Friday, October 22, 2010

perkara paling payah

Salam
bismillah wal hamdulillah

     Tak lama lagi dah nak balik mula ke uia. so di baki-baki kehidupan yang ada ni, beta melawat la ke rumah mak sdare, dekat ipoh gak. rumah mak uda n ayah uda yang pernah menjaga beta sejak kecik. dekat 20 taun berlalu, n alhamdulillah setiap kali ada kesempatan waktu cuti, beta akan melepak dua tiga hari kat sini. 

     Tadi beta n ayah uda solat jumaat kat masjid lama pengkalan gate, lahat. sebenarnya ada masjid lagi dekat ngan rumah, tapi didakwa masjid tu untuk "orang parti tuuuut". haha.. lawak nak mati. air dicincang tak akan putus, muslim ni setiap satunya memperkuatkan yang lain. arwah tok pesan, takkan orang beriman nak duduk dengan orang beriman je?? muslim takkan biarkan saudaranya yang lain terus hanyut dalam awan duniawi. sedang dia hanya mampu mengeji.

     Sampai kat masjid, ada kuliah sementara nak tunggu masuk waktu. kuliah pakai kitab lama, tentang adab-adab berzikir. rasa tenang n sonok, coz benda-banda asas camtu banyak yang beta dah lupakan. contohnya berwudhuk bila nak berzikir, gerakan kepala bila sebut 'la ilaha illallah', cara duduk yang dianjurkan islam, n macam-macam lagi. bila fikir balik, memang banyak amalan-amalan waktu sekolah dulu yang beta dah jarang wat. kena muhasabah balik.

     Sebelum kuliah tamat, ustad tanya, benda apa yang paling susah sekali dalam hidup ni? 

orang tua kata nak bangun dari sujud.

orang pertengahan kata nak pergi jemaah kat masjid.

bebudak jawab susah nak puasa penuh.

beta jawab : nak mantain pointer. kah3.


..then ustad pun gtau..

benda yang paling susah sekali nak dilakukan;

1.  wara' sewaktu tiada manusia lain melihatnya.
tym ade orang: fuiyoo..lamanya encik kordi tu sembahyang..
encik kordi: *hmm..besa r aku*

tym takde orang: solat cam burung belatuk.

2.  pemurah ketika dalam kesempitan.

encik kordi: ya Allah.. tinggal rm2 je ni.. baru tengah bulan...
pengemis: incik.. dah dekat sebulan saya tak makan..
encik kordi: ya Allah.. ada yang lagi faqir rupenya. nah, amik le rm2 ni ye.

3.  menyatakan yang Haq kepada orang yang diperlukan bantuan daripadanya.

encik kordi pergi menemui pegawai daerah untuk memintanya menandatangani borang anaknya yang nak masuk universiti. 
si pegawai baru pulang main tennis, pakai seluar pendek je..

encik kordi: tuan, mana gayanya pakai seluar pendek ni.. haram, tak tutup aurat dan urat! islam mengajar kita supaya sentiasa menjaga adab n tertib pemakaian seperti yang termaktub dalam quran n sunnah...

DO: hmphhh.......!

encik kordi: haa.. ni nak mintak tolong sign kan borang perjanjian universiti ni.. =)

Sekian. sebar-sebarkan, selamat beramal. :D

Thursday, October 21, 2010

Santai [only]

Salam
bismillah wal hamdulillah


     syukur kepada Allah swt, result yang diperoleh beta, beta yakin ianya setimpal ngan doa, usaha, ikhtiar n tawakkal yang dipanjatkan. redha ngan segala ketentuan, n sentiasa perbaiki diri menuju ke arah lebih baik. cemerlang, gemilang, terbilang kata pak lah. maap sume, kali ni xde entri-entri ataupun citer-citer ilmiah yang mampu dikongsi bersama. kerana beta bukanlah seorang wartawan mastika. haha.

     cuma kali ini, sekali lagi teringin nak kongsi puisi-puisi evergreen yang masih mendapat tempat dalam playlist enset beta. dalam enset ni memang ada khas satu playlist bernama "evergreen". selamanya menghijau di lubuk qalbu beta ni. ceh, haha.

     Beta memang ske puisi-puisi yang related to self-motivation, family, member, success, santai, kontemporari, struggle, funny n yang membentuk satu storyline. contoh cam hotel california (the eagles). cerita dia stat dari mamat tu ngantuk tym drive keta, sampai kat satu tempat yang digelar "hotel california", camne pengunjung-pengunjung hotel tu berparti, then ada "beast" yang menghantui hotel tu, after dat camne mamat tu cuba lari menyelamatkan diri dari situ. tapi orang yang ada kat situ jawab kat dia, "you can checkout anytime you like, but you can never leave..". 

     beta ske sebab bleh wat interpretation sendiri. macam-macam orang intepret lagu ni(search kat tenet), last-last vokalis eagles sendiri dedahkan maksud tersirat yang sebenar. lagu tu cerita sal dadah, sal pengalaman diorang bila dah terkenal, gatal-gatal pegi hisap "beast", then xleh bpatah balik. 

