jejaka itu bermonolog dengan dirinya.
encik boring yang semakin membelenggu diri, memaksa beliau untuk berijtihad tentang apa yang perlu dilakukan sekarang.
*ya, pergi jalan-jalan naik kereta best gak ni!* idea yang sepatutnya muncul sejak awal tadi, hanya mampu dihasilkan otak beliau setelah beberapa jam mengerah akal.
orang kaya rupanya beliau ni. di petang yang hening itu, beliau memandu BMW kesayangannya. dari petang, suasana beranjak ke senja, dan seterusnya malam pun menjelma...
entah bagaimana, tanpa disedarinya, jejaka itu telahpun berada di atas highway... ini kes bawa kereta tak pasang niat la ni. tengok-tengok dah tinggal sorang-sorang tengah highway.
jejaka itu mula kaget. kenapakah??
*alamak...macam mana nak hidupkan spotlight kereta ni?jalan dah gelap tahap gaban ni!!*
beliau mula menyedari, yang dia hanya tahu memandu sahaja, tetapi benda-benda mudah seperti memasang lampu spotlight memang tidak diendahkan... haa, nak kata dia ni macam menyesal la jugak waktu itu.
mengambil tindakan nekad, jejaka itu dengan cool nya 'menerbangkan' keretanya melangkaui divider, sekaligus meletakkan keretanya di laluan bertentangan.
*huh...baik aku patah balik sampai jalan besar. kereta mahal pun tak guna, lampu tak tau nak on.*
************
*astaghfirullahal 'aziim... mimpi la. patut la tiba-tiba aku boleh ada kereta. ish ish ish...*
hamba Allah itu termenung setelah terjaga dari tidurnya, merenung kembali mimpi sebentar tadi.
-bawa kereta tau, on lampu tak tau!-
manusia selalu ingin mengejar sesuatu yang besar (selain bakal isteri..yang ni kena slim,haha), malangnya mereka mengenepikan perkara-perkara kecil. manusia kadang-kala lupa, masjid yang tersergam itu asalnya butir-butir pasir.
manusia kadang-kala alpa, kapal terbang di langit tinggi itu dulunya titanium di dasar bumi.
*aku mungkin terlalu pentingkan tentang masa hadapan, sedangkan aku masih belum menyusun langkah untuk menghadapi hari ini. impikan syurga, tapi amalan sunat di-anaktiri-kan, padahal ia penampal lubang-lubang pada amalan wajib. *ala...benda remeh jek...*
benda yang membantu untuk ke syurga, BENDA REMEH??
ruginya...