Showing posts with label psikologi. Show all posts
Showing posts with label psikologi. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

Bangun pagi gosok gigi! (buat gaya nyanyi)



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah


Subuh itu, si hamba bangun dari mimpi,
Terus tengok jam, lalu tersenyum hepi,
"Ahh.. seronoknya hari ini!"
Bersyukur kepada Ilahi, peluang hidup diberikan lagi.

Lepas subuh, ambil quran terus mengaji,
Setel ngaji, ambil buku nak susun rapi-rapi,
Sesaat itu terlintas di lubuk hati,
"Hari ini siapa yang akan aku jadi?"
Terdetik bisikan ilham dari Ilahi,
"Jadi muslim sejati, jadi mukmin abadi!"

Sebelum berjihad, usha dulu buletin pagi,
Dunia sekarang hura-hara sana sini,
Budak kecil tapi dah kena cari makan sendiri,
Berhujan berpanas hulur tangan minta simpati,
Si hamba berazam, takmo lagi buang-buang nasi,
Berazam nak derma, semampu & seikhlas hati,
Kalau semua di dunia mampu berkongsi,
Kalau semua di dunia ikhlas memberi,
Kalau ketepikan iri hati, pentingkan humanity,
Yang dhaif yang miskin, takkan menangis lagi.

Manusia kian sibuk saat naiknya mentari,
Membanjiri bumi, demi redha Ilahi,
Ada yang mengaji menambah intelektualiti,
Ada yang bekerja membina gedung rezeki,
Si hamba pun berpesan kepada hati,
"Belajar sungguh-sungguh sampai hujung hari",
Umpama esok, kita sudah mati.

Berjalan di bumi ini, kita bukan seorang diri,
Di sini ada manusia, punya problem yang tersendiri,
Apabila mereka berharap, jangan pula kita lari,
Cuba teguhkan hati, cuba juga untuk memberi,
Nescaya kan kita lihat keajaiban Ilahi,
Ar Rahman 'membayar' berlipat-lipat kali,
Dia Ar Razzaq, pemilik pintu-pintu rezeki!

******************************
Syair simple di pagi hari, 
Khas untuk pejuang Ilahi, 
Bila hidup dah diredhai,
Konfem tak takut nak buka mata esok pagi.

Buka mata. Pandang dunia. Jangan riso. Enjoy!




Trimas 4 reading! :-)

Saturday, August 13, 2011

Bila diuji, kena rock steady!

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

Oyeah! berjaya gak wat entri baru. ada benda yang tak berapa hepi terjadi, tu yang takde mood nak blogging. kat fb lak, member-member semakin tak aktif. yang delete terus akaun pun ada. alhamdulillah, bangga ak ada geng yang clash main fb untuk bercinta ngan Ramadhan.

Aku? alhamdulillah gak, kira berjaya gak r kurangkan online. oleh kerana melukis makhluk kotak-kotak sangat sonang, maka kali ni ak nak selitkan lagi kelibat diorang. nama kotak-kotak ni Haidar n Paen yang kasi. ak pakai terus nama ni, kesian lak makhluk-makhluk tu takde identiti.

So, apa benda tak hepi yang jadi ritu? huh, malas nak citer. yang konfem, citer kat bawah ni r yang motivate ak kasi tenang. alhamdulillah...

Jom.





Jangan tertekan, kita kan ada Tuhan.
Jangan marah, mengadu r kat Allah atas sejadah.
Jangan sedih, Allah uji sebab Dia tau kita boleh!

Trimas for reading! :-)

Tuesday, August 2, 2011

Dulu-dulu : kala senja itu

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

     Sementara menunggu waktu berbuka puasa ni, beta ingat nak story sal citer kenangan dulu-dulu. beta sejak umo 7 bulan, dah start dibela oleh mak n bapak sedara. beta panggil mokde (mak uda) ngan ayah uda. bantal busuk yang mokde jahitkan tym beta umo 5 taun, masih kekal menjadi khazanah terulung yang masih wujud di bilik tido beta. kami membesar bersama-sama, banyak suka duka kami harungi sepanjang lebih sedekad beta hidup. kah3
     Peristiwa ni berlaku tym beta umo 8 taun kalo tak silap. ia terjadi tatkala senja menjelmakan diri, dan akan kekal menjadi memori terpahat di sanubari..










