Friday, October 22, 2010

perkara paling payah

Salam
bismillah wal hamdulillah

     Tak lama lagi dah nak balik mula ke uia. so di baki-baki kehidupan yang ada ni, beta melawat la ke rumah mak sdare, dekat ipoh gak. rumah mak uda n ayah uda yang pernah menjaga beta sejak kecik. dekat 20 taun berlalu, n alhamdulillah setiap kali ada kesempatan waktu cuti, beta akan melepak dua tiga hari kat sini. 

     Tadi beta n ayah uda solat jumaat kat masjid lama pengkalan gate, lahat. sebenarnya ada masjid lagi dekat ngan rumah, tapi didakwa masjid tu untuk "orang parti tuuuut". haha.. lawak nak mati. air dicincang tak akan putus, muslim ni setiap satunya memperkuatkan yang lain. arwah tok pesan, takkan orang beriman nak duduk dengan orang beriman je?? muslim takkan biarkan saudaranya yang lain terus hanyut dalam awan duniawi. sedang dia hanya mampu mengeji.

     Sampai kat masjid, ada kuliah sementara nak tunggu masuk waktu. kuliah pakai kitab lama, tentang adab-adab berzikir. rasa tenang n sonok, coz benda-banda asas camtu banyak yang beta dah lupakan. contohnya berwudhuk bila nak berzikir, gerakan kepala bila sebut 'la ilaha illallah', cara duduk yang dianjurkan islam, n macam-macam lagi. bila fikir balik, memang banyak amalan-amalan waktu sekolah dulu yang beta dah jarang wat. kena muhasabah balik.

     Sebelum kuliah tamat, ustad tanya, benda apa yang paling susah sekali dalam hidup ni? 

orang tua kata nak bangun dari sujud.

orang pertengahan kata nak pergi jemaah kat masjid.

bebudak jawab susah nak puasa penuh.

beta jawab : nak mantain pointer. kah3.


..then ustad pun gtau..

benda yang paling susah sekali nak dilakukan;

1.  wara' sewaktu tiada manusia lain melihatnya.
tym ade orang: fuiyoo..lamanya encik kordi tu sembahyang..
encik kordi: *hmm..besa r aku*

tym takde orang: solat cam burung belatuk.

2.  pemurah ketika dalam kesempitan.

encik kordi: ya Allah.. tinggal rm2 je ni.. baru tengah bulan...
pengemis: incik.. dah dekat sebulan saya tak makan..
encik kordi: ya Allah.. ada yang lagi faqir rupenya. nah, amik le rm2 ni ye.

3.  menyatakan yang Haq kepada orang yang diperlukan bantuan daripadanya.

encik kordi pergi menemui pegawai daerah untuk memintanya menandatangani borang anaknya yang nak masuk universiti. 
si pegawai baru pulang main tennis, pakai seluar pendek je..

encik kordi: tuan, mana gayanya pakai seluar pendek ni.. haram, tak tutup aurat dan urat! islam mengajar kita supaya sentiasa menjaga adab n tertib pemakaian seperti yang termaktub dalam quran n sunnah...

DO: hmphhh.......!

encik kordi: haa.. ni nak mintak tolong sign kan borang perjanjian universiti ni.. =)

Sekian. sebar-sebarkan, selamat beramal. :D

No comments:

Related Posts with Thumbnails

pageviews