Monday, April 5, 2010

surat untuk cucu-cicit ku

Ahad,4 4 2010.
Pj.

assalamualaikum.
hahahahahaha..nothing.
rini aku kuar makan-makan ngan mak sdare, mak cik ani ngan sepupu, dhiya. duduk kat perantauan(cewah), elok le kalau sekali-sekala berjumpa ngan sdare mare camni.

tym makan kat D tandoor, mak cik ani keluarkan surat ngan sijil-sijil lama, dapat dari rumah opah Pengkalan. dalam banyak-banyak tu, ada satu surat lama. waaah...

surat tu arwah tok nik type tahun 1968, lama dah. lebih kurang 42 tahun lepas. camne surat tu?

***********

***********
tadi tym usha menu, aku tau harga air paling murah kat situ, dah leh beli nasi pattaya kat ipoh. last-last, kami order air kosong. bukan sebab tak cukup duit, tapi mak cik ani ajak g minum kat starbuck lepas makan. aku dah terbayang frapuccino ngan krim, sodaaap! *boikot?*

bila tym makan, tak kisah kat hostel ke, rumah ke, aku rasa macam dah jemu tengok ayam, masak lemak, bla3. nak order western food? haha.. mau termuntah terus gamaknya! jimat. alhamdulillah.

bila tym bershopping, aku rasa aku tak pernah takde duit. bila ajak g makan kat kedai, alhamdulillah ibu ayah tak pernah "no".

mak cik ani citer lebih kurang,"kami tak pernah bayar yuran skol". aku? siap tak layak dapat pinjaman buku lagi tuh! anyway, alhamdulillah.

diorang tak pernah tau pasal surat tu, maybe tok nik tak citer kat anak-anak dia kowt. 

hadui. sebak la plak aku. tak kisah la nampak kurang thiqah ke kalo sebak, kui kui kui. peduli hape. terpikir, gaji posmen berapa la sangat, rm90 je. leh je kasi anak-anak 18 orang nak hidup. yang hidup senang ramai lak tu. yang lain, at least mampu pakai kereta, ada rumah. bukan stakat rumah, kereta dua tiga bijik, isteri pun ada je yang dua tiga orang. *hahahaha*

alhamdulillah.. arwah tok sempat usha sebahagian kejayaan anak-anak dia. 

tym gambar ayah kuar newspaper, menang lawan bola, tok kerat kolum kat paper tu. tym mak cik ani dapat ijazah farmasi n beli keta first, tok nanges la plak. tak sangka gaji posmen dia Allah berkat sampai anak-anak leh hidup senang. aku tau citer dari ayah n mak cik ani jek, sdare2 lain? aku tau diorang mesti ada citer bez gak ngan tok nik.

aku post entri ni, saje jek. hoh! mane bleh sesajer! wat sumtin mesti ada purpose.

aku post entri neh, khas untuk diri aku. orang yang tak pernah hidup susah. alhamdulillah. then kepada sdara2 aku, n spupu2 especially cam aku yang tengah blaja, yok kita ambik semangat arwah tok besarkan anak-anak dia. 

personally, aku tak besa dengar ayah sembang camne garang nya tok nik, walaupun memang satu pengkalan pegoh tau kowt. citer bez-bez ade la.

Allah muliakan arwah melalui mulut anak-anaknya selepas dia dah takde. subhanallah.

al fatihah buat arwah. dis is a tribute to Hj. Mohd Nik bin Hj Mohd Ali. trimas!!!


Wednesday, March 10, 2010

makhlus halus

salam.

lepas maghrib ritu, aku tido. pale pening tambah dengan badan panas plus sakit tekak, aku fikir macam nak demam. so cadangnya nak baring-baring sampai isya'.

malang tidak berbau. terlajak sampai pukul 5.30 pagi . tribute untuk abang aku, tiba-tiba lak terjaga terus pergi basuh kain. memandangkan subuh belum masuk, aku cepat-cepat bangun nak solat isya'.

solat di ruang depan. abang aku dah masuk ke bilik. ibu cakap, dulu dia pernah solat isya' tengah malam, tertengok tingkap. kebetulan tingkap x tutup, terasa macam 'benda' bergerak kat luar.

mantain. jangan fikir benda mengarut bazli. engkau tengah solat, patutnya 'diorang' yang takut kat kau. ingat, kau kena habis kan 4 rakaat.. kalau dok fikir seram, konfem tomakninah tersasar.

ok. aku solat macam biasa. takde pe yang pelik, juz kipas kasi luar badan sejuk, tapi dalam still panas. sampai di rakaat ketiga, tiba-tiba....!

benda hitam itu melayang betul-betul di depan aku. badan aku berketar. rileks bazli. berani, kamu mesti berani!

ia cuba mendekati aku, tetapi kemudian melayangkan dirinya ke atas kerusi, betul-betul di depan aku. memerhatikan gerak-geriku. ya Allah, aku tau ini ujian darimu ya tuhan.

ada kalanya ia bergerak di belakang, sekejap di sebelahku pula. tapi ia langsung tidak ada body contact dengan aku, kalau tak.. TIDAK! aku kena teruskan lagi satu rakaat!

hampir saja aku habis solat, ia melayang-layang lagi. selesai aku memberi salam, ia hilang entah ke mana. terdengar abang aku keluar dari bilik. cesss! cam cerita action, polis sampai lepas hero dah tewaskan musuh. dalam kes aku, walaupun takde fight ke ape, tapi at least aku dapat bertahan ngan serangan psikologi pihak musuh!

tamatlah drama penuh suspens. aku namakan, Bertembung Makhluk Halus di Pagi Buta.

lain kali, cabarlah aku di luar solat! wahai encik LIPAS!
Related Posts with Thumbnails

pageviews