Saturday, November 20, 2010

antara kapitalis & sahabat

Salam
Bismillah wal hamdulillah

S.A.T.U.


     aisya sudah lama tensen dengan attitude daddy nya. sebagai seorang businessman yang billionnaire gitu, tidak sepatutnya daddy hanya menggunakan hartanya yang melimpah ruah untuk kegunaan peribadi semata-mata. sekalipun aisya dilimpahi dengan kemewahan, hidup senang-lenang, boleh tukar kereta tiap-tiap hari, dan bermacam-macam lagi keistimewaan lain, dia tetap berpendirian bahawa daddy nya perlu menyalurkan sebahagian harta kepada mereka yang memerlukan. 

     telah lama hasrat terpendam, akhirnya aisya menyuarakan protesnya kepada si daddy. waktu makan malam dirasakan sebagai waktu yang paling sesuai untuk tujuan itu.

     "daddy, bleh ecah tanya something?" aisya memulakan perbualan.

     "ye, apa dia?" jawab daddy.

     "daddy, kita ni orang kaya kan?"

tatkala mendengar persoalan sarcastic itu, encik daddy telahpun berjaya menangkap tujuan sebenar anak perempuannya itu bertanya. sambil menyuapkan chicken grill ke mulutnya, daddy aisya reply,

     "iyup. kenapa kamu tanya begitu? ada pape yang kamu nak daddy belikan? ferrari? disneyland? titanic? esok ingatkan daddy kasi cek." 

aisya tersenyum simpul. dia tahu bapanya sengaja mahu menamatkan perbualan itu lebih awal. fullstop. tiada protes. 

ahh! mana boleh. there's no turning back. hati aisya sudah tekad. asakannya diteruskan.

     "daddy..nape daddy liat nak sedekah sikit kekayaan kita ni kat mereka yang memerlukan? tak luak pun duit bejuta-juta lemon daddy tu kalau nak menyumbang sikit.."

     "lerh.. pasal ni ke? tak cukup lagi ke daddy bayar zakat? orang arab used to say, 'man jadda wajada, wa man zara'a hasoda' . siapa yang berusaha, dia yang memperolehinya. siapa yang menanam, dia yang menuai" jawab daddy selamba.

aisya merenung tajam mata daddy nya. buat muka blur. di mana keadilan sejagat?! bentak hati aisya. melihatkan ketidak puas hatian terpancar di wajah anaknya itu, daddy, sambil tersenyum menyambung perbualan.

     "aisya, macam mana dengan pelajaran kamu? doin great as usual?" daddy mengubah tajuk, mencari titik harmoni bapa dan anak.

     aisya menjawab,"alhamdulillah..ecah mantain CGPA 4.0 . ecah wat cam daddy selalu suruh, buku kena sentiasa ada di sisi walaupun takde niat nak baca. it gives spirit, hehe"

     "tapi daddy.. kawan baik ecah, mia tu, sian dia. pointer jatuh lagi, skang ni 2.0 je CGPA dia. ecah dah cuba tolong dia, tunjuk ajar mana yang patut, tapi tak jadi jugak.."

daddy menggelengkan kepala, seraya bertanya,

     "kenapa aisya tak dermakan saja 1.0 daripada pointer aisya, kasi kat mia? kan adil jadinya, dua-dua dapat 3.0 ? daddy rasa kamu tak kisah pun kan, dah tiap-tiap sem dapat dean's list.." senyuman terukir di bibir daddy.

aisya tensen. tensen! tanpa berkata apa-apa, dia terus menyudahkan makan malamnya, lalu bingkas bangun dari kerusinya tanpa menunggu daddy.

sambil menikmati pencuci mulut, daddy berkata penuh selamba kepada aisya,

"welcome to capitalisme"

_____________________________________________

D.U.A.


suasana kelas geografi pada hari itu amat mendebarkan. keputusan percubaan PMR untuk subjek ini sedang berada di tangan cikgu nina. semua pelajar menunggu dengan penuh kerisauan, terutamanya shin.

jalan nak balik ke rumah pun setengah mati baru mampu dihafalnya, inikan pulak buku geografi form 1, 2 and 3 tu. memang geo bukan bidangnya, sejak lahir lagi shin paling benci dengan peta.

result diedarkan. *dup dap.. dup dap..*

.......

warghhhhhhhhhhhh!! 78/100 ! shin meluahkan rasa tensennya di dalam hati. lagi satu soalan perlu betul jawapannya, and 80 pasti dalam genggaman! tym tu, sistem 80% sebagai gred  A masih lagi diguna pakai.