     Cesss.. kami terus masuk umah seolah-olah takde pape berlaku. tapi memang tak tipu punye, AJK masjid yang datang anta jemputan tadi memang pakai baju batik warna warni. arghh tekanan betul, baju n songkok pun bleh wat jadi seram.

Jangan datang umah orang tym senja! pas maghrib or isya' kan boleh. grrrr...

Wednesday, July 27, 2011

lawak malam hari

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

     Pekabo rakyat jelata sekalian? harapnya sentiasa in the pink of health. adapun pada hari ini insyaAllah beta nak citer zaman skol menengah dulu. citer lawak khas untuk korang, kenangan waktu beta belajar di sebuah sekolah utara tanah air.
     Rutin bagi kitorang bebudak asrama ni, tiap-tiap malam kecuali jumaat n sabtu, ada prep. waktu ni la kononnya khas untuk siapkan kerja rumah (asrama???) pastu ulangkaji pelajaran. namun ketahuilah bahawa ia hanya indah khabar dari rupa. prep waktu paling best nak tido dan bersembang kerana... errrr, kerana petang nya kami dah main bola. so malam kenalah wat ulasan serta muhasabah corak permainan agar lebih kemas esoknya.

"Tuanku, straight to de point reti ke idak?" seorang rakyat menyuarakan pandangan. ok fine.

     Adapun pada suatu malam yang biasa, beta pun menghadirkan diri ke prep. kenapa beta guna 'menghadirkan', bukan 'menghadiri' ? sebab, beta juz memaksakan diri untuk datang prep, sedang nun di sudut hati meronta-ronta nak balik dorm tido.
     Setelah puas bersembang, kelihatan jam hampir ke pukul 10.30 malam. prep nak habis dah. waktu ni sesi meminjam homework dari budak-budak bijak pandai bermula, kerana diorang konfem dah siap semua. then beta dan member pun bersiap-siap untuk balik ke asrama, dan di sini alkisahnya bermula...(wth!)
     Selepas setel supper, solat isya' plus baca al-mulk, lepak jap kat dorm member. walaupun tym prep kami bersembang, tapi lepas prep kami serius. budak-budak dah start tido baru kita tenang nak study ye dak? baru boleh start wat homework. dalam pukul 12 lebih, beta pun mengesyorkan diri untuk balik dorm.
...
...
...
Hanya untuk mendapati bahawa kunci locker beta tertinggal kat kelas. 

     Arghhh rasa nak berdarah hidung! oleh kerana sudah dua buah locker dulu jadi mangsa kopak beta kerana hilang kunci, maka kali ni beta berazam tak mau kopak-kopak dah. "beta mesti amik kat kelas!"

And so i did. kaki melangkah, suara bebudak asrama semakin sayup dan akhirnya hilang dari telinga.
     Sunyi sepi je bangunan akademik tengah malam camtu. kelas-kelas gelap gelita, juz lampu koridor yang menyala. ada yang rosak, menyala kelip-kelip. arghhhhhh, cam silent hill lak!  kejap-kejap ada bunyi pintu terbuka tertutup dek angin kuat, ye r skol beta kat bukit sket. kelas lak tingkat 4, wuuuuuuu tensen.
     Dipendekkan cerita, beta pun berjaya mengharungi segala dugaan lalu ingin berangkat pulang. tiba-tiba...

"meowwww...meowwww..."

     Ceh. kucing nak ngorat r tu. lama jugak beta dengar kucing mengiau tu, waktu turun tangga tingkat 4 sampai r dekat ground floor. tapi kucingnya entah kat mana tak tau. tym habis turun tangga, suara tu pun senyap.

Haa.. tiba ke part lawaknya.

     Waktu melintas depan surau on the way ke asrama, beta stop jap. teringat, tadi memang meremang bulu roma, tak tau kenapa. padahal bunyi kucing je. bila datang perasaan yang bukan-bukan waktu tu, beta pun bermonolog dalam hati;

*kalo kau kucing, sila senyap ye...*

Dan sekelip mata suara tu pun senyap. hehehe.. lawak kan? camne r kucing bleh baca hati manusia. hebat! hihihi
...
...
...
...
...
Errrrrr......
     Beta mula rasa seram sejuk. beta pandang cermin tingkap surau, nampak diri sendiri. sorang-sorang kat tengah koridor tu, ada lagi 70m nak sampai asrama. tertanya-tanya, "yang tadi tu, kucing ke...or...."

