Sunday, October 10, 2010

kiamat dan encik iblis

salam
bismillah wal hamdulillah


Dunia semesta memang sangat-sangat luas. teori bigbang yang dinukil kemas dalam al-quran membawa kita kepada kehebatan Allah swt, engineer yang tiada tolok bandingannya. arkitek yang melukis alam ini unik setiap satunya. mathematician yang Maha Bijaksana, di bawah perkiraan yang ditetapkanNya, planet-planet terletak kemas di orbit masing-masing. pencipta yang Maha Agung lagi Maha inovatif, sehingga sekecil-kecil archaebacteria yang mendiami gunung berapi itu, turut dicipta dengan tugas tersendiri. memproses gas-gas yang dimuntahkan encik gunung berapi menjadi kurang berbahaya kepada manusia. sebesar-besar matahari itu, tugasnya membantu sekecil-kecil pohon renek di lantai hutan untuk menjalankan fotosintesis. 

menurut teori bigbang gak, alam semesta ni sentiasa berkembang. pepatah mengatakan, 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana nasik'. tiada kaitan.

berbalik kepada pengembangan alam semesta. ianya digambarkan seakan-akan belon, yang mengembang bile ditiup udara ke dalamnya. namun belon pun ada penghujungnya. ia akan meletup apabila pressure di dalam mengatasi kekuatan binaan belon tuh sendiri.

camne lak penghujung dunia??

wallahu a'lam. juz nak kasi satu cerita. cerita yang berlaku di ambang kiamat. rini citer kita pasal encik iblis dan encik syaitan. dikisahkan di dalam kitab yang bertajuk "malapetaka melanda dunia menjelang kiamat" karya Ibnu Katsir, tatkala kiamat menunjukkan rupanya...

1.  encik syaitan pergi menemui bosnya, encik iblis.

2.  dia kehairanan dan kepelikan memerhatikan gelagat iblis yang tak tentu arah.

3.  iblis sedang merayu kepada Allah,"ya Allah,perintahkanlah aku untuk bersujud kepada sesiapa saja yang Kau mahu.."

4.  lalu syaitan pun bertanya,"mengapakah kau kelihatan berdukacita, merayu-rayu begini wahai tuan iblis?"

5.  iblis merenung syaitan, berwajah seribu satu penyesalan.

6.  iblis pun reply,"aku dulu telah memohon kepada Allah swt agar menangguhkan ku sehingga ke hari kiamat, dan Allah telah memperkenankan permintaanku. tidakkah kau perasan, bahawa matahari kini telah terbit dari barat? masa untuk kita dicampak ke neraka telah tiba...". terketar-ketar suara iblis, luruh mengenangkan nasibnya. nasib yang dipilihnya dahulu!

"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,


maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]"

Iblis merintih tatkala tiba hari kiamat. 
semuanya akibat ego, keengganan untuk BERSUJUD menyahut perintah Ilahi.
pesanan encik nickelback;
"..so do whatever it takes, coz you can't rewind a moment in this life.."

bersujudlah kepada Allah. sementara roh dan jasad masih bersatu, sementara pintu taubat masih terbuka.


No comments:

Related Posts with Thumbnails

pageviews