Saturday, February 13, 2010

first impression?

assalamualaikum wbt.  Salawat serta salam kepada junjungan besar SAW.
Korang percaya dengan first impression?
Pendekatan judge a book by its cover, lebih kurang camtu la kowt.
Tak kisah korang berprinsip begitu ataupun tak, it's none of my business.
Aku cuma nak kongsi satu cerita.  Cerita saya.  Tiada mengambil sanad dari tok guru mahupun syeikh waliyullah.  Ini memang datang terus dari pengalaman.  Tak caya, blah dari sini.  Hoho~

(2009, November 11, Wednesday)
7.20 malam
CFS IIUM PJ.

Melangkah penuh elegan ke bilik wudhuk.  Sepanjang perjalanan itu, sempat bertegur sapa dengan rakyat jelata, sehinggalah langkahan kaki  ke-20.  Sampai dah rupanya.

Hanya ada dua orang manusia di bilik wudhuk tym itu, aku dan seorang brother senior.  Sesungguhnya kami tinggal berjiran, namun tak pernah bertegur sapa.  Maksud aku selain daripada “assalamualaikum” “waalaikumsalam”, kitorang tak pernah bermuamalah sebagai jiran tak-tangga.  Realiti umat masa kini.

Bro tersebut antara golongan-golongan otai kat mahallah aku.  Badan tough, rambut perang, and yang paling bravo – pakai rantai.  Melihat saja aku, beliau berundur untuk memberikan ruang kat aku nak ambil wudhuk.

*what da hell?  kan dia dah duduk depan paip tu dah?*, aku bermonolog dalaman, tak percaya beliau mempersilakan aku berwudhuk dulu.  Ok, maybe dia ingat aku pun otai gak kowt.(^.^)

Alamak, satu hal pulak getah paip ni.  Panjang sampai ke lantai, menyusahkan betul orang nak wudhuk.  Aku try adjust a little bit, bagi getah tu tinggi sikit.  Hahahahahahaha....  gagal.~~

..jeng je jeng!!!!

Bantuan tiba!  Bro otai tadi menghulurkan golden hand-nya.  Beliau memegang getah paip itu dengan ketinggian optimum sambil mengisyaratkan kepada aku untuk meneruskan wudhuk. 

*what da hell marratan ukhra!!~~lagi skali*  oh, tidak!  Kenapa seorang otai yang Allah hantar untuk buat baik kat aku?  Kenapa bukan mamat pakai kopiah?  Kenapa bukan kaki masjid?  Katakan ia dusta!  Katakan ia tidak benar!  Katakan tidak!!

Ketahuilah wahai Muhammadbazli!  Sesungguhnya peristiwa itu benar.  Tarikh itu benar.  Masa itu benar.  Tempat berlaku itu benar.  Kamu tak pergi masjid waktu tu pun benar(*lalala..*). 

Yang tidak benar hanya satu.  First impression kamu kepada hamba Allah itu.  Yang urusan syurga neraka nya bukan di tangan kamu.  Tugas kamu hanya menyampaikan kebenaran, kamu dah lupa?

"..bukanlah kewajipanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.."
Al-baqarah : 272

Ya.  dengan penuh tawadhu' sbb baru wudhu', aku mengucapkan trimas kepada bro tadi.  Sekelip mata saja impression aku berubah.  Pakai rantai, cakap kata-kata kesat, rambut kaler perang(ntah2 inai ke?), blablabla...  apa yang kamu rasa aku fikir pasal bro tu?  sememangnya “this is a bad guy” adalah first impression aku hari pertama aku terserempak dia kat mahallah.  Allah swt memberikan pengajaran yang sangat bermakna untuk aku melalui peristiwa bersejarah itu, mendidik aku erti hablun min an-naas.  Tak kenal maka tak tau. Tak kenal maka ta'aruf.

Kamu masih berpegang dengan first impression? (^_^)v


5 comments:

ainulhusna said...

kesimpulanye, kenal lah dulu hati budi seseorg tue b4 menilai seseorg tue.

hunkah zaytsev said...

ya btol!!!!!!!!!!
hehe..n sume 2 xkn tcapai kalo kite x bcampur ngan sume jnis mnusia..kn3??

nik uqbah said...

baz, the one yg pecah masuk bilik aku masa aku call kau tu, dia pakai kopiah tau.

see, haha

tapi tulah,
kalau kita nampak baik dari segi luaran pun,
akhir2 orang cari yang pleasant jge

but still,
first impression is important :)

hunkah zaytsev said...

>uqbah: yezza..1st impression ssh nk ubah ble kite jumpe org 2 skali skale
je kn?2 sbb kna sntiase jaga prangai. jd baik cam ko,hehe..:)

bez amin said...

>uqbah: yezza..1st impression ssh nk ubah ble kite jumpe org 2 skali skale
je kn?2 sbb kna sntiase jaga prangai. jd baik cam ko,hehe..:)

Related Posts with Thumbnails

pageviews