Sunday, December 26, 2010

suatu perubahan

Salam
Bismillah wal hamdulillah

     alhamdulillah, beta sampai rumah hari khamis ritu. setelah dua bulan tak balik, akhirnya midsem tiba! haha. cuti seminggu ni, beta dah rancang beberapa benda. antaranya game, facebook n game. then facebook balik. lol.

takde r, actually banyak kerja ni. tutorial, quiz, presentation. tapi xpe, insyaAllah masa dah dibahagikan sebaik mungkin. member tabligh beta pesan, 'separuh cuti untuk rehat, separuh lagi untuk agama'. 

emm. insyaAllah..

entri selepas beberapa ketika menyepi ni, beta nak santai-santai je. mode cuti r katekan. fyi, this is my last sem at cfs (hopefully dowh). that means, insyaAllah beta akan melalui satu cuti yang agak panjang - lebih kurang 7 bulan starting bulan 2 ni. apa yang beta nak wat nanti? 


dun wory. the to-do list keeps growing everyday. juz need the action.
********************
     petang tu, on da way nak pergi cafe tetibe ade orang call. number area kl, beta yakin giler yang call tu member.

blabla: salam, bleh saya bercakap dengan encik bazli?
beta : haha. encik bazli takde, ni SU dia. dia tengah meeting. (sambil gelak)
blabla: owh ye ke.. bleh kasi saya bercakap ngan dia?
beta: *eh? ni suara orang besar ni..* err.. saya r bazli. ni sapa ni?
blabla: maaf ganggu, saya dari Elken, tahniah encik berjaya mendapat satu voucher bernilai rm70 dari kami.. 

walaupun itu bukanlah perbualan secara face to face mahupun 3g, namun keseganan beta kerana tak sengaja mempermainkan operator tersebut sangatlah mendalam.
********************
     sincerely, beta menyaksikan banyak perubahan yang berlaku sekeliling beta nih. manusia berubah. itu yang paling ketara. 

ramai yang berubah menjadi lebih baik, alhamdulillah.. beta ingin belajar daripada mereka. tapi tak kurang gak yang jadi terbalik. dulu baik, skang tiba-tiba berubah gaya n sikap. puncanya, sebab kemaruk bercinta. dunia jadi terlalu indah, dia sahaja yang betul, nasihat orang sumer salah.

" aku cinta dia kerana Allah! "

KAH KAH KAH!! mulut beta tertawa, tapi geram hati ni Allah je yang tau. ya Allah.. pandainya dia mempergunakan agama.. na'uzubillah min zalik.

********************
     tahun 2010 masihi gak menyaksikan sebuah drama kawan makan kawan. semuanya berlaku live depan mata beta. sebagai seorang pemerhati bebas, beta tak sangka benda camni berlaku di kalangan orang agama. kedua-dua pihak ada benar n salahnya. tetapi meniupkan api permusuhan, su'uz zhon, fitnah, backstab, n berlaku zalim kat orang yang tak zalim, itu bukan cara islam yop! astaghfirullah..

     maka bertepuk tangan n menari-narilah encik setan..
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti.

menurut lecturer beta (prof hanafi), perkara duniawi juga termasuk dalam skop luas yang merujuk kepada arak (iaitu memabukkan). 

lalu berpecah-belahlah para kenalan, mencari-cari akan kesalahan, menuduh-nuduh yang bukan-bukan, segala kebaikan terus dilupakan, seakan lupa diri ini bertuhan, menjadi duri dalam daging agamawan, mencacatkan kehebatan dan keilmuwan, menggamit setan menjadi teman, padahal hafal ayat quran, "jangan ikut jejak langkah syaitan!", mana perginya tazkirahmu kawan? adakah sekadar memenuhi undangan? atau mengejar bayaran lumayan? mungkin inilah yang ustaz pesan.. orang agama banyak ujian!
********************
     waah.. 2010 bakal melabuhkan tirainya. pagi tadi waktu nak sidai kain, perasan cam ada kelainan kat ampaian. ya!! pokok kelapa n pisang dah tumbuh sangat tinggi, so tak perlu berpanas kalo sidai kain tym tengah hari :-)
patut r rasa redup skit.. masyaAllah, ciptaanMu tak pernah sia-sia ya Allah. pokok pisang itu tetap berguna sekalipun dah tak berbuah.

ya Allah.. bantulah daku memperbaiki diri ini.. ameen..

pssst.. sempat tak beta mengundi taun depan? hihi..
beta akan terus memerhati..

Sunday, December 5, 2010

the story of -ism

Salam
Bismillah wal hamdulillah

     Hidup ini penuh dengan rintangan, dugaan dan cubaan. sebab Allah dah gtau awal-awal long tym ago,

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji: siapakah di antara kamu yang LEBIH BAIK amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun."
[al mulk: 2]

     Once upon a time, in a galaxy far-far away, berdiri sebuah universiti yang dihadiri oleh manusia yang bermacam-macam ragam dan budaya. ukhuwwah islamiyyah gitu, tidak terbatas oleh perbezaan jarak dan alam. mereka bersama-sama menuntut ilmu di situ, dalam bidang yang berbeza. walaubagaimanapun, suatu hari taqdir menemukan mereka di dalam kelas yang sama, kerana masing-masing perlu mengambil sebuah subjek umum yang diwajibkan untuk semua pelajar.

subjek ngeri itu dinamakan "selok belok nuklear dan mereka yang patut diletupkan".

oleh kerana kelas umum itu dihadiri oleh pelajar dari pelbagai latar belakang dan kursus yang berbeza, maka terlintas akan di hati prof lecturer untuk menguji kebijaksanaan mereka. bukan untuk menilai kehebatan akademik semata-mata, tetapi lebih kepada penilaian melalui personaliti. 


lalu soalan kuiz diedarkan. soalannya berbentuk subjektif, tidak tertakluk kepada topik khusus dalam course outline. selesai 15 minit masa diberikan, maka prof pun mengutip kertas jawapan para pelajarnya.


