Monday, June 27, 2011

dalam masjid

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Dah 15 minit berlalunya azan tadi
He goes to masjid berjalan kaki
"Oh tidak! sempat ke dapat rakaat pertama nanti?"
Getus beliau di dalam sanubari.

Sampai di masjid, jemaah dah berdiri
Mujur beliau dah berwudhu' tadi
Lepak kat saf belakang sekali
Takbir diangkat niat makmum di hati.

     Beta ingat dulu, pernah terjadi suatu peristiwa tym solat kat masjid ke surau ntah. sesampai nye beta kat situ, rupanya jemaah dah ready berdiri dalam saf. gaya macam solat baru je start, so masuk je dalam saf terus beta angkat takbir. 

Tiba-tiba beliau rasa terkesima
Pabila jemaah menjeling ke arahnya
Ada budak yang menahan ketawa
Orang tua pun nak join juga
Rupanya beliau nampak depan sana
Tok imam blom start solat rupanya.

     Argggggh ! malu gila tau tak ! elok je tangan beta tengah qiyam, tetiba baru terdengar imam angkat takbir. ya Allah, nak gugur jantung. sume jemaah yang dekat dok pandang-pandang je. ada yang tersenyum, kurang ajar tol. hahahah. beta pun tanpa rasa bersalah, buat-buat garu hidung, bajet tersumbat, sambil tu turunkan tangan slow-slow, then angkat takbir lagi sekali. 
     Rasa macam nak jerit je kuat-kuat, "Apa tengok-tengok hah! grrr. . ."

Moral: kalau lewat sampai masjid, cek dulu environment anda. n jangan angkat takbir sebelum imam.
******************************
Selesai bersolat, doa jangan lupa.
Memohon maghfirah kat Yang Maha Esa
Ada gak yang bangun tergesa-gesa
Macam masjid nak runtuh aje.

     Dalam peristiwa yang lain, ada satu lagi situasi yang beta yakin benda ni selalu gak terjadi kat kita. peristiwa sedih di masjid ni beta namakan "Cinta Yang Tak Dipandang". hahah ok tak best. 

Waktu doa, kena tadah tangan
Udah selesai, cepat toleh kiri kanan
Hulurkan tangan untuk bersalam
Hadiahkan senyuman sesama islam.

     Orait, yang ni lagi tensen. habis je tok imam berdoa, memang satu kebiasaanlah kan kita bersalam-salaman ngan jemaah sebelah kita or yang tercapai dek tangan ni. kan kan? beta pernah dengar ustaz kat tanyalah ustaz tv9 gitau, bersalam ni menggugurkan dosa-dosa kecil. haa. lumayan kowt.
     Tapi malangnya, selalu gak terjadi bila kita pandang orang sebelah n hulur tangan tinggi-tinggi nak salam dia, tetiba dia bangun terus blah. kita ni terkulat-kulat r tarik balik tangan laju-laju. tengok orang sebelah kiri lak, hulur tangan kat dia, damn dia pun bangun camtu je gak! wahai orang-orang yang beriman, beta ni invisible ke apa? 
     Umpama jatuh ditimpa steamroller, kebetulan pula tym tu kita kat saf ketiga. so jemaah-jemaah saf pertama n kedua semua tengah bangun, pandang belakang n bergerak nak ke pintu masjid. dan diorang menyaksikan kejadian yang menimpa kita sambil tersenyum sinis. Hell.
******************************
Siang di bumi tak selalunya terang
Malam di langit tak selalunya berbintang
Cukuplah citer beta sembahyang
Now let's move on to cerita orang.

     Okeh. kisah ni sebagai pedoman dan iktibar kepada kita semua ye. jaga kelakuan kita sewaktu di masjid, kerana acapkali kesabaran kita sering teruji. diuji oleh manusia yang pelbagai ragam, jadi kita kena sentiasa tabah. kisahnya terjadi beberapa tahun yang lalu. ianya bermula begini. . .
     Suatu hari, beta masih lagi kanak-kanak hingusan. bersekolah di sebuah sekolah asrama, kewajipan kami setiap hari ialah solat berjemaah di surau. untuk memudahkan pengimbauan nostalgia, beta akan gunakan kata ganti diri 'aku'. ok, aku masih ingat lagi, petang itu kami semua bersolat zuhur. 
     Oleh kerana aku agak thiqah ketika itu, maka aku menunaikan solat sunat ba'diyyah selesai saje fardhu zuhur. masih jelas di ingatan, di saf hadapanku terdapatan dua orang pelajar yang turut bersolat sunat. seorang member sebaya aku, seorang lagi lak senior. sewaktu memberku tadi sedang tahiyyat akhir, aku masih lagi tengah qiyam. senior tadi pula sedang on the way menuju ke tahiyyat akhir.
     Tiba-tiba, tidak semena-mena kejadian yang amat digeruni pengunjung solat berjemaah berlaku. iaitu memberku tadi terkentut waktu tahiyyat akhir tanpa sempat memberi salam. what the ????! memang malang tidak berbau, tapi yang ini berbau.
     Memberku itu agak kurang ajar, kerana beliau telah gelak sorang-sorang di kedudukannya. gelakkan diri sendiri, kuat pula tu. aku yang sedang qiyam, bagai nak menangis. ye, nak menangis kerana menahan diri daripada tergelak juga. aku tak mau solat aku terbatal plizzzzzzzzz!
     Namun, dalam kekecohan itu aku terperasan bahawa senior yang bersolat kat sebelah memberku tadi tetap khusyu' dalam solatnya. beliau tetap tunduk tawadhu' , perlahan-lahan meneruskan gerak-geri solat. seriously aku sangat kagum dengan beliau, kerana mampu tetap fokus dalam solatnya. iye aku mengaku, tatkala itu khusyu' aku sudah tiada. hanya tunggu nak kasi salam aje.
     Akan tetapi, sesuatu di luar jangkaan berlaku. sebaik saje senior ku itu memberi salam, tiba-tiba. . .

