Sunday, August 28, 2011

Balik lah kampung!



Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Pada pagi 28 ramadhan itu, Joni menelefon ibunya di kampung.

Truut...truut...
Ibu : halo, assalamualaikum
Joni : alaikumussalam ibu. ni Joni ni, lelaki melayu terakhir yang masih hidup. hehe pekabo?
Ibu : waklu.. melayu terakhir kunun, hehe. alhamdulillah ibu sihat je, ha kamu ni bila nak balik raya nyer?
Joni : owh, lek lu ibu. baru 28 ramadhan. raya tahun ni Joni tak balik bleh tak? rasa macam nak tido je kat ofis ni. takde r rabak poket, anak-anak buah sume mata duitan! 
Ibu : Joni!! kamu jangan cari pasal, penat-penat ibu jahit baju raya kamu. jangan mengada takmo balik.
Joni : wow! ibu wat baju warna pe, kain lembut tak?
Ibu : warna merah, ibu amik langsir kita tahun lepas punyer. recycle apa salahnya? wakaka..
Joni : cehhhh....
Ibu : hehe, Joni balik ek raya ni? esok tau, adik kamu dah ajak jemaah surau bertakbir kat umah kita ni. jangan kamu takde lak. balik tau!
Joni : hehe mestila.. ai ibu beria-ria panggil Joni balik ni nape?
Ibu : sebab nak tengok anak ibu yang tersayang ler, kuang kuang kuang.. 
Joni : har har har.. iye, insyaAllah Joni sampai le malam raya nanti. sayang ibu gak B-)

******************************

Firman Allah swt :
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang,
Pulanglah kepada Tuhanmu dalam keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai.
Serta masuklah dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
(Al-fajr : 27-30)

Perghh!.. subhanallah..
Nampak tak camner Allah 'panggil' hamba-hamba yang dikasihi pulang kepadaNya? ringkasnya, kalimah yang dipakai itu dalam bentuk kata suruhan (bagus lagi kalo korang try usha sendiri dalam quran). dalam maksud lain: Allah suruh balik kepadaNya. menggambarkan betapa Allah merindui kepulangan para jiwa yang tenang, sampai Dia panggil pulang <-- ni ustad kat surau yang cakap tau. ilmu ak tak mampu lagi nak hurai ayat quran :-)


Bila raya tiba, ramai bersuka-ria,
Tapi kan, bape ramai yang berdukacita?
Nak tinggalkan ramadhan setahun lamanya.
Agak-agak kita di golongan yang mana ya?

Kerajaan umumkan bonus setengah bulan,
Ada yang seronok, bleh raya sakan,
Namun bape kerat yang hiraukan ramadhan,
Ada lailatul qadr, yang lebih baik dari setengah 1000 bulan?

Yang pastinya ramadhan akan tetap pergi,
Mungkinkah bisa kita bertemu lagi?
Entah-entah umur hanya sampai di sini,
Pulanglah sebagai muttaqin, Tuhanmu merindui!

salam aidilfitri dari bez amin dan _______. 

hehehehe..



Trimas for reading! :-)

8 comments:

Fahz said...

alohh sian recycle kain langsir thn lepas..hahha lawak arr.selamat menyambut lebaran yg bakal tiba bro.maaf ya zahir je.hati2 pulang beraya..kepulangan kita dinanti :)

Syakir Rahman said...

btol tuh...kita balik kg menziarahi org tua bukan sbg satu adat tp jadikan sbgai tuntutan agama...

Sr. Maryam Fatanah said...

yezza, thats rite..most of muslims especially in malaysia lebih prefer Raya drpf ibadat yg besar phlanye di bln Ramadhan..tulah realitinya di malaysia..

fatihah azemi said...

nice one..oh ye..slamat hari raya jugak :)

bez amin said...

Fahz : hehe..slamat raye juge fahz..makan tart nenas ingat2 r kt sy ek :-)

Syakir Rahman : slamat balik kg syakir!
:-)

bez amin said...

Sr. Maryam Fatanah : smoge kita sntiasa perbaiki diri.insyaAllah :-)

fatihah azemi : trimas tihah.. hati2 d jln raye ek B-)

iMBobo said...

salam syawal utk tuan blog! :)

coklatberapi said...

selamat hari raya..nak duit raya=.="

Related Posts with Thumbnails

pageviews