salam
bismillah wal hamdulillah
Diceritakan pada suatu masa dahulu, hidup seorang lelaki yang amat hebat ibadahnya kepada Allah swt. kehidupan sehariannya dihiasi dengan amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sehingga dirinya begitu asyik dan tenggelam dalam ibadahnya.
Tup tap tup tap pada suatu hari, lelaki soleh itu terasa ingin pergi bermusafir. berjalan-jalan mencari ilmu pengetahuan. yelah, duduk lama-lama atas sejadah boleh menyebabkan muscle cramp. ini boleh mengurangkan produktiviti amalannya. so alangkah baiknya jika dia keluar memerhatikan kebesaran Allah sambil-sambil menghirup fresh air. oleh itu setelah breakfast, lelaki soleh itu pun memulakan perjalanannya. perjalanan yang semata-mata mengharapkan cahaya pengetahuan dari Ilahi.
Perjalanan yang panjang itu digunakan sebaik-baiknya untuk menghayati kesempurnaan alam ciptaan Allah. tiba-tiba,
"eh penat la plak. takpe-takpe, kool. rehat la kejap," bisiknya sendirian.
Lelaki soleh itu bersandar pada sebatang pohon yang rendang. tekaknya terasa haus dek musafir di bawah terik matahari itu. perutnya pula lapar. mana taknya, breakfast tadi makan nestum je.
Sambil meminum air masak yang dibawanya dari rumah, dia berzikir untuk mengurangkan rasa laparnya. eh, baru dia perasan. rupanya pohon tempat teduhnya itu ialah pokok rambutan. fufufufu, dan-dan je tengah lapar gini ada pokok buah..
Oleh kerana pokok itu letaknya di tengah-tengah tanah yang lapang lagi sunyi, maka lelaki itu pun berhasrat untuk memetik buahnya. dia pun tercari-cari buah rambutan yang koordinatnya rendah dan mudah untuk dipetik. setelah diamati, ya! target dikesan.
Baru sahaja dia ingin memetik rambutan itu, tiba-tiba terdengar satu suara,
"adoi! adoi laaaaaaaa....!"
kedengaran seseorang sedang mengerang kesakitan. lelaki soleh itu tercari-cari dari mana datangnya suara itu. ditelitinya betul-betul, rupa-rupanya suara itu datang dari sebatang pokok. lebih kurang 79 meter dari situ.
"HOH..!" terkejut dia apabila mendapati seorang lelaki tua duduk menyandarkan diri pada pokok tersebut.
"assalamualaikum pak cik, ni pekehe nye ni? any problem?" si soleh memulakan bicara.
"alaikumussalam.. ni, kena sengat lebah. sakit kowt! adesss..." jawab lelaki tua itu.
"ish ish ish.. sadis sungguh. takpe-takpe, jom saya bawak pergi klinik," pelawa lelaki soleh. namun, lelaki tua itu menolak.
Entah apa yang dikumat-kamitkan lelaki tua itu. dengan izin Allah, tetiba bekas sengatan lebah pada tangannya beransur pulih. terpegun dengan kejadian itu, lelaki soleh terus bertanya, "err... pak cik ni siapa ya?"
"owh..aku ni orang yang dekat kepada Allah. Allah meninggikan martabatku di sisiNya, mengabulkan permintaanku, dan menyelamatkanku daripada bahaya. kool eh? itulah anugerah Allah kepadaku." lelaki tua memperkenalkan dirinya.

Si soleh mengerutkan dahinya. eh siuman ke tidak pak cik ni. merasa tidak puas hati, lalu dia melontarkan pertanyaan lain. "aih, betul ke pak cik? kalau betul dekat dengan Allah, kenapa tak minta Allah lindungi pak cik waktu lebah-lebah tu attack?"
Lelaki tua itu tersenyum mendengar kata-katanya.
******************************
"Wahai saudaraku yang soleh. pak cik tahu kamu juga menganggap dirimu berada dekat dengan Allah. amalan-amalanmu begitu hebat bukan? tetapi mengapa ketika kamu ingin memetik rambutan itu, kamu tidak meminta Allah melindungimu? bukan ke kamu tak tahu siapa pemiliknya, n still blom dapat keizinannya?"
"Luka pak cik sebab sengat lebah ni, luka luaran je. setelah beberapa ketika, ia akan sembuh kan? tapi sakit kamu ni sakit dalaman. itulah penyakit hati. bagaimana nak sembuhkan penyakit hati ni?"
"Pulanglah, perbaiki n perhebatkan lagi amalanmu wahai saudaraku. bertaubat n mohonlah kepada Allah agar hatimu disucikan, coz hati yang suci itulah yang dapat melawan godaan hawa nafsu."
"Pak cik pergi dulu ye, assalamualaikum, PEACE! (^_^)v "
Lelaki soleh itu terkesima.
Namun jauh di sudut hati, dia bersyukur. syukur dengan ilmu yang dipelajarinya hari itu, alhamdulillah.
Alhamdulillah |
2 comments:
alhamdullilah.
im touched with the story.
=)
smoge berbahagia d austria!
suci2 kan hati, slamat beramal.ngeh3
Post a Comment