Saturday, June 20, 2009

maaf ≠ ampun

28 hb jun 2009. masuk ni kira dah 3 minggu aku kat CFS IIUM pj. still dalam proses nak 'melajukan' diri untuk mengejar course outline. sekali datang kuliah, satu bab habis. nasib baik otak yang Allah pinjamkan ini takde had kapasiti. kira risiko untuk kepala meletup memang 0%. alhamdulillah...


kelas chemistry hari itu. sebelum stat belajar, lecturer bagi tazkirah dulu. hari ni, beliau tanya kami apa beza 'maaf' dan 'ampun'.


tercengang. ternganga. terbeliak. terjaga dari angan. telan air liur.


semua students bagi respons berbeza. tetapi tetap tiada jawapan. ni lecturer chemist ke BM ni... kisah bermula.


"setiap kali buat salah kat orang, ketuk sebatang paku kat dinding". seorang ibu mengarah anaknya. *lerh...cerita ni macam aku pernah dengar je...* qarin aku berbisik.


itulah yang dilakukan oleh si anak. pesan ibunya lagi, "bila kamu minta maaf, dan kamu dimaafi, cabut satu paku yang kamu dah ketuk itu."


dipendekkan cerita, berjaya juga semua paku di dinding dicabut oleh si anak. *aku dah tau apa sambungan cerita ini...haha...* diam la qarin!!


si ibu menyuruh anaknya memerhati bekas-bekas yang ditinggalkan oleh paku yang telah dicabut. berlubang-lubang, macam jururawat. ops, jerawat.


"sayangku, macam itulah apabila kita berbuat kesalahan terhadap orang lain. bila kita meminta maaf, mungkin kita akan dimaafkan. namun, apa kamu yakin yang mereka akan MELUPAKAN perbuatan kamu itu?"


si anak tercengang. kami terdiam. lecturer maintain tenang. kelas jadi lengang.


bila buat salah dengan orang, kena minta maaf. salah boleh diampun. but forgive doesn't mean forget.


وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
(al baqarah : 286)


"dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami..."


ek?? lerh... Allah dah ajar dah benda ini rupanya... bila kita berdoa kepadaNya, Dia suruh kita minta maaf dan ampun. *Ya Allah... selama ini aku baca tahlil dengan ma'thurat tak perasan maksud di sebalik doa tu...*

memaafkan kesalahan itu mungkin mudah. tapi melenyapkan terus dari fikiran agak payah. tapi islam ada solusi.

jangan buat salah kepada orang lain. berusahalah.

salam perpaduan. dan juga kerajaan perpaduan. ^_^







Wednesday, June 3, 2009

family = precious

hari ini adik aku balik cuti. agak lambat, sebab ada kem spm. ayah kurang sihat, so abang aku di Batu Gajah yang pergi jemput. kebetulan anak dia pun ikut, bila diorang sampai cepat-cepat aku simpan laptop. hahaha...

budak kecil, memang suka explore. entah macam mana dia ternampak chess set yang agak tersorok tu. dia memang pandai guna computing system WYSIWYG dalam alam realiti. what you see is what you get. apa yang dia nampak, itu la yang dia nak. pening... pening...

hari ini aku berjaya mengesan sejenis lagi penyakit. fobia kepada wayar!! hahaha... anak saudara aku ni la, punya takut dekat dengan wayar. wayar laptop, tv, kipas, charger handphone, dan yang sewaktu dengannya. *baguuus!! ada juga benda yang aku boleh sakat dia. keh keh keh... kau ingat aku ni tak mesra kanak-kanak, so tak berani kacau kau?* bisikan jahat menerjah. rilek, tunggu dia buat hal dulu, baru bertindak!

ini cerita adik aku. sampai rumah, dia bukak air vitagen. kasar sangat, tertumpah. keh keh keh... memang sengaja nak jadi mangsa kutukan aku.

"hishhh...ajla kalau buat kerja, memang guna hidung. mesti ada something wrong, hahaha..." aku jerkah.

"eleh...bencik tu, buat kerja guna lutut!!" cis, kena balik!

aku memang suka cari point nak kutuk dia. saja, bukan selalu jumpa. mungkin itu komunikasi terbaik untuk adik-beradik, hehe... tapi ikut situasi juga. subhanallah... keluarga adalah kurniaan yang tak ternilai. mereka seolah-olah menyempurnakan hidup kita. namun firman Allah:

"katakanlah, maukah Aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? bagi orang-orang yang bertaqwa, di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta redha Allah. dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya. (iaitu) orang-orang yang berdoa,"ya Tuhan kami,kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka. (juga) orang-orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menginfakkan hartanya, dan yang memohon ampunan pada waktu sebelum fajar."
ali imran : 15-17

ya! pakaian taqwa itulah yang terbaik. ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mensyukuri nikmatMu, sebagaimana doa insan pilihanMu sulaiman,

"maka dia(sulaiman) tersenyum lalu tertawa mendengar perkataan semut itu. dan dia berdoa: Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh."
an-naml : 19

taqwa. taqwa. taqwa.

pimpinlah daku ya Allah. ameen.

Monday, June 1, 2009

perlumbaan kura-kura dengan arnab : the other side

*cis! aku kalah...macam mana boleh jadi camni...* jerit hati si arnab. sesuatu yang paling memalukan baru sahaja berlaku dalam hidupnya. sambil tersungkur, dia berpaling ke arah kura-kura.

"keh keh keh...padan muka kau, arnab! itu lah, berlagak sangat." kura-kura memperlekeh. pedih hulu hati sang arnab.

sambung kura-kura,"aku mungkin lembab bergerak, tapi aku ada otak. kau tu, laju..tapi sombong. tak pakai otak pula. jadi lah bodoh sombong!"

berderai hilai tawa kerabat kura-kura. tekanan yang dialami arnab hanya Allah jua yang memahami. sudah lah kalah, dikepung kemudian diejek pula. sedangkan sebelum perlumbaan tadi kura-kura sangat bersopan-santun. sambil mententeramkan hati yang remuk-redam, dia berdoa:

"Ya Allah, keluarkanlah kami dari kampung yang zalim penduduknya ini. dan berikanlah kami pelindung dari sisiMu, dan berikanlah kami penolong dari sisiMu..."
-an nisak : 75

"heiii...aku memang dah lama tak puas hati dengan kaum arnab ni. aku rasa kau orang pun begitu juga, kan?" laung kura-kura bintik.

"ya, betul tu! apa kata kita belasah aje mamat ni. biar mampus! jadi peringatan buat kaum arnab supaya tak kutuk kita lagi. ayuh!" sahut kura-kura durian.

arnab ketakutan amat. hanya berserah kepada Allah, dia memejamkan matanya. tiba-tiba...

VROOOOMMMM!!! KRAAAAKK... KRAAAAKK...

"aa...apa yang terjadi?" arnab seraya membuka matanya, terkejut dengan bunyi itu. seakan-akan bunyi...

"lori balak!! kura-kura, kamu semua tak apa-apa kah?!...ja..jawab lah!" arnab terkedu. dia tidak sanggup melihat jenazah kura-kura di hadapan nya. semua remuk sama sekali digilis tiga buah lori balak...

arnab pulang ke kampung nya dengan lemah longlai. sejak hari itu, dia berubah menjadi seorang pendakwah unggul di kalangan masyarakat arnab. atas usahanya, kaum arnab mula berbaik-baik dengan kaum kura-kura. mereka tidak mahu lagi bermusuh-musuhan, kerana takut kemurkaan Allah menimpa lagi.
Related Posts with Thumbnails

pageviews