Sunday, August 28, 2011

Balik lah kampung!



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Pada pagi 28 ramadhan itu, Joni menelefon ibunya di kampung.

Truut...truut...
Ibu : halo, assalamualaikum
Joni : alaikumussalam ibu. ni Joni ni, lelaki melayu terakhir yang masih hidup. hehe pekabo?
Ibu : waklu.. melayu terakhir kunun, hehe. alhamdulillah ibu sihat je, ha kamu ni bila nak balik raya nyer?
Joni : owh, lek lu ibu. baru 28 ramadhan. raya tahun ni Joni tak balik bleh tak? rasa macam nak tido je kat ofis ni. takde r rabak poket, anak-anak buah sume mata duitan! 
Ibu : Joni!! kamu jangan cari pasal, penat-penat ibu jahit baju raya kamu. jangan mengada takmo balik.
Joni : wow! ibu wat baju warna pe, kain lembut tak?
Ibu : warna merah, ibu amik langsir kita tahun lepas punyer. recycle apa salahnya? wakaka..
Joni : cehhhh....
Ibu : hehe, Joni balik ek raya ni? esok tau, adik kamu dah ajak jemaah surau bertakbir kat umah kita ni. jangan kamu takde lak. balik tau!
Joni : hehe mestila.. ai ibu beria-ria panggil Joni balik ni nape?
Ibu : sebab nak tengok anak ibu yang tersayang ler, kuang kuang kuang.. 
Joni : har har har.. iye, insyaAllah Joni sampai le malam raya nanti. sayang ibu gak B-)

******************************

Firman Allah swt :
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang,
Pulanglah kepada Tuhanmu dalam keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai.
Serta masuklah dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
(Al-fajr : 27-30)

Perghh!.. subhanallah..
Nampak tak camner Allah 'panggil' hamba-hamba yang dikasihi pulang kepadaNya? ringkasnya, kalimah yang dipakai itu dalam bentuk kata suruhan (bagus lagi kalo korang try usha sendiri dalam quran). dalam maksud lain: Allah suruh balik kepadaNya. menggambarkan betapa Allah merindui kepulangan para jiwa yang tenang, sampai Dia panggil pulang <-- ni ustad kat surau yang cakap tau. ilmu ak tak mampu lagi nak hurai ayat quran :-)


Bila raya tiba, ramai bersuka-ria,
Tapi kan, bape ramai yang berdukacita?
Nak tinggalkan ramadhan setahun lamanya.
Agak-agak kita di golongan yang mana ya?

Kerajaan umumkan bonus setengah bulan,
Ada yang seronok, bleh raya sakan,
Namun bape kerat yang hiraukan ramadhan,
Ada lailatul qadr, yang lebih baik dari setengah 1000 bulan?

Yang pastinya ramadhan akan tetap pergi,
Mungkinkah bisa kita bertemu lagi?
Entah-entah umur hanya sampai di sini,
Pulanglah sebagai muttaqin, Tuhanmu merindui!

salam aidilfitri dari bez amin dan _______. 

hehehehe..



Trimas for reading! :-)

Friday, August 26, 2011

Masihkah ada hari esok?



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Sudah lewat malam, baru Ahmad sampai ke rumah. semenjak-dua menjak ni, matanya kurang nampak agaknya. tu yang selalu terlajak masuk jalan lain. alhamdulillah enset ade GPS, no hal la asalkan sampai ke rumah. kata-kata doktor tym kat hospital tadi, sikit pun tak merunsingkannya. "Ah.. itu ketentuan Allah.. "

Ahmad melangkah ke master bedroom nya. bukak pintu slow-slow, takmo isterinya yang tengah tidur terjaga. ditenung dulu wajah isteri, "hehe..dah tua you ye." Ahmad tersenyum. 

"Cinta i kat you sentiasa muda, insyaAllah. luv u bebeh," bisik Ahmad lagi, sebelum mencapai sehelai kertas n sebatang pen. dia nak menulis sesuatu sebelum tidur.

Itu yang akan dibuatnya sebelum tidur, mulai malam ini. "sebagai persediaan sebelum sampai hari 'itu' nanti," terngiang-ngiang nasihat doktor di hospital tadi. 
Ahmad tersenyum dan mula menulis.

