untuk mendapat nikmatNya, lalu mereka mengeluarkan daripada harta mereka itu bahagian untuk diberi makan orang-orang yang memerlukan.


"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih."
(Al-Insan:8-9)

Golongan yang dimuliakan ini bukan sahaja memberi makan, malah memilih makanan yang terbaik sahaja (dihajati dan disukainya) untuk diberi kepada yang memerlukan. Setelah itu mereka bahkan menolak sebarang balasan ataupun ucapan terima kasih dari golongan yang dibantu itu. Mereka hanya berkehendakkan Allah lalu bersyukur kepadaNya, bukan mengharapkan kesyukuran dari makhluq.

5.  Penghuni-penghuni syurga juga turut mengucapkan puji-pujian serta syukur kepada Allah.

"Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing dan mereka pula bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayat petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufikNya).."
(Al-A'raf:43)

Golongan yang sudah dimasukkan ke dalam syurga pun masih mampu memanjatkan kesyukuran kepada Allah, semoga kita termasuk dalam kalangan mereka insyaAllah.

6.  Perintah untuk bersyukur ke atas (kebaikan, pengorbanan) ibu bapa dinukilkan di dalam al-quran bersama-sama dengan perintah agar bersyukur kepada Allah.


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Luqman:14)

7.  Sesungguhnya syukur itu manfaatnya adalah untuk diri kita sendiri.


"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."
(Luqman:12)

8.  Semoga para pembaca termasuk diriku dapat mengambil barang sedikit manfaat daripada nukilan hamba yang lemah ini. Ya Allah, masukkan kami ke dalam golongan yang sedikit! InsyaAllah, wassalam.

Wednesday, August 12, 2015

Nasihat Untuk Orang-orang Yang Menasihati

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

     Setiap daripada kita dicipta oleh Allah dengan perasaan ingin berdamping dan didampingi oleh orang lain. Anak-anak kecil, ingin bersama-sama dengan ibubapa atau penjaganya. Orang-orang yang telah tua, sering rindukan anak-anaknya agar pulang ke kampung. Pekerja mahupun pelajar sekolah perlukan sahabat seperjuangan bagi menelusuri liku-liku jalan mengejar impian. Begitu pula dengan remaja, atau pemuda-pemudi yang belum berkahwin. Sememangnya wujud rasa ingin mendampingi seseorang yang berlainan jenis, menjadi sahabat baiknya, peneman di kala suka, penenang di waktu duka, seseorang yang menyambut tangan dan cintanya!
     Dalam memenuhi tuntutan rasa cinta ini, ada kalanya kita goyah. Mungkin seringkali rebah, melayan nafsu yang penuh serakah, benteng iman dan taqwa pula amat lemah, dosa pahala tidak lagi diendah, perihal syurga neraka diambil mudah. Tidak sahaja mereka yang kurang berpengetahuan agama lemas dalam tipu daya syaitan ini, bahkan ramai para bijak pandai agama yang kukuh pelajaran aqidah dan lengkap pula ibadah yang tersungkur dalam lembah cinta hina. 
     Aku berani bersaksi atas segala kata-kataku ini, kerana aku punyai sahabat-sahabat yang pernah diuji Allah dengan ujian iman sedemikian, bahkan, aku sendiri pernah jatuh ke dalam dunia itu. Sehinggalah Allah datang mengetuk pintu hatiku, maka dihadirkanNya seorang wanita yang telah mengubah jalan hidupku dengan cara terhormat iaitu nikah. Cukupku katakan tatkala aku terlalu lama berduka cita akibat peritnya dikhianati, hadirnya dia dalam hidupku membawa cinta dipandu Ilahi. Terus sahaja jalan-jalan pernikahan itu dipermudahkan, tidak perlu keluar sana-sini macam suami isteri, dan entah apa-apa lagi. Semoga Allah menutup aib-aibku di dunia dan di akhirat.
     Ada beberapa pesanan yang ingin kusampaikan kepada sahabat-sahabat sekalian. Buat mereka yang tidak suka akan perbuatan couple atau ingin menasihati sahabat-sahabat yang terjebak dengannya:

1) Betulkan niat, mohon agar segala usaha kita semata-mata untuk redha Allah.
2) Bencilah perilaku dosa, jangan sampai diperlekehkan niat mereka yang betul-betul ingin bernikah namun terdapat halangan. Kita hanya nampak apa yang zahir sahaja. Pernah ambil tahu sudah berapa kali niat untuk bernikah mereka ditolak oleh keluarga? Dibebani pula adat hantaran berpuluh ribu yang mengarut itu?
3) "Sesiapa yang mengejek/memperlekeh saudaranya yang sudah pun bertaubat dari dosa yang pernah dilakukannya, maka dia tidak akan mati melainkan setelah dia juga melakukan dosa tersebut."
-Ibn Qayyim al-Jawziyya (w. 751H)
4) Sampaikanlah dengan penuh hikmah. Allah hanya mendedahkan satu sahaja aib saudara kita itu, sedang diri kita sendiri ada lima puluh aib yang ditutup oleh Allah dari pandangan manusia!
5) Jika rasa diri lagi hebat dari orang yang ingin dinasihati itu, maka hentikanlah 'dakwahmu'. Sebaliknya mintalah orang lain menasihatimu, mohonlah Allah mengubatimu dari penyakit hati bernama ego, kerana sesungguhnya itu yang telah menghumban iblis ke lembah kemurkaan Allah.
6) Tugas kita hanya menyampaikan, amr ma'ruf nahy munkar. Sesungguhnya Allah jualah yang menyedarkan dan memberi hidayah.
7) Berpesan-pesanlah kerana Allah, bukan kerana marah.
8) Jika kamu dikeji kerana menasihati, yakinlah yang memberi ganjaran bukanlah si pengeji, tetapi Allah.
9) Kurangkan atau hentikanlah kata-kata berbentuk sarcasm (perli) apabila menasihati. 
10) Jika hati kita bersih, akan mudah pula mengajak orang lain membersihkan hati mereka. Oleh sebab itu jika nasihat kita tidak berapa menjadi, ya hidayah milik Allah, namun kita perlu juga bermuhasabah diri. Berkata Al-Fudhail bin 'Iyadh,
"..setiap kali isteri, anak-anak dan keldaiku melawan perintahku, aku selalu muhasabah diri: Maksiat apa yg telah aku lakukan? Selepas aku bertaubat, aku segera melihat perubahan dalam diri mereka.."

Semoga tulisanku ini bermanfaat terutamanya buat diriku sendiri insyaallah. Sebarkan cinta, sebarkan kebenaran. Wassalam.

Thursday, August 23, 2012

Menjauhi anjing di pagi raya

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

     3 bulan. dah 3 bulan tak tulis pape kat blog, pencapaian paling teruk setakat ni. but lately, I came across some of my lecturers' blogs. waah kagum gak, rilek je diorang bleh update kekadang sehari sampai dua, tiga post. padahal bukan setakat kasi lecture je, sometimes diorang ade gak tugas kat hospital. kira dari segi sibuk, memang diorang lagi banyak keje. even tengah marking papers pun sempat lagi blogging.

So ak pun tergerak untuk update sebagai mencontohi komitmen diorang. kah3.

Tapi takde idea.

*************************

     Pagi nak dekat tengah hari raya kedua, ibu ajak g tesco. nak wat open house lebih kurang. ak ni balik umah 3 bulan sekali. itu pun tak kuar g memane, memang lepak lam umah je. bukan senang nak cuti kan.  but setiap kali ak jejak kaki kat ipoh ni, satu benda paling obvious sentiasa ak nampak. makin lama, makin hilang orang2 kulit sawo matang kat ipoh. sebaliknya semakin ramai manusia mata sepet sana sini. cakap je r kat mana, shopping complex? jalan raya? tempat riadah? dah r pakaian deme cam haram. 

Tapi kat kuantan, orang2 kita yang berpakaian haram jadah. eh?

     Hah dah sampai tesco, alhamdulillah parking banyak. elok nak park satu tempat ni, tetiba ada anjing tengah lepak situ daa.. "ibu, kita parking kat sana r. malas r sini ade anjing," ak melontarkan buah fikiran. then kami pun shopping ngan gumbira.

Ratio 1:7 ak kasi untuk sawo matang versus mata sepet. adakah sebab musim raya orang balik kampung? not really, ak balik tym bukan raya pun camni gak.

*************************

     Tup tap tup tap, setel shopping. kami pun berangkat ke kereta. haih?

Elok je anjing tadi lena bawah keta ak.

Punya la ak nak lari dari anjing tu, last-last die cari gak keta ak nak lepak. Ibu halau leklok, n die pun g tido tempat laen. ibu then cakap,

"maybe Allah nak tunjuk kat kamu. anjing pun ada hak untuk hidup kat dunia ni."

-Apatah lagi manusia?-

Selamat Hari Raya Eidilfitr !

