Sunday, May 2, 2010

tribute to all my dedicated malaysians!

"hari ini,saya mengisytiharkan pengawal-pengawal diraja seluruh negara bercuti sebulan!" ucapan penutup daripada presiden pengawal diraja negara Malislam. seluruh negara riuh-rendah dengan pengumuman mengejut itu.


"siapa yang akan kawal traffic jammed??" luah seorang pemandu teksi.


"siapa nak ronda housing area kat sini? nak harap rukun tetangga memang tak cukup selamat!" seorang hartawan  termenung di balkoni mahligainya.


"hehehehe...yahoooo!24 jam bleh rompak emas!! sehari rompak sejuta,sebulan dapat 30 juta. wokayh! then siap-siap lari pindah pi Las Vegas!" cetus hati seorang perompak, pembunuh, dan juga penipu professional.


"kahkahkah! sekarang aku nak cari semua orang yang anti aku, pastu bunuh! pengawal diraja takkan ambil tahu!" seorang politikus yang bangang mula mengorak langkah ke atas opposition nya.


**********
adapun, baru sehari pengumuman itu berlalu dengan jayanya. maka kelihatan balai-balai pengawal yang sunyi sepi tiada berpenghuni itu, dihujani pengunjung-pengunjung yang tidak diundang. beratus rakyat jelata hadir bagi membuat report yang berbagai-bagai; hilang basikal, kucing dilenyek kereta jiran, reban ayam kena pecah masuk, buah mangga dicuri kanak-kanak tadika, rambut terbakar kena mercun stadium, kena baling botol waktu kempen plihanraya, tidak ketinggalan aduan terhadap ustaz yang didakwa mengajar doa makan tanpa sijil tauliah.

namun semuanya hampa... mereka terlupa, pengawal-pengawal diraja sedang bercuti dan ber'uzlah. bercuti atas permintaan rakyat jelata sendiri. rakyat jelata yang 'mahukan keamanan' dan berlepas diri daripada 'kekejaman' pengawal-pengawal diraja. 

TIBA-TIBA..

sebuah kereta kebal melintasi balai pengawal. oleh kerana pihak keselamatan Malislam bercuti sebulan, maka pihak militer diarah mengambil alih tugas mengawal kesejahteraan negara. suddenly, muncung bazooka kereta kebal itu dihalakan ke arah sebuah kereta Kancil, lalu meletupkannya. rakyat tergamam..

keluar seorang askar dari kereta kebal,"dilarang parking kereta di garisan kuning jalan!" jeritnya dengan tegas. rakyat jelata bertempiaran lari, entah kenapa? mungkin semuanya teringat, masing-masing ada melanggar peraturan negara? namun selama ini pengawal diraja bersikap lembut dengan mereka? seorang lelaki yang sedang melintasi jalanraya untuk mendapatkan motosikalnya, ditahan sebaik tiba di seberang jalan. sebuah jeep tentera berhenti betul-betul di sebelahnya.

PANGGGGGGGGG!!!

lelaki itu terbaring di bahu jalan. "lain kali melintas guna jejantas ye encik!kalau kereta langgar sape yang susah!" umpama guruh pekikan askar yang menampar lelaki itu. berita yang sampai kepada penulis, ialah lelaki tersebut masih koma sehingga kini. 

di seluruh negara, rakyat tidak tahu, sama ada mereka sedang selamat atau tidak. bunyi motor-motor mat rempit tidak lagi kedengaran di malam hari, namun ianya diganti dengan bunyi enjin kereta kebal militer melakukan rondaan, serta 3 das tembakan ke udara menandakan waktu berkurung.

sniper tentera ada di mana-mana. baru 0.2 saat perompak keluar dari bank sambil membawa hasil rompakan,  kepalanya berkecai disinggahi peluru. tiada masa dibuang untuk siasatan, ambulans hanya datang dan terus mengambil mayat, manakala lokasi si penembak tepat masih menjadi misteri. keadaan negara cukup 'aman dan sentosa', seperti yang diidamkan rakyat Malislam yang ramai tak sedar diri. daripada jenis tidak pakai tali pinggang keledar, sehinggalah meludah merata-rata, semuanya berubah. berubah menjadi terlalu taat (takut?) kepada undang-undang negara. ini kerana setakat ini sudah 2000 rakyat ditampar, sebahagiannya koma. ada di antaranya hanya kerana memandu kenderaan secara perlahan di lorong kanan jalan.

