aku teringat lagi.
tak habis-habis. kuat berangan kah? mengelamun? tak... cuma, satu peringatan mungkin.
tak lama dulu, 20 mac 2008. muslimin malaysia menyambut maulidur rasul majoritinya. cuma yang pasti ulama' sejarah bersepakat kelahiran nabi Muhammad pada isnin tahun gajah. 12 rabiul awwal? bukan skop ku kali ini.
seperti petir berita itu. heh. atuk dah meninggal. hehe. hehehe. menangis. kenapa air mata keluar ni? kan aku tengah gelak? *bodoh, jangan tipu diri kau sendiri. teruskan menangis.* itu qarin aku kata.
aku balik kampung, urusan mudah sebab tengah cuti umum. baru kelmarin aku ziarah tuk, keadaan macam biasa. sekarang depan mata aku, juga macam biasa. tengah baring juga. bezanya, sudah tinggal jasad. atuk memang betul-betul dah meninggal.
aku sampai agak lewat, jenazah tinggal untuk disolat. nasib baik, alhamdulillah sempat. mencium dahi tuk kali terakhir, handsome rasa aku atuk hari ini. dengan bau minyak atar, baju putih bersih, rambut dan janggut rapi.
acu, bapa saudaraku memanggil kemudiannya.
*mokhsin, sebelum meninggal atuk pesan pada acu. dia minta, acu dapatkan PhD secepat mungkin. insyaAllah, tengah siapkan tesis. lepas tu, dia nak mokhsin teruskan usaha jadi al-hafiz. itu wasiat atuk untuk kita berdua. kita mesti ingat ini betul-betul...*
sambil bercakap, acu menangis. aku? tak, kena tahan. setitis air mata*. aku mesti tahan! titis kedua, ketiga, keempat*. aku menangis. lagi. *haha..jangan cuba tahan, kawan*. si qarin penyibuk.
sepupuku bercerita. atuk mahu al-fatih muncul dari keturunannya. lain orang, lain pesan atuk, aku rasa. Muhammad al-fatih yang membuka kota constantinople. disifatkan rasulullah:
"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."
siapa bakal 'al-fatih' itu? tak tahu. aku tak pasti tentang itu. sebab apa aku teringat? sebab ini ialah wasiat.
2 comments:
terharu plus sayu..
huhu...
em,insyaALLAH,sntiasa amik ruh perjuangan para pejuang islam..
baru trbaca tentang Tariq bin Ziyad, "menang atau syahid"..
insyaALLAH,smga ALLAH mudahkan urusan,yg penting usaha yg trbaik =)
smga lahir Al-Fatih the second,insyaALLAH ^_^
trimas mujaheedah90!
nasihat anda sentiasa tersemat d hati.
*ok kan susunan ayat ni...* ^_^
Post a Comment