Tuesday, April 3, 2012

Niat? (edisi nak update cepat-cepat sebab bz)

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah


     Hehe.. cerita dari pengalaman seorang sahabat ngan rumate nye. memang tajam n tepat, rupanya camtu nak lawan ngan 'pejuang-pejuang logik' ni.. let they kill themselves wif their logic. jangan kelam-kabut nak menang bila hadapi golongan camni, take ur tym. yang paling penting, ingat bahawa hanya Allah yang boleh beri hidayah, kita hamba juz menyampaikan kebenaran. dengan kreatif of course! 
      Dan satu lagi benda yang kita leh blaja is, di mana jua kita dicampak, kat tengah-tengah manusia kafir ke, liberal, plural, jumud, sesat, islam hanya pada nama, n segala macam lagi manusia, always be a productive muslim. setiap tempat ada peluang and ruang untuk kita sampaikan sesuatu tentang islam. "sampaikan dariku walau sepotong ayat!"

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."
(An-Nisak : 103)
      Wallahu a'lam.. tenkiu! :-)

p/s : alhamdulillah, baru donlod app 'rage comix' kat ipod.. so pasni takyah tulis entri baru pun xpe, wat je simple comix pakai app ni. sangat senang n simple! untung laaaa~

Saturday, February 11, 2012

Allah is calling me



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

     Alhamdulillah, still ada peluang n ruang untuk bertaubat hari ni. bila Allah uji, senyumlah n cuba tenangkan diri. yakin n pasti, esok lusa akan nampaklah hikmah semua yang terjadi. cuma persoalannya, maukah kita kembali kepada Ilahi? atau terus bermuram sendiri, bersedih hati?

Ujian itu Peneguh Iman
     Sedang sunyi termenung sendiri, ayah kol. seronok dengar suara ayah, excited n bertenaga. ayah kol semata-mata nak cerita isi ceramah kat masjid tadi. ya Allah tetiba tenang je hati ni. walaupun ak tak citer pape pun sal problem, tapi cukup sekadar dengar suara ayah n ibu, automatik jadi tenang n lapang dada ak. 
     Tentang ceramah tadi, ayah pesan kat ak. ia perihal orang-orang yang zalim. antara sifat mereka ialah PEMARAH, wuhuu memang terkena mucus membrane batang hidung ak. n ayah cakap, MARAH ni tak datang sorang-sorang, tapi sifat ni datang ngan pakej lain. bila seseorang itu ada sifat pemarah, automatik sifat hasad, dengki, ultra-ego, bangga diri, n mazmumah yang lain akan hidup subur dalam dirinya. segalanya kerana PEMARAH. 
     Selain kuat marah, orang zalim ni gak antara cirinya, jahil. jahil yang macam mana? bila berpendapat, dia saja betul. pendapat orang lain semuanya salah. bila bab cakap agama, dialah orang yang paling pandai dan betul. Ya Allah... terima kasih sebab hantar ayah untuk tazkirah si pendosa ni...
     Tenkiu ayah for such an important reminder. insyaAllah ak akan terus usaha untuk ubah diri ni jadi lebih baik. 

"ayah, tak tengok liverpool lawan Man U?"
"ish.. dah tak tengok dah bola skang. dah tua, ayah nak dengar ceramah."

dats my ayah! :-)

Sekarang Hati Pun dah Tenang
     Alhamdulillah, ringan rasa dada ni. sedang sibuk risaukan kata-kata manusia, hampir terlupa bahawa Allah sentiasa bersama hambaNya. menemani diri di setiap ujian yang melanda, menenangkan hati bila mana rasa duka, mengingatkan kembali yang dunia ini hanya sementara, gagal sekali sekala itu lumrah manusia, ingatlah, ini penting untuk setiap hamba;

"Bila kamu ada Allah, kamu ada segalanya!"


Ya Allah, sampaikanlah ibu n ayah ke kuantan ni. ak nak cium tangan mereka, ameen.. 
(ahli famili yang lain turut dijemput hadir. hehe)

:-)

Saturday, January 28, 2012

stereo Quran



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

My heart's a stereo
It beats for you, so listen close
Hear my thoughts in every note
O-oh

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
So sing along to my stereo

Kadang-kadang letaknya di dalam laci
Mungkin juga berhabuk di atas almari
Tak mustahil agak payah nak dicari
Sebab tempatnya bukan lagi dalam hati.

