Sunday, April 16, 2017

Sikap Berkecuali: Di Mana Kedudukannya Dalam Islam?

Bismillah
Wal Hamdulillah



   Bolehkah mengambil jalan tengah dengan tidak menyokong mana-mana kumpulan jika berlaku kekaburan & kecelaruan dalam politik?

Jawapannya boleh. Dalam konflik yang melibatkan parti Sayyiduna Ali r.a dengan parti Sayyidah Aisyah r.a.h & Sayyiduna Muawiyah r.a, terdapat sebahagian sahabat r.a yang mengambil pendirian tidak berpihak atau tawaqquf bersandarkan kefahaman mereka terhadap sabda Rasulullah S.A.W berikut:

“Sesungguhnya akan berlaku (suatu hari nanti) fitnah-fitnah, betapa pada ketika itu orang yang duduk (menjauhi fitnah) lebih baik daripada orang yang berjalan untuknya (fitnah), orang yang berjalan untuknya (fitnah) lebih baik dari orang yang berlari-lari anak untuknya (fitnah), ketahuilah apabila ianya berlaku, maka sesiapa yang memiliki unta hendaklah ia (menyibukkan diri dengan) menggembala untanya, sesiapa memiliki kambing gembalailah kambingnya, sesiapa yang memiliki tanah kerjakanlah tanahnya. Perawi berkata: Lalu berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, apa pandangan kamu bagi sesiapa yang tidak mempunyai unta, kambing dan tanah, Baginda menjawab dengan bersabda: Dia ambillah pedangnya, lalu tetaklah bahagian tajamnya ke atas batu (supaya ia menjadi tumpul dan tidak boleh digunakan lagi), kemudian selamatkanlah dirinya sekiranya ia termampu menyelamatkan diri” . (Riwayat Muslim)

     Antara golongan sahabat yang menahan diri mereka daripada berbicara & terlibat dgn peristiwa tersebut adalah; Sa‘d bin Abi Waqqas, Abu Bakrah perawi hadith disebutkan tadi, ‘Abd Allah bin ‘Umar dan ‘Imran bin al-Husayn. Al-Nawawi ketika menjelaskan kedudukan para sahabat yang tidak melibatkan diri dalam fitnah ini, menyifatkan mereka sebagai golongan yang berada dalam keadaan tahayyur atau kebingungan. Beliau menyebut:

“(Pada saat itu) permasalahan yang dihadapi amat samar sehingga sekumpulan para sahabat tahayyur (menjadi bingung) tentangnya. Oleh itu mereka mengambil sikap mengasingkan diri daripada dua golongan (yang berselisih), mereka tidak ikut serta berperang, dan tidak meyakini manakah pihak yang benar”
(Syarah Sahih Muslim: 18/11)

     Sheikh ‘Abd al-Halim Mahmud dalam bukunya “al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam” memuji para sahabat tersebut, beliau mengatakan itu adalah pendirian orang yang bijaksana memandangkan permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam pada ketika itu sangat kompleks, samar dan sulit untuk membezakan antara kumpulan yang benar dan salah. Setiap golongan mengemukakan alasan untuk membenarkan pendapat mereka dan menyalahkan yang lain. Oleh kerana itu, mereka mengambil pendirian untuk menyerahkan permasalahan tersebut kepada Allah S.W.T dengan tidak menghukumi kumpulan mana yang benar dan salah. Menurut penilaian ‘Abd al-Halim Mahmud ini adalah suatu langkah positif yang diambil oleh orang yang bijaksana. (al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam: 140)

     Kesimpulan: Dalam krisis politik yg sedang melanda umat Islam di Malaysia pada hari ini, tidak salah jika kita mengambil sikap tawaqquf (berdiam diri drpd menyokong mana-mana pihak) memandangkan berlakunya kekaburan yg amat sgt bahawa pihak manakah yg benar2 boleh menguntungkan Islam & umat Islam. Wallahu a'lam.


*Disalin dari status facebook Ustaz Aizam Mas'ud

Saturday, September 12, 2015

Penawar Resah Gelisah

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

1.  Manusia diciptakan oleh Allah swt dengan bersifat resah gelisah serta suka mengeluh. Firman Allah swt:

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut).

Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.

Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut.

(Al-Ma'arij: 19-21)

2.  Namun di sebalik keunikan sifat tersebut yang tercipta dalam diri manusia, Allah ajarkan kita dengan hikmah dan cara bagaimana untuk mengawal perasaan gelisah dan bakhil ini. Firman Allah lagi:

Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyangIaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.

(Al-Ma'arij: 22-23)

3.  Faktor utama yang menentukan hala tuju, susah atau senangnya perjalanan seharian seseorang hamba itu ialah solatnya. Baik solatnya, insyaAllah baik pula harinya. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba yang menyusun jadual harinya bersesuaian dengan waktu solat, bukannya solat pula yang perlu mengikut kesesuaian jadualnya.

