Sunday, November 14, 2010

Dr Binzel

Salam
Bismillah wal hamdulillah

     Hujan lebat turun mencurah-curah pada petang itu. nun jauh di hujung pekan City of Washington,Ohio, seorang pesakit melangkah keluar dari sebuah klinik. klinik itu milik Dr Philip Binzel, graduan kedoktoran dari Universiti St. Louis, Missouri. beliau sedang sibuk berceramah kepada seorang pesakit kanser, memberi penerangan tentang nutritional therapy yang bakal dijalaninya. disahkan menghidap kanser tulang beberapa minggu lalu, pada mulanya Mr Wasley Batson dinasihatkan oleh seorang onkologist untuk menjalani kemoterapi. namun berdasarkan pengalamannya menyaksikan kesan sampingan kemoterapi, maka dia menolak. 


Kerana itu dia datang ke klinik Dr Binzel.


     Seorang pioneer dalam nutritional therapy, Dr Binzel berhempas pulas mempertahankan kaedah rawatan kansernya. kajian yang dijalankan oleh para doktor dan saintis seperti Dr Ernst T. Krebs Jr, Dr Kanematsu Sugiura, Dr Dale Danner, Dr John Richardson dan lain-lain telah membuka matanya tentang keberkesanan Laetrile. penemuan mereka mengundang ancaman kepada autoriti yang berkuasa dalam hal ehwal perubatan, Food and Drug Administration (FDA).


     Eksperimen yang dijalankan oleh para pengkaji laetrile, mengubah segala persepsi tentang kanser. definisi popular menyebut bahawa ianya disebabkan oleh cell division yang tidak terkawal, yang memungkinkan metastasis (sel kanser bergerak ke tempat lain) berlaku.


Namun eksperimen mereka (Dr Sugiura dll), serta rawatan yang dijalankan Dr Binzel membawa suatu era baru dalam rawatan kanser. 



"we have to marshal the evidence that
cancer is a nutritional-deficiency disease. It is not caused by a
bacterium, virus or mysterious toxin but by the absence of a
substance that modern man has removed from his diet."

     Dr Binzel menyimpulkan bahawa segalanya adalah tentang diet harian. jika kekurangan vitamin C mengakibatkan scurvy, maka diet harian kita perlu dilengkapi dengan vitamin C yang secukupnya. jika kekurangan vitamin A bakal mengakibatkan rabun, maka makanan seperti lobak perlu dimakan seoptimumnya. jika kanser ialah nutritional-deficiency disease, maka jawapan untuk rawatannya bukanlah surgery, kemoterapi ataupun dadah-dadah lain.

jawapannya, menurut Dr Binzel, ialah nutritional therapy.

******************************

     Dunia mengalami pencerahan dalam bidang onkologi. teori pejuang laetrile menjanjikan sebuah dunia tanpa kanser, dengan hanya memenuhi menu harian dengan buah-buahan vitamin B17 (laetrile). ini bermakna berbilion dollar yang dibelanjakan setiap tahun untuk melakukan kajian dan rawatan kanser akan hangus begitu saja. keuntungan trilion dollar FDA setiap tahun bagi bisnes dadah kanser, kemoterapi, post surgical treatment dan lain-lain akan lenyap. everything will be gone, other people's sufferings are no longer profitable. 

     Ia juga bermakna beribu-ribu ahli saintis profesional yang terlibat dalam kajian ubat-ubatan kanser akan kehilangan secured sponsorship yang tentunya mencapai jutaan dollar (atau lebih?). 

     Sekali lagi, ia juga bermakna kredibiliti FDA, institut-institut kajian kanser dan profesional yang terlibat akan tercalar. 

Dr Binzel teringat akan penduduk Hunza, atau Hunzakuts


"Imagine: a cure for cancer found in the seeds of fruits, not in
research laboratories, and discovered by people without government
grants or prestigious diplomas hanging on their walls!"

Hunzakuts tidak perlu menjadi saintis untuk mengkaji dan mencegah kanser. B17 memang terkandung dalam makanan harian tradisi mereka - aprikot.

******************************


     Dr Binzel menamatkan sesi penerangannya tentang nutritional therapy. pesakitnya, Mr Batson terus bersetuju untuk mengikuti program rawatan tersebut tanpa ragu-ragu. 

     Menuju ke kliniknya, seorang pegawai kesihatan dari Ohio State Medical Board yang datang untuk menyerahkan sepina. mengarahkan beliau untuk memberhentikan serta-merta penggunaan laetrile dalam rawatannya.


*in memory of Dr Philip E Binzel,Jr*

6 comments:

iyou said...

salam.. err.. nih komen yg terkeluar dari tajuk.. HAHA.. cuba enchek ben pegi sini

http://faina989.blogspot.com/2010/08/kita-mungkin-telah-bertunang-tanpa.html

err.. apa komen enchek bazli?

bez.amin said...

salam..aiyo,open 2 invited reader je kowt.xleh nk usha..btw,cite sal pe ek??

iyou said...

blogger tuh remove post tuh.. sbb aku komen kot.. hahaha..

isi dia macam ni lebih kurang..
dlm x sedar kita boleh jadi tunang org even tak ada parents yg pinangkan.. cara dia:

boipren: tahun depan kita kawen yer sayang

gurlpren: saya setuju, abang~

so secara automatik gurlpren tu da jadi tunangan org tanpa sedar..

boley ke mcm tuh? mcm sumthing wrong jer.. aku cm tak puas hati sbb dia buat entri tuh berdasarkan tafsiran dia semata-mata keatas video ceramah ntah dari mana.. pastuh ramai pulak org len yg meng'ohh' entri tuh...

bez.amin said...

owh ye ker..haha
rilek2,jgn xpuas ati,mayb die ade pndpt n hujjah die ke?:-)
cube try tnye ustad,pe mksud bertunang mnurut islam.ntah2 yg bwk rombongan dtg meminang sume2 tu, adat melayu je x?:D

iyou said...

emmm.. masih mencari jwnpn.. byk pendapat.. mmg ada jmp family dtg meminang tuh just adat. tp ada jugak pndpt islam nih cantik. so x kan senang2 jadi tunang dgn lafaz mcm tuh je.. huhu

kalau ustaz bez ada info psl nih, wat entri ea.. hehehe

(semangat cari info kalau bab2 nih. haih!)

bez.amin said...

hehe..okai!insyaAllah..=)

Related Posts with Thumbnails

pageviews