Berapa ramai yang mau berdiri?
Mencapai si dia, yang kian dilupai?
Menyelak helaian yang penuh seni
Panduan hidup sampai mati


If I was just another dusty record on the shelve
Would you blow me off and play me like everybody else

If I ask you to scratch my back, could you manage that
Like it read well, check it Honey, I can handle that



Dengannya, kita faham hidup bukan main-main
Hidup diatur Allah Rabbul 'Alamin
Diutus nabi bergelar Al-amin
Hujjah untuk yang kufur, petunjuk untuk mukmin


If I could only find a note to make you understand
I'd sing it softly in your ear and grab you by the hand

To keep me stuck inside your head, like your favorite tune
And know my heart is a stereo that only plays for you


Hari ini sudahkah isinya kita hayati?
Atau telinga cintakan hiburan duniawi?
Di mana letaknya surat cinta Ilahi?
Di mulut, di rak, bukan di sanubari?

Bacalah Quran! wahai saudaraku!
Kita takkan rugi, itu janji Tuhanmu!
Biarkan menjadi bait yang bermakna
Sahabat di dunia, peneman di pusara


I only pray you'll never leave me behind
Because good music can be so hard to find
I take your head and hold it closer to mine
Thought love was dead, but now you're changing my mind..
Gym Class Heroes feat. Adam Levine
...................... and Bez Amin. :-)

Saturday, November 12, 2011

I luv U, forever!

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Kadang-kadang...

Cinta manusia banyak sebabnya,
Cinta manusia boleh buat pening kepala,
Manusia kagum bila kamu bijak berbicara,
Mereka cinta sebab muka kamu boleh tahan juga.

Manusia cinta bila kamu cantik,
Ada karisma, personaliti menarik,
Konon hebat, macam orang politik,
Senang cerita, mereka cinta sebab kamu unik.

Kamu dicintai, bila banyak ilmu agama,
Manusia datang, mengharap kamu jadi teman hidupnya,
Padahal taktau, dalam hatimu ada setan juga,
Cinta manusia, memang betullah buta!

Manusia cintakanmu sebab kamu hebat,
Manusia cinta sebab kamu ni kuat,
Pergi mana-mana, musuh tak berani dekat,
Mereka cinta, sebab kamu boleh jadi bodyguard!


Yang Pasti...

Kecantikanmu, bukanlah untuk selamanya,
Kepetahanmu, kadang-kadang buat orang terluka,
Kekuatanmu, hilang pabila diri semakin tua,
Kebijaksanaanmu, boleh ditarik bila-bila masa,

Di akhirnya, pabila kamu tak lagi sempurna,
Di akhirnya, pabila kamu hilang segalanya,
Di akhirnya, pabila kamu hanya seorang insan biasa,
Masihkah ada manusia berikan rasa cinta?
******************************
Dan Selamanya...

Hanya cinta Allah yang sentiasa menemani,
Ke mana kita lari, Dia tetap memerhati,
Kamu insan hina? Ah.. Dia tak peduli,
Kerana kita hamba, dan Dia lah Rabbi!

Dia mencintaimu, sedang kamu tak sempurna,
Dia mengingatimu, tatkala kamu melupakanNya,
Dia tetap ada, menerima mu pada bila-bila masa,
Dia setia menanti, tapi kamu leka dengan cinta manusia!


Jom!

Cintailah Allah, kita akan happy,
Cintailah Allah, kerana cintanya abadi,
Terlalu cintakan manusia, manusia akan mati,
Cintakan Allah, Dia tak akan berlalu pergi. :-)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenaiKu maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, supaya mereka menjadi baik serta betul.." 
(Al-baqarah: 186)
Ya Allah, jadikan cintaku padaMu bukan hanya sekadar di mulut.. ameen..

Saturday, October 8, 2011

Bangun pagi gosok gigi! (buat gaya nyanyi)



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah


Subuh itu, si hamba bangun dari mimpi,
Terus tengok jam, lalu tersenyum hepi,
"Ahh.. seronoknya hari ini!"
Bersyukur kepada Ilahi, peluang hidup diberikan lagi.

Lepas subuh, ambil quran terus mengaji,
Setel ngaji, ambil buku nak susun rapi-rapi,
Sesaat itu terlintas di lubuk hati,
"Hari ini siapa yang akan aku jadi?"
Terdetik bisikan ilham dari Ilahi,
"Jadi muslim sejati, jadi mukmin abadi!"

