Sunday, August 28, 2011

Balik lah kampung!



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Pada pagi 28 ramadhan itu, Joni menelefon ibunya di kampung.

Truut...truut...
Ibu : halo, assalamualaikum
Joni : alaikumussalam ibu. ni Joni ni, lelaki melayu terakhir yang masih hidup. hehe pekabo?
Ibu : waklu.. melayu terakhir kunun, hehe. alhamdulillah ibu sihat je, ha kamu ni bila nak balik raya nyer?
Joni : owh, lek lu ibu. baru 28 ramadhan. raya tahun ni Joni tak balik bleh tak? rasa macam nak tido je kat ofis ni. takde r rabak poket, anak-anak buah sume mata duitan! 
Ibu : Joni!! kamu jangan cari pasal, penat-penat ibu jahit baju raya kamu. jangan mengada takmo balik.
Joni : wow! ibu wat baju warna pe, kain lembut tak?
Ibu : warna merah, ibu amik langsir kita tahun lepas punyer. recycle apa salahnya? wakaka..
Joni : cehhhh....
Ibu : hehe, Joni balik ek raya ni? esok tau, adik kamu dah ajak jemaah surau bertakbir kat umah kita ni. jangan kamu takde lak. balik tau!
Joni : hehe mestila.. ai ibu beria-ria panggil Joni balik ni nape?
Ibu : sebab nak tengok anak ibu yang tersayang ler, kuang kuang kuang.. 
Joni : har har har.. iye, insyaAllah Joni sampai le malam raya nanti. sayang ibu gak B-)

******************************

Firman Allah swt :
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang,
Pulanglah kepada Tuhanmu dalam keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai.
Serta masuklah dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
(Al-fajr : 27-30)

Perghh!.. subhanallah..
Nampak tak camner Allah 'panggil' hamba-hamba yang dikasihi pulang kepadaNya? ringkasnya, kalimah yang dipakai itu dalam bentuk kata suruhan (bagus lagi kalo korang try usha sendiri dalam quran). dalam maksud lain: Allah suruh balik kepadaNya. menggambarkan betapa Allah merindui kepulangan para jiwa yang tenang, sampai Dia panggil pulang <-- ni ustad kat surau yang cakap tau. ilmu ak tak mampu lagi nak hurai ayat quran :-)


Bila raya tiba, ramai bersuka-ria,
Tapi kan, bape ramai yang berdukacita?
Nak tinggalkan ramadhan setahun lamanya.
Agak-agak kita di golongan yang mana ya?

Kerajaan umumkan bonus setengah bulan,
Ada yang seronok, bleh raya sakan,
Namun bape kerat yang hiraukan ramadhan,
Ada lailatul qadr, yang lebih baik dari setengah 1000 bulan?

Yang pastinya ramadhan akan tetap pergi,
Mungkinkah bisa kita bertemu lagi?
Entah-entah umur hanya sampai di sini,
Pulanglah sebagai muttaqin, Tuhanmu merindui!

salam aidilfitri dari bez amin dan _______. 

hehehehe..



Trimas for reading! :-)

Friday, August 26, 2011

Masihkah ada hari esok?



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Sudah lewat malam, baru Ahmad sampai ke rumah. semenjak-dua menjak ni, matanya kurang nampak agaknya. tu yang selalu terlajak masuk jalan lain. alhamdulillah enset ade GPS, no hal la asalkan sampai ke rumah. kata-kata doktor tym kat hospital tadi, sikit pun tak merunsingkannya. "Ah.. itu ketentuan Allah.. "

Ahmad melangkah ke master bedroom nya. bukak pintu slow-slow, takmo isterinya yang tengah tidur terjaga. ditenung dulu wajah isteri, "hehe..dah tua you ye." Ahmad tersenyum. 

"Cinta i kat you sentiasa muda, insyaAllah. luv u bebeh," bisik Ahmad lagi, sebelum mencapai sehelai kertas n sebatang pen. dia nak menulis sesuatu sebelum tidur.

Itu yang akan dibuatnya sebelum tidur, mulai malam ini. "sebagai persediaan sebelum sampai hari 'itu' nanti," terngiang-ngiang nasihat doktor di hospital tadi. 
Ahmad tersenyum dan mula menulis.