     Ok. sape-sape yang membaca entri ni, dialu-alukan untuk intepret dua lagu di bawah ni sesuke sasuke sesiku anda. bagi beta, lagu ni satunya menceritakan seorang yang sentiasa mendoakan sahabatnya agar berjaya dalam hidup, n satu lagi kisah tentang camne seorang ni kehilangan sahabat-sahabat yang penah dikenalinya, hanya kerana dia kembali kepada fitrah - Islam yang tercinta. 

     ENJOY! =)

"Tiada seorang berdo'a kepada Allah dengan suatu do'a, kecuali dikabulkanNya, dan dia
memperoleh salah satu dari tiga hal, yaitu dipercepat terkabulnya baginya di dunia,
disimpan (ditabung) untuknya sampai di akhirat, atau diganti dengan mencegahnya dari
musibah (bencana) yang serupa."
 (HR. Ath-Thabrani)

Roadsinger came to town 
Long cape and hat 
People stood and stared 
Then closed their doors 
As he passed 

He strolled the empty street 
Kids banged on tin cans 
Then the panting dogs began to bark 
As the roadsinger sang 

Where do you go, where do you go 
When hearts are closed, 
When a friend becomes a stranger 
Nobody wants to know 

Where do you go, where do you go 
When the world turns dark 
And the light of truth is blown out 
And the roads are blocked 

He stopped by a store 
Between the barrels and sacks 
A child’s face peeked out and gave a smile 
then ran back 
Behind a misty glass 
On a window pane 
A little finger drew a perfect heart 
And her name 

Where do you go, where do you go 
In a world filled with fright 
Only a song to warm you 
Through the night 

Where do you go, where do you go 
After lies are told 
And the light of truth is blown out 
And the night is cold 

Roadsinger rode on 
To another land 
Though the people spoke a different tongue 
They’d understand 

They showed him how to share 
And took him by the hand 
Showed him the path to Heaven 
Through the desert sand 

Where do you go, where do you go 
To find happiness 
In a world filled with hatred 
Tears 

Where do you go, where do you go 
If no one cares 
And everybody’s lost 
Looking for their’s
[ roadsinger by yusuf islam]

I hope the days come easy and the moments pass slow, 
And each road leads you where you wanna go, 
And if you're faced with a choice, and you have to choose, 
I hope you choose the one that means the most to you. 
And if one door opens to another door closed, 
I hope you keep on walkin' till you find the window, 
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile. 
But more than anything, more than anything... 

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to, 
Your dreams stay big, your worries stay small, 
You never need to carry more than you can hold, 
And while you're out there getting where you're getting to, 
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too, 
Yeah, this, is my wish. 

I hope you never look back, but you never forget, 
All the ones who love you, in the place you left, 
I hope you always forgive, and you never regret, 
And you help somebody every chance you get, 
Oh, you find God's grace, in every mistake, 
And always give more than you take. 
But more than anything, yeah, more than anything... 

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to, 
Your dreams stay big, your worries stay small, 
You never need to carry more than you can hold, 
And while you're out there getting where you're getting to, 
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too, 
Yeah, this, is my wish. Yeah, yeah. 

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to, 
Your dreams stay big, your worries stay small, 
You never need to carry more than you can hold, 
And while you're out there getting where you're getting to, 
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too, 
Yeah, this, is my wish (my wish, for you). 

This is my wish (my wish, for you) 
I hope you know somebody loves you (my wish, for you). 
May all your dreams stay big (my wish, for you).

[my wish by rascal flatts]


     Ok fine, lagu kedua agak layan blues. hahaha.

Sunday, October 10, 2010

kiamat dan encik iblis

salam
bismillah wal hamdulillah


Dunia semesta memang sangat-sangat luas. teori bigbang yang dinukil kemas dalam al-quran membawa kita kepada kehebatan Allah swt, engineer yang tiada tolok bandingannya. arkitek yang melukis alam ini unik setiap satunya. mathematician yang Maha Bijaksana, di bawah perkiraan yang ditetapkanNya, planet-planet terletak kemas di orbit masing-masing. pencipta yang Maha Agung lagi Maha inovatif, sehingga sekecil-kecil archaebacteria yang mendiami gunung berapi itu, turut dicipta dengan tugas tersendiri. memproses gas-gas yang dimuntahkan encik gunung berapi menjadi kurang berbahaya kepada manusia. sebesar-besar matahari itu, tugasnya membantu sekecil-kecil pohon renek di lantai hutan untuk menjalankan fotosintesis. 

menurut teori bigbang gak, alam semesta ni sentiasa berkembang. pepatah mengatakan, 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana nasik'. tiada kaitan.

berbalik kepada pengembangan alam semesta. ianya digambarkan seakan-akan belon, yang mengembang bile ditiup udara ke dalamnya. namun belon pun ada penghujungnya. ia akan meletup apabila pressure di dalam mengatasi kekuatan binaan belon tuh sendiri.

camne lak penghujung dunia??

wallahu a'lam. juz nak kasi satu cerita. cerita yang berlaku di ambang kiamat. rini citer kita pasal encik iblis dan encik syaitan. dikisahkan di dalam kitab yang bertajuk "malapetaka melanda dunia menjelang kiamat" karya Ibnu Katsir, tatkala kiamat menunjukkan rupanya...