Sebelum berjihad, usha dulu buletin pagi,
Dunia sekarang hura-hara sana sini,
Budak kecil tapi dah kena cari makan sendiri,
Berhujan berpanas hulur tangan minta simpati,
Si hamba berazam, takmo lagi buang-buang nasi,
Berazam nak derma, semampu & seikhlas hati,
Kalau semua di dunia mampu berkongsi,
Kalau semua di dunia ikhlas memberi,
Kalau ketepikan iri hati, pentingkan humanity,
Yang dhaif yang miskin, takkan menangis lagi.

Manusia kian sibuk saat naiknya mentari,
Membanjiri bumi, demi redha Ilahi,
Ada yang mengaji menambah intelektualiti,
Ada yang bekerja membina gedung rezeki,
Si hamba pun berpesan kepada hati,
"Belajar sungguh-sungguh sampai hujung hari",
Umpama esok, kita sudah mati.

Berjalan di bumi ini, kita bukan seorang diri,
Di sini ada manusia, punya problem yang tersendiri,
Apabila mereka berharap, jangan pula kita lari,
Cuba teguhkan hati, cuba juga untuk memberi,
Nescaya kan kita lihat keajaiban Ilahi,
Ar Rahman 'membayar' berlipat-lipat kali,
Dia Ar Razzaq, pemilik pintu-pintu rezeki!

******************************
Syair simple di pagi hari, 
Khas untuk pejuang Ilahi, 
Bila hidup dah diredhai,
Konfem tak takut nak buka mata esok pagi.

Buka mata. Pandang dunia. Jangan riso. Enjoy!




Trimas 4 reading! :-)

Wednesday, October 5, 2011

trimas sayang! (tak abes-abes..)

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Yo!! orait straight to da point.
ni nak gtau ni, sesapa yg ada terbaca post ak before this yang titled
'Somebody Loves You' tu,
sila delete gambaryang ada pompuan seksi tu dari kotak pikiran serta kepala otak korang ek?
maaf sangat.. ak takde niat nak promote benda tak elok kat blog ak ni. 
admin sangat terkilan dengan kesilapan teknikal ni, hehe
but btol! yang pesanan last sal remembering Allah tu, sila ingat sampai mati ye.
thanks to anon yang tegur sal benda ni, realy appreciate it :-)

You memang rock laaaa! tenkiu tenkiu. anda semua sila jangan segan untuk tegur kesalahan ak.
kalo kena caranya, ak tak melenting punye..

OK sayang? :-)

Sunday, September 11, 2011

Teori bahagia

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Fuuuh.. lama dah tak usha blog. sibuk beraya, abang bertunang, daftar UIA lak lagi. orang cakap, zaman paling best is waktu study kat universiti, n minggu yang pertama ak btol2 setuju ngan teori ni. rileks.. ak tau la ada had nya untuk enjoy ngan kawan2, insyaAllah fokus tetap pada degree. ibu jangan riso! <--khas untuk parents ak. hehe.
Semalam ak ngan member2 beraya umah bapak sedara kawan, tepi pantai area teluk cempedak. ekceli ak taktau pesal ak nak tulis entri ni, mayb untuk peringatkan diri sendiri pasal tujuan hidup. KOT.
Ak naik keta ngan empat orang member, lagi tiga lak naik motor. dah lepak ngan geng, masing-masing tak familiar lagi ngan jalan raya kat kuantan ni, haruslah duk bergelak je dalam keta. kejap salah masuk jalan, gelak. kejap nampak awek, senyum. kejap nampak orang lembut (RAMAI gak, lol), sambung gelak balik. kutuk-mengutuk tu besa r kan orang laki, camni cara nak rapatkan ukhuwwah. hahaha.

Teori bahagia 1 : ak perlukan member2 untuk enjoy.

Orait, kami pun sampai r ke rumah bapak sdare kawan ak tu. its a veeeeeeeery simple house, tak besar tak kecik. first, ak dapat tengok sekalipun diorang bukan orang senang (ni pandangan ak), hidup diorang sangat hepi. pak cik tu memang baik, senyum tak pernah hilang dari muka. bini dia lebih kurang gak r, masak pun sedap. susah payah dia wat nasi goreng, nasi impit, bla3. ye r mula2 expect dua orang je nak datang, last2 lapan orang, sume jenis kuat makan (BAGUS). pekena lak teh tarik panas ngan udara dingin bayu laut. sejuk je, takyah pasang air cond. :-)

Teori bahagia 2 : ak perlukan keluarga bahagia untuk hepi. kaya harta bukan segalanya.