4.  Allah menerangkan pula dalam ayat seterusnya dalam surah Al-Ma'arij, bahawa selepas urusan solatnya diperbaiki, maka perkara sesudah itu yang boleh diamalkan ialah:

Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

(Al-Ma'arij: 24-25)

5.  Suka untukku berpesan kepada diri sendiri, bersedekah itu menenangkan jiwa. Bukan sahaja memberi kepada mereka yang meminta-minta, namun yang tidak meminta tetapi hakikatnya mereka jua perlukan bantuan, perlu dibantu sedaya boleh.

6.  Jika pun tidak dibantu secara material, nasihat yang baik juga sudah memadai. Allah berpesan:

Adapun orang yang meminta (bantuan, pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.

(Ad-Dhuha: 10)

7.  Perasaan resah gelisah boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kelam kabut dan tergesa-gesa melakukan sesuatu. 

8.  Namun tidaklah semua perbuatan tergesa-gesa itu salah. Apabila mengajak kepada menyembah Allah, ianya menjadi sesuatu yang terpuji, insyaAllah. Dalam konteks dakwah, ini ialah 'bersegera', bukannya kelam kabut.

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu.

Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayat petunjuk.

(Yasin: 20-21)

9.  Anjuran bersegera dalam kebaikan diajarkan oleh Allah dalam firmannya:

..Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan..

(Al-Baqarah: 148)

10.  Juga dalam usaha mencapai keampunan Allah swt:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

(Ali 'Imran: 133)

11.  Kesimpulannya:
  • Ubat untuk perasaan gelisah itu ialah solat, sadaqah, dan anjuran-anjuran lainnya (rujuk surah Al-Ma'arij).
  • Bersegera, berlumba-lumba, tergesa-gesa dalam mengejar kebaikan dan keampunan Allah itu perbuatan terpuji.
  • Bersegera dalam amal kebaikan ialah antara sifat orang bertaqwa.

Wallahu a'lam, wassalam.

Thursday, August 20, 2015

Merasa Syukur Untuk Merasa Cukup

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

1.  Konsep syukur adalah salah satu cabang dari ajaran islam. Ianya difahami oleh sebahagian besar manusia sama ada muslim ataupun tidak, namun tidak ramai yang mampu mempraktikkannya secara holistik di dalam kehidupan seharian.

2.  Di dalam al-quran, terdapat banyak ayat-ayat yang memaparkan atau membincangkan perihal syukur. 

3.  Tentang perihal hamba yang bersyukur, diceritakan oleh Allah;


"Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."
(Saba':13)

Dalam ayat ini, Allah memerintah nabi Daud dan keluarganya untuk melakukan amal-amal soleh sebagai tanda kesyukuran atas nikmat kurniaan tuhan. Seterusnya, Allah menyatakan bahawa amat sedikit sekali hamba-hambaNya yang bersyukur. Ayuhlah kita berdoa agar termasuk di dalam golongan yang sedikit itu, insyaAllah.

4.  Terdapat segolongan hamba Allah yang terpilih untuk mendapat nikmatNya, lalu mereka mengeluarkan daripada harta mereka itu bahagian untuk diberi makan orang-orang yang memerlukan.


"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih."
(Al-Insan:8-9)

Golongan yang dimuliakan ini bukan sahaja memberi makan, malah memilih makanan yang terbaik sahaja (dihajati dan disukainya) untuk diberi kepada yang memerlukan. Setelah itu mereka bahkan menolak sebarang balasan ataupun ucapan terima kasih dari golongan yang dibantu itu. Mereka hanya berkehendakkan Allah lalu bersyukur kepadaNya, bukan mengharapkan kesyukuran dari makhluq.

5.  Penghuni-penghuni syurga juga turut mengucapkan puji-pujian serta syukur kepada Allah.

"Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing dan mereka pula bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayat petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufikNya).."
(Al-A'raf:43)

Golongan yang sudah dimasukkan ke dalam syurga pun masih mampu memanjatkan kesyukuran kepada Allah, semoga kita termasuk dalam kalangan mereka insyaAllah.

6.  Perintah untuk bersyukur ke atas (kebaikan, pengorbanan) ibu bapa dinukilkan di dalam al-quran bersama-sama dengan perintah agar bersyukur kepada Allah.


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Luqman:14)

7.  Sesungguhnya syukur itu manfaatnya adalah untuk diri kita sendiri.


"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."
(Luqman:12)

8.  Semoga para pembaca termasuk diriku dapat mengambil barang sedikit manfaat daripada nukilan hamba yang lemah ini. Ya Allah, masukkan kami ke dalam golongan yang sedikit! InsyaAllah, wassalam.