******************************

Pagi keesokannya, lepas-lepas Subuh terus Ahmad kol nombor anak-anaknya, bertanyakan khabar. takmo la kacau waktu diorang tengah kerja nanti. alhamdulillah sume sihat je, cuma masing-masing tengah kelam kabut sket bersiap nak g ofis. kat sume anaknya Ahmad susun ayat penutup lebih kurang sama,

"hehe.. ayah takut terlupa nak cakap nanti, ayah sayang korang sume. peace yawww!" bapa zaman moden, ucapan sayang haruslah moden gak kan.

******************************

Dah dua bulan berlalu, sejak appointment pertama Ahmad dengan doktor peribadinya. hidupnya sejak itu asek hepi je, hari-hari ajak isteri dating kat luar la, tepon anak-anak tiga kali sehari. mentang-mentang dah rilek.
Notanya yang ditulis tiap-tiap malam ada la dalam 20 helai.
Dan dia rasa, dah tiba masa untuk inform kat isterinya.
Kalau ikut rasa hati, dah dekat sangat dah 'waktu itu.'

"tapi camne nak gitau ek? hmm..." 

Malam itu sebelum tidur, dia menulis sepucuk surat kepada isterinya. dah setel, diletakkan surat tu atas meja solek dengan harapan sok pagi isterinya bleh baca.

******************************

Pagi itu, si isteri perasan ada surat atas meja solek tu. tersenyum dia, "hehe.. suami ak ni main tulis surat cinta lak..". dia tak segera membacanya, tapi g mandi, nak solat subuh. pelik juga, apesal suaminya tak gerak dia bangun.
"masih di surau kowt," dia mengagak.

Lepas sembahyang subuh, terus dicapai 'surat cinta' itu lalu dibaca.

Assalamualaikum wbt..
Yo! ke hadapan isteriku yang tersayang.. hehe, comel tak ayat ni? 
Takde pape, saje je nak gtau U sumtin, I luv U !! betul ni, bukan tipu-tipu tau. ada ngada-ngada sket je, hehe. ala selama ni pun hari-hari I cakap sayang kat U, tapi yang ni special sket. heee..
Menda yang special? ha sabo r dulu sayang oii.. ni nak gtau ni.. ingat tak appointment I ngan doktor dua bulan lepas? sori I balik lambat, tersesat..huhu. tapi U jangan marah ek, I bukan sengaja. pas jumpa doc, baru I tau.. 
I sakit Alzheimer rupanya. 
I saje tak gitau.. sebab I nak kita dating, hepi sama-sama, tak best r kalau U ade rasa sedih kan? Oppp! ha ni yang tak best ni. U jangan r nangis, aduyai.. kan dua bulan ni kite dah hepi-hepi kan? g dating kat tasik, tengok gajah kat zoo, ngap ikan bakar kat kelab golf, blablabla..
Huhu..sori sayang, nak recall banyak-banyak pun I dah lupa.. tapi sumenya I dah tulis kat kertas siap-siap, sume ada dalam laci kat bilik tu. orait? jangan risau ek.. n sebelum I lupa yang U ni isteri I,  nak gtau..
I luv U sampai bila-bila, sampai ke syurga insyaAllah.. kat syurga nanti, kita recall balik kisah cinta kita ek? kat situ nanti takde lupa-lupa dah, hehe. berdoa kat Allah banyak-banyak ek..
He'll always loving U,
Ahmad :-) 
Air mata si isteri tak dapat dibendung lagi, terus dia rushing cari suaminya.
Ahmad tengah duduk atas sofa, menyelak n merenung album gambar familinya. tatkala si isteri datang memeluknya sambil menangis, Ahmad bertanya,

"Mmm... maafkan saya.. awak ni siapa ya?"

*****************************

Firman Allah swt. :

"..dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.."
(Al-hajj : 5)


Sementara mereka masih kenal akan kita,
Sementara kita masih boleh bercakap dengan mereka,
Sementara boleh diucap kata sayang dan cinta,
Mengapa perlu tunggu sehingga 'esok' tiba?
khas buat semua yang bernama insan.