1.  encik syaitan pergi menemui bosnya, encik iblis.

2.  dia kehairanan dan kepelikan memerhatikan gelagat iblis yang tak tentu arah.

3.  iblis sedang merayu kepada Allah,"ya Allah,perintahkanlah aku untuk bersujud kepada sesiapa saja yang Kau mahu.."

4.  lalu syaitan pun bertanya,"mengapakah kau kelihatan berdukacita, merayu-rayu begini wahai tuan iblis?"

5.  iblis merenung syaitan, berwajah seribu satu penyesalan.

6.  iblis pun reply,"aku dulu telah memohon kepada Allah swt agar menangguhkan ku sehingga ke hari kiamat, dan Allah telah memperkenankan permintaanku. tidakkah kau perasan, bahawa matahari kini telah terbit dari barat? masa untuk kita dicampak ke neraka telah tiba...". terketar-ketar suara iblis, luruh mengenangkan nasibnya. nasib yang dipilihnya dahulu!

"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,


maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]"

Iblis merintih tatkala tiba hari kiamat. 
semuanya akibat ego, keengganan untuk BERSUJUD menyahut perintah Ilahi.
pesanan encik nickelback;
"..so do whatever it takes, coz you can't rewind a moment in this life.."

bersujudlah kepada Allah. sementara roh dan jasad masih bersatu, sementara pintu taubat masih terbuka.


Monday, October 4, 2010

realiti mimpi

salam
bismillah wal hamdulillah

hati sangat senang wat masa ni, coz exam duniawi dah selesai. sekarang giliran tawakkal lak, redha dengan segala result yang bakal keluar, and cube memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. oleh kerana semester depan hanya ada satu subjek berat, so beta takde rasa gundah-gulana sangat. 

cuti. waktu yang sangat sesuai untuk main game, blogging, baca buku selain chem n bio, melepak bersama famili, makan, dan jugak tambahkan amalan-amalan sunnah di samping amalan fardhu(insyaAllah). agak-agak tak sengaja terbangun (dengan izin Allah) sebelum azan subuh, boleh kot cuba bangun tahajjud. mahar untuk bidadari syurga tu! B-)

kali ni beta nak kasi satu cerita. cerita tentang mimpi, hehe.

********************

Beta berada di sebuah kawasan yang asing, tidak diketahui latitud n longitudnya di muka bumi. secara automatik, hati ni tergerak untuk menunaikan solat. ya, apa-apa hal, sampai di tempat orang kita cari masjid dulu ye. 

Secara tiba-tiba, masjid dah pun berada di depan mata. hahaha.

Lalu beta pun menuju ke arah pintu masjid. langkah punya langkah, tetibe, 
"aik? macam mana YB Zul Nordin bleh ada kat sini ni? wah. gaya macam dia pun nak solat gak, bleh jemaah sama-sama."
Namun, belum sempat kami melangkah masuk, terdengar suara seseorang sedang berbual-bual di dalam masjid. suaranya cukup jelas. walaupun kami masih berada kira-kira 2 meter dari pintu masjid, akan tetapi suara dari dalam masjid itu sangat terang dan nyata. kami berdua meneruskan langkah, dan apa yang beta sempat tangkap dari bait-bait perbualan manusia misteri dalam masjid itu,

"miss, hari ni saya tak boleh la nak jumpa miss. saya tak bersedia lagi, maybe esok kot."
Uish. misterinya perbualan di atas, siapakah gerangan yang sedang berkata-kata itu? seakan-akan beta kenal akan dia. boleh jadi dia memang beta kenali, waah. tidaklah beta runsing berseorangan di dunia asing hitam putih ini. ada member rupanya.

YB Zul yang berada di depan seraya memalingkan mukanya ke arah beta. terpancar riak kesedihan di raut wajahnya, sambil mengerutkan dahi beliau berkata kepada beta,

"macam ni lah umat islam sekarang. selalu tak bersedia."
Beliau lalu melangkah pergi. meninggalkan beta. 

********************
Dunia kembali berwarna-warni. hah, hari ni dah isnin. exam bio hari khamis, banyak lagi yang tak dibaca ni. bangun-bangun!
My rumate encik presiden siddqi dah terjaga lagi awal. katanya,

" tadi  aku  kol  miss  shafiyyah.  tak  jadi  nak  jumpa  miss  hari  ni,  mungkin  esok  kowt aku  pegi. "

sepatutnya ada consultation ngan miss pasal exam khamis ni. 

Pernah tak alam realiti mempengaruhi storyline mimpi anda? :)


Related Posts with Thumbnails

pageviews