Saturday, July 18, 2009

jom ke Bikini Bottom!!

"mayor kita akan makan di Krusty Krab!!yahoooo!!cepat semua, bersedia menyambut ketibaan yb mayor, go...go!!" mr krab yang kelam kabut bercampur gembira, mengarah dua orang pekerjanya.


squidward mengeluh,"lerh...kenapalah nak excited sangat dia ni." ala-ala sengau bunyinya. dia menoleh ke arah spongebob.


spongebob berpeluh,"ap...app...apa, mayor akan makan di Krusty Krab?! oh tidak, kita kena buat persiapan rapi!"


"jadi, si kedekut dan si lurus bendul nampaknya sepakat..." squidward geleng kepala.


"arghh...matilah kita! takkan kita nak pakai begini. seluar pendek berjumpa dengan mayor? mana boleh!! jom tukar sebelum terlambat!!" patrick yang tak pernah memakai baju, tiba-tiba jadi rasional.


"adui...si bodoh patrick pun sama..." komen squidward lagi.

masa yang ditunggu-tunggu semua (kecuali squidward) tiba...




mayor masuk ke Krusty Krab. berjalan di atas karpet merah, pengunjung berpusu-pusu untuk bersalam dengannya. spongebob datang sambil membawa resipi terulungnya...krabby patty!! beberapa perubahan terlihat daripada penampilannya; memakai tuxedo lengkap dengan bow dan kasut kulit. burger krabby patty juga ada perubahan-ianya dibentuk seakan-akan wajah mayor!?


mr krab tidak kurang hebatnya. selain berkot, tie dan kasut kulit hitam berkilat, dia turut memakai button badge berlambang Bikini Bottom yang tertera moto "ONEbikini bottom!!", tanda sokongan padu terhadap mayor. penuh tertib, dia mempersilakan mayor untuk menjamu selera.


patrick star tiba-tiba muncul di pentas. dia sudah bersedia untuk membuat persembahan...piano! oh, tidak! dia juga bermain gitar menggunakan kaki! mulutnya pula meniup trumpet ! persembahan yang hebat, muzik yang dimainkan umpama sebuah orkestra!


nun di kaunter pembayaran, squidward kaku. terkesima, terdiam, rasa tidak percaya, semuanya bercampur-baur. kalau tadi dia memperlekehkan sahabat-sahabat nya, tapi kini dia sendiri kagum. *lelaki nombor 1 Bikini Bottom duduk di meja yang aku cuci! waah...bertuahnya aku!*

begitulah suasana krusty krab pada hari itu. kehadiran mayor seolah-olah amphetamin yang melonjakkan semangat bekerja dalam diri spongebob dan sahabat-sahabat nya.


"kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, jika sekalipun kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu..."
hadis jibril


begitulah analogi mudah tentang konsep ihsan dalam ibadah. dengan ihsan, tidak cukup dengan amalan-amalan biasa, malah kita rasa terdorong untuk mengupgrade ibadah dengan melakukan penambahan seperti solat sunat. sentiasa terdorong untuk melakukan yang terbaik.


kita ialah spongebob. Allah ialah mayor. spongebob jadi smart, serius dan profesional kerana dia tahu, mayor sedang berada di hadapannya.


atau sekurang-kurangnya kita jadi squidward. bila sudah yakin mayor di hadapannya, dia mula sedar. dia juga ingin jadi yang terbaik.


atau kita belum yakin?

Sunday, July 12, 2009

hikayat dari parsi

suatu ketika dahulu di parsi, wujud seorang lelaki yang terlalu bijaksana. apa jua permasalahan penduduk sekitar, pasti akan dirujuk kepadanya untuk penyelesaian. akan tetapi, beliau ini tersangat lah ego pula. hobi nya setiap hari, selain pergi ke warung untuk bermain dam aji atau konda-kondi, dia juga gemar menanyakan soalan kepada penduduk lain. niatnya semata-mata mahu memperbodohkan mereka yang sememangnya tidak cerdik.

"kui kui kui!! kamu semua memang bodoh. aku jugak yang pandai!!" ketawa lelaki itu selepas berjaya mengenakan seorang pengunjung warung.

entah bagaimana, berita tentangnya sampai ke rumah seorang ulama. beliau lebih dikenali sebagai abu nawas. sekalipun ilmu agamanya tinggi, namun beliau tidaklah sampai mengkafirkan atau memunafikkan orang lain. selain itu, beliau juga tidak sampai menuduh UMNO sama dengan komunis dan ayah pin. *sudah dijamin syurga kah aku?* itulah pesannya terhadap diri setiap hari.

menanam niat untuk berdakwah, abu nawas pergi menemui lelaki tadi. oh ya, ulama ini seorang yang kelakar juga. elemen gurau senda menjadi ramuan metod dakwahnya. dia berharap agar lelaki itu akan menerima mesej yang berguna sambil dia berhibur.

sesampainya beliau di sana...

"assalamualaikum, wahai si bijaksana!" bijak cara abu nawas mengenalpasti mad'u nya.

"wa'alaikumussalam...saudara ada masalah yang mahu saya selesaikan? jika begitu, silakanlah bertanya." lelaki ego itu menawarkan khidmat konsultan.

"mmm...begini saudara. saya diberi teka-teki ini oleh seorang budak kecil. malangnya, saya ni bodoh sikit orangnya. mohon saudara yang bijaksana untuk membantu saya."

*hehe...aku memang pandai. kau, aku tengok pun dah tau bahalul.* cetus hati lelaki ego sambil tersenyum.

"soalan nya begini; seekor keldai mahu menyeberang sebatang sungai. akan tetapi, sungai itu lebarnya 400 meter, arusnya 100 km sejam, kedalamannya pula 500 meter. jika berenang, boleh mati lemas. naik sampan, mau nya terbalik kerana arus teramat deras. nak terbang, sayap pula tiada...bagaimana ya saudara penyelesaiannya?" abu nawas mengeluh.

"ini soalan tidak logik!! mana ada sungai macam itu!!" separuh jerit si lelaki.

"sabar...sabar...sudah begitu soalannya. jadi, saudara tidak taulah jawapannya ni?" tanya abu nawas.

"err...err...saya tak tau..."

"oh, kalau begitu, nampaknya saudara pun bodoh macam saya juga. sebab saya pun tak tahu jawapannya. oh ya! kita berdua lagi bodoh daripada budak kecil yang menanyakan saya teka-teki ini. tidak mengapalah, kan Allah jua yang Maha Bijaksana...trimas saudara, assalamualaikum..."

abu nawas beredar. meninggalkan lelaki tadi terpinga-pinga di tengah-tengah crowded yang menyaksikan tarbiyah tadi secara live.

"knowledge raises the low, but ignorance brings down the mighty..."
-saidina Ali ra.
Related Posts with Thumbnails

pageviews