salam
bismillah wal hamdulillah
Cuti yang masih berbaki lebih kurang enam bulan ini memang membosankan kalau tak keluar rumah. bila jalan-jalan tengok orang, macam-macam boleh belajar. tapi selepas 3 minggu cuti start, beta masih selesa duduk depan laptop je. juz keluar kadang-kadang untuk ambil angin sket. tengok rumput. main teka-teka nama jiran. ye r, sekali beta balik rumah, tu hah tiba-tiba "eh dah besar budak ni?". "lerh.. dah kawen minah tu?". entah-entah diorang pun tak perasan kot ada laki nama Bez Amin kat taman perumahan ni. takpe r. pengerusi surau kenal beta, kui3.
Tadi abang beta balik kerja, dia bising-bising. bertengkar dengan seorang customer kat JPJ. hari ini beta discover satu lagi masalah profesional Melayu. PERANGAI EGO. sudahlah dia yang lembap, datang nak wat lesen time pekerja nak rehat tengah hari. lepas tu nak besar kepala pula dengan abang beta.
"eh awak tau tak saya ni doktor?!". waaah. . . begitu berlagak nada suaranya, tatkala abang beta bercakap secara baik dengannya.
Bapak hangin beta dengar. memalukan doktor ! (entah betul ke tak dia doc). hey bro, kalau jadi doktor berlagak camtu, ego, anggap orang lain tak berpelajaran macam dia, baik pergi mati aje. ya, ayat ni memang ikhlas dari hati beta. pergi mati.
Kalau taknak pergi mati, bawak-bawak la insaf. sedar diri. jangan cemarkan profesion doktor! rawat hati yang penuh dengan penyakit batin itu dulu, barulah sibuk nak rawat penyakit zahir orang lain. pesanan ini untuk beta khasnya, dan para profesional atau bakal 'orang besar' amnya. maaf kasar, buktikan Melayu tidak mudahlupa Alzheimer !
Tadi abang beta balik kerja, dia bising-bising. bertengkar dengan seorang customer kat JPJ. hari ini beta discover satu lagi masalah profesional Melayu. PERANGAI EGO. sudahlah dia yang lembap, datang nak wat lesen time pekerja nak rehat tengah hari. lepas tu nak besar kepala pula dengan abang beta.
"eh awak tau tak saya ni doktor?!". waaah. . . begitu berlagak nada suaranya, tatkala abang beta bercakap secara baik dengannya.
Bapak hangin beta dengar. memalukan doktor ! (entah betul ke tak dia doc). hey bro, kalau jadi doktor berlagak camtu, ego, anggap orang lain tak berpelajaran macam dia, baik pergi mati aje. ya, ayat ni memang ikhlas dari hati beta. pergi mati.
Kalau taknak pergi mati, bawak-bawak la insaf. sedar diri. jangan cemarkan profesion doktor! rawat hati yang penuh dengan penyakit batin itu dulu, barulah sibuk nak rawat penyakit zahir orang lain. pesanan ini untuk beta khasnya, dan para profesional atau bakal 'orang besar' amnya. maaf kasar, buktikan Melayu tidak mudah
******************************
Kat atas tadi agak kasar ek cara beta nasihat? :-) . actually banyak cara nak menasihati orang ni. atas tu cara kem anak soleh, jati dari, keh3. mayb berkesan untuk audience yang ramai. macam mana pulak nak menasihati individu? entah. beta bukan psychologist. tapi beta ada satu cerita pendek.
Dua orang ulama' sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi. menaiki kereta yang berbeza, tiba di sebatang jalan, mereka terperangkap dalam traffic jam. dengan penuh kesabaran mereka berdoa agar segera sampai ke tempat yang dituju.
Dari jauh, kelihatan seorang pengemis sedang bergerak dari kenderaan ke kenderaan yang lain, sambil meminta sedekah. Syeikh Abdullah yang memandu di belakang kereta sahabatnya Syeikh Soleh, memerhatikan tingkah laku pengemis tersebut. Ditaqdirkan Allah, tingkap keretanya 'disinggah' si peminta sedekah.
Syeikh Abdullah segera menasihati pengemis itu agar berusaha dan bekerja untuk mendapatkan wang. beliau menasihati dengan suara yang lemah lembut, agar tidak mengguris perasaan si pengemis. si penghulur tangan tadi hanya mengangguk-angguk, lalu meninggalkan Syeikh Abdullah menuju ke kereta sahabatnya di hadapan. dia pergi dengan tangan kosong, hanya berbekalkan secebis mutiara nasihat dari seorang ulama'.
Lain yang disangkanya, lain pula yang jadi. sangkaan Syeikh Abdullah bahawa Syeikh Soleh juga tidak akan menghulurkan sedekah, meleset. beliau nampak dengan jelas sahabatnya itu memberikan sehelai wang kertas warna merah kepada si pengemis. lelaki itu kelihatan begitu gembira sehingga mencium tangan Syeikh Soleh sebelum berlalu pergi. Syeikh Abdullah berazam ingin meminta penjelasan sahabatnya itu apabila sampai ke destinasi nanti. " mengapa dia membantu orang untuk bermalas-malasan dan meminta-minta ? "

" tuan, kenapa diberi juga pengemis tadi duit tuan ? " soal Syeikh Abdullah.
" eh , mengapa pula? tidakkah tuan juga berikan sesuatu kepada dia ? " jawab Syeikh Soleh.
" memang betul. saya sedekahkannya nasihat saya, agar dia berubah dan tidak meminta-minta lagi. bukankah patut tuan juga berbuat demikian ? "
kata Syeikh Soleh , " owh.. sebenarnya saya juga menasihatinya dengan nasihat yang berguna. namun saya susuli juga nasihat itu dengan memberikannya wang untuk membeli makanan. tidakkah tuan rasa metod ini lagi berkesan dalam berdakwah? kita menasihat dan dalam masa yang sama, orang yang dinasihati itu tetap merasa senang dengan kita . "
Syeikh Abdullah terdiam sejenak memikirkan pendapat sahabatnya itu.
" tuan memang seorang ulama ' , " jawabnya sambil tersenyum.
******************************
Dua tips apabila berhadapan dengan peminta sedekah. tips dari cahaya al - Quran.
Jika anda enggan bersedekah
" dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya " ( 93 : 10 )
-----> berlalulah dengan cara yang baik. jangan herdik mereka, bahkan hadiahkanlah walau secebis senyuman.
Jika anda ingin bersedekah ( alhamdulillah )
" ( sambil berkata ) , sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharap balasan dan trimas dari kamu " ( 76 : 9 )
-----> hulurlah dengan hati yang terbuka, semata - mata mendamba redha Allah. once more, jangan sesekali menyakiti atau mengherdik mereka. P E A C E !
6 comments:
macam kisah yg diceritakan Kiai Aa kt tv106..(lbh kurang tp laen siket..)
iyup,mmg citer sal beliau.dgn sket perubahan utk menjadikannya masam2 manis.=)
salam jemput ziarah..
salam ketibaan =)
salam...best gak bc blog ni huhuhu...apo tajuk lagu dlm blog ni eh..best gak huhuhuhuu
@hanapi: salam..trimas..tajuk lagu asma Allah, by sami yusuf.smoge bermanfaat :-)
Post a Comment