assalamualaikum wbt
bismillah wal hamdulillah
7 syawal. menanti hari keberangkatan beta ke rantau ilmu. keberangkatan yang bukan main-main, berangkatnya beta dan member-member seperjuangan untuk final exam 2nd year 1st sem. semalam badan terasa tak bape sihat, so melepak depan tv je la. HBO cam biasa, ulang citer sama je 10 tahun, itulah perkhidmatan terbaik untuk pelanggan dari astro. adapun adik beta yang menguasai remote control, beta tak kisah sangat citer pe pun asalkan mantop.
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).
berpanjikan prinsip islam ni, beta tertarik dengan intipati yang terkandung dalam citer omputih tu.
hayatilah wahai diriku dan sekalian rakyat jelata.
********************
Di suatu petang yang hening, seorang wanita dan sahabatnya berbual-bual untuk mengisi masa lapang. kedua-duanya masih muda, dan isi perbualan mereka ialah tentang lelaki-lelaki yang huduh lagi tidak hensem yang wujud di sekeliling mereka. gelak tawa mengilai bak langsuir mengiringi bait-bait percakapan mereka berdua.
Malam itu, sebelum melelapkan matanya, wanita muda itu bermuhasabah sejenak. rasa menyesal terbit di dada, memikirkan isi perbualan dia dengan sahabatnya petang tadi. rasa bersalah menyelubungi diri, alhamdulillah. menyedari dirinya perlukan bimbingan untuk menghindarkan diri dari percakapan yang tidak enak seperti tadi, maka dia berazam untuk menemui seorang ulama' keesokannya.
********************
Keesokannya di umah encik ulama'..
Wanita itu mengadukan hal semalam kepada si 'alim yang merupakan seorang tok imam.
wanita: saya memang nak bertaubat ustad. btol2 menyesal sal sembang-sembang semalam.
imam: apa yang kamu sesalkan?
wanita: menyesal la tok, citer keburukan orang lain..
imam: nabi kata, bercakaplah yang baik-baik, atau lebih baik diam..
wanita: ..tok, bley ke dosa saya ni diampunkan Allah?
imam: tak.
wanita : hah?! aik, saya nak bertaubat ni tok.. kan Allah Maha Pengampun?
imam : tak semudah itu..
wanita : abes tok imam, saya nak wat cne ni?
imam : kamu kena ikut apa yang tok suh wat. sanggup?
wanita : errr.. watpe tok?
imam : kamu balik, ambik bantal kamu n sebilah pisau, then naik atas bumbung rumah kamu. pastu koyakkan bantal tu guna pisau. kasi sampai rabak.
wanita itu pulang ke rumah lalu melakukan seperti mana yang disuruh. esoknya, dia kembali ke rumah tok imam.
wanita : tok! saya dah wat! yezzzzzzza!
imam : hoh. camne nak thiqoh kalo camni. sebijik cam tok muda-muda dulu.
wanita : ops kami tak sengaje..
imam : okay. citerkan pe yang berlaku.
wanita : saya wat cam yang tok suruh. saya tengok... kekabu bantal tu berterbangan merata alam, dibawa angin. rasa tenang, macam salji.
imam : baik..skarang, kamu balik and kutip semua kekabu yang dah merata-rata tu..
dalam kebingungan, wanita itu menuruti arahan tok imam. memang taqlid sungguh, tiada sebarang bantahan. logiknya, mustahil untuk mengumpul kembali kesemua cebisan kekabu yang sebahagiannya sudahpun menjadi debu ditiup angin. wanita itu termenung sendirian. kali ni tak bleh jadik, dia nak tau pe sebenarnya motif tok imam. menyuruhnya yang bukan-bukan. hari itu juga dia kembali ke rumah tok imam.
"tok. saya dah cuba kumpulkan semua cebis-cebis kekabu tu cam yang tok suruh. tapi memang susah, mustahil sungguh. semuanya dah hilang dibawa angin, entah jauh mana. entah dah jadi debu." wanita itu mengadu.
*citer asal: seorang wanita kristian membuat pengakuan dosa kepada paderi. tapi citer ni berhikmah. kan hikmah itu hak milik mukmin?*

"anakku.. itulah perihal mengumpat"
"sekali kau mulakan umpatan mahupun fitnah, selamanya ia akan tersebar. sekalipun ia hanya secebis debu daripada sebuah bantal yang padu."
"tiada yang dapat menarik kembali kata-kata umpatmu itu, melainkan kamu bertaubat kepada Allah n pohon ampun terhadap manusia yang diumpat itu."
"tiada yang dapat menarik kembali kata-kata umpatmu itu, melainkan kamu bertaubat kepada Allah n pohon ampun terhadap manusia yang diumpat itu."
bertaubatlah. latih diri menuju zero umpat, zero fitnah. khusus untuk beta. dan sesape yang mau.
*citer asal: seorang wanita kristian membuat pengakuan dosa kepada paderi. tapi citer ni berhikmah. kan hikmah itu hak milik mukmin?*