**********
di perhimpunan besar-besaran di perkarangan ibupejabat pusat pengawal diraja, presiden pengawal tersenyum sinis. setelah berucap panjang lebar mengenai integriti serta pandangan serong masyarakat senget Malislam, beliau mengumumkan hasil perbincangannya dengan Perdana Menteri negara. katanya, PM memberi pilihan kepada anggota pengawal diraja Malislam, sama ada;

1) menamatkan tugas mengawal keselamatan negara; lalu diberi pilihan sama ada ingin menerima tawaran bekerja dengan gaji rm2000 ke atas dalam sektor kerajaan(mengikut kelayakan), ataupun menerima pampasan berjumlah rm150 000 untuk memulakan kehidupan baru.

2) ingin menyambung tugas mereka dengan penuh integriti, serta mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku, sekaligus memulihkan imej mereka di mata rakyat. rakyat pula akan diarah untuk bekerjasama dengan pihak mereka sebaik mungkin tanpa prejudis.

sambil tersenyum, presiden bertanya,"YANG MANA PILIHAN KAMU SEMUA??TAK PERLU RISAUKAN RAKYAT YE."


Friday, April 30, 2010

bagaimana?

once upon a time, seorang raja di sebuah negeri pergi bersiar-siar menjenguk kehidupan rakyat jelatanya. adapun setelah beberapa ketika, maka ditegur dirinya seorang rakyat marhaen.

"assalamualaikum tuanku. beribu-ribu ampun..". belum sempat dihabiskan kata-katanya, raja mencelah,
"kita minta ampun dari Allah daa.. lagipun kamu takde wat pape kesalahan kat beta pun.appaaraa," cegah raja.

maka dipendekkan kisah, si rakyat itu bertanyakan raja tentang hudud dan qisas. setelah perbincangan ringkas, lalu raja pun bertitah di hadapan umum,

"...sudah tiba masanya untuk kita mendidik rakyat kita dengan hukum Allah yang sempurna ini. maka oleh itu, hendaklah para imamku, membacakan khutbah pada setiap kali jumaat menerangkan kepada jemaah mengenai apa itu hudud dan qisas ini, sekalipun dalam beberapa baris sahaja. adapun untuk para wanita serta kanak-kanak, beta menyeru agar mereka menonton siaran langsung khutbah jumaat setiap minggu."

arakian rakyat, wakil rakyat, seisi istana, yang tua dan juga muda, semuanya mempersiapkan diri dengan meningkatkan ilmu ukhrawi, duniawi serta ketaqwaan kepada Allah. begitulah seruan si raja. dia tidak mahu dalam keadaan masih jahil dengan asas-asas agama, rakyatnya 'dimomokkan' pula dengan hudud. baginda merasakan itu antara punca raja-raja yang terdahulu tidak berjaya mengimplementasikan hukum Allah ini. mereka cuba memandangnya 'hukuman kejam' berbanding 'jalan penyelesaian'.

ramai yang seolah-olah takut akan ter-berzina, lalu akan direjam atau disebat. oleh yang demikian raja pun menitahkan agar semua meningkatkan ilmu agama dan mengamalkan kewajipan-kewajipan islam itu, maka diharapkan hati-hati mereka akan lapang menerima undang-undang 'baru' itu.

The Arrival: ketibaan imam akhir zaman, Imam Mahdi. siapapun anda, sudahkah bersedia dengan yang sepatutnya? [' . ']
Related Posts with Thumbnails

pageviews