Showing posts with label science. Show all posts
Showing posts with label science. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Terbang ke awan

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

     Semoga rakyat semua berada dalam lembayung rahmat Allah swt. maka adapun pada hari yang bahagia ini, beta mula mendapat kesedaran serta kewarasan akal budi, bahawa cuti beta hanya berbaki lebih kurang lima minggu saje lagi. jadi beta ingin bercerita sebanyak mungkin kepada rakyat semua sebelum tibanya zaman beta takde masa nak hupdate blog. semoga blog ini terus hidup. 

"HAIL kami-muslim!" laung rakyat jelata berjemaah. 

     Maka pada kali ini, beta nak mengajak rakyat semua jalan-jalan ke tamadun silam. aqal yang dikurniakan Allah kepada kita telah berjaya mencipta kapal terbang, sebagai kenderaan untuk bermusafir ke destinasi yang jauh. TAPI, sejauh mana kemajuan sistem penerbangan dalam zaman kita ni? jom kita menjelajah ke Nazca, Peru. 
******************************
Dah tekan play baru baca orait! tenang sikit :-)



     Pernah dengar geoglyph? benda ni merujuk kepada lukisan-lukisan gergasi yang diukir (betul ke idak kata kerja ni) di atas tanah. meliputi kawasan yang sangat luas, geoglyph ini direalisasikan oleh orang-orang Paracas dan Nasca. 
     Apa yang dilukis mereka ni? yang sampai kepada zaman kita sekarang ialah gambar 18 ekor burung, monyet ekor gulung (besar padang bola), ikan paus , labah-labah (panjang 150 kaki), cicak, manusia dan beberapa objek yang entah tak pernah tengok pun.
     Sampai sekarang kowt, saintis tertanya-tanya apa de hell objektif diorang buat geoglyph ni? tempatnya pula cukup strategik, kat kawasan yang takde angin lalu, dan kering kontang takde air. tu sebab dah 1500 tahun lebih berlalu (sebelum nabi Muhammad SAW lahir!), lukisan dan bentuk-bentuk nya masih sempurna. UNESCO pun dah cop kawasan ni sebagai warisan dunia. 
     Ahli arkeologi yang menjelajah kawasan ni gak pelik, kenapa geoglyph yang hanya boleh 'dinikmati' keunikan n keindahannya dari tempat yang tinggi ini dicipta. kalau tengok dari darat, tak perasan pun pebenda la menatang ni. macam bekas laluan tayar lori je gayanya. ekceli, takde pun bukit atau gunung yang tinggi-tinggi kat sekeliling kawasan ni, soooo... macam mana orang Nazca dahulu kala enjoy pemandangan indah hasil kerja diorang? ke memang takde tujuan apa-apa buat benda ni? nonsense la pulak kan.
     Di antara lukisan-lukisan ni, ada satu laluan berbentuk garisan yang agak panjang.. lebih kurang 6 batu jauhnya. seolah-olah macam lebuhraya 9 km camtu. ada pendapat yang mengatakan, inilah 'laluan penerbangan', di mana para penumpang 'sejenis kenderaan yang boleh terbang' akan dibawa terbang mengikut laluan ini, dan berpeluang untuk menyaksikan keseluruhan panorama geoglyph. ala macam pusat pelancongan zaman dahulu kala le gamaknya.
      Apapun andaiannya, mestilah dibuktikan dulu kan? jadi pada tahun 1974, dua orang pengkaji bernama Julian Nott dan Jim Woodman telah melakukan eksperimen diorang. apa yang diorang buat? diorang berdua telah mencipta sebuah belon udara panas, menggunakan elemen-elemen semulajadi yang wujud sekeliling Nazca. guess what? tetiba belon ni naik setinggi 300 kaki dengan mudahnya.
Condor I namanya...
Firman Allah SWT,
"Maka (Kami kabulkan permohonan Sulaiman lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya.." (Saad:36)

p/s : Adakah kita fikir, teknologi kita sudah cukup bijak bila boleh terbang di udara? :-)

Thursday, July 14, 2011

Kehilangan...

