Wednesday, March 10, 2010

makhlus halus

salam.

lepas maghrib ritu, aku tido. pale pening tambah dengan badan panas plus sakit tekak, aku fikir macam nak demam. so cadangnya nak baring-baring sampai isya'.

malang tidak berbau. terlajak sampai pukul 5.30 pagi . tribute untuk abang aku, tiba-tiba lak terjaga terus pergi basuh kain. memandangkan subuh belum masuk, aku cepat-cepat bangun nak solat isya'.

solat di ruang depan. abang aku dah masuk ke bilik. ibu cakap, dulu dia pernah solat isya' tengah malam, tertengok tingkap. kebetulan tingkap x tutup, terasa macam 'benda' bergerak kat luar.

mantain. jangan fikir benda mengarut bazli. engkau tengah solat, patutnya 'diorang' yang takut kat kau. ingat, kau kena habis kan 4 rakaat.. kalau dok fikir seram, konfem tomakninah tersasar.

ok. aku solat macam biasa. takde pe yang pelik, juz kipas kasi luar badan sejuk, tapi dalam still panas. sampai di rakaat ketiga, tiba-tiba....!

benda hitam itu melayang betul-betul di depan aku. badan aku berketar. rileks bazli. berani, kamu mesti berani!

ia cuba mendekati aku, tetapi kemudian melayangkan dirinya ke atas kerusi, betul-betul di depan aku. memerhatikan gerak-geriku. ya Allah, aku tau ini ujian darimu ya tuhan.

ada kalanya ia bergerak di belakang, sekejap di sebelahku pula. tapi ia langsung tidak ada body contact dengan aku, kalau tak.. TIDAK! aku kena teruskan lagi satu rakaat!

hampir saja aku habis solat, ia melayang-layang lagi. selesai aku memberi salam, ia hilang entah ke mana. terdengar abang aku keluar dari bilik. cesss! cam cerita action, polis sampai lepas hero dah tewaskan musuh. dalam kes aku, walaupun takde fight ke ape, tapi at least aku dapat bertahan ngan serangan psikologi pihak musuh!

tamatlah drama penuh suspens. aku namakan, Bertembung Makhluk Halus di Pagi Buta.

lain kali, cabarlah aku di luar solat! wahai encik LIPAS!

Friday, March 5, 2010

beso tak lupekan kecik

salam..


ade sorang hamba Allah pesan,"...sangat jauh bezanya di antara orang2 yang telah mati, tetapi menghidupkan hati orang lain ketika menyebut namanya. berbanding dgn orang2 yg masih hidup, tetapi mematikan hati orang2 yg bergaul dengannya..."


pastu tym aku lepak usha berita Bernama, diorang letak satu quote. adeih, orang tu dah lame meninggal dah, tapi baru skang kata-kata dia sampai kat aku. gagaga


quote tu normal jek, tapi aku rase cambez lak. bukan senang kita nak pandang benda kecil bila kita ni pegang benda besar. orang dulu ada gak simpulkan, sambil menyelam tu minum air. orang falsafah ambil pengajaran cara lain. orang 'pandai' ataupun 'memandai-mandai' lak lain cara. diorang kata, cannot go. mati lemas ler kalo selam teguk air. ade betulnya. tu sebab aku tukar, sambil menyelam gosok gigi. haaa... kan tak mati lagi tu. :)


anyway, this post shouldnt be too long. sebab bagi aku, quotes terpulang kepada kita untuk menilainya. tapi jangan memandai tafsir quran sunnah sesuka hati sepupu tiri angkat kita je orait? itu dah jadi cerita lain.


shams--sun--matahari. memang kewl. tetap memancarkan cahayanya pada bulan untuk dipantulkan pada waktu malam. sedangkan waktu malam memang shift kerja untuk bulan. segala energy yang dikurniakan Allah, diguna untuk manfaat alam. daripada cahaya, haba, graviti n cam2 lagi lah. sekalipun planet-planet setia mengelilingi, seakan menjadi pengawal Diraja kepadanya, dia tetap mantain humble. 


dia tahu cahayanya bukan setakat nak menerangi bumi. tu tugas umum. tu sebab dia ambil peduli dengan tumbuhan sekecil mane pun, supaya diorang leh hidup dengan fotosintesis. manusia yang pemalas nak exercise  lak dia kasi berpeluh.


ade orang maki dia sebab cuaca panas sangat. tapi dia tak kisah. dia lagi bahagia sebab dapat keringkan kain baju manusia dengan cuaca tuh. dapat tolong orang. walaupun  manusia tu gak yang keji dia nanti.


haizzz... perlu rehat sebelum solat jumaat. oooops.. pe sebenarnya quote yang aku baca tu?


