Wednesday, June 15, 2011

untuk siapa entah

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

     Bila kurang membaca, maka mahu menulis tidak ada idea. bila takde idea, blog terbiar begitu saja. umpama hidup segan mati seksa. namun blogging ni bagi beta, tak perlu terlalu kerap meluah kata. cukup walau sekali-sekala, tapi membekas di jiwa. ilmunya ada, isinya mampu buka minda. sekurang-kurangnya boleh hasilkan pahala, paling tidak pun sebagai peringatan untuk diri semata-mata. maklumlah yang menulis inilah yang selalu lupa. lupa dia ni hamba, bertugas untuk Yang Maha Esa. itu sebab untuk bangun dari mimpi, kena sendiri cubit peha. supaya tersedar n jadi manusia semula.
     Baru-baru ni result MUET dah keluar. alhamdulillah. lepas la requirement untuk proceed ngan ijazah tak lama lagi insyaAllah. bagi yang berjaya dapat result yang korang nak, korang berhak bergembira. tapi biar berpada. bagi yang kurang berjaya, jangan kecewa. Allah sedang menguji, apa kamu ada iman n taqwa.
     Baru nak ijazah? member-member sekolah dulu ade yang dah start praktikal dah pun. beta baru abes matrikulasi. hehehe. . . iyup, i'm 21 but still blom start ijazah. hari tu ada jalan-jalan dengan member matrik kat pasar malam. tetiba terserempak ngan kawan sekolah lama dia. terkejut arnab dia bila dengar kami still belajar asasi. 

"Hoh? oi. . . ko mesti repeat kan? tak lepas-lepas matrik lagi ni? kan kan?" kata beliau.

     Hohoho. . . senyum je beta n member. pandangan manusia, biarlah. kan Allah tau apa cerita sebenarnya. =)
     Pernah tak bila kita berjaya, kita rasa sonok n bangga? ala macam tak biasa pulak. at least ade senyum kambing sket, n kontrol nafas supaya diameter lubang hidung tetap di paras normal. ok, camner lak bila kita gagal? beta pernah failed maths, 17/50 je markah. the lowest pulak tu dalam batch beta. beta cukup jelas camner perasaannya. malu pada semua. 

Tapi bila berfikir kejap, sebenarnya kita belajar ni untuk apa? lagi penting, untuk SIAPA? ikuti kupasan di bawah. kah3.
******************************
Kerana Sape?

Belajar kerana manusia, hidup sengsara.
Belajar kerana manusia, bila gagal kamu hampa.
Belajar kerana manusia, bila berjaya baru kamu lega.

Belajar kerana Ilahi, 
Bila berjaya, kamu sujudkan dahi.
Bila berjaya, kamu senyum nampak gigi.
Bila berjaya, kamu rasa nak usaha lagi.
Tiada rasa cukup ilmu dalam hati.

Belajar kerana Ilahi,
Bila gagal, patah semangat jauh sekali.
Bila gagal, rasa nak cuba lagi.
Bila gagal, tiada manusia boleh gugat diri.

Belajar kerana Ilahi,
Tiada cacian berbekas di sanubari.
Tiada makian boleh guris hati.
Tiada kutukan lemahkan spirit dalam diri.

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat..." (Al Mujadalah:11)
******************************
Study Yang Steady

Belajar kerana Allah, pasti bahagia.
Belajar kerana Allah, pasti berjaya.
Pasti jalan ilmu itu bercahaya.
Pasti jelas matlamat seorang hamba.

Belajar kerana Allah, tiada frust menimpa.
Apa pun result diterima seadanya.
Bila berjaya takabbur tiada.
Bila berjaya Alhamdulillah sentiasa.
Bila berjaya kita sedar ilmu itu milikNya.

Belajar kerana Allah, bila gagal tetap berlapang dada.
Puji keji manusia sekadar singgah di telinga.
Tiada ambil kisah itu semua.
Itulah musafir ilmu berakal sempurna.

Ilmu itu datang kepada pencintanya, pendambanya.
Pencintanya itu ialah yang cintakan Al Hakim.
Yang Maha Bijaksana.
Pendambanya itu ialah yang dambakan Al 'Alim.
Yang Maha Mengetahui segalanya.

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu." (Fatir:28)

Dah betulkan niat belajar kita? =)


p/s : dinukil tym dalam keta on the way nak amik ibu kat ofis. tensen kereta banyak, idea datang. hahah.

8 comments:

iyou said...

phewww... sempat lg berkarya dalam kete.. hahaha...

dah start belajar ker skg???

bez.amin said...

heheh..lom stat ag.insyaAllah lan 9 ni stat.wuuu,seram eden nk msuk blaja balik.kui3

Husna.Ma said...

huhu. aku pon baru nak masuk degree la. terasa aku post nie. hehe :)

Adi Zhaf said...

hai abg bazli..haha..ko ni bazli..ak ru lepas kelas arab semalam..ustaz timbulkan soalan.."aku neh hidup untuk ape? Nak jadi ape?"hanye dengan soalan tu mengubah perjalanan ustaz arab aku tu yg dulunye seorang yang nakal semase baye2 kite =)

FaraSyeera said...

pelik dowh bace post ko ngn tulisan cm skema kt atas tu. ngeh3. rase mcm bini ko yg tlg update. HAHA.

bez.amin said...

husna: heheh..xpe2,kite geng oyeahh!!

adi: btol3..bile kite sedar pe sbnr nye tujuan idup ni,kite akan usaha btol2.

paen: hahah..caye or x,ak juz boleh tulis entri tym blaku mood swing (WTH ???).cnth cam post ni, ak wat tym tgh atas jln jammed..tensen :-)

azs_miina said...

mmg hebat dpt ilham tym tension..=)huhu entri yg memberi bekas di hati...suka sgt! ^^, 17/50?? hahah sy jgk ada pglaman seperti itu..malu kot..;p tp, pglaman mgjar kita erti kgagalan..=)

bez.amin said...

azmina : if we succeed, we get happiness. if we failed, we get experienced! either way, juz b happy!
B-)

Related Posts with Thumbnails

pageviews