Trimas for reading! :-)

Ummi 1st Lucky Draw



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Klik banner bawah untuk join.

Trimas kepada member baru, Alisya sebab ajak ak join lucky draw ni.
Tenkiu tenkiu :-)

Adapun ak nak tag :

Korang pun jom r join, orait bebeh.

Thursday, August 25, 2011

Esok, hari ni dan semalam



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Hari itu

Suasana cukup kelam-kabut. di sana-sini kedengaran jeritan dan laungan meminta tolong. meminta kepada Yang Satu, agar diringankan penderitaan pada hari itu. namun ketentuan Allah tetap terus berlaku, tidak akan diubah-ubah lagi kecuali dengan kehendakNya. peluang yang banyak sudah diberi, kini segalanya tak berguna lagi.

"Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam Neraka kepada malaikat-malaikat penjaga Neraka Jahanam: Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Dia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari."
(Ghafir : 49)

Antara rayuan penghuni-penghuni rumah penyeksaan itu. malaikat yang bengis menjawab dengan nada ejekan, "kamu doalah sendiri!"

Mereka terus meraung meminta belas kasihan. 
Merayu diringankan siksaan.
Waktu itu hanya perlukan Tuhan.
Sesuatu yang di dunia dulu mereka abaikan.

Allah Yang Maha Mulia mendengar segala rintihan mereka. maka Allah berfirman:
"Rasakanlah azab seksa, (bukankah dulu) sesungguhnya engkau orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam masyarakatmu) ?" (Ad-dukhan : 49)

Hancur luluh. mereka tak faham, sekarang dah terlambat.
Mereka tak faham, dah tiada lagi pintu taubat!

******************************

Hari sebelumnya

Sangkakala ditiup, membangkitkan jasad daripada kematian, kerehatan di kubur masing-masing. mereka yang ingkar akan ayat-ayat Allah ketika hidup di dunia, berada dalam keadaan bingung.


"Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya."
(Yasin : 51)


Orang yang tak beriman, seraya meroyan,
Yang dulu ingkar, tubuh terketar-ketar,
Yang dulu lalai, berjalan lemah longlai,
Yang ahli maksiat, menyesal ya amat!


"Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah, dan benarlah berita yang disampaikan oleh rasul-rasul."
(Yasin : 52)


Mereka yang punya iman dan taqwa, awal-awal sudah gembira dan bahagia.
Adapun yang menurut nafsunya ketika di dunia, dibayangi neraka derita.


"Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang bertakwa,
Dan diperlihatkan Neraka jelas nyata kepada orang-orang sesat."
(As-syu'arak : 90-91)


******************************


Hari kematian


"Ya Allah, ak dah mati!"
Terdengar tangisan anak dan isteri,
Sayunya mereka tidak terperi,
Namun, ada yang peduli perasaan si mati?


Si mati nampak jasadnya tak bergerak lagi,
Voluntary atau involuntarily,
Nun di sana, hadirin bincang sesama sendiri,
"Jom cepat uruskan jenazah ni."


"Tak mau! berikan ku sedikit lagi umur!"
"Kerna ak dulu selalu takabbur!"
"Tolonglah... jangan bawa ak ke kubur.."
"Nak mintak ampun dulu pada Al-Ghafur!"


"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mencari sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh),
Sehingga kamu masuk KUBUR."
(At-takathur : 1-2)


Hanya ini saja cara untuk kita yang tak sedar diri, yakin akan janji Ilahi.
Bukan begitu?


******************************


Hari ini


Dan mereka berkata: 


Ah.. mati lambat lagi,
Ak masih muda, apa nak fikir pasal mati?
Sket-sket dosa, sket-sket dosa, apahal nye ni?
Apa kau baik sangat nak ajar ak itu ini?


Nak tua nanti ak taubatlah,
Pesal nak dakwah kat ak, suka cari masalah?
Takut kau yang nanti nyesal tak sudah,
Sebab tym muda, tak enjoy cam ak ni hah.


Rileks bro.. kau pun sama cam ak juga,
Buat ibadat, bukan ke sebab nak masuk syurga?
Ak pun camtu, cuma masih belum sedia,
Bilalah hidayah Allah nak singgah kat ak ya? <--salahkan hidayah lak. ceh.
******************************


Dah abes dah


Sentiasa perbaiki diri.
Apa lagi yang kita nak jadi, selain hamba Ilahi? :-)






Trimas for reading!