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

     Psikologi, sejarah, weird science, mystery, paranormal, ancient civilization, ni semua siyesly boleh buat beta gila. ya! beta sangat suka info-info mengenai menatang di atas. bila tengok cerita Enemy At The Gates suatu ketika dulu, tup tap dapat tau yang itu based on true event. 
     Arggggggh!!! terus jadi gila. terus google sal history yang sebenar. tapi tu r... ironi nya, pelakon sentiasa lagi hensem dari watak sebenar. wakaka. tapi ini memang lepak-lepak yang bagus. surfing pun kena membaca kerana ia jambatan ilmu. tak paham lagi ke beta tengah tazkirah ni? 

HARAP MAAF ATAS INTRO DUA PERENGGAN. 

     Untuk mengelakkan beta tak habis-habis berpuisi dalam blog ni, maka pada hari ni beta nak share dengan rakyat secebis info. beta yakin, kita semua sangat teliti dalam menjalani kehidupan seharian. namun, berapa ramai dari kita yang aware atau punyai kesedaran tentang ... 
Disappearing Object Phenomenon?

"Apa kejadah nya ni tuanku?" tanya seorang rakyat hujung kota. 
     Fenomena Objek Hilang (DOP) mungkin sering berlaku dalam hidup kita, cuma untuk menjadikannya nampak saintifik, maka saintis menamakannya sedemikian rupa. sebagai contoh, hayati kisah di sebelah. Siti pergi library untuk study. setelah menelaah nota selama sejam, maka beliau ingin menyiapkan sedikit latih tubi. malangnya, beliau mendapati pen yang sebentar tadi diletakkan di atas mejanya, telah ghaib. atas lantai, bawah buku, semua diselongkarnya namun hampa. pen beliau masih hilang. tiba-tiba kawannya yang baru sampai di library menyapanya,"waah.. macam prof lak aku tengok kau selit pen kat tudung,".
     DOP ialah situasi yang melibatkan benda yang kita selalu guna. kita dah biasa letak benda tu kat tempatnya, tapi bila waktu nak pakai benda tu hilang. contoh macam pen tadi. penat mencari, akhirnya mungkin kita jumpa benda tu kat tempat lain. ataupun (yang biasa jadi) jumpa tempat yang sama, tapi terselindung di sebalik buku n sebagainya.
     Apa yang sebenarnya terjadi? Para pengkaji DOP ada kasi beberapa andaian.


1) Hilang Tumpuan
     Penyebab yang utama, ialah lupa. kita biasa letak pemadam contohnya kat tempat alat tulis. suatu hari bila tengah padam sumtin, tiba-tiba ada kawan datang bilik nak pinjam lab report. gangguan yang datang waktu kita sibuk dengan sesuatu kerja tu, boleh buat kita hilang tumpuan. sampai tak perasan yang kita simpan pemadam tu dalam poket seluar, ambil report n kasi kat kawan, lepas tu tercari-cari mana perginya haiwan pemadam tersebut.
     Kenapa susah nak jumpa benda yang hilang dalam situasi ni? sebab ia diletak kat tempat yang kita mungkin tak terfikir langsung.


Penyelesaian: Expect the unexpected. cari betul-betul.


2) Kena Pinjam
     Suatu hari bila tengah padam sumtin, tiba-tiba ada kawan datang bilik nak pinjam lab report. kita pun bangun tergesa-gesa dan hulur report kat dia, then duduk semula nak sambung proses memadam. hoh! mana pulak pemadam tadi ni? kita pusing satu bilik, cari bawah tilam, celah buku, dalam poket (teori 1st), tapi buntu.
     Then setelah 15 minit roommate yang study sebelah dengan selamba berkata, "pinjam jap tadi, trimas ek," sambil memulangkan pemadam kita.


Penyelesaian: Jangan panik. selidik dahulu organisma hidup di sekeliling anda, termasuk kucing.


     Andaian yang pertama n kedua ni, boleh dipilih mengikut kesesuaian. kalau ada kawan sebilik or ahli keluarga serumah, boleh aje terus tanya kat dia tanpa perlu mencari benda hilang tu terlebih dahulu. tapi, macam mana pulak kalau dua-dua teori di atas cancelled out? korang dah cari betul-betul, dan korang lak duduk sorang-sorang dalam bilik/rumah.
     Ok, yang seterusnya. a bit paranormal, so bersedia ya.


