salam
bismillah wal hamdulillah
hati sangat senang wat masa ni, coz exam duniawi dah selesai. sekarang giliran tawakkal lak, redha dengan segala result yang bakal keluar, and cube memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. oleh kerana semester depan hanya ada satu subjek berat, so beta takde rasa gundah-gulana sangat.
cuti. waktu yang sangat sesuai untuk main game, blogging, baca buku selain chem n bio, melepak bersama famili, makan, dan jugak tambahkan amalan-amalan sunnah di samping amalan fardhu(insyaAllah). agak-agak tak sengaja terbangun (dengan izin Allah) sebelum azan subuh, boleh kot cuba bangun tahajjud. mahar untuk bidadari syurga tu! B-)
kali ni beta nak kasi satu cerita. cerita tentang mimpi, hehe.
********************
Beta berada di sebuah kawasan yang asing, tidak diketahui latitud n longitudnya di muka bumi. secara automatik, hati ni tergerak untuk menunaikan solat. ya, apa-apa hal, sampai di tempat orang kita cari masjid dulu ye.
Secara tiba-tiba, masjid dah pun berada di depan mata. hahaha.
Lalu beta pun menuju ke arah pintu masjid. langkah punya langkah, tetibe,
"aik? macam mana YB Zul Nordin bleh ada kat sini ni? wah. gaya macam dia pun nak solat gak, bleh jemaah sama-sama."Namun, belum sempat kami melangkah masuk, terdengar suara seseorang sedang berbual-bual di dalam masjid. suaranya cukup jelas. walaupun kami masih berada kira-kira 2 meter dari pintu masjid, akan tetapi suara dari dalam masjid itu sangat terang dan nyata. kami berdua meneruskan langkah, dan apa yang beta sempat tangkap dari bait-bait perbualan manusia misteri dalam masjid itu,
"miss, hari ni saya tak boleh la nak jumpa miss. saya tak bersedia lagi, maybe esok kot."Uish. misterinya perbualan di atas, siapakah gerangan yang sedang berkata-kata itu? seakan-akan beta kenal akan dia. boleh jadi dia memang beta kenali, waah. tidaklah beta runsing berseorangan di dunia asing hitam putih ini. ada member rupanya.
YB Zul yang berada di depan seraya memalingkan mukanya ke arah beta. terpancar riak kesedihan di raut wajahnya, sambil mengerutkan dahi beliau berkata kepada beta,
"macam ni lah umat islam sekarang. selalu tak bersedia."Beliau lalu melangkah pergi. meninggalkan beta.
********************
Dunia kembali berwarna-warni. hah, hari ni dah isnin. exam bio hari khamis, banyak lagi yang tak dibaca ni. bangun-bangun!
My rumate encik presiden siddqi dah terjaga lagi awal. katanya,
" tadi aku kol miss shafiyyah. tak jadi nak jumpa miss hari ni, mungkin esok kowt aku pegi. "
sepatutnya ada consultation ngan miss pasal exam khamis ni.
Pernah tak alam realiti mempengaruhi storyline mimpi anda? :)
No comments:
Post a Comment