Segmen Tambah Follower : Edisi Kuih Raya



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah


Muahahahaha..
join segmen lagi. sila jangan marah, bulan puasa ni kan. klik gambar atas untuk join orait. ni segmen oleh kak Luna Lanun.

Kuih apa yang buat ak jadi gila tiap kali Syawal ???

Kuih raya kegemaran sepanjang zaman saya ialah... 

Tart nenas !! oyeah..

Kalo ada dua balang, satu adalah khusus untuk ak. lagi satu balang, ha famili ak yang len kongsi sket sorang. har3.
Mmm.. ak type entri ni waktu malam, takpe kan cakap sal makanan pas berbuka? :-)

MARI MENAMBAH FOLLOWER SEBELUM RAYA



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah


Orait, dah selesai perintah berkurung dari segmen selama 3 minggu. so rini ak nak join segmen oleh Petua Pakar (klik gambar atas untuk join) sempena Aidilfitri yang bakal kunjung tiba. insyaAllah.

Di kesempatan ni, ak nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sume member-member yang terbaca entri ni. bukan, bukan tujuan ak nak palingkan korang dari kesibukan beribadah especialy di lailatil qadr, 
juz nak mintak maaf segala salah silap, kasar bahasa sama ada dalam blog or
dunia realiti mahupun alam ghaib.

Ak hanya manusia biasa, kadang-kadang pak cik jatuh tersadung pun ak TAK sengaja tergelak. terbahak-bahak lak tu. sori zahir batin ek sume :-)

Selamat berhari raya, jumpa lagi ramadhan akan datang! ameen..

Tuesday, August 23, 2011

Plan yang belum terlaksana

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Sape baik, sila tekan play:





Orait, ni je nak gtau..


Description
motif nyan cat? =,=

Thursday, August 18, 2011

Explanation tulus dari hati

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

     Masih segar di ingatan ak, peristiwa yang terjadi beberapa hari lepas. lewat malam itu, ak tengah online dalam bilik. suasana sungguh sunyi lagi mendamaikan. famili ak yang lain sume dah tidur dah. 


     Entah kenapa, tetiba ak rasa cam nak usha bintang kat langit lak. ak pun terus bukak tingkap, menikmati panorama malam hari. membiarkan perasaan n fikiran melayang-layang dalam keasyikan. ceh. tengah ak sibuk mengkaji bintang,


     Tahi bintang jatuh dari langit! ak terpegun, kaku tak bergerak, mata tak berkelip. ak terus g amik kalkulator, wat kiraan trigonometry. dua minit kemudian,

"Gulpp.. ah sudah...," ak ternganga.

Kiraan ak menunjukkan api tu menuju straight ke bilik ak!



     Aku terus memecut keluar dari bilik, penuh keazaman untuk menyelamatkan diri. terus berlari ke arah dapur, eh tetiba dahaga pulak. lantas segelas milo dibancuh untuk membasahkan anak tekak. iye, semuanya berlaku begitu pantas. ak sedar hakikat itu.

"Alamak... laptop ak sebelah tingkap!!!"

Namun.. ak tau semuanya dah terlambat. serentak dengan itu, terdengar satu dentuman yang bleh tahan kuat berlaku dalam bilik ak. camni ha :


     Letupan itu memang dahsyat, bergegar gak la rumah ak. perasaan ingin tahu tidak semena-mena meluap-luap dalam diri.

"Ak kena siasat letupan ni. harap-harap lappy selamat." lalu, setelah memakai sut anti radioaktif Hazmat, ak pun masuk kembali ke dalam bilik.

Dan ak terkesima.

Ak speechless.

Ternganga.


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Lappy ak evolve jadi transformers! 
Dua saat kemudian, dengan pantas dia terbang ikut tingkap. nak g bertempur katanya.
Sehinggalah semalam baru dia balik sebab bateri nak abes.
Maka sebab tu baru hari ni ak wat entri baru.