     Tekan r butang play, baca point seterusnya sambil dengar muzik. takde lah rasa kesunyian. dah tekan terus baca ye. :-)
   
3) Angkara 'Sesuatu'
     "Saya selalu pakai barang kemas peninggalan arwah nenek. arwah memang ada satu kotak kecik yang dia guna untuk simpan segala barang kemas tu. banyak kali jadi, saya balik rumah dan letak je rantai nenek yang saya pakai atas meja solek. esoknya, semua barang kemas tu balik semula tersusun elok dalam kotak tu. padahal saya duduk sorang-sorang je kat rumah. WTH."


Itu ialah pengalaman yang diceritakan seorang wanita kepada pengkaji DOP. beta dapat dari internet, iye WTH tu mesti r beta yang tambah. 
     Ada yang mengatakan DOP ialah angkara jin. biasanya kalau sekali dua berlaku, kita boleh anggap diri sendiri yang pelupa. tapi bila dah kerap terjadi, dan kita pulak duduk sorang-sorang dalam bilik/rumah, apa lagi yang bermain dalam fikiran?
     Ramai yang cenderung menolak teori 'angkara sesuatu' ni. diorang berpendapat, benda yang ada kaitan dengan emotional relationship, contohnya cincin arwah atuk-mengingatkan kita kepada atuk. so, otak kita create sesuatu pemikiran yang membuatkan kita terbayang kehadiran orang yang tersayang tu. sampai kita terlupa yang kita sendiri salah letak. 
     So, amacam? beta no komen... cuma, mungkin kita boleh renung kalam Allah ni :


"Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah." (An-Naml:38-39)


Penyelesaian: Bacalah ta'awwudz apabila bulu roma anda meremang. wuuuuuuu~(bunyi angin). 


4) Ghaib Sementara
     Benda tu sebenarnya ada depan mata, tapi atas sebab-sebab tertentu, kita tak nampak. mungkin sebab distracted, macam warna yang sama. contoh mudah: sesumpah. tambah pulak, optical illusion memang wujud, so tak payahlah beta terang panjang-panjang.


Penyelesaian: Jangan kelam kabut sewaktu mencari. bertenang.


5) Perubahan Dimensi
     Kewujudan dimensi selain 3D yang kita sedia maklum, memang diakui oleh sains. Allah pun dah gtau alam ghaib memang wujud. teringat dulu pensyarah fizik beta cakap,"kita tak boleh tengok jin n malaikat, sebab wavelength (gelombang) diorang tak mampu dikesan mata kita." kalau yang nampak, itu semua izin Allah.

     Teori ni beta pun susah nak percaya. tengah sibuk cari kunci kereta kita, tiba-tiba dengar bunyi kunci jatuh kat dapur. sah memang benda tu kat situ. boleh ke bayang kunci tersesat masuk alam lain, then bila 'tersedar' dia tersesat, dia pun tercampak balik ke alam ni.
     Wallahu a'lam. dulu memang gegar satu malaysia, kes budak hilang waktu main-main dekat pokok. pastu kat ceruk hutan mana ntah pasukan penyelamat jumpa balik. tak tau lah kelentong ke apa, tapi budak tu cakap,"adik ikut nenek.."


Penyelesaian: Usaha dan tawakkal pada Allah.
********************
     Apa jua yang pada kita ianya pelik or tak masuk aqal, yakinlah bahawa Allah swt Maha Mengetahui secara terperinci apa yang terjadi. kita sebagai hamba Allah, seharusnya menggunakan kapasiti aqal fikiran yang dikurniakan Allah ni untuk menilai sesuatu itu dengan memohon petunjuk dariNya.
     Bukankah kehilangan itu pun satu nikmat dari Allah? Dia nak suruh kita merayu kat Dia, doa banyak-banyak. kembali kepadaNya berserah diri. 


"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." 
(Al-a'raf: 200-201)

Related Posts with Thumbnails

pageviews