Tuesday, September 7, 2010

aku temankan kau

salam
bismillah wal hamdulillah

spongebob tensen memikirkan solusi. tak lama lagi dah nak balik ke kampung, tetapi amatlah memeningkannya, mengenai siapa yang ingin diajak untuk menemaninya pulang. antara patrick, squidward, sandy, mr krab dan gary, mana yang paling patut? 'aidil fitri kali ini mesti kena balik, no excuses. sudah lama benar dia menyibukkan diri dengan Krusty Krab, maka kali ini dia wajib menyahut seruan kampung halaman.


"squidward, jom join aku balik kampung raya ni?" spongebob mendekati sahabatnya encik sotong. sejak bekerja di Krusty Krab, squidward lah rakan sekerja yang banyak mengajarnya erti keseronokan. seteruk mana pun spongebob men'torture' sahabatnya itu ngan lawak-lawak dan gurauan vongok, saya ulang; vongok, squidward sentiasa mengalah. sekalipun dengan tidak rela (semestinya).


"hahahaha...jangan harap, ko bcuti nanti aku nak keja tanpa gangguan ko langsung tau tak!" cukup ringkas namun padat jawapan yang diberikan squidward. spongebob hampa, namun masih ada sinar harapan. bergerak ke bilik  mr krab!!


spongebob: bos, nak beraya kat kampung saya tak?
mr krab: brape lame? seminit? sejam? sehari?
spongebob: erk....seminggu bos.
mr krab: hahh!?ko biar btol. seminit pun, Krusty Krab bleh jual 10 bijik krabby patty tau!


gagal.


sandy cik tupai awal-awal lagi merancang nak berhibernasi raya ni. spongebob pulang ke rumah dengan fikiran yang kusut, muka cam nak mintak kasut. gary encik siput juga enggan menemaninya. sahabatnya itu yang tinggal bersama-samanya sejak sekian lama, sahabat yang paling mengenalinya, paling rapat dengannya, ada perhimpunan besar-besaran siput-siput sedunia yang lagi meriah daripada kampung spongebob.


hampir sahaja dia putus harapan. hampir sahaja gagal semua perancangan. tiba-tiba datang penyelesaian. daripada seorang sahabat yang sering dilupakan. sahabat yang sering diketepikan. 


"spongebob, aku dengar citer xde sape nak follow ko raye ni? aku join bley?" encik patrick bertanya. 
"eh..ko free ke raya ni?xpe ke?aku plik la pesal diorang sume susah sangat nak ikut," spongebob tanya balik sambil mengeluh..


"insyaAllah sahabatku, aku je yang bleh follow ko 'aidil fitri' ni, 'pulang ke fitrah'. balik ke kampung halamanmu, kampung akhirat. 
squidward itu kerja duniamu. tatkala kamu melangkah ke barzakh, orang lain akan mengambil tempatmu.
mr krab itu kekayaanmu. kekayaanmu mampu bertambah setiap minit, namun umurmu sentiasa berkurang setiap saat.
gary itu keluarga n sanak-saudaramu. serapat n sekasih mana pun mereka terhadap kamu, mereka akan teruskan kehidupan masing2 setelah kamu pergi.
dan aku, aku ialah amalan2 mu. hanya akulah teman yang akan bersama-samamu ke kampung akhirat yang abadi itu.

JOM, BERSIAP-SIAP.


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat."
(Yunus:9)

(dipetik n diubahsuai dari SAHABAT)

2 comments:

Najwa MY said...

salam ..suke cite spongebob versi beta..tpi ksian kat spongebob sbb last2 skali xde org tmn die

bez amin said...

hehe..spongebob kn baik,so amalan baik die pun gemuk cam patrick.itulah sbaik2 peneman d kubur nnti:)

Related Posts with Thumbnails

pageviews