Lepas habis beraya (ekceli habis makan, haha), kami pun memohon untuk mengundur diri. alhamdulillah kami semua kenyang lalu berasa bahagia. tetiba kan, ak teringat yang ak bukan tengah exam bahasa melayu, tapi blogging. so takyah skema sangat wat entri. ok fine. sambung balik.
Lepas tu, kami lepak masjid jap. maghrib dah masuk. kalo ak jadi bapak kepada ak, mesti ak bangga tengok ak singgah masjid nak solat jap. paham tak ayat cam bengong ni? orang kata, sejuk hospital tempat perut ibu mengandung. arghh pening!...

Teori bahagia 3 : ak perlukan Allah untuk hidup hepi. Dia lah segalanya.

Setel solat, kitorang pun balik la uia. banyak lagi area kuantan ni tak explore, itu simpan len kali r insyaAllah. camne ek nak abeskan entri ni?? err... err... ni haa, ada satu pengajaran yang ak baru paham:
Keluarlah berjalan-jalan, konfem korang akan lebih memahami nilai dan erti untuk hidup kat bumi Allah ni. jangan enjoy saje, tadabbur skali! peace yaww! (^_^)



p/s : esok dah stat kuliah. korang doakan ak orait! :-)

Trimas 4 reading!

Sunday, August 28, 2011

Balik lah kampung!



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Pada pagi 28 ramadhan itu, Joni menelefon ibunya di kampung.

Truut...truut...
Ibu : halo, assalamualaikum
Joni : alaikumussalam ibu. ni Joni ni, lelaki melayu terakhir yang masih hidup. hehe pekabo?
Ibu : waklu.. melayu terakhir kunun, hehe. alhamdulillah ibu sihat je, ha kamu ni bila nak balik raya nyer?
Joni : owh, lek lu ibu. baru 28 ramadhan. raya tahun ni Joni tak balik bleh tak? rasa macam nak tido je kat ofis ni. takde r rabak poket, anak-anak buah sume mata duitan! 
Ibu : Joni!! kamu jangan cari pasal, penat-penat ibu jahit baju raya kamu. jangan mengada takmo balik.
Joni : wow! ibu wat baju warna pe, kain lembut tak?
Ibu : warna merah, ibu amik langsir kita tahun lepas punyer. recycle apa salahnya? wakaka..
Joni : cehhhh....
Ibu : hehe, Joni balik ek raya ni? esok tau, adik kamu dah ajak jemaah surau bertakbir kat umah kita ni. jangan kamu takde lak. balik tau!
Joni : hehe mestila.. ai ibu beria-ria panggil Joni balik ni nape?
Ibu : sebab nak tengok anak ibu yang tersayang ler, kuang kuang kuang.. 
Joni : har har har.. iye, insyaAllah Joni sampai le malam raya nanti. sayang ibu gak B-)

******************************

Firman Allah swt :
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang,
Pulanglah kepada Tuhanmu dalam keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai.
Serta masuklah dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
(Al-fajr : 27-30)

Perghh!.. subhanallah..
Nampak tak camner Allah 'panggil' hamba-hamba yang dikasihi pulang kepadaNya? ringkasnya, kalimah yang dipakai itu dalam bentuk kata suruhan (bagus lagi kalo korang try usha sendiri dalam quran). dalam maksud lain: Allah suruh balik kepadaNya. menggambarkan betapa Allah merindui kepulangan para jiwa yang tenang, sampai Dia panggil pulang <-- ni ustad kat surau yang cakap tau. ilmu ak tak mampu lagi nak hurai ayat quran :-)


Bila raya tiba, ramai bersuka-ria,
Tapi kan, bape ramai yang berdukacita?
Nak tinggalkan ramadhan setahun lamanya.
Agak-agak kita di golongan yang mana ya?

Kerajaan umumkan bonus setengah bulan,
Ada yang seronok, bleh raya sakan,
Namun bape kerat yang hiraukan ramadhan,
Ada lailatul qadr, yang lebih baik dari setengah 1000 bulan?

Yang pastinya ramadhan akan tetap pergi,
Mungkinkah bisa kita bertemu lagi?
Entah-entah umur hanya sampai di sini,
Pulanglah sebagai muttaqin, Tuhanmu merindui!

salam aidilfitri dari bez amin dan _______. 

hehehehe..



Trimas for reading! :-)

Friday, August 26, 2011

Masihkah ada hari esok?



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Sudah lewat malam, baru Ahmad sampai ke rumah. semenjak-dua menjak ni, matanya kurang nampak agaknya. tu yang selalu terlajak masuk jalan lain. alhamdulillah enset ade GPS, no hal la asalkan sampai ke rumah. kata-kata doktor tym kat hospital tadi, sikit pun tak merunsingkannya. "Ah.. itu ketentuan Allah.. "

Ahmad melangkah ke master bedroom nya. bukak pintu slow-slow, takmo isterinya yang tengah tidur terjaga. ditenung dulu wajah isteri, "hehe..dah tua you ye." Ahmad tersenyum. 

