Sunday, April 24, 2011

buka hati luas-luas

Salam
Bismillah wal Hamdulillah

     Sebuah rumah tersergam indah nun di atas sebuah bukit. kawasan perumahan golongan bangsawan di situ sememangnya dihuni oleh ramai keluarga elit. seorang lelaki menjengah keluar daripada jendela villanya, menghirup udara segar di pagi yang berkat itu. 

"Ah. . . sedap dan fresh oksigen pagi ni. alhamdulillah," ngomel lelaki itu. lebih selesa dipanggil Rusdi di kalangan sahabat handainya.

     Dia mengambil keputusan untuk melepak-lepak di halaman rumahnya sambil menyelak akhbar hari itu. sempat juga dia menjeling ke arah rumah-rumah jiran sekeliling. berpenghuni namun sepi. mungkin inilah makna hari cuti bagi sesetengah orang, terus sunyi dalam mimpi walau hari sudah pagi.
     Tatkala encik Rusdi sedang khusyuk membaca isu semasa, tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. ada sesuatu yang mencurigakan, sesuatu yang memerhatinya seperti kucing menjeling sang ikan. tidak berapa lama kemudian, 'sesuatu' itu menyusup keluar dari sebalik pasu-pasu bunga. Rusdi terkesima.
     Entah dari mana ular itu datang. sebahagian jasadnya berdiri tegak di atas tanah, merenung tajam ke arah Rusdi. lelaki itu hanya kaku. sebelum sempat dia berbuat apa-apa, datang masalah lain. seekor demi seekor ular keluar dari sebalik pasu bunga, dari atas pokok pun turut serta. malah dari setiap arah, mengelilinginya!
     Ada satu jalan keluar. baru dia perasan, ada sebatang cangkul tidak jauh dari kedudukannya. segera dicapai cangkul itu, bersedia atas segala kemungkinan. lebih baik daripada mati tanpa melawan!
     Dalam saat-saat getir itu, tiba-tiba terdengar suara seseorang. ah, mungkinkah itu jirannya? adakah dia perasan situasi genting yang dialami Rusdi sekarang? 


"Ya Allah. . . dari mana datangnya ular banyak-banyak ni Rusdi! cepat hayun cangkul tu, cepat!" jiran tetangga yang bernama Joni itu menggesanya bertindak segera. namun Rusdi yang ketakutan seolah hilang pedoman. teragak-agak untuk memulakan serangan. jirannya terus mendesak,


"woi! kau nak mati ke? pehal lembap semacam je ni? cepat la dol!"


     Tiba-tiba darah Rusdi naik menyirap. pelbagai kata-kata semangat namun berbaur kutukan, desakan, dan kesat daripada Joni amat membuatkannya tertekan. bukannya menaikkan semangat. lalu tanpa berfikir panjang dan kompleks, Rusdi dengan penuh wibawa membaling cangkul di tangannya sekuat hati ke arah Joni. tanda protes. 
     Jirannya itu lintang-pukang lari menyelamatkan diri. Rusdi? hanya mampu memerhati tatkala ular-ular tadi semakin menghampiri. seakan tiada lagi sinar mentari esok pagi.
     Begitulah ending nya. kita ni ibarat encik Rusdi. ular-ular itu ialah keburukan-keburukan kita, dan Joni ialah kritikan dari orang lain. cangkul itu sebenarnya cara dan peluang untuk kita memperbaiki kelemahan kita. 
     Kerana tak mampu terima kritikan secara positif, kadang-kadang kita mensia-siakan peluang untuk memperbaiki kelemahan diri, dibuang peluang tersebut. malah orang yang mengkritik kita pula yang ditengking, diherdik. 
     Lama-kelamaan, tanpa disedari kelemahan dan keburukan kita senyap-senyap memakan diri sendiri. lebih menyeramkan, kalau-kalau ia berakar umbi dalam sanubari. bimbang keburukan itu buat hati kita mati. mati bila berhenti dari menyahut seruan untuk memperbaiki.


"Demi masa!"
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,"
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." 
(Al-'Asr: 1-3)


Buat pengkritik, jaga-jaga lidah.
Buat yang dikritik, jangan cepat melatah.




p/s : diubah suai dari sesi rawat hati oleh KH Abdullah Gymnastiar.
dah habis. ^^

Sunday, April 17, 2011

budak-budak

 Salam
Bismillah wal hamdulillah

     Minggu lepas beta selesai exam speaking muet kat sebuah sekolah di ipoh. soalan alhamdulillah , sekurang-kurangnya taklah kelu nak keluarkan isi waktu speaking tu. dapat isu internet , fuuh. dekat di hati anak siber macam beta , hehe.
     Habis sahaja exam , beta dengan adik yang datang untuk muet gak duduk melepak di depan post guard. sementara menunggu my brother datang ambil kami , kebetulan budak-budak baru sahaja tamat sesi pagi persekolahan. tapi beta pelik. diorang berjalan pulang dalam barisan , diawasi guru-guru di kiri dan kanan.


Apehal ni ?


     Beta tengok guru-guru pengiring tu pegang senarai nama. setiap kali ada ibubapa pelajar sampai , diorang akan tick nama pelajar tersebut tanda sudah pulang. waah. penjagaan ekslusif kowt. selepas diamati gaya dan tingkah laku budak-budak tu , baru beta faham. diorang ni insan istimewa.
     Ada 2 3 orang budak yang datang duduk dengan beta. walaupun mungkin serba kekurangan di mata manusia biasa , namun keramahan mereka sebenarnya luar biasa! tiba-tiba angin bertiup kencang ,  menerbangkan daun-daun yang berguguran. salah seorang daripada mereka segera berkata , " eh ada pasu atas kepala abang! " haha . . . beta ketawa secara monolog dalaman. memang mencuit hati. bagi beta , itu lambang dunia kreatif mereka.
     Ada seorang ni , muka serius tapi bila bersembang dia layan. beta tanya dia solat 5 waktu tak , dia jawab solat. siap berjemaah kat masjid gitu katanya. aduus . . . tetiba beta terasa sadis kat diri sendiri. bila ditanya pula tentang guru-guru , apa dia jawab ? " Alhamdulillah . . . "
     Di mata manusia mereka biasa-biasa saja. di mata Allah , mungkin mereka lebih mulia dari kita ?
******************************
     Minggu lepas gak beta mula mengajar di sebuah sekolah ni. masya Allah . . memang hari-hari menguji kesabaran. memang ada hikmah Allah ketemukan orang cepat marah dengan budak-budak nakal. setiap hari beta berazam taknak melakukan sebarang keganasan. namun hanya tinggal harapan. kah3.
     Tak dinafikan , memang ada budak-budak yang memang nak belajar. dan beta memang salute lah kat diorang ni , sanggup bertahan walaupun beta mengajar tak best langsung. tapi yang ramainya , jenis tak makan saman. setiap minit asyik nak uji aje kesabaran diri ni. sudah lah kesabaran beta ni kejap sebesar padang bola , kejap lagi sebesar biji sawi aje. 
     Suatu hari , beta teringat kat sepotong ayat quran ni.

" Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi , yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa "

" ( iaitu ) orang yang berinfak , baik di waktu lapang mahupun sempit , dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. "
[ Ali 'Imran : 133-134 ]

     Hmm . . . tenang sikit hati ni. marah , jangan sampai lelah. geram , jangan sampai malam. benci , jangan sekali-kali. bengang , biar berpada-pada cik abang ! jangan ikutkan darah muda , walaupun kadang-kadang tu tak apa. =)
     Orait ! waktu tu jugak beta memperbaharui azam , nak kurangkan marah kat budak-budak tu. 
" KAH KAH KAH !! " kedengaran sekumpulan budak kat belakang kelas buat kecoh ,  dua saat lepas beta insaf.
     Beta bangun sambil mengenggam penumbuk menuju ke arah mereka.
Related Posts with Thumbnails

pageviews