Wednesday, August 12, 2015

Nasihat Untuk Orang-orang Yang Menasihati

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

     Setiap daripada kita dicipta oleh Allah dengan perasaan ingin berdamping dan didampingi oleh orang lain. Anak-anak kecil, ingin bersama-sama dengan ibubapa atau penjaganya. Orang-orang yang telah tua, sering rindukan anak-anaknya agar pulang ke kampung. Pekerja mahupun pelajar sekolah perlukan sahabat seperjuangan bagi menelusuri liku-liku jalan mengejar impian. Begitu pula dengan remaja, atau pemuda-pemudi yang belum berkahwin. Sememangnya wujud rasa ingin mendampingi seseorang yang berlainan jenis, menjadi sahabat baiknya, peneman di kala suka, penenang di waktu duka, seseorang yang menyambut tangan dan cintanya!
     Dalam memenuhi tuntutan rasa cinta ini, ada kalanya kita goyah. Mungkin seringkali rebah, melayan nafsu yang penuh serakah, benteng iman dan taqwa pula amat lemah, dosa pahala tidak lagi diendah, perihal syurga neraka diambil mudah. Tidak sahaja mereka yang kurang berpengetahuan agama lemas dalam tipu daya syaitan ini, bahkan ramai para bijak pandai agama yang kukuh pelajaran aqidah dan lengkap pula ibadah yang tersungkur dalam lembah cinta hina. 
     Aku berani bersaksi atas segala kata-kataku ini, kerana aku punyai sahabat-sahabat yang pernah diuji Allah dengan ujian iman sedemikian, bahkan, aku sendiri pernah jatuh ke dalam dunia itu. Sehinggalah Allah datang mengetuk pintu hatiku, maka dihadirkanNya seorang wanita yang telah mengubah jalan hidupku dengan cara terhormat iaitu nikah. Cukupku katakan tatkala aku terlalu lama berduka cita akibat peritnya dikhianati, hadirnya dia dalam hidupku membawa cinta dipandu Ilahi. Terus sahaja jalan-jalan pernikahan itu dipermudahkan, tidak perlu keluar sana-sini macam suami isteri, dan entah apa-apa lagi. Semoga Allah menutup aib-aibku di dunia dan di akhirat.
     Ada beberapa pesanan yang ingin kusampaikan kepada sahabat-sahabat sekalian. Buat mereka yang tidak suka akan perbuatan couple atau ingin menasihati sahabat-sahabat yang terjebak dengannya:

1) Betulkan niat, mohon agar segala usaha kita semata-mata untuk redha Allah.
2) Bencilah perilaku dosa, jangan sampai diperlekehkan niat mereka yang betul-betul ingin bernikah namun terdapat halangan. Kita hanya nampak apa yang zahir sahaja. Pernah ambil tahu sudah berapa kali niat untuk bernikah mereka ditolak oleh keluarga? Dibebani pula adat hantaran berpuluh ribu yang mengarut itu?
3) "Sesiapa yang mengejek/memperlekeh saudaranya yang sudah pun bertaubat dari dosa yang pernah dilakukannya, maka dia tidak akan mati melainkan setelah dia juga melakukan dosa tersebut."
-Ibn Qayyim al-Jawziyya (w. 751H)
4) Sampaikanlah dengan penuh hikmah. Allah hanya mendedahkan satu sahaja aib saudara kita itu, sedang diri kita sendiri ada lima puluh aib yang ditutup oleh Allah dari pandangan manusia!
5) Jika rasa diri lagi hebat dari orang yang ingin dinasihati itu, maka hentikanlah 'dakwahmu'. Sebaliknya mintalah orang lain menasihatimu, mohonlah Allah mengubatimu dari penyakit hati bernama ego, kerana sesungguhnya itu yang telah menghumban iblis ke lembah kemurkaan Allah.
6) Tugas kita hanya menyampaikan, amr ma'ruf nahy munkar. Sesungguhnya Allah jualah yang menyedarkan dan memberi hidayah.
7) Berpesan-pesanlah kerana Allah, bukan kerana marah.
8) Jika kamu dikeji kerana menasihati, yakinlah yang memberi ganjaran bukanlah si pengeji, tetapi Allah.
9) Kurangkan atau hentikanlah kata-kata berbentuk sarcasm (perli) apabila menasihati. 
10) Jika hati kita bersih, akan mudah pula mengajak orang lain membersihkan hati mereka. Oleh sebab itu jika nasihat kita tidak berapa menjadi, ya hidayah milik Allah, namun kita perlu juga bermuhasabah diri. Berkata Al-Fudhail bin 'Iyadh,
"..setiap kali isteri, anak-anak dan keldaiku melawan perintahku, aku selalu muhasabah diri: Maksiat apa yg telah aku lakukan? Selepas aku bertaubat, aku segera melihat perubahan dalam diri mereka.."