“The Sun, with all the planets revolving around it, and depending on it, can still ripen a bunch of grapes as though it had nothing else in the Universe to do.”
-Galileo Galilei-


Wednesday, March 3, 2010

yok sembang agama!!! :)

salam..

alhamdulillah, 1mac ritu dengan jayanye program sembang agama dijalankan di UTP. thanks to my old friends, terisi gak cuti beta. ngeh3..

tiptop. memang bez, of course walaupun ada skit-skit yang tak kena. wakil penganut Buddha, Ir. Keang menerang kan asas-asas pegangan agamanya tanpa slideshow. anyway, sesape yang fokus betul-betul dengan apa yang disampaikan beliau, its not a problem at all. small matter!

wakil muslim, tidak asing lagi, Bro. Shah Kirit. setelah meringkaskan  lagi summary haha yang aku buat, generally perkara yang dijadikan asas penyampaian beliau mengenai islam ialah surah al ikhlas. bagaimana dekatnya Allah yang disembah orang mukmin dengan hamba-hambaNya. closer than the veins in our necks(50:16). --"...katakanlah, Dia lah Allah Yang Maha Esa!"

seterusnya, wakil dari penganut kristian, Dr William Lau. menurut beliau, perkataan God cuma kata pinjaman sahaja. seperti yang terkandung di dalam jewish scripture, god dikenali sebagai YHWH. sebahagian kristian menyebut 'yahweh', 'jehovah' dan sebagainya. YHWH bermaksud 'i am'. bercakap mengenai God's immanence (oxford: present within or throughout) dalam setiap orang, di mane everyone has a quality of god, kata beliau, "...i'm still doing research on that." beliau menekankan bahawa kristian menyembah satu tuhan: "...father, word and holy spirit bear witness as ONE in heaven."

kini giliran Dr Bala Thrumaningam untuk mnyampaikan lecture beliau, wakil penganut Hindu. dimulakan dengan bacaan-bacaan suci agamanya, beliau menerangkan konsep tuhan Brahmam(Brahman) yang mempunyai sifat nirguna(without any attribute), dan saguna(with many attributes). menurut beliau, Hinduism ialah agama symbolism. statues, idols, dan sembahan-sembahan mereka yang wujud itu hanyalah sebagai simbol. hakikatnya, mereka menyembah tuhan yang satu----Brahmam.

ya...tiba giliran Ir. Keang sebagai wakil penganut Buddha. memperkenalkan Tripitaka(three baskets) yang menjadi kitab panduan Buddhist. sebagai agama yang tidak bertuhan, tentulah beta sangat ternanti-nanti penjelasan mengenai pendirian beliau. katanya,"...we do not worship bodhisattva. it is just for inspiration." goal bagi setiap penganut Buddha ialah to achieve enlightenment; nirvanha atau nibbana. suatu keadaan di mana seseorang itu free from dukkha, sufferings in life, his own desire, worldly attachments..  . Buddha, menurutnya, bukanlah tuhan. beliau hanya menjadi ikutan penganut-penganut Buddhism bagi mengikuti jejak langkahnya mencapai nirvanha. di sinilah terletaknya prioriti Four Noble Truths dan Noble Eightfold Paths.

fuuuuuh......memang banyak ilmu yang dipelajari malam tu. kewl giler!!! hehe.. insyaAllah, di kesempatan yang akan datang, akan dipost sikit sebanyak mengenai agama-agama tertentu, sebagai satu perkongsian. sama-sama kita blaja terms dalam Hinduism, ape itu the atonement dalam Christianity, triple gems dalam Buddhism, dan pape jelah yang asas-asas.

kukuhkan iman, tingkatkan taqwa.. pesanan ustaz Badlishah,"...kalo nak angkat selimut waktu subuh pun susah, jangan dok bising nak angkat senjata."  (^_^)v

Related Posts with Thumbnails

pageviews