Arghhhhh bila masa lak kucing ada psikik! Ok. korang takyah tanya r, beta berjalan lenggang-lenggok gak ke atau lari pecut pastu.

p/s : beta brenti depan surau tu sebab teringat ustaz gtau dulu, ada jin boleh baca hati n aqal manusia. tu sebab bila rasa seram sejuk, jangan fikir bukan-bukan. sebab 'benda' tu akan muncul mengikut apa yang kita create dalam minda kita. :-)

Thursday, July 14, 2011

Kehilangan...

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

     Psikologi, sejarah, weird science, mystery, paranormal, ancient civilization, ni semua siyesly boleh buat beta gila. ya! beta sangat suka info-info mengenai menatang di atas. bila tengok cerita Enemy At The Gates suatu ketika dulu, tup tap dapat tau yang itu based on true event. 
     Arggggggh!!! terus jadi gila. terus google sal history yang sebenar. tapi tu r... ironi nya, pelakon sentiasa lagi hensem dari watak sebenar. wakaka. tapi ini memang lepak-lepak yang bagus. surfing pun kena membaca kerana ia jambatan ilmu. tak paham lagi ke beta tengah tazkirah ni? 

HARAP MAAF ATAS INTRO DUA PERENGGAN. 

     Untuk mengelakkan beta tak habis-habis berpuisi dalam blog ni, maka pada hari ni beta nak share dengan rakyat secebis info. beta yakin, kita semua sangat teliti dalam menjalani kehidupan seharian. namun, berapa ramai dari kita yang aware atau punyai kesedaran tentang ... 
Disappearing Object Phenomenon?

"Apa kejadah nya ni tuanku?" tanya seorang rakyat hujung kota. 
     Fenomena Objek Hilang (DOP) mungkin sering berlaku dalam hidup kita, cuma untuk menjadikannya nampak saintifik, maka saintis menamakannya sedemikian rupa. sebagai contoh, hayati kisah di sebelah. Siti pergi library untuk study. setelah menelaah nota selama sejam, maka beliau ingin menyiapkan sedikit latih tubi. malangnya, beliau mendapati pen yang sebentar tadi diletakkan di atas mejanya, telah ghaib. atas lantai, bawah buku, semua diselongkarnya namun hampa. pen beliau masih hilang. tiba-tiba kawannya yang baru sampai di library menyapanya,"waah.. macam prof lak aku tengok kau selit pen kat tudung,".
     DOP ialah situasi yang melibatkan benda yang kita selalu guna. kita dah biasa letak benda tu kat tempatnya, tapi bila waktu nak pakai benda tu hilang. contoh macam pen tadi. penat mencari, akhirnya mungkin kita jumpa benda tu kat tempat lain. ataupun (yang biasa jadi) jumpa tempat yang sama, tapi terselindung di sebalik buku n sebagainya.
     Apa yang sebenarnya terjadi? Para pengkaji DOP ada kasi beberapa andaian.


1) Hilang Tumpuan
     Penyebab yang utama, ialah lupa. kita biasa letak pemadam contohnya kat tempat alat tulis. suatu hari bila tengah padam sumtin, tiba-tiba ada kawan datang bilik nak pinjam lab report. gangguan yang datang waktu kita sibuk dengan sesuatu kerja tu, boleh buat kita hilang tumpuan. sampai tak perasan yang kita simpan pemadam tu dalam poket seluar, ambil report n kasi kat kawan, lepas tu tercari-cari mana perginya haiwan pemadam tersebut.
     Kenapa susah nak jumpa benda yang hilang dalam situasi ni? sebab ia diletak kat tempat yang kita mungkin tak terfikir langsung.


Penyelesaian: Expect the unexpected. cari betul-betul.


2) Kena Pinjam
     Suatu hari bila tengah padam sumtin, tiba-tiba ada kawan datang bilik nak pinjam lab report. kita pun bangun tergesa-gesa dan hulur report kat dia, then duduk semula nak sambung proses memadam. hoh! mana pulak pemadam tadi ni? kita pusing satu bilik, cari bawah tilam, celah buku, dalam poket (teori 1st), tapi buntu.
     Then setelah 15 minit roommate yang study sebelah dengan selamba berkata, "pinjam jap tadi, trimas ek," sambil memulangkan pemadam kita.


Penyelesaian: Jangan panik. selidik dahulu organisma hidup di sekeliling anda, termasuk kucing.