Semoga tulisanku ini bermanfaat terutamanya buat diriku sendiri insyaallah. Sebarkan cinta, sebarkan kebenaran. Wassalam.

Monday, August 10, 2015

Wahai pemuda, bernikahlah!

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

     Segala puji hanya untuk Allah. Masih di dalam mood research, memberikan aku peluang untuk menulis. Hari ini alhamdulillah syukur masih aku berpeluang menikmati manisnya alam rumahtangga bersama-sama isteri tersayang. Sekalipun masih tinggal berasingan di asrama masing-masing, namun ruang untuk makan bersama-sama, sungguhpun lauk murah dan jimat, tetap terasa hangatnya sebuah cinta. Isteri kerap membeli nasi seolah-olah untuk aku makan seorang sahaja, baru ku tahu perempuan memang kurang makan nasi ya? Hehe apa-apapun terima kasih isteriku, mungkin ini salah satu cara Allah ingin mencukupkan rezeki kita. Bukanlah kuantiti itu yang mengenyangkan, bahkan Allah-lah yang memenuh dan memuaskan kehendak perut kita ini. Lauk yang simple jadi begitu sedap apabila disuap oleh tangan isteri, seolah-olah seperti ibu yang menyuapku. Memang begini perempuan dicipta oleh Allah. Sebagai anak, isteri, dan ibu buat survival ummah, pembawa sakinah, rahmah dan mawaddah. Insyaallah.
     Sememangnya usia perkongsian hidup kami masih sangat muda, baru 18 hari sahaja kami bernikah. Subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar. Allah berfirman di dalam Al-quran;



"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
(An-nur:32)

Lihatlah, Allah berjanji Dia akan mengayakan mereka yang berkahwin! Sesungguhnya janji Allah itu benar, kasihNya kepada hamba yang mencari pahala tidak akan pudar, hanya manusia sahaja yang sering lupa tidak mahu sedar.
     Buatlah perbelanjaan bersama, rancang aliran keluar masuk wang dalam keluarga. Cubalah untuk latih dari sekarang lagi sementara masih hidup berdua. Ya, Allah-lah yang memberi rezeki, lalu  tugas kita para hambaNya ialah memikirkan jalan-jalan yang ada untuk mengurus rezeki tuhan ini. Aku berharap agar perancangan yang penuh lompang dan kelemahan oleh kami berdua ini, akan sentiasa dibantu dan diselia oleh Allah. Sentiasalah berdoa, "Ya Allah janganlah Kau biarkan kami menguruskan tatacara hidup kami dengan tangan kami sendiri Ya Allah, sekalipun buat sekelip mata sahaja." Seperti konsep makanan yang berkat, rezeki yang berkat juga bukanlah yang banyak, bahkan yang dicukupkan oleh Allah.
    Buat para pemuda-pemudi yang merancang untuk berkahwin, mungkin ini ringkasan nasihatku buat masa ini, maka sesungguhnya nasihat ini sebenar-benarnya untuk diriku sendiri:

1) Allah akan mencukupkan bahkan mengayakan kamu dengan perkahwinan ini
2) Rezeki yang Allah kurniakan menjadi tanggungjawab kamu untuk diurus dengan baik
3) Bantulah (agama) Allah, nescaya Allah akan membantu kamu insyaallah.

Akhir kata buat para sahabat-sahabat yang kucintai sekalian, bernikahlah!
Wassalam.

Sunday, August 9, 2015

Buat Kesekian Kalinya, Aku Kembali

Bismillah
Wal Hamdulillah

"..setiap kali isteri, anak-anak dan keldaiku melawan perintahku, aku selalu muhasabah diri:
Maksiat apa yg telah aku lakukan? Selepas aku bertaubat, aku segera melihat perubahan dalam diri mereka.."
- Al-Fudhail bin 'Iyadh

Petikan dalam buku karya Ustaz Umar Muhammad Nor, 'Dalam Hati Ada Syurga'

     Sungguh, aku rindu menulis. Hampir setahun lebih sejak kali terakhir aku nukilkan sesuatu di blog ini, Memang tak dapat ku nafikan, zaman berubah dan idea bercambah, namun diri ini agak lemah dan goyah untuk menulis. aku tidak punya sebab yang kukuh, hanya mampu mengeluh dengan alasan-alasan yang runtuh.
    Ah.. typical medical student. Sama sahaja penipuan dari dahulu kala, "..sibuk study." Entah apa yang sibuk sangat, media sosial mungkin? Bagi aku, inilah yang terjadi. Celik sahaja awal pagi sudah dihadapnya handphone. Kadang-kadang tiada apa-apa yang menarik pun, cuma menjengah kepala ke tingkap rumah orang sekadar untuk bertanya, "makan di hotel mana hari ni?"
     Ok, sekadar ini dahulu. Aku akan cuba berazam mencari masa untuk menulis, atau menaip. Hanya tuhan sahaja tahu betapa bahasaku semakin parah sejak akhir-akhir ini. kemungkinan besar akibat malas menulis, sekaligus vocabulary hilang tenggelam di laut dalam. Apa yang penting, aku cukup takut kalau-kalau ini tanda-tanda awal penyakit lupa. Na'udzubillah.

