Saturday, November 12, 2011

I luv U, forever!

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Kadang-kadang...

Cinta manusia banyak sebabnya,
Cinta manusia boleh buat pening kepala,
Manusia kagum bila kamu bijak berbicara,
Mereka cinta sebab muka kamu boleh tahan juga.

Manusia cinta bila kamu cantik,
Ada karisma, personaliti menarik,
Konon hebat, macam orang politik,
Senang cerita, mereka cinta sebab kamu unik.

Kamu dicintai, bila banyak ilmu agama,
Manusia datang, mengharap kamu jadi teman hidupnya,
Padahal taktau, dalam hatimu ada setan juga,
Cinta manusia, memang betullah buta!

Manusia cintakanmu sebab kamu hebat,
Manusia cinta sebab kamu ni kuat,
Pergi mana-mana, musuh tak berani dekat,
Mereka cinta, sebab kamu boleh jadi bodyguard!


Yang Pasti...

Kecantikanmu, bukanlah untuk selamanya,
Kepetahanmu, kadang-kadang buat orang terluka,
Kekuatanmu, hilang pabila diri semakin tua,
Kebijaksanaanmu, boleh ditarik bila-bila masa,

Di akhirnya, pabila kamu tak lagi sempurna,
Di akhirnya, pabila kamu hilang segalanya,
Di akhirnya, pabila kamu hanya seorang insan biasa,
Masihkah ada manusia berikan rasa cinta?
******************************
Dan Selamanya...

Hanya cinta Allah yang sentiasa menemani,
Ke mana kita lari, Dia tetap memerhati,
Kamu insan hina? Ah.. Dia tak peduli,
Kerana kita hamba, dan Dia lah Rabbi!

Dia mencintaimu, sedang kamu tak sempurna,
Dia mengingatimu, tatkala kamu melupakanNya,
Dia tetap ada, menerima mu pada bila-bila masa,
Dia setia menanti, tapi kamu leka dengan cinta manusia!


Jom!

Cintailah Allah, kita akan happy,
Cintailah Allah, kerana cintanya abadi,
Terlalu cintakan manusia, manusia akan mati,
Cintakan Allah, Dia tak akan berlalu pergi. :-)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenaiKu maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, supaya mereka menjadi baik serta betul.." 
(Al-baqarah: 186)
Ya Allah, jadikan cintaku padaMu bukan hanya sekadar di mulut.. ameen..

Friday, November 4, 2011

Pencarian Blog Follower Bawah 500



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah



     Pheww.. lame gilos tak blogging. kalau ada masa pun, mampu blogwalking je. akhirnya sampai gak cuti raya haji. dapat r kowt 3 hari ni nak defrag balik kepala otak ni sebelum start balik kuliah. hope so, insyaAllah!
     Dan... benda mulayang ak cari kat dashboard ------- segmen! dah lama gak tak join pape. sesapa nak join, moh ler. 11-11-11 ni tarikh last. Orait uolz, adios! :-)
Related Posts with Thumbnails

pageviews