******************************

Pagi keesokannya, lepas-lepas Subuh terus Ahmad kol nombor anak-anaknya, bertanyakan khabar. takmo la kacau waktu diorang tengah kerja nanti. alhamdulillah sume sihat je, cuma masing-masing tengah kelam kabut sket bersiap nak g ofis. kat sume anaknya Ahmad susun ayat penutup lebih kurang sama,

"hehe.. ayah takut terlupa nak cakap nanti, ayah sayang korang sume. peace yawww!" bapa zaman moden, ucapan sayang haruslah moden gak kan.

******************************

Dah dua bulan berlalu, sejak appointment pertama Ahmad dengan doktor peribadinya. hidupnya sejak itu asek hepi je, hari-hari ajak isteri dating kat luar la, tepon anak-anak tiga kali sehari. mentang-mentang dah rilek.
Notanya yang ditulis tiap-tiap malam ada la dalam 20 helai.
Dan dia rasa, dah tiba masa untuk inform kat isterinya.
Kalau ikut rasa hati, dah dekat sangat dah 'waktu itu.'

"tapi camne nak gitau ek? hmm..." 

Malam itu sebelum tidur, dia menulis sepucuk surat kepada isterinya. dah setel, diletakkan surat tu atas meja solek dengan harapan sok pagi isterinya bleh baca.

******************************

Pagi itu, si isteri perasan ada surat atas meja solek tu. tersenyum dia, "hehe.. suami ak ni main tulis surat cinta lak..". dia tak segera membacanya, tapi g mandi, nak solat subuh. pelik juga, apesal suaminya tak gerak dia bangun.
"masih di surau kowt," dia mengagak.

Lepas sembahyang subuh, terus dicapai 'surat cinta' itu lalu dibaca.

Assalamualaikum wbt..
Yo! ke hadapan isteriku yang tersayang.. hehe, comel tak ayat ni? 
Takde pape, saje je nak gtau U sumtin, I luv U !! betul ni, bukan tipu-tipu tau. ada ngada-ngada sket je, hehe. ala selama ni pun hari-hari I cakap sayang kat U, tapi yang ni special sket. heee..
Menda yang special? ha sabo r dulu sayang oii.. ni nak gtau ni.. ingat tak appointment I ngan doktor dua bulan lepas? sori I balik lambat, tersesat..huhu. tapi U jangan marah ek, I bukan sengaja. pas jumpa doc, baru I tau.. 
I sakit Alzheimer rupanya. 
I saje tak gitau.. sebab I nak kita dating, hepi sama-sama, tak best r kalau U ade rasa sedih kan? Oppp! ha ni yang tak best ni. U jangan r nangis, aduyai.. kan dua bulan ni kite dah hepi-hepi kan? g dating kat tasik, tengok gajah kat zoo, ngap ikan bakar kat kelab golf, blablabla..
Huhu..sori sayang, nak recall banyak-banyak pun I dah lupa.. tapi sumenya I dah tulis kat kertas siap-siap, sume ada dalam laci kat bilik tu. orait? jangan risau ek.. n sebelum I lupa yang U ni isteri I,  nak gtau..
I luv U sampai bila-bila, sampai ke syurga insyaAllah.. kat syurga nanti, kita recall balik kisah cinta kita ek? kat situ nanti takde lupa-lupa dah, hehe. berdoa kat Allah banyak-banyak ek..
He'll always loving U,
Ahmad :-) 
Air mata si isteri tak dapat dibendung lagi, terus dia rushing cari suaminya.
Ahmad tengah duduk atas sofa, menyelak n merenung album gambar familinya. tatkala si isteri datang memeluknya sambil menangis, Ahmad bertanya,

"Mmm... maafkan saya.. awak ni siapa ya?"

*****************************

Firman Allah swt. :

"..dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.."
(Al-hajj : 5)


Sementara mereka masih kenal akan kita,
Sementara kita masih boleh bercakap dengan mereka,
Sementara boleh diucap kata sayang dan cinta,
Mengapa perlu tunggu sehingga 'esok' tiba?
khas buat semua yang bernama insan.






Trimas for reading! :-)
Related Posts with Thumbnails

pageviews