Wassalam.

Saturday, April 26, 2014

Politik Individu

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Ini pegangan politik ak. 

Orang kata aku umno, ya aku umno. 
tapi aku hanya ikut umno yang dibawa Dato' Saifuddin Abdullah.

Orang kata aku pas, ya aku pas.
tapi hanya pas yang dibawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din.

selesai.

Friday, December 6, 2013

Success through Failure

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah


Life is a test.
Every bit of event that happen in our life is a test.
When you failed in something, 
and that failure makes (or pull ) you closer to your Creator,
then in the eyes of God,

you have passed with flying colours. 
Alhamdulillah.


Thank you Prof. may Allah bless you.
and thank you Allah, for sending me this angel in disguise.

Sunday, November 17, 2013

Dari Seorang Yang Ambil Tahu

Assalamualaikum
Bismillah wal hamdulillah

Dia ingin menasihati,
Walau hadirnya tak dipeduli
Perginya apatah lagi
Senyumnya dipandang sepi
Lawaknya tak mencuit hati
Marahnya dianggap benci
Nasihatnya tak didengari.

Pesannya untuk teman sejati,
Kamu cantik di mata lelaki
Lalu jagalah baik-baik diri
Biar dihormati bukan diminati
Ingat selalu petunjuk Ilahi
Tinggalkan apa yang mendebarkan hati
Nescaya kamu disayang dicintai
Apa yang di langit juga di bumi.

Pesannya untuk teman sejati,
Wajahmu milik Yang Maha Terpuji
Jagalah ia dengan jati diri
Jangan dihidang ke sana sini
Manisnya buah, bila kulit membaluti
Tiada kulit, busuklah nanti.

Pesannya untuk teman sejati,
Manja mu itu untuk suami
Bukan mengajar menyombong diri
Cuma mengajak berhati-hati
Kerna dirinya masih saja lagi
Anggapkan kamu, sebagai teman sejati.




Bez Amin, 
17/11/13, 7.16am

Saturday, September 28, 2013

Bahagian yang Membahagiakan

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Bahagia.

******************************
Bangun pagi.
Bermacam benda bermain di kepala
Nak buat itu, nak pergi ke sana
Nak belajar sesuatu, nak siap kerja
Nak makan dulu, atau pilih puasa
Rasa berat, katil pula selesa
Lalu ku tahu, Allah sayangkan hamba
Dibangunnya aku, beribadah untukNya
Buat bekalan, tak muflis dunia dan 'sana'

Baru ku sedar, bangun pagi itu bahagia.

Manusia.
Banyak ragam tak payah cerita
Kadang rasa nak tumbuk muka
Nasiblah aku waras tak pernah gila
Terlupa, ada yang lain selalu ceria
Terbaring sakit, tapi senyum sentiasa
Wajah penat, tapi manis senyumannya
Mengundang cinta, menarik bahagia
Dengan cuma, senyum yang percuma

Lalu ku tahu, senyumlah magnet bahagia.
******************************
Dah cari bahagia banyak-banyak? :-)



"walau sekadar mimpi, tapi aku tak peduli"
Bez Amin, 
28/9/13 , 9.02 am

Saturday, June 29, 2013

Mungkin Tak Sama Lagi

Bismillah
Wal Hamdulillah

     1st professional exam is just around the corner. sengaja curi masa untuk online, tetiba teringat kat blog. hari kuliah memang selalunya lagi sibuk kalo nak banding ngan study week camni. rilek sket la, tapi still sibuk (sepatutnya), lagi-lagi untuk sesapa yang kejar distinction. 
     Banyak benda yang jadi sejak akhir-akhir ni. mungkin sampai penat n lelah bermain ngan emosi. not only bout study, nak jadi Dr pun kadang-kadang ada beremosi bab-bab selain study ni. pape pun, semua tu untuk train diri ni untuk masa depan yang lagi power permainannya. biarlah, asalkan semua tu buat diri ni makin kuat, bukan makin tergugat. insyaallah.
     Dan semua tu buat ak terpikir, kalo panjang umur, masih samakah ak 3 tahun yang akan datang?

******************************
Jasad ini, 
Dulunya menarik hati,
Mengajak manusia mendekati,
Membuang segala prasangka dan iri.