"Cinta i kat you sentiasa muda, insyaAllah. luv u bebeh," bisik Ahmad lagi, sebelum mencapai sehelai kertas n sebatang pen. dia nak menulis sesuatu sebelum tidur.

Itu yang akan dibuatnya sebelum tidur, mulai malam ini. "sebagai persediaan sebelum sampai hari 'itu' nanti," terngiang-ngiang nasihat doktor di hospital tadi. 
Ahmad tersenyum dan mula menulis.

******************************

Pagi keesokannya, lepas-lepas Subuh terus Ahmad kol nombor anak-anaknya, bertanyakan khabar. takmo la kacau waktu diorang tengah kerja nanti. alhamdulillah sume sihat je, cuma masing-masing tengah kelam kabut sket bersiap nak g ofis. kat sume anaknya Ahmad susun ayat penutup lebih kurang sama,

"hehe.. ayah takut terlupa nak cakap nanti, ayah sayang korang sume. peace yawww!" bapa zaman moden, ucapan sayang haruslah moden gak kan.

******************************

Dah dua bulan berlalu, sejak appointment pertama Ahmad dengan doktor peribadinya. hidupnya sejak itu asek hepi je, hari-hari ajak isteri dating kat luar la, tepon anak-anak tiga kali sehari. mentang-mentang dah rilek.
Notanya yang ditulis tiap-tiap malam ada la dalam 20 helai.
Dan dia rasa, dah tiba masa untuk inform kat isterinya.
Kalau ikut rasa hati, dah dekat sangat dah 'waktu itu.'

"tapi camne nak gitau ek? hmm..." 

Malam itu sebelum tidur, dia menulis sepucuk surat kepada isterinya. dah setel, diletakkan surat tu atas meja solek dengan harapan sok pagi isterinya bleh baca.

******************************

Pagi itu, si isteri perasan ada surat atas meja solek tu. tersenyum dia, "hehe.. suami ak ni main tulis surat cinta lak..". dia tak segera membacanya, tapi g mandi, nak solat subuh. pelik juga, apesal suaminya tak gerak dia bangun.
"masih di surau kowt," dia mengagak.

Lepas sembahyang subuh, terus dicapai 'surat cinta' itu lalu dibaca.

Assalamualaikum wbt..
Yo! ke hadapan isteriku yang tersayang.. hehe, comel tak ayat ni? 
Takde pape, saje je nak gtau U sumtin, I luv U !! betul ni, bukan tipu-tipu tau. ada ngada-ngada sket je, hehe. ala selama ni pun hari-hari I cakap sayang kat U, tapi yang ni special sket. heee..
Menda yang special? ha sabo r dulu sayang oii.. ni nak gtau ni.. ingat tak appointment I ngan doktor dua bulan lepas? sori I balik lambat, tersesat..huhu. tapi U jangan marah ek, I bukan sengaja. pas jumpa doc, baru I tau.. 
I sakit Alzheimer rupanya. 
I saje tak gitau.. sebab I nak kita dating, hepi sama-sama, tak best r kalau U ade rasa sedih kan? Oppp! ha ni yang tak best ni. U jangan r nangis, aduyai.. kan dua bulan ni kite dah hepi-hepi kan? g dating kat tasik, tengok gajah kat zoo, ngap ikan bakar kat kelab golf, blablabla..
Huhu..sori sayang, nak recall banyak-banyak pun I dah lupa.. tapi sumenya I dah tulis kat kertas siap-siap, sume ada dalam laci kat bilik tu. orait? jangan risau ek.. n sebelum I lupa yang U ni isteri I,  nak gtau..
I luv U sampai bila-bila, sampai ke syurga insyaAllah.. kat syurga nanti, kita recall balik kisah cinta kita ek? kat situ nanti takde lupa-lupa dah, hehe. berdoa kat Allah banyak-banyak ek..
He'll always loving U,
Ahmad :-) 
Air mata si isteri tak dapat dibendung lagi, terus dia rushing cari suaminya.
Ahmad tengah duduk atas sofa, menyelak n merenung album gambar familinya. tatkala si isteri datang memeluknya sambil menangis, Ahmad bertanya,

"Mmm... maafkan saya.. awak ni siapa ya?"