     Andaian yang pertama n kedua ni, boleh dipilih mengikut kesesuaian. kalau ada kawan sebilik or ahli keluarga serumah, boleh aje terus tanya kat dia tanpa perlu mencari benda hilang tu terlebih dahulu. tapi, macam mana pulak kalau dua-dua teori di atas cancelled out? korang dah cari betul-betul, dan korang lak duduk sorang-sorang dalam bilik/rumah.
     Ok, yang seterusnya. a bit paranormal, so bersedia ya.


     Tekan r butang play, baca point seterusnya sambil dengar muzik. takde lah rasa kesunyian. dah tekan terus baca ye. :-)
   
3) Angkara 'Sesuatu'
     "Saya selalu pakai barang kemas peninggalan arwah nenek. arwah memang ada satu kotak kecik yang dia guna untuk simpan segala barang kemas tu. banyak kali jadi, saya balik rumah dan letak je rantai nenek yang saya pakai atas meja solek. esoknya, semua barang kemas tu balik semula tersusun elok dalam kotak tu. padahal saya duduk sorang-sorang je kat rumah. WTH."


Itu ialah pengalaman yang diceritakan seorang wanita kepada pengkaji DOP. beta dapat dari internet, iye WTH tu mesti r beta yang tambah. 
     Ada yang mengatakan DOP ialah angkara jin. biasanya kalau sekali dua berlaku, kita boleh anggap diri sendiri yang pelupa. tapi bila dah kerap terjadi, dan kita pulak duduk sorang-sorang dalam bilik/rumah, apa lagi yang bermain dalam fikiran?
     Ramai yang cenderung menolak teori 'angkara sesuatu' ni. diorang berpendapat, benda yang ada kaitan dengan emotional relationship, contohnya cincin arwah atuk-mengingatkan kita kepada atuk. so, otak kita create sesuatu pemikiran yang membuatkan kita terbayang kehadiran orang yang tersayang tu. sampai kita terlupa yang kita sendiri salah letak. 
     So, amacam? beta no komen... cuma, mungkin kita boleh renung kalam Allah ni :


"Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah." (An-Naml:38-39)


Penyelesaian: Bacalah ta'awwudz apabila bulu roma anda meremang. wuuuuuuu~(bunyi angin). 


4) Ghaib Sementara
     Benda tu sebenarnya ada depan mata, tapi atas sebab-sebab tertentu, kita tak nampak. mungkin sebab distracted, macam warna yang sama. contoh mudah: sesumpah. tambah pulak, optical illusion memang wujud, so tak payahlah beta terang panjang-panjang.


Penyelesaian: Jangan kelam kabut sewaktu mencari. bertenang.


5) Perubahan Dimensi
     Kewujudan dimensi selain 3D yang kita sedia maklum, memang diakui oleh sains. Allah pun dah gtau alam ghaib memang wujud. teringat dulu pensyarah fizik beta cakap,"kita tak boleh tengok jin n malaikat, sebab wavelength (gelombang) diorang tak mampu dikesan mata kita." kalau yang nampak, itu semua izin Allah.

     Teori ni beta pun susah nak percaya. tengah sibuk cari kunci kereta kita, tiba-tiba dengar bunyi kunci jatuh kat dapur. sah memang benda tu kat situ. boleh ke bayang kunci tersesat masuk alam lain, then bila 'tersedar' dia tersesat, dia pun tercampak balik ke alam ni.
     Wallahu a'lam. dulu memang gegar satu malaysia, kes budak hilang waktu main-main dekat pokok. pastu kat ceruk hutan mana ntah pasukan penyelamat jumpa balik. tak tau lah kelentong ke apa, tapi budak tu cakap,"adik ikut nenek.."


Penyelesaian: Usaha dan tawakkal pada Allah.
********************
     Apa jua yang pada kita ianya pelik or tak masuk aqal, yakinlah bahawa Allah swt Maha Mengetahui secara terperinci apa yang terjadi. kita sebagai hamba Allah, seharusnya menggunakan kapasiti aqal fikiran yang dikurniakan Allah ni untuk menilai sesuatu itu dengan memohon petunjuk dariNya.
     Bukankah kehilangan itu pun satu nikmat dari Allah? Dia nak suruh kita merayu kat Dia, doa banyak-banyak. kembali kepadaNya berserah diri. 


"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." 
(Al-a'raf: 200-201)

Related Posts with Thumbnails

pageviews