Jasad ini,
Yang kini bukan yang dulu lagi,
Kawan yang rapat, bertukar sakit hati,
Insan yang dekat, kini jauhnya seakan macam mati.

Tapi bukan semua,
Ada juga yang bersama-sama,
Masih melalui jalan-jalan yang serupa,
Walau masing-masing sudah banyak bezanya.

Jasad ini,
Pernah juga berjanji,
Berjanji untuk selalu menemani,
Selalu menanti, selagi ada mentari,
Bersama-sama nanti ke syurga abadi,
Dengan insan pertama yang membuka hati.

Tapi diri ini,
Kekadang bila bersendiri,
Memikirkan jalan dicorak Ilahi,
Sehingga hidup sampai ke hari ini,
Bertanya juga, merenung langit tinggi,
Adakah esok, kekuatanku masih sama lagi?

Minta maaf kepada semua,
Diri ini tidak lagi sama,
Tak lagi serupa,
Yang dulu dah tiada.

Kalau kalian datang lagi,
Jangan marah dengan diri ini.
Kalau kamu singgah ke hati,
Jangan sedih tuannya memintamu pergi.

Cerita yang dulu, sudahku tanam dalam bumi,
Dan mungkin ak, ya,
Ak mungkin sudah tidak sama lagi.



Tak memaksa kamu untuk faham,
Bez Amin, 
29/6/13, 12.45 pm

******************************
Abang-abangku:
Salim nikah 1/12/2004
Hafizul nikah 12/3/2003
Luqman nikah 27/10/2012



Saturday, May 18, 2013

Ultimate Plan

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Jarang-jarang ak tertarik dengan artikel yang berlambak kat fb. kebanyakannya cerita sama yg diulang-ulang share member2 fb. tapi ritu ada satu kisah yg menarik perhatian ak, shared by my beloved lecturer.

******************************
     Kisah seorang raja yang gemar masuk ke hutan untuk berburu. baginda ada para pembantu & pengawal keselamatan yg setia bersama-samanya. di kalangan mereka ada seorang pengawal yang agak rapat dengan raja. dia ni selalu kasi nasihat-nasihat best, tu yg raja sayang kat dia. antara yg sering diulang-ulangnya kpd raja, "Tuanku, jangan sesekali rasa down, sebab semua yg Allah rancang tu sempurna. tiada cacat cela langsung.."
     Suatu hari tym nak g berburu, si raja ajak pengawal yg setia tadi teman baginda. ditaqdirkan Allah, tiba-tiba seekor tok rimau muncul & menerkam baginda raja.

"AUUUUUUUM!! .." ha saspen sket.

     Si pengawal tadi bertarung habis-habisan, akhirnya tok rimau pun blah. baru pengawal tadi perasan bahawa raja tercedera, jari kelingkingnya putus. tanpa ucap syukur or terima kasih, si raja berkata, "kalau betul Tuhan tu baik, kenapa banda ni jadi kat ak???". terkejut dengan kata-kata tu, pengawal pun jawab,

"Tuanku, jangan sesekali rasa down, sebab semua yg Allah rancang tu sempurna. tiada cacat cela langsung.."

"APA!!?" Berang & bengang dengan respon pengawalnya itu, baginda memerintahkan dia dipenjarakan, tanpa alasan yg kukuh.

******************************
     Beberapa lama selepas kejadian tu, baginda keluar berburu lagi. kali ni seorang diri. ditaqdirkan Allah, baginda terserempak dengan sekumpulan puak aborigin. mereka terus mengepung lalu menangkapnya. baginda diikat & diusung balik ke perkampungan puak itu, maka tahulah baginda bahawa mereka mahu menjadikannya korban kepada 'tuhan' mereka.
     Waktu upacara nak bermula, puak aborigin terkejut bila perasan jari kelingking raja takde, cacat. akhirnya mereka melepaskan baginda, dengan alasan manusia yg tidak sempurna anggota badannya tak boleh dijadikan korban.

*******************************
     Sekembalinya baginda ke istana, raja memerintahkan pengawalnya dibebaskan untuk menghadap baginda. lalu baginda mengucapkan terima kasih & meminta maaf atas tindakannya. then baginda berkata, "beta cuma nak tanya satu. ya, Allah sangat baik kerana menyelamatkan nyawaku dengan penuh kebijaksanaanNya. cuma, di mana hikmahnya apabila Dia membenarkan ak memenjarakan manusia yg tak bersalah seperti kamu?"

     Lalu jawab si pengawal, "Tuanku, bukankah kalau ak tak dipenjarakan, maka ak akan ikut menemanimu berburu? maka dah tentu ak akan dijadikan korban puak aborigin itu, kerana anggota badanku cukup semuanya.."

Yakinlah, Allah sebaik-baik Perancang! :-) 

Hasbunallahu wa ni'mal wakil.
Ni'mal maula wa ni'man nasir.


