Sunday, October 10, 2010

kiamat dan encik iblis

salam
bismillah wal hamdulillah


Dunia semesta memang sangat-sangat luas. teori bigbang yang dinukil kemas dalam al-quran membawa kita kepada kehebatan Allah swt, engineer yang tiada tolok bandingannya. arkitek yang melukis alam ini unik setiap satunya. mathematician yang Maha Bijaksana, di bawah perkiraan yang ditetapkanNya, planet-planet terletak kemas di orbit masing-masing. pencipta yang Maha Agung lagi Maha inovatif, sehingga sekecil-kecil archaebacteria yang mendiami gunung berapi itu, turut dicipta dengan tugas tersendiri. memproses gas-gas yang dimuntahkan encik gunung berapi menjadi kurang berbahaya kepada manusia. sebesar-besar matahari itu, tugasnya membantu sekecil-kecil pohon renek di lantai hutan untuk menjalankan fotosintesis. 

menurut teori bigbang gak, alam semesta ni sentiasa berkembang. pepatah mengatakan, 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana nasik'. tiada kaitan.

berbalik kepada pengembangan alam semesta. ianya digambarkan seakan-akan belon, yang mengembang bile ditiup udara ke dalamnya. namun belon pun ada penghujungnya. ia akan meletup apabila pressure di dalam mengatasi kekuatan binaan belon tuh sendiri.

camne lak penghujung dunia??

wallahu a'lam. juz nak kasi satu cerita. cerita yang berlaku di ambang kiamat. rini citer kita pasal encik iblis dan encik syaitan. dikisahkan di dalam kitab yang bertajuk "malapetaka melanda dunia menjelang kiamat" karya Ibnu Katsir, tatkala kiamat menunjukkan rupanya...

1.  encik syaitan pergi menemui bosnya, encik iblis.

2.  dia kehairanan dan kepelikan memerhatikan gelagat iblis yang tak tentu arah.

3.  iblis sedang merayu kepada Allah,"ya Allah,perintahkanlah aku untuk bersujud kepada sesiapa saja yang Kau mahu.."

4.  lalu syaitan pun bertanya,"mengapakah kau kelihatan berdukacita, merayu-rayu begini wahai tuan iblis?"

5.  iblis merenung syaitan, berwajah seribu satu penyesalan.

6.  iblis pun reply,"aku dulu telah memohon kepada Allah swt agar menangguhkan ku sehingga ke hari kiamat, dan Allah telah memperkenankan permintaanku. tidakkah kau perasan, bahawa matahari kini telah terbit dari barat? masa untuk kita dicampak ke neraka telah tiba...". terketar-ketar suara iblis, luruh mengenangkan nasibnya. nasib yang dipilihnya dahulu!

"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,


maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]"

Iblis merintih tatkala tiba hari kiamat. 
semuanya akibat ego, keengganan untuk BERSUJUD menyahut perintah Ilahi.
pesanan encik nickelback;
"..so do whatever it takes, coz you can't rewind a moment in this life.."

bersujudlah kepada Allah. sementara roh dan jasad masih bersatu, sementara pintu taubat masih terbuka.


Monday, October 4, 2010

realiti mimpi

salam
bismillah wal hamdulillah

hati sangat senang wat masa ni, coz exam duniawi dah selesai. sekarang giliran tawakkal lak, redha dengan segala result yang bakal keluar, and cube memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. oleh kerana semester depan hanya ada satu subjek berat, so beta takde rasa gundah-gulana sangat. 

cuti. waktu yang sangat sesuai untuk main game, blogging, baca buku selain chem n bio, melepak bersama famili, makan, dan jugak tambahkan amalan-amalan sunnah di samping amalan fardhu(insyaAllah). agak-agak tak sengaja terbangun (dengan izin Allah) sebelum azan subuh, boleh kot cuba bangun tahajjud. mahar untuk bidadari syurga tu! B-)

kali ni beta nak kasi satu cerita. cerita tentang mimpi, hehe.

********************

Beta berada di sebuah kawasan yang asing, tidak diketahui latitud n longitudnya di muka bumi. secara automatik, hati ni tergerak untuk menunaikan solat. ya, apa-apa hal, sampai di tempat orang kita cari masjid dulu ye. 

Secara tiba-tiba, masjid dah pun berada di depan mata. hahaha.

Lalu beta pun menuju ke arah pintu masjid. langkah punya langkah, tetibe, 
"aik? macam mana YB Zul Nordin bleh ada kat sini ni? wah. gaya macam dia pun nak solat gak, bleh jemaah sama-sama."
Namun, belum sempat kami melangkah masuk, terdengar suara seseorang sedang berbual-bual di dalam masjid. suaranya cukup jelas. walaupun kami masih berada kira-kira 2 meter dari pintu masjid, akan tetapi suara dari dalam masjid itu sangat terang dan nyata. kami berdua meneruskan langkah, dan apa yang beta sempat tangkap dari bait-bait perbualan manusia misteri dalam masjid itu,

"miss, hari ni saya tak boleh la nak jumpa miss. saya tak bersedia lagi, maybe esok kot."
Uish. misterinya perbualan di atas, siapakah gerangan yang sedang berkata-kata itu? seakan-akan beta kenal akan dia. boleh jadi dia memang beta kenali, waah. tidaklah beta runsing berseorangan di dunia asing hitam putih ini. ada member rupanya.

YB Zul yang berada di depan seraya memalingkan mukanya ke arah beta. terpancar riak kesedihan di raut wajahnya, sambil mengerutkan dahi beliau berkata kepada beta,

"macam ni lah umat islam sekarang. selalu tak bersedia."
Beliau lalu melangkah pergi. meninggalkan beta. 

********************
Dunia kembali berwarna-warni. hah, hari ni dah isnin. exam bio hari khamis, banyak lagi yang tak dibaca ni. bangun-bangun!
My rumate encik presiden siddqi dah terjaga lagi awal. katanya,

" tadi  aku  kol  miss  shafiyyah.  tak  jadi  nak  jumpa  miss  hari  ni,  mungkin  esok  kowt aku  pegi. "

sepatutnya ada consultation ngan miss pasal exam khamis ni. 

Pernah tak alam realiti mempengaruhi storyline mimpi anda? :)


Related Posts with Thumbnails

pageviews