Monday, June 1, 2009

perlumbaan kura-kura dengan arnab : the other side

*cis! aku kalah...macam mana boleh jadi camni...* jerit hati si arnab. sesuatu yang paling memalukan baru sahaja berlaku dalam hidupnya. sambil tersungkur, dia berpaling ke arah kura-kura.

"keh keh keh...padan muka kau, arnab! itu lah, berlagak sangat." kura-kura memperlekeh. pedih hulu hati sang arnab.

sambung kura-kura,"aku mungkin lembab bergerak, tapi aku ada otak. kau tu, laju..tapi sombong. tak pakai otak pula. jadi lah bodoh sombong!"

berderai hilai tawa kerabat kura-kura. tekanan yang dialami arnab hanya Allah jua yang memahami. sudah lah kalah, dikepung kemudian diejek pula. sedangkan sebelum perlumbaan tadi kura-kura sangat bersopan-santun. sambil mententeramkan hati yang remuk-redam, dia berdoa:

"Ya Allah, keluarkanlah kami dari kampung yang zalim penduduknya ini. dan berikanlah kami pelindung dari sisiMu, dan berikanlah kami penolong dari sisiMu..."
-an nisak : 75

"heiii...aku memang dah lama tak puas hati dengan kaum arnab ni. aku rasa kau orang pun begitu juga, kan?" laung kura-kura bintik.

"ya, betul tu! apa kata kita belasah aje mamat ni. biar mampus! jadi peringatan buat kaum arnab supaya tak kutuk kita lagi. ayuh!" sahut kura-kura durian.

arnab ketakutan amat. hanya berserah kepada Allah, dia memejamkan matanya. tiba-tiba...

VROOOOMMMM!!! KRAAAAKK... KRAAAAKK...

"aa...apa yang terjadi?" arnab seraya membuka matanya, terkejut dengan bunyi itu. seakan-akan bunyi...

"lori balak!! kura-kura, kamu semua tak apa-apa kah?!...ja..jawab lah!" arnab terkedu. dia tidak sanggup melihat jenazah kura-kura di hadapan nya. semua remuk sama sekali digilis tiga buah lori balak...

arnab pulang ke kampung nya dengan lemah longlai. sejak hari itu, dia berubah menjadi seorang pendakwah unggul di kalangan masyarakat arnab. atas usahanya, kaum arnab mula berbaik-baik dengan kaum kura-kura. mereka tidak mahu lagi bermusuh-musuhan, kerana takut kemurkaan Allah menimpa lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

pageviews