Tuesday, February 19, 2013

Aku Orang Kaya

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Sekian lama aku bertapa,
Baru terasa menulis semula,
Mungkin barang sepatah dua,
Tahukah kamu... aku orang kaya?

******************************
Asal-usulku biasa-biasa saja,
Tiada kaya... tapi ada lah kereta,
Lapar dahaga... bukan teman setia,
Cuma tak mampu pizza hut sentiasa,
Tapi ku tau, aku orang kaya.

Ayah ku muda, tapi umurnya tua,
Aku bersembang macam kawan lama,
Tajuk panas, politik dan agama.

Selalu ku ditanya, "duit ada?"
Walaupun beliau bukan kerja manager,
Itulah ibu, risaukan anak-anaknya.

Kami beradik, macam orang gila,
Bersembang gaya lama tak jumpa,
Bergaduh pun biasa, tapi senyum semula.

Wahai... baru ku tau aku orang kaya!

******************************
Orang biasa, aku pun ada hati,
Mau kan hati sang permaisuri,
Diri sendiri belum tumbuh gigi,
Senyum saja lah, bila orang tak sudi. (kah3...nooooooob...)

Hati bersiul, bibir menyanyi,
Jelas maksudnya, bangkitkan ku dari mimpi:

"For what is a man? what has he got?
If not HIMSELF, then he has nought!

To say the things, he truly feels,
And not the words of one who KNEELS !"

Lalu ku bangun, sedarkan diri,
Hatiku mahal, anugerah Ilahi,
Hanya yang kaya, berhak memiliki.

Aku orang kaya, itu sudah pasti!

******************************
Aku punya segala.
Keluarga tak kaya, tapi bahagia.
Harta tak banyak, tapi selesa.
Pengikut tak ada, cuma sahabat setia.
Rupa... mungkin ada. Oh perasan saja... hehehe
Tiada cinta si dia, ada cinta si Dia.
Semua nikmat, Allah dah sedia.
Kita orang kaya, kalau kena caranya.

Wahai jin dan manusia,
Taukah kamu, kita orang kaya?




bez amin, 19/2/13, 6.47 pm.

Sunday, October 14, 2012

Big machine

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Stand straight, fall back in line
Comb your hair 
Get to work on time

Everyone in the big machine
Tries to break your heart
And pull you underneath

Maybe I'm wrong
And all that you get is all you see

Maybe I'm right 
And there's something out there to believe

Everybody's talking in their sleep
They push a lot of air around
But don't say much of anything

Except when they laugh at me
Like ghosts under a sheet

Everybody's talking in their sleep...



-Ryan Miller/Mark Duplass 
"Big Machine"

-Kadang-kadang, hiburan itu perlu sebagai penenang jiwa-
:-)

Sunday, September 16, 2012

Hanya tukang sapu sampah

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Matahari memancar lagi
Manusia berlari-lari
Segala lubuk rezeki dicari
Haiwan, tumbuhan, segala di bumi
Mencari sinar dalam berkat pagi.

Di kanan? oh.. si fulan berniaga
Di kiri? ah..dia sibuknya bekerja
Nun di sana, eh itu siapa?
Dibalingnya sampah sesuka hati saja?

Oh ya!
Hampir terlupa, jadi maafkan aku
Aku orang biasa, tugasku untuk membantu
Kutip sampah, yang bersih yang kotor, hatta yang berbau
Eh, mengapa kau jeling aku begitu?
Hatiku ikhlas, biar gaji tidaklah beribu
Ada yang mengeji, tapi aku senyum selalu :-)

Suatu masa dulu, aku terdengar
Seorang manusia, sedang mengajar
Katanya lantang, "dengar ini, sekalian pelajar!"
"Mahu jadi apa pabila keluar?"
"Malas mengaji, tengok keluar"
"Nampakkan kamu, tukang sapu tepi pagar?"

Aku menggeletar. ah biarlah, mereka bukan berkata celupar
Teruskan senyum, biar hatiku tawar
Pahalaku di sisiNya, tuhanku Al-Ghaffar.

******************************
Terima kasih tukang sapu sampah
Atas segala penat dan lelah
Cintakan bersih, hatimu tak berubah
Ketahuilah, engkau penghidup Sunnah!

Engkau tahu apa itu hamba
Tinggal di bumi milik Sang Penguasa
Di mata manusia bukan siapa-siapa
Di mata Allah, engkau dipuja.

Bez Amin, 16/9/12, 7 pm.

Smile!