Amacam, ok tak alasan ak ni? hehehe... (gelak sopan ye, sesungguhnya ak berpuasa)

Ooop! lek lu.. nak citer satu benda ni:


Apa yang korang nampak? ce fokus kat gambar dalam kotak biru tu. kenal kan SW? haa, ada yang tak kenal?! 

Itu Shada Wentz laaaaaa!! maharani Paint oke? siapa yang tak pernah usha lagi kartun-kartun dia, sila usha skang gak. 

Ak tak tau r taste korang, tapi pengalaman first ak TERbaca blog dia, mau dekat 20 kali ak klik "older posts", juz coudn't stop reading. 

Trimas shada wentz! B-)

Orait, jangan lupa gak:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

(Surah Al-qadr)

Dah nak sampai hujung Ramadhan. amacam, bersedia nak jumpa lailatul qadr? :-)

Saturday, August 13, 2011

Bila diuji, kena rock steady!

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

Oyeah! berjaya gak wat entri baru. ada benda yang tak berapa hepi terjadi, tu yang takde mood nak blogging. kat fb lak, member-member semakin tak aktif. yang delete terus akaun pun ada. alhamdulillah, bangga ak ada geng yang clash main fb untuk bercinta ngan Ramadhan.

Aku? alhamdulillah gak, kira berjaya gak r kurangkan online. oleh kerana melukis makhluk kotak-kotak sangat sonang, maka kali ni ak nak selitkan lagi kelibat diorang. nama kotak-kotak ni Haidar n Paen yang kasi. ak pakai terus nama ni, kesian lak makhluk-makhluk tu takde identiti.

So, apa benda tak hepi yang jadi ritu? huh, malas nak citer. yang konfem, citer kat bawah ni r yang motivate ak kasi tenang. alhamdulillah...

Jom.





Jangan tertekan, kita kan ada Tuhan.
Jangan marah, mengadu r kat Allah atas sejadah.
Jangan sedih, Allah uji sebab Dia tau kita boleh!

Trimas for reading! :-)

Sunday, August 7, 2011

Ko tanya, ak jawab: Kenapa ada laki camni?

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

Orait, maka pada hari ni bermulalah satu siri yang buat julung-julung kali ak create untuk dimuatkan dalam blog aku muslim, bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang ditanya dan ak rasa sesuai untuk dikongsi sesama manusia. 

Maka penyoal pertama yang bertuah sehingga mendorong ak membuat siri terbaru ni, ialah member lama ak sendiri iaitu 

Apa kata korang baca dulu citer simple ni, coz nanti korang akan lebih memahami persoalan yang diutarakan, dan jawapan yang ak kasi. 





Soalannya : Lelaki nak bakal isterinya wanita solehah, tapi nape diorang suka menggatal kat pompuan seksi?
Jawapan : Dia nak isteri solehah kerana fitrah. yang seksi-seksi ni untuk wat enjoy je kate diorang. 

Ulasan : Pada ak la, laki ni jahat macam mana pun, selagi ada secebis iman dalam dada selagi itulah dia impikan isteri solehah. kira muslimah yang baik-baik skang ni korang takyah risau r, insyaAllah korang la yang akan jadi pilihan laki-laki kat luar sana untuk dijadikan isteri (kecuali laki gay). dan kebiasaannya perempuan solehah ni lelaki-lelaki yang hampeh segan nak kacau. terpelihara maruah di situ.

Apa-apa pun, nak dapat yang baik, kena jadi baik dulu. pesanan ni khas untuk ak, ye ak tau laa.

p/s : dah lama tak guna kata  ganti diri 'beta'..

Wednesday, August 3, 2011

Back to basic : tajdid niat

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 





Orait, setel. ak cuba untuk kurangkan online sempena menghormati Ramadhan yang penuh barakah ini. wat entri simple2 r, insyaAllah.
Semalam before tido, terdetik nun jauh dalam hati. " ak ni dah lupa ke niat sebenar mula-mula menulis dulu ? " maafkan ak member sekalian, kalo ade mane-mane part dalam tulisan ak selama ni takde manfaat. 

Ok, back to basic. bila rasa tergelincir, jangan malu untuk pulang kepada Allah. ampuni kami, ya Robbi.