*****************************

Firman Allah swt. :

"..dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.."
(Al-hajj : 5)


Sementara mereka masih kenal akan kita,
Sementara kita masih boleh bercakap dengan mereka,
Sementara boleh diucap kata sayang dan cinta,
Mengapa perlu tunggu sehingga 'esok' tiba?
khas buat semua yang bernama insan.






Trimas for reading! :-)

Thursday, August 25, 2011

Esok, hari ni dan semalam



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Hari itu

Suasana cukup kelam-kabut. di sana-sini kedengaran jeritan dan laungan meminta tolong. meminta kepada Yang Satu, agar diringankan penderitaan pada hari itu. namun ketentuan Allah tetap terus berlaku, tidak akan diubah-ubah lagi kecuali dengan kehendakNya. peluang yang banyak sudah diberi, kini segalanya tak berguna lagi.

"Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam Neraka kepada malaikat-malaikat penjaga Neraka Jahanam: Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Dia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari."
(Ghafir : 49)

Antara rayuan penghuni-penghuni rumah penyeksaan itu. malaikat yang bengis menjawab dengan nada ejekan, "kamu doalah sendiri!"

Mereka terus meraung meminta belas kasihan. 
Merayu diringankan siksaan.
Waktu itu hanya perlukan Tuhan.
Sesuatu yang di dunia dulu mereka abaikan.

Allah Yang Maha Mulia mendengar segala rintihan mereka. maka Allah berfirman:
"Rasakanlah azab seksa, (bukankah dulu) sesungguhnya engkau orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam masyarakatmu) ?" (Ad-dukhan : 49)

Hancur luluh. mereka tak faham, sekarang dah terlambat.
Mereka tak faham, dah tiada lagi pintu taubat!

******************************

Hari sebelumnya

Sangkakala ditiup, membangkitkan jasad daripada kematian, kerehatan di kubur masing-masing. mereka yang ingkar akan ayat-ayat Allah ketika hidup di dunia, berada dalam keadaan bingung.


"Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya."
(Yasin : 51)


Orang yang tak beriman, seraya meroyan,
Yang dulu ingkar, tubuh terketar-ketar,
Yang dulu lalai, berjalan lemah longlai,
Yang ahli maksiat, menyesal ya amat!


"Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah, dan benarlah berita yang disampaikan oleh rasul-rasul."
(Yasin : 52)


Mereka yang punya iman dan taqwa, awal-awal sudah gembira dan bahagia.
Adapun yang menurut nafsunya ketika di dunia, dibayangi neraka derita.


"Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang bertakwa,
Dan diperlihatkan Neraka jelas nyata kepada orang-orang sesat."
(As-syu'arak : 90-91)


******************************


Hari kematian


"Ya Allah, ak dah mati!"
Terdengar tangisan anak dan isteri,
Sayunya mereka tidak terperi,
Namun, ada yang peduli perasaan si mati?


Si mati nampak jasadnya tak bergerak lagi,
Voluntary atau involuntarily,
Nun di sana, hadirin bincang sesama sendiri,
"Jom cepat uruskan jenazah ni."


"Tak mau! berikan ku sedikit lagi umur!"
"Kerna ak dulu selalu takabbur!"
"Tolonglah... jangan bawa ak ke kubur.."
"Nak mintak ampun dulu pada Al-Ghafur!"


"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mencari sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh),
Sehingga kamu masuk KUBUR."
(At-takathur : 1-2)


Hanya ini saja cara untuk kita yang tak sedar diri, yakin akan janji Ilahi.
Bukan begitu?


******************************


Hari ini


Dan mereka berkata: 


Ah.. mati lambat lagi,
Ak masih muda, apa nak fikir pasal mati?
Sket-sket dosa, sket-sket dosa, apahal nye ni?
Apa kau baik sangat nak ajar ak itu ini?


Nak tua nanti ak taubatlah,
Pesal nak dakwah kat ak, suka cari masalah?
Takut kau yang nanti nyesal tak sudah,
Sebab tym muda, tak enjoy cam ak ni hah.


Rileks bro.. kau pun sama cam ak juga,
Buat ibadat, bukan ke sebab nak masuk syurga?
Ak pun camtu, cuma masih belum sedia,
Bilalah hidayah Allah nak singgah kat ak ya? <--salahkan hidayah lak. ceh.
******************************


Dah abes dah


Sentiasa perbaiki diri.
Apa lagi yang kita nak jadi, selain hamba Ilahi? :-)






Trimas for reading!
Related Posts with Thumbnails

pageviews