"esok saya berikan semula kertas kamu berserta markahnya. dua pelajar terbaik akan turut diumumkan esok orait,"

kata professor. kelas kemudiannya ditangguhkan sejam kemudian.

     Keesokan hari, prof menyerahkan semula kertas berserta markah seperti yang dijanjikan kepada para pelajar. sebenarnya, markah bukanlah tujuan utamanya. saat penyerahan kertas itulah waktu bermulanya penilaian sebenar beliau. 

ironinya, semua pelajar diberikan markah 10/15.

a nice lookin guy named Materialism, berkata kepada ahli kelas yang lain, "apa ni 10/15 je? macam mana carry mark aku nak survive dengan markah sikit camni? ni soalan subjektif, patut dapat lebih baik!" perasaan tidak puas hati jelas terpamer di wajahnya.

seorang pelajar yang duduk di hujung kelas pula mencelah. dia yang bernama Skepticism berkata, "aku ragu-ragu dengan penilaian prof. bagaimana dia boleh mengatakan jawapan aku yang ini salah, sedangkan ianya soalan umum? apa boleh dibuktikan bahawa dia betul dan aku salah??" Skep mempersoalkan penilaian prof terhadap jawapannya.

seorang lagi pelajar turut serta. Liberalism sengaja meninggikan volume suaranya agar kedengaran seluruh kelas, "alahai kamu semua ni.. kan semalam lagi aku dah ingatkan, tak perlu fikir dalam-dalam sangat. permudahkan aje jawapan kita, tak perlu ikut soalan strict sangat. tengok aku, wat ala kadar je, 10/15 gak what?" katanya sambil tersenyum.

Capitalism menyampuk, "banyak la kau ala kadar! aku ni siang malam usaha, setiap saat study tau tak? i deserve better, for what i've done. study cara crappy macam kamu memang layak dapat camtu, but not for me. ok?" dia menempelak Liberalism.

professor tersenyum mendengar rungutan sebahagian pelajarnya itu. tidak berapa lama kemudian, bangun seorang student dengan humble nya lalu berkata,
"sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah dengan ketetapanNya ini. anggap sahaja lagi 5 markah itu Allah simpan untuk final exam yang lagi penting itu nanti. jika tidak di dunia pun, akhirat sana kan penting gak. semoga dapat memberatkan timbangan kita nanti."

itulah Islamism. seorang pelajar yang memang terkenal dengan sifat rendah diri tetapi berdedikasi lagi mantop. dia sangat bersederhana di dalam setiap perbuatannya, mungkin oleh sebab itu Materialism, Skepticism, Capitalism dan Liberalism sentiasa berusaha untuk menjatuhkannya. cuba untuk mempengaruhinya mengikuti gaya dan budaya asing yang dibawa mereka. 

dan kawan baik Islamism turut menerima tempiasnya, seorang pelajar di kelas yang sama bernama Politics. walaupun mereka berdua jarang dilihat bersama-sama, namun rumors menyebut bahawa gaya pemikiran mereka adalah seiringan. di dalam kelas, Islamism sering membantu Politics dalam memahami sesuatu input, dan melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi prof dengan tepat. sebagai kesinambungan, Poli pula sering membantu Islami dalam mematahkan hujjah-hujjah pelajar lain, yang sering mendakwa bahawa Islami tidak bijak dalam hal pengurusan dan pentadbiran. senang citer, Politics dan Islamism saling melengkapi.
"betul kata Islami tu. kenapa kita seolah-olah tak mahu bersyukur? lupa ke resam hidup, kadang-kadang kita di atas dan waktu yang lain kita di bawah? ye aku pun tak sangka hanya ini yang mampu aku dapat, 10/15. anyway, bukan ke kuasa 2/3 ensures the government to rule the country dengan aman! haha. alhamdulillah. juz think positively."

professor bangga dengan setiap respons anak didiknya. dan kini, anugerah dua pelajar terbaik milik siapa?

anda yang menilainya,ok? namun hati penulis kuat mengatakan Islami dan Poli akan menjadi pilihan prof. kerana personaliti mereka berdua di dalam kelas yang paling menarik perhatiannya.

Islamism dan Politics tidak pernah berenggang.

Saturday, November 20, 2010

antara kapitalis & sahabat

Salam
Bismillah wal hamdulillah

S.A.T.U.


     aisya sudah lama tensen dengan attitude daddy nya. sebagai seorang businessman yang billionnaire gitu, tidak sepatutnya daddy hanya menggunakan hartanya yang melimpah ruah untuk kegunaan peribadi semata-mata. sekalipun aisya dilimpahi dengan kemewahan, hidup senang-lenang, boleh tukar kereta tiap-tiap hari, dan bermacam-macam lagi keistimewaan lain, dia tetap berpendirian bahawa daddy nya perlu menyalurkan sebahagian harta kepada mereka yang memerlukan. 

     telah lama hasrat terpendam, akhirnya aisya menyuarakan protesnya kepada si daddy. waktu makan malam dirasakan sebagai waktu yang paling sesuai untuk tujuan itu.

     "daddy, bleh ecah tanya something?" aisya memulakan perbualan.

     "ye, apa dia?" jawab daddy.

     "daddy