once upon a time, seorang raja di sebuah negeri pergi bersiar-siar menjenguk kehidupan rakyat jelatanya. adapun setelah beberapa ketika, maka ditegur dirinya seorang rakyat marhaen.
"assalamualaikum tuanku. beribu-ribu ampun..". belum sempat dihabiskan kata-katanya, raja mencelah,
"kita minta ampun dari Allah daa.. lagipun kamu takde wat pape kesalahan kat beta pun.appaaraa," cegah raja.
maka dipendekkan kisah, si rakyat itu bertanyakan raja tentang hudud dan qisas. setelah perbincangan ringkas, lalu raja pun bertitah di hadapan umum,
"...sudah tiba masanya untuk kita mendidik rakyat kita dengan hukum Allah yang sempurna ini. maka oleh itu, hendaklah para imamku, membacakan khutbah pada setiap kali jumaat menerangkan kepada jemaah mengenai apa itu hudud dan qisas ini, sekalipun dalam beberapa baris sahaja. adapun untuk para wanita serta kanak-kanak, beta menyeru agar mereka menonton siaran langsung khutbah jumaat setiap minggu."
arakian rakyat, wakil rakyat, seisi istana, yang tua dan juga muda, semuanya mempersiapkan diri dengan meningkatkan ilmu ukhrawi, duniawi serta ketaqwaan kepada Allah. begitulah seruan si raja. dia tidak mahu dalam keadaan masih jahil dengan asas-asas agama, rakyatnya 'dimomokkan' pula dengan hudud. baginda merasakan itu antara punca raja-raja yang terdahulu tidak berjaya mengimplementasikan hukum Allah ini. mereka cuba memandangnya 'hukuman kejam' berbanding 'jalan penyelesaian'.
ramai yang seolah-olah takut akan ter-berzina, lalu akan direjam atau disebat. oleh yang demikian raja pun menitahkan agar semua meningkatkan ilmu agama dan mengamalkan kewajipan-kewajipan islam itu, maka diharapkan hati-hati mereka akan lapang menerima undang-undang 'baru' itu.
The Arrival: ketibaan imam akhir zaman, Imam Mahdi. siapapun anda, sudahkah bersedia dengan yang sepatutnya? [' . ']
No comments:
Post a Comment