Tuesday, August 2, 2011

Dulu-dulu : kala senja itu

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

     Sementara menunggu waktu berbuka puasa ni, beta ingat nak story sal citer kenangan dulu-dulu. beta sejak umo 7 bulan, dah start dibela oleh mak n bapak sedara. beta panggil mokde (mak uda) ngan ayah uda. bantal busuk yang mokde jahitkan tym beta umo 5 taun, masih kekal menjadi khazanah terulung yang masih wujud di bilik tido beta. kami membesar bersama-sama, banyak suka duka kami harungi sepanjang lebih sedekad beta hidup. kah3
     Peristiwa ni berlaku tym beta umo 8 taun kalo tak silap. ia terjadi tatkala senja menjelmakan diri, dan akan kekal menjadi memori terpahat di sanubari..










     Cesss.. kami terus masuk umah seolah-olah takde pape berlaku. tapi memang tak tipu punye, AJK masjid yang datang anta jemputan tadi memang pakai baju batik warna warni. arghh tekanan betul, baju n songkok pun bleh wat jadi seram.

Jangan datang umah orang tym senja! pas maghrib or isya' kan boleh. grrrr...

Segmen: Happy Blogger by iMBobo

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

     Keh keh keh.. ai selang satu entri beta sume segmen ek? ok la, ni nak clarify. pasni bercuti dari segmen selama 3 minggu, insyaAllah.. 
     Bukan apa, bro iMBobo yang wat segmen ni. dulu dia pernah promote blog aku muslim, maka kali ni nak support beliau n join lagi skali sebelum bercuti jap dari segmen-segmen ni.
     Adapun berbalik kepada tajuk, apa motif segmen ni? ntah beta pun tak tau. cuma sebagai renungan semua sempena puasa ni, ketahuilah kita bahawa;

- hujan yang turun itu Allah utus untuk menyuburkan tanaman. so jangan kita tak tau malu g menyumpah hujan tym kita nak maen bola.
- matahari yang besar gedabak tu patuh arahan Allah daripada sekecil-kecil proses membantu tumbesaran sebiji anggur, sampai r sebesar-besar tugas menerangi alam semesta ni.
- Allah dah jamin malam lailatul qadr itu manfaatnya lebih baik dari seribu bulan. sape yang enggan usaha untuk menghidupkan malam ramadhannya, tak tau r alasan pe lagi yang kita nak beri kat Allah kalo pahala kita tak banyak akhirat nanti.
- berpuasalah maka kita akan sihat! (maksud hadis) oyeahhhhh!!!

Orait bebeh. wassalam..

Monday, August 1, 2011

Tamadun Facebook

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

     Semoga rakyat beta sume sihat dan kuat. adapun pada hari ini, beta rasa nak story sket sal isi perbualan beta ngan sorang sepupu pompuan kat facebook ritu. beta dapati beliau cam ada masalah dan jiwanya gundah, lalu kami pun bermusyawarah. huh rhythm tak bleh blah.
     Namun sebelum kita menyaksikan apa yang dipersembangkan itu, jom usha jap macam mana facebook merubah hidup kita tanpa kita sedar diri. ini realiti, kat ustad pun bleh jadi, hanya yang takde akaun facebook je bleh terkecuali. haa ce try usha bawah ni. untuk tumbesaran, leh tekan ctrl + ataupun view je kat new tab :

SATU : 


DUA :

TIGA :

EMPAT :

LIMA :

     Oyeah.. itu je r sket sebanyak yang mampu beta paparkan. tetiba rasa cam awek yang no. 5 tu cun n sweet plak.. arghhh siapa agaknya tu ek, lalala~
     Ok2, ni entri pendek je, gambar je lebih. anyway korang ase ada macam terkena yang mana-mana tak? kalo beta, tu haa yang nombor 5 ada gambar awek tu. dalam fb bajet beta talkative, waklu! padahal realitinya lelaki melayu terakhir kowt. sebelum menutup bicara, ce try usha hasil persembangan beta ngan sepupu ritu..dia ni memang sdare mare panggil 'baby', study kat salah sebuah institusi di Malaysia.





Penah jadi kat anda? Wassalam.. :-)
Related Posts with Thumbnails

pageviews