Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah
Fufufu. . . dah lama tak update blog. apakan daya, berukband masih belum berbayar. yang sempat online ni pun pinjam sis'. nasihat komuniti untuk semua, kalau korang
1) bukan youtubers
2) pendownload movie tegar
3) hanya perlukan internet untuk Fb, blogging, dan cari info
4) tak berkongsi BB dengan orang lain,
maka ayuhlah pakai digi yang 5gb je, lebih kurang rm50 sebulan. beta yang tersilap ambil pakej 10gb ni nak termuntah tak tau nak watpe. bila nak sampai hujung bulan, pening kepala nak habiskan kapasiti. kalau tak guna, rugi bayar sama jugak. lagi pening kalau tak ada duit nak bayar! ~rm108 der. . . gaji tak masuk lagi. grrr.
Anyway, macam biasa beta ada sikit perkongsian dengan korang.
******************************
Seorang lelaki yang sedang mengembara berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat. tatkala selesai memberikan salam, matanya tertumpu ke arah seorang lelaki tua yang sedang duduk bermunajat sambil menadahkan tangannya.
Ahmad Rudy nama diberi
Jalan bermusafir seorang diri
Singgah di masjid menunaikan janji
Kepada Allah Rabbul 'Izzati.
Rudy menjeling jam di tangannya, rasa kagum mula terbit di dalam hati. lama juga lelaki tua itu berdoa kepada Tuhannya. nampak begitu khusyuk, mungkin kehadiran Rudy sendiri tidak disedarinya. berharap dapat mempelajari sesuatu, lantas Rudy bangun menuju ke arah lelaki tua itu.
Salam diberi pembuka bicara
Tatkala berakhir munajat si tua
Senyuman nan indah terus terukir
Hadiah si tua untuk yang hadir.
Seri pada wajah lelaki tua itu mengagumkan Rudy. tidak syak lagi, dia perlu belajar barang secebis ilmu daripada lelaki tersebut. terlintas di hatinya untuk bertanya si lelaki tua itu tentang doa. doanya tadi kan cukup panjang, apa ada rahsia di sebaliknya?
Lalu perkataannya ditutur kemas
Mengharapkan jawapan dari jiwa yang bernas
Biar datang ribut dan panas
Ilmu terhidang jangan dilepas.
Belajar ilmu mengharapkan berkat
Dikendong dunia, dikejar akhirat
Persoalannya ringkas namun padat
"Kenapa pak cik berdoa panjang sangat?"
Lelaki tua itu ketawa kecil. Rudy tidak tahu pula ada lawak dalam pertanyaannya tadi. namun dia tetap sabar menanti jawapan yang bakal diberikan lelaki itu.
"Kamu pernah memanah?" tanya si lelaki tua
Terpinga-pinga Rudy dibuatnya
Dikerutkan dahi, digelengnya kepala
Dijawabnya 'tidak' kepada yang bertanya.
Lantas Rudy dipelawa lelaki tua itu untuk ke rumahnya. "malam ini jom kita keluar memanah," pesan lelaki itu.
Malam itu dipijaklah tanah
Dengan niat untuk memanah
Jauh di hati rasa gundah
Tetap melangkah walaupun lemah.
Rudy tidak faham apa sebenarnya yang ingin dilakukan lelaki tua itu. apa punya style nak memanah malam-malam buta ni? namun dia tetap follow sampailah mereka tiba di sebuah tanah lapang. dengan pandangan mata yang jelas hanya meliputi 20 meter radius, agak mustahil untuk menentukan arah sasaran mana panah bakal mendarat.
Dua. . tiga. . panah dilepas
Rudy memerhati sekalipun malas.
Lelaki tua itu mempersilakan Rudy pula untuk memanah ke mana-mana arah. permintaan itu dituruti Rudy tanpa dibantah. entah mana-mana tersangkut anak panahnya dia langsung tak tahu. memang tak nampak apa-apa sasaran yang jelas di dalam gelita seperti itu.
Lelaki tua seraya memandang Rudy
Katanya, "esok pagi kita datang lagi."
Dipendekkan cerita, hari esok pun tiba. selesai bersarapan pagi, Rudy dan lelaki tua itu kembali ke lapangan semalam.
Satu demi satu anak-anak panah yang dipanah semalam ditemui mereka. ada yang terpacak di dahan pokok, namun kebanyakannya hanya mendarat di atas tanah. si lelaki tua lantas mencabut sebatang anak panah yang tertanam di atas tanah, dan sebatang lagi yang terpacak pada sebatang pokok.
"Sudah faham wahai anak muda?"
Si tua cuba menduga
Ahmad Rudy menggelengkan kepala
"Begini," sambung lelaki tua :
"Berdoa seumpama melepaskan panah di waktu gelap gelita. kita tidak mengetahui sama ada kena ataupun tidak pada sasarannya.
Namun apabila hari sudah terang, kita lihat panah tersebut pasti mengena sesuatu."
". . . Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (katakan kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. . ."
(Al-baqarah:186)
Jangan jemu untuk berdoa. sebab kita tak tahu 'panah' kita mengena sasaran yang mana. n jangan lupa usaha (^_^)