"aduyai..hampeh tol.." shin mengeluh. namun yang demikian, nasi sudah menjadi bubur. dia perlu redha.

kelas pada hari itu digunakan sepenuhnya oleh cikgu nina untuk membincangkan satu-persatu soalan percubaan geo tersebut. sebarang bantahan, boleh disuarakan terus di dalam kelas.

"hah! jawapan saya untuk soalan no.** boleh diterima gak cikgu! ada dalam buku muka surat blablabla.." shin melompat excited apabila berjaya menemukan 1 correction yang amat diimpikan orang-hampir-A sepertinya.

namun tidak semudah itu markah akan ditambah. cikgu nina membincangkannya dengan penuh teliti bersama ahli kelas lain, sebelum mengambil apa-apa tindakan. 

ketika itu, murid-murid lain sudah hilang tumpuan dalam kelas. mereka kelihatan berpuas hati dengan markah masing-masing, maka perbincangan bersama-sama cikgu nina seperti tiada apa-apa makna.

kecuali kepada shin dan ket. ket telahpun mendapat A, tapi dia tetap komited dalam kelas seperti biasa (murid kesayangan...). 

.......

alhamdulillah, bantahan shin diterima. "yeeeeha!!! dapat A!" gila excited beliau. ada yang ucap tahniah, ada yang tensen, ada yang takde pape respon. tapi entah kenapa, ket tiba-tiba datang ke sebelah shin. 

berlaku perbincangan di dalam perbincangan. cikgu nina cakap lain di depan kelas, shin n ket bincang lain. rupanya ada kekeliruan di situ.. muka surat yang dirujuk shin tidak selari dengan topik soalan, petanya juga ada sedikit perbezaan. perbezaan apa?

ket menyelak peta di muka surat yang sepatutnya. di topik lain. petanya memang sama, namun lebih menyerupai dengan peta yang ditanya dalam soalan. peta yang dirujuk shin hanya 95% sama dengan soalan, tapi di muka surat satu lagi ni, yang dirujuk ket ni, persamaannya 100% ! jadi jawapannya A sahaja, bukan A DAN B! (jawapan shin).

OMG. jawapan asal shin memang salah rupanya. tiba-tiba wujud rasa serba salah dalam hati. tiba-tiba ket berkata kepadanya,"ala..rilek je,jawapan ko bleh terima gak. lagipun, sape suruh lembaga peperiksaan malaysia print gambar peta tak cantik. wat orang susah je nak baca, aku pun keliru gak mula-mula.."

kelas tamat. keputusan: shin mengekalkan A yang diperolehinya. 

*trimas sahabatku..(^_^)*

"hidup indah tanpa hasad dengki"

8 comments:

iyou said...

cerita 2 pengalaman sendiri ke ustaz bez? hahaha

aku suka citer 1 =D

bez amin said...

haha..xtau xtau..=)
anyway thanks!

queenzara hanim said...

la tau yg cite 2nd!!!
heee......
yg 1st...xtau...
tp..walaweyhhhhh..bez3...
:)

bez amin said...

hahaha..shhhhhh!jgn bising2!..let bygone b bygone.haha

najwa mt.yasin said...

mantop!!..
ni based on true story & experience ek? ^^

bez amin said...

hihi..story bout super duper frens,
:-)
of coz u r one of them,hehe

bez amin said...

mantop!!..
ni based on true story & experience ek? ^^

bez amin said...

haha..xtau xtau..=)
anyway thanks!

Related Posts with Thumbnails

pageviews