Kudos untuk semua tukang sapu sampah, pencinta recycle, n pencinta bumi! :-)

Thursday, August 23, 2012

Menjauhi anjing di pagi raya

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

     3 bulan. dah 3 bulan tak tulis pape kat blog, pencapaian paling teruk setakat ni. but lately, I came across some of my lecturers' blogs. waah kagum gak, rilek je diorang bleh update kekadang sehari sampai dua, tiga post. padahal bukan setakat kasi lecture je, sometimes diorang ade gak tugas kat hospital. kira dari segi sibuk, memang diorang lagi banyak keje. even tengah marking papers pun sempat lagi blogging.

So ak pun tergerak untuk update sebagai mencontohi komitmen diorang. kah3.

Tapi takde idea.

*************************

     Pagi nak dekat tengah hari raya kedua, ibu ajak g tesco. nak wat open house lebih kurang. ak ni balik umah 3 bulan sekali. itu pun tak kuar g memane, memang lepak lam umah je. bukan senang nak cuti kan.  but setiap kali ak jejak kaki kat ipoh ni, satu benda paling obvious sentiasa ak nampak. makin lama, makin hilang orang2 kulit sawo matang kat ipoh. sebaliknya semakin ramai manusia mata sepet sana sini. cakap je r kat mana, shopping complex? jalan raya? tempat riadah? dah r pakaian deme cam haram. 

Tapi kat kuantan, orang2 kita yang berpakaian haram jadah. eh?

     Hah dah sampai tesco, alhamdulillah parking banyak. elok nak park satu tempat ni, tetiba ada anjing tengah lepak situ daa.. "ibu, kita parking kat sana r. malas r sini ade anjing," ak melontarkan buah fikiran. then kami pun shopping ngan gumbira.

Ratio 1:7 ak kasi untuk sawo matang versus mata sepet. adakah sebab musim raya orang balik kampung? not really, ak balik tym bukan raya pun camni gak.

*************************

     Tup tap tup tap, setel shopping. kami pun berangkat ke kereta. haih?

Elok je anjing tadi lena bawah keta ak.

Punya la ak nak lari dari anjing tu, last-last die cari gak keta ak nak lepak. Ibu halau leklok, n die pun g tido tempat laen. ibu then cakap,

"maybe Allah nak tunjuk kat kamu. anjing pun ada hak untuk hidup kat dunia ni."

-Apatah lagi manusia?-

Selamat Hari Raya Eidilfitr !

Saturday, May 19, 2012

Jatuh, ajarkan ku bangun! (Part I)

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

source : sheniori

Biar terjatuh namun berteguh, 
Daripada berdiri tapi mati!

Saturday, May 12, 2012

Bila dan siapa

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Bila

Bila sakit, kau kenal kawanmu siapa,
Bila lemah, kau tahu siapa yang tetap setia,
Bila terlantar, kau kenal siapa yang masih bersama.

Bila gagal, kau nampak siapa yang setia di sisi,
Bila terpinggir, kau lihat siapa yang benar-benar menemani,
Bila seakan putus asa, baru jumpa siapa yang ingin memahami.

Bila ternanti-nanti, lihatlah siapa yang kunjung tiba,
Bila berair mata, tunggulah siapa yang datang menyeka,
Bila bersedih muram, kasihi siapa yang cuba membahagia,
Bila hati tak tenteram, telitilah tanganmu dipegang erat siapa.

Bila kamu tak punya apa-apa, kamu kenal siapa yang benar-benar melabuh cinta.

Bez Amin, 
8.31 pm.
12.5.2012
Sedangkan langit punyai sisi terang dan gelap.. jangan bersedih, Allah bersamamu ! 

:')........ bukan camni, tapi

:-D

Wednesday, May 2, 2012

Hard to memorize?


A reminder to me specially!
:-)

Tuesday, April 3, 2012

Niat? (edisi nak update cepat-cepat sebab bz)

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah


     Hehe.. cerita dari pengalaman seorang sahabat ngan rumate nye. memang tajam n tepat, rupanya camtu nak lawan ngan 'pejuang-pejuang logik' ni.. let they kill themselves wif their logic. jangan kelam-kabut nak menang bila hadapi golongan camni, take ur tym. yang paling penting, ingat bahawa hanya Allah yang boleh beri hidayah, kita hamba juz menyampaikan kebenaran. dengan kreatif of course! 
      Dan satu lagi benda yang kita leh blaja is, di mana jua kita dicampak, kat tengah-tengah manusia kafir ke, liberal, plural, jumud, sesat, islam hanya pada nama, n segala macam lagi manusia, always be a productive muslim. setiap tempat ada peluang and ruang untuk kita sampaikan sesuatu tentang islam. "sampaikan dariku walau sepotong ayat!"

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."
(An-Nisak : 103)
      Wallahu a'lam.. tenkiu! :-)

p/s : alhamdulillah, baru donlod app 'rage comix' kat ipod.. so pasni takyah tulis entri baru pun xpe, wat je simple comix pakai app ni. sangat senang n simple! untung laaaa~
Related Posts with Thumbnails

pageviews