"BAMMMMMMMM !!!"

     Beliau terus melompat dari saf nya dan terus gelak terguling-guling. betul tak tipu punya, memang dia gelak sambil berguling di atas lantai surau. ya Allah. aku tak mampu tahan dah, cepat-cepat habiskan solat dan

"KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH !!!! "

Tangisan aku tidak mampu dibendung lagi. yang peliknya, hanya kami bertiga saja yang bagai orang gila dok tergelak pusing-pusing dalam surau tu. 
     Ok itu je citer nye. jadi kesimpulannya, jaga attitude kite di masjid/surau. jangan kentut n gelakkan diri sendiri, dan juga jangan gelakkan orang yang kentut. weh member aku tu skang belajar kat Eropah tau! haa jangan pandang serong kepada pelepas angin di surau, mereka juga berpotensi untuk berjaya. insyaAllah.
apa kisah korang dalam masjid? :-)

entri santai dah abes.

10 comments:

Anonymous said...

Kisah di sekolah yang sama. di surau yang sama. dugaan yang dilalui kaum muslimah kat belakang.


memang besar pahala sembahyang kat saf depan sekali. juga, dugaan yang besar kene dilalui.


Bila time sembahyang, selalunye siapa yang sembahyang depan sekali kene sembahyang dekat dengan langsir/bidai/divider ape2 lah nama.

time takbir, rukuk, sujud, semua oke balik. tapi bila duduk antara dua sujud, mulalah keluar insan2 yang terpilih. kadang2 paking sujud terlebih sikit or angin meniupkan langsir, bila bangun duduk dua sujud, sedar2 nampak lelaki kat depan mata. eh? rupa2nya langsir dah tersangkut kat kepala. memang malu tak terkira. paling best kalau sujud yang lepas tu terus bangun. mmg kene tunggu rukuk kalau nak turun balik. jangan tanya la jiran2 sebelah tahan gelak ke x.


btw nice post.


-mr. e

NURUL AMIRA ZAINUDIN said...

haha. mmg berguling la. anyway msg ttp smpai :)

FaraSyeera said...

HAHA. setuju ngan anon kt atas. same la. tp kan aku tukang tahan gelak je la. tp siyesly citer tang kentut tu lawak gila. aku bajet senior tu mmg akn khusyuk dan tawadhu' smpi kua surau. tp bajet cool je rupe2nye. anyway, nice post. evry word counts. (:

p/s: "oleh krn aku agk thiqah ketika itu..." mcm skrg tak thiqah plak gayenye...

uqbah said...

kahkahkah. baz aku punya cerita sama kot dengan semua cerita ang. sumpah kelakar gila aku pernah rasa dulu =D

bez.amin said...

@ mr. e : hahah..rasanye misteri yg menyelubungi jemaah laki, bile abes solat terdengar ade pmpuan tergelak, telah pun dibongkar.haha

ye r, dulu2 surau kite pkai kipas besar gedabak tu ha,kalau sua tangan memang putus kowt.mane nye x sampai terbang tirai kt bhgn muslimah.

hehe..naseb baek beta x sempat menyaksikan 'pmpuan2 yg tpilih' tu. kalo x,ntah r..koma trus sbb gelak kowt.lol

bez.amin said...

@ amira : hehe..puncanya,tetap member beta tu..dia r yg kurang ajar krn menggelakkan diri sndiri.

kalo dia x gelak,beta cukup pejam mata pun dh bleh tahan gelak dh..huhu

bez.amin said...

@farahin: tu r!hilang trus respek ak bile die melompat terbang atas lantai pastu gelak guling2.

haha..mmg nostalgik sngguh :-P

bez.amin said...

@uqbah: haha..ak paling bengang bile tym nk bersalam tu.sabo je r cover malu pas penat2 hulur tgn.lol

Anonymous said...

@mr.e...rasanya saf yg plg afdhol bg wanita adalah di belakang.insyaAllah akan dicari dalilnya..tp nk cari sendiri lg bgus.hehe..

@bez..haha.nice post.

mr.k

bez.amin said...

trimas mr.k :-)

Related Posts with Thumbnails

pageviews