Saturday, September 11, 2010

tragedi 1 syawal

salam
bismillah wal hamdulillah

selawat n salam ke atas nabi Muhammad saw. 1 syawal tahun ni jatuh hari jumaat. pagi2 lagi pukul 7.30 dah bertolak g masjid. sebab raya lepas sampai masjid pukul 8.15 lebih kurang, jemaah dah setel solat raya. tensen tol, apa yang dikejar-kejar sangat solat awal camtu, ramai orang yang tak sempat join. so raye taun ni memang datang masjid dengan penuh keazaman! 

sampai2, sorang pun xde lagi. padan muke sumer orang, tok siak pun tak sampai lagi, pintu masjid tak bukak lagi, hahaha! lihatlah dunia, beta orang first! 

kerana boring menunggu jemaah(terutama tok bilal. macam mana nak bertakbir kalo bilik PA system berkunci), maka beta pun selak2 majalah Solusi yang memang reserve dalam kereta. agak2 dah dengar orang bertakbir, beta pun masuk masjid. 

sangat2 mengantuk bila duduk je dalam masjid. padan muka malam tadi tido lambat. ekceli, entri ni nak highlight DUA events yang berjaya menggerak beta dari tido. bukan tido mati pun, takbir dengar gak walaupun sayup2. so, entri ni namenye peristiwa tido.

peristiwa 1: ada seorang pak cik ni bertakbir dengan penuh semangat, kerana berjaya puasa penuh 30 hari n tak sabar nak duit raye. hihi, kidding. nak dijadikan citer, beliau tersangkut lak kat satu part takbir ni. tiba-tiba tok bilal sergah "WA A'AZZA JUNDAHU..." kat beliau, nak support. beta terjaga bukan sebab terkejut ke apa, tapi mentality n psikologi. sebab biasa ngan member2, tiap kali ada orang tersasul ke tersilap cakap ke apa, itulah benda yang paling kami alert. haha, bab gelakkan orang toksah citer la, tapi kategori gurau2 je. masyaAllah, tak sangka lak sampai tengah mamai pun leh wat jadi segar bugar sugar camtu. kena muhasabah balik ni.

peristiwa 2: waktu khutbah lepas solat sunat raya, encik mengantuk sahabat baik beta kembali menyapa. lagi teruk nyer ngantuk, oxygen depletion kat pale otak ni dah severe sangat. tapi, ada quote dari khatib yang menyegarkan otak n fikiran beta. automatik terbangun dari alam mimpi yang penuh misteri.

.: bangsa melayu islam perlu bersatu :.

itu pesan akhir khatib yang menyejukkan lahiriah n batiniah beta. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa lillahil hamd. ya Allah, jadikanlah kami dari golongan hambaMu yang sedikit. kerana sedikit sekali mereka yang mensyukuri nikmat Allah. Ameen.

 "Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur"
(Saba’:13)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin! (^_^)

No comments:

Related Posts with Thumbnails

pageviews