Sunday, December 5, 2010

the story of -ism

Salam
Bismillah wal hamdulillah

     Hidup ini penuh dengan rintangan, dugaan dan cubaan. sebab Allah dah gtau awal-awal long tym ago,

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji: siapakah di antara kamu yang LEBIH BAIK amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun."
[al mulk: 2]

     Once upon a time, in a galaxy far-far away, berdiri sebuah universiti yang dihadiri oleh manusia yang bermacam-macam ragam dan budaya. ukhuwwah islamiyyah gitu, tidak terbatas oleh perbezaan jarak dan alam. mereka bersama-sama menuntut ilmu di situ, dalam bidang yang berbeza. walaubagaimanapun, suatu hari taqdir menemukan mereka di dalam kelas yang sama, kerana masing-masing perlu mengambil sebuah subjek umum yang diwajibkan untuk semua pelajar.

subjek ngeri itu dinamakan "selok belok nuklear dan mereka yang patut diletupkan".

oleh kerana kelas umum itu dihadiri oleh pelajar dari pelbagai latar belakang dan kursus yang berbeza, maka terlintas akan di hati prof lecturer untuk menguji kebijaksanaan mereka. bukan untuk menilai kehebatan akademik semata-mata, tetapi lebih kepada penilaian melalui personaliti. 


lalu soalan kuiz diedarkan. soalannya berbentuk subjektif, tidak tertakluk kepada topik khusus dalam course outline. selesai 15 minit masa diberikan, maka prof pun mengutip kertas jawapan para pelajarnya.


"esok saya berikan semula kertas kamu berserta markahnya. dua pelajar terbaik akan turut diumumkan esok orait,"

kata professor. kelas kemudiannya ditangguhkan sejam kemudian.

     Keesokan hari, prof menyerahkan semula kertas berserta markah seperti yang dijanjikan kepada para pelajar. sebenarnya, markah bukanlah tujuan utamanya. saat penyerahan kertas itulah waktu bermulanya penilaian sebenar beliau. 

ironinya, semua pelajar diberikan markah 10/15.

a nice lookin guy named Materialism, berkata kepada ahli kelas yang lain, "apa ni 10/15 je? macam mana carry mark aku nak survive dengan markah sikit camni? ni soalan subjektif, patut dapat lebih baik!" perasaan tidak puas hati jelas terpamer di wajahnya.

seorang pelajar yang duduk di hujung kelas pula mencelah. dia yang bernama Skepticism berkata, "aku ragu-ragu dengan penilaian prof. bagaimana dia boleh mengatakan jawapan aku yang ini salah, sedangkan ianya soalan umum? apa boleh dibuktikan bahawa dia betul dan aku salah??" Skep mempersoalkan penilaian prof terhadap jawapannya.

seorang lagi pelajar turut serta. Liberalism sengaja meninggikan volume suaranya agar kedengaran seluruh kelas, "alahai kamu semua ni.. kan semalam lagi aku dah ingatkan, tak perlu fikir dalam-dalam sangat. permudahkan aje jawapan kita, tak perlu ikut soalan strict sangat. tengok aku, wat ala kadar je, 10/15 gak what?" katanya sambil tersenyum.

Capitalism menyampuk, "banyak la kau ala kadar! aku ni siang malam usaha, setiap saat study tau tak? i deserve better, for what i've done. study cara crappy macam kamu memang layak dapat camtu, but not for me. ok?" dia menempelak Liberalism.

professor tersenyum mendengar rungutan sebahagian pelajarnya itu. tidak berapa lama kemudian, bangun seorang student dengan humble nya lalu berkata,
"sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah dengan ketetapanNya ini. anggap sahaja lagi 5 markah itu Allah simpan untuk final exam yang lagi penting itu nanti. jika tidak di dunia pun, akhirat sana kan penting gak. semoga dapat memberatkan timbangan kita nanti."

itulah Islamism. seorang pelajar yang memang terkenal dengan sifat rendah diri tetapi berdedikasi lagi mantop. dia sangat bersederhana di dalam setiap perbuatannya, mungkin oleh sebab itu Materialism, Skepticism, Capitalism dan Liberalism sentiasa berusaha untuk menjatuhkannya. cuba untuk mempengaruhinya mengikuti gaya dan budaya asing yang dibawa mereka. 

dan kawan baik Islamism turut menerima tempiasnya, seorang pelajar di kelas yang sama bernama Politics. walaupun mereka berdua jarang dilihat bersama-sama, namun rumors menyebut bahawa gaya pemikiran mereka adalah seiringan. di dalam kelas, Islamism sering membantu Politics dalam memahami sesuatu input, dan melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi prof dengan tepat. sebagai kesinambungan, Poli pula sering membantu Islami dalam mematahkan hujjah-hujjah pelajar lain, yang sering mendakwa bahawa Islami tidak bijak dalam hal pengurusan dan pentadbiran. senang citer, Politics dan Islamism saling melengkapi.
"betul kata Islami tu. kenapa kita seolah-olah tak mahu bersyukur? lupa ke resam hidup, kadang-kadang kita di atas dan waktu yang lain kita di bawah? ye aku pun tak sangka hanya ini yang mampu aku dapat, 10/15. anyway, bukan ke kuasa 2/3 ensures the government to rule the country dengan aman! haha. alhamdulillah. juz think positively."

professor bangga dengan setiap respons anak didiknya. dan kini, anugerah dua pelajar terbaik milik siapa?

anda yang menilainya,ok? namun hati penulis kuat mengatakan Islami dan Poli akan menjadi pilihan prof. kerana personaliti mereka berdua di dalam kelas yang paling menarik perhatiannya.

Islamism dan Politics tidak pernah berenggang.

3 comments:

iyou said...

pergh! cukup dalam maksud entri nih! hehehe..

bez.amin said...

hihi..tahniah anda bjaya memahami..salute!! (^_^)v

bez.amin said...

hihi..tahniah anda bjaya memahami..salute!! (^_^)v

Related Posts with Thumbnails

pageviews