Monday, August 23, 2010

respon itu berbeza

assalamualaikum wbt
bismillah wal hamdulillah


suatu ketika dahulu, hiduplah sebuah keluarga diraja yang memerintah secara adil di sebuah negeri bernama Darul Amin. suatu hari yang hening, keluarga itu dikejutkan dengan sebuah berita yang sukar diterima akal. amat payah untuk seisi kerabat itu untuk menerimanya, apatah lagi oleh koloni giardia intestinalis yang bermastautin di kolam-kolam yang telah dicemari di sebelah istana diraja. tidak berkerdip mata mereka tatkala mendengar berita mengejutkan lagi suprising daripada salah seorang anakanda. putera tersebut bermukim di daerah Port Taling, selaku wakil Sultan Aminullah, ayahandanya yang bermastautin di ibu negeri. dalam diam-diam begitu, keluarga Sultan  Aminullah tidak menyangka pula putera tersebut, Raja Buzz Aldrin II merancang apa-apa. tiba-tiba sahaja utusan Raja Buzz ke ibu negeri tiba, membawa skrol yang bertajuk: "Tolong Persiapkan Rombongan" atau dalam omputihnya, Pliz Get Ready the Team. ala senang citer nak suruh ready pergi merisik lah. *OOooo...*

"haaaa?!" reaksi simpatetik itu yang terpacul daripada mulut abangnya, Raja Luke Aminullah. "ko bia betul weh, jangan memain benda-benda gini." Raja Buzz menjawab,"orang memang seyes lah. memain hapenye. murni lagi suci niat aku ni pe, tak gitu?". abangnya berulang kali mengingatkannya, belum tiba masanya lagi untuk dia mendirikan baitul muslim. terlalu muda katanya. walaubagaimanapun, Raja Buzz mereply bahawa dia hanya mahu keluarganya merisik, dan dengan izin Allah, sekurang-kurangnya dapatlah keluarga kedua-dua belah pihak berkenal-kenalan. walau apa jua yang didiskusikan Raja Buzz dan Luke, namun kedua-duanya tetap berpegang pada firman Allah:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).  (Al-Imran, Ayat 14)

sebelum itu, Raja Buzz telah bermunaqashah dengan abang sulungnya, Raja Selim Aminullah tentang hasratnya itu. masyaAllah! respon positif! alhamdulillah.. Raja Selim pada awalnya memang tersedak, namun penerangan demi penerangan oleh Raja Buzz sedikit demi sedikit menarik persetujuannya. Raja Selim bersetuju untuk menjadi leader untuk membincangkan hal tersebut dengan ayahanda mereka, Sultan Aminullah serta ibunda, Sultanah An-Noor. 

***********
Raja Buzz merenung jauh di jendela, bukan di pintu. nanti tak dipinang orang, kata orang-orang tua,kui3. itu untuk anak dara daa. 
puteri raja yang ingin dirisiknya itu memencilkan diri. Raja Buzz berharap agar Sultan dan Sultanah menyambut baik hasratnya itu, kerana tidak salah kiranya  menyambung silaturrahmi. baru proper sekiranya dia ingin bersembang sepatah dua kata dengan si tuan puteri seberang laut itu. dengan itu juga, insyaAllah putera-putera raja lain berhenti serta-merta dari terus memotong line ukhuwah yang telah terbina di antara Raja Buzz dan Puteri Whitesand itu.

***********
"WAHAI JIWA YANG TENANG! KEMBALILAH KEPADA TUHAN-MU DENGAN HATI YANG RIDHA DAN DIRIDHAI-NYA. MAKA MASUKLAH KE DALAM GOLONGAN HAMBA-HAMBA-KU, DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGA-KU." (AL-FAJR: 27-30)

"padaMu ku bersujud ya Allah. terangilah jalanku, luaskan pandanganku, tajamkan pemikiranku, lembutkan hatiku, aturkan langkahku, menuju maghfirahMu, menggapai redhaMu.."
Raja Buzz Aldrin II memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. kepadaNya kembali segala urusan. maka tiadalah berasa gundah-gulana wahai orang-orang yang beriman.

10 comments:

Laili Harlina Khairuddin said...

salam..
dh lama xmenjengah,hehe..
jengah aja,ada berita gumbira d situ..haha
tahniah2,hasrat murni,smga mndapat redha kedua org tua dan pastinya niat yg paling utama utk mncari redha pemilik segala cinta :)

p/s : kalo jdi,jgn lupa habaq..tpi kalo blh jgn dlm masa 2-3 thun ni,nnt xleh lak nk mai..LOL

bez.amin said...

salam..
hehe,dh bsawang dh pun.
ish..xde pape la..hasrat mayb ade,tp simpan dulu.insyaAllah,stil got tym rite?fokus dlu kt blaja.=)
kalo dh ditetapkan Allah,tak perlu riso.:)
xde kowt 2-3 taun ni,blaja pun insyaAllah degree pas 6 taun.stil a long3 way to go..anyway,g us 2 eloknye cari r 'peneman'..ahaks!!
saling melengkapi d rantau org.hehe

mukhlis said...

Haha bez...Raja Buzz AminuLlah knon..bnyi cm x lme lg dh tu..keh3..em,ak rse cm 'btul' nye ayt Al-Balad ko tlis tu..Al-Fajr kot..

bez.amin said...

waa..orait2.dh edit!thanks.kikiki

Anonymous said...

ok.. nih komen, bukan nasihat yg mantop, tapi dari hati... hehehe


apesal cm byk cita kawen dr bebudak igop neh? haha...
nway, aku sokong chek mujaheedah90.
jgn lupa jemput ek!

bez.amin said...

wooo..mne ade den nk kwen laa.citer ni menceritakan mngenai raja yg idup dulu kala je..kui3

Naj said...

nice fairy tale story...;)

bez.amin said...

hehe..trimas3..ala2 alice in wonderland x??ngee

Naj said...

tak2..alice in wondeland x kawen..cam ala2 cinderella/sleeping beauty gitu hihi

bez.amin said...

hahahaha
aiyo,sleeping beauty male version.kui3..

Related Posts with Thumbnails

pageviews