Sunday, January 9, 2011

ruangan cerpel

Bismillah
wal Hamdulillah

     Seorang lelaki mengambil keputusan nak g berjalan-jalan dengan anaknya. sebagai resolusi, mereka akan terus berjalan sampai penat, and sepanjang perjalanan itu akan dipenuhi dengan soalan-soalan yang terbit berdasarkan situasi dan tempat yang dilalui.
     Sampai di sebatang pohon rendang, mereka berdua berehat. si anak mengeluh, "huh.. panas betul cuaca hari ni. kenapa Allah tak turunkan saja hujan pada waktu-waktu begini?"
si bapa menjawab, "Allah lebih tahu tentang perjalanan kita. bukankah Dia telah jadikan pohon rendang ini sejak bertahun-tahun yang lalu, walaupun kita hanya akan datang berteduh di bawahnya pada hari ni?"
     Perjalanan diteruskan, sehinggalah mereka berhenti di sebuah pondok usang ketika hujan mulai turun. si anak seperti terkena selesema yang tak-berapa-serius akibat hujan. dia bertanya, "daddy, kenapa hidung adik senang selesema kalau kena hujan?"
si bapa menjawab, "indahnya penciptaan manusia. bagaimana kalau hidung kita ni lubangnya ke atas? kan mati lemas kalau terperangkap dalam hujan, air bertakung dalam hidung. nak buang hingus pun, habis satu dunia terkena waktu kita hembus. alhamdulillah hebatnya penciptaan hidung."
     Mereka meneruskan perjalanan tatkala hujan mulai reda. ketika melalui sebatang jalan, mereka mendapati tempat itu adalah kawasan pembuangan sampah sarap. di tengah-tengah tempat pembuangan itu tertera signboard "dilarang membuang sampah di sini. denda rm500".lol
si anak bertanya, "eeeee...daddy, watpe Allah ciptakan lalat n ulat sampah ni. wekkkk!!"
si bapa menjawab," wallahu a'lam.. tapi yang pasti, dengan cara itu barulah manusia akan menjaga kebersihan. lihat bagaimana Allah bimbing hambaNya menuju kesempurnaan iman? kerana kebersihan itu separuh daripada iman."
"ooooooo....," respon anaknya.
     Perjalanan tanpa destinasi diteruskan lagi. Rupa-rupanya si anak masih kurang berpuas hati dengan cahaya terik matahari. lalu dia bertanya, "kenapa panas sangat ni daddy..tak larat dah eden nak jalan ni, eden kan putera lilin.."
si bapa reply, "bukankah bunga-bungaan, pohon-pohon rendang, malah sayur-sayuran yang kita makan itu membesar dengan membuat makanan sendiri, dengan bantuan cahaya matahari? proses fotosintesis namanya wahai anakku, daddy siap hafal lagi summarized equation dia:
     Dipendekkan cerita, mereka berdua pun mulai terasa ingin pulang ke rumah. si anak berasa enjoy dengan perjalanan itu, namun home tetap sweet home. sebagai konklusi, si bapa membacakan kepada anaknya sepotong hadis qudsi,
     "anakku, ketahuilah sesungguhnya Allah itu, menurut apa yang kita sangkakan terhadapNya. oleh itu bersangka baiklah kepada Allah, tak kira dalam apa jua keadaan, masa dan ketika. itu pelajaran kita hari ini."

     "trimas daddy!" jawab si anak. "dulu-dulu, ulama-ulama silam bergerak dari satu tempat ke tempat lain naik unta je. kadang-kadang tu semata-mata kerana sepotong hadis, semangat dahagakan ilmu. cam kita ni r kan? jalan kaki je. tapi kan daddy, mana destinasi kita sebenarnya?"
"sabar anakku, lagi 100 meter tibalah kita ke tempat itu insyaAllah."jawab daddy.
     100 meter kemudian, mereka pun tiba ke destinasi yang dituju. stesen LRT. "ayuh kita pulang ke rumah naik LRT. daddy tak larat nak jalan dah, haha.."
si anak: "erk... unta??"
-cerita simple (cerpel) tamat-

5 comments:

iyou said...

at last naek LRT jugak.. hahaha.. nway, cerpel yg *thumbs up*! =)

mudrikahibrahim said...

psikologi test. bila kita tengok gelas yang separuh berisi & separuh kosong, adakah kita akan cakap gelas tu separuh berisi? atau separuh kosong?







separuh berisi : optimis
separuh kosong : x optimis

:)

Unknown said...

bencik...
la da tkar link..
heee...
akubudaksukabunga@blogspot.com

bez.amin said...

iyou:haha..daddy bsusah pyh nk didik anak dia =)

an nisa': yeay!plih sparuh berisi!!hehe :-)

ajla: aiyo..'pendek' nye..haaha..orait2

bez.amin said...

psikologi test. bila kita tengok gelas yang separuh berisi & separuh kosong, adakah kita akan cakap gelas tu separuh berisi? atau separuh kosong?







separuh berisi : optimis
separuh kosong : x optimis

:)

Related Posts with Thumbnails

pageviews