Sunday, April 24, 2011

buka hati luas-luas

Salam
Bismillah wal Hamdulillah

     Sebuah rumah tersergam indah nun di atas sebuah bukit. kawasan perumahan golongan bangsawan di situ sememangnya dihuni oleh ramai keluarga elit. seorang lelaki menjengah keluar daripada jendela villanya, menghirup udara segar di pagi yang berkat itu. 

"Ah. . . sedap dan fresh oksigen pagi ni. alhamdulillah," ngomel lelaki itu. lebih selesa dipanggil Rusdi di kalangan sahabat handainya.

     Dia mengambil keputusan untuk melepak-lepak di halaman rumahnya sambil menyelak akhbar hari itu. sempat juga dia menjeling ke arah rumah-rumah jiran sekeliling. berpenghuni namun sepi. mungkin inilah makna hari cuti bagi sesetengah orang, terus sunyi dalam mimpi walau hari sudah pagi.
     Tatkala encik Rusdi sedang khusyuk membaca isu semasa, tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. ada sesuatu yang mencurigakan, sesuatu yang memerhatinya seperti kucing menjeling sang ikan. tidak berapa lama kemudian, 'sesuatu' itu menyusup keluar dari sebalik pasu-pasu bunga. Rusdi terkesima.
     Entah dari mana ular itu datang. sebahagian jasadnya berdiri tegak di atas tanah, merenung tajam ke arah Rusdi. lelaki itu hanya kaku. sebelum sempat dia berbuat apa-apa, datang masalah lain. seekor demi seekor ular keluar dari sebalik pasu bunga, dari atas pokok pun turut serta. malah dari setiap arah, mengelilinginya!
     Ada satu jalan keluar. baru dia perasan, ada sebatang cangkul tidak jauh dari kedudukannya. segera dicapai cangkul itu, bersedia atas segala kemungkinan. lebih baik daripada mati tanpa melawan!
     Dalam saat-saat getir itu, tiba-tiba terdengar suara seseorang. ah, mungkinkah itu jirannya? adakah dia perasan situasi genting yang dialami Rusdi sekarang? 


"Ya Allah. . . dari mana datangnya ular banyak-banyak ni Rusdi! cepat hayun cangkul tu, cepat!" jiran tetangga yang bernama Joni itu menggesanya bertindak segera. namun Rusdi yang ketakutan seolah hilang pedoman. teragak-agak untuk memulakan serangan. jirannya terus mendesak,


"woi! kau nak mati ke? pehal lembap semacam je ni? cepat la dol!"


     Tiba-tiba darah Rusdi naik menyirap. pelbagai kata-kata semangat namun berbaur kutukan, desakan, dan kesat daripada Joni amat membuatkannya tertekan. bukannya menaikkan semangat. lalu tanpa berfikir panjang dan kompleks, Rusdi dengan penuh wibawa membaling cangkul di tangannya sekuat hati ke arah Joni. tanda protes. 
     Jirannya itu lintang-pukang lari menyelamatkan diri. Rusdi? hanya mampu memerhati tatkala ular-ular tadi semakin menghampiri. seakan tiada lagi sinar mentari esok pagi.
     Begitulah ending nya. kita ni ibarat encik Rusdi. ular-ular itu ialah keburukan-keburukan kita, dan Joni ialah kritikan dari orang lain. cangkul itu sebenarnya cara dan peluang untuk kita memperbaiki kelemahan kita. 
     Kerana tak mampu terima kritikan secara positif, kadang-kadang kita mensia-siakan peluang untuk memperbaiki kelemahan diri, dibuang peluang tersebut. malah orang yang mengkritik kita pula yang ditengking, diherdik. 
     Lama-kelamaan, tanpa disedari kelemahan dan keburukan kita senyap-senyap memakan diri sendiri. lebih menyeramkan, kalau-kalau ia berakar umbi dalam sanubari. bimbang keburukan itu buat hati kita mati. mati bila berhenti dari menyahut seruan untuk memperbaiki.


"Demi masa!"
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,"
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." 
(Al-'Asr: 1-3)


Buat pengkritik, jaga-jaga lidah.
Buat yang dikritik, jangan cepat melatah.




p/s : diubah suai dari sesi rawat hati oleh KH Abdullah Gymnastiar.
dah habis. ^^

6 comments:

iyou said...

waaaaaaala! hebatnye cerita ni.. aku x sangka sebalik cerita ni ada maksud2 setiap watak even cangkul!

btw, aku setuju.. yang mengkritik, jaga lidah... yg dikritik, jgn cpt melatah, buka hati.. cuba berusaha baiki kelemahan+keburukan..

nak share!!=)

Adi Zhaf said...

betol3 =)

:: Average ::

bez amin said...

>iyou: share le,ilmu milik Allah =)
citer ni ditujukan utk ak,huhu.coz cpt melenting bile ade org kritik.haizzzz XD

>mazas: al fadhil ustaz adi zhafri,betulkan kalo sy ade salah =)

She Kin said...

nice entry... ^_^

bez amin said...

trimas..smoge bmanfaat kpd kite sume :-)

Trainer Fariz said...

as-salam nak tajuk lagu blog ni boleh....nanti reply di post saya ya ;)

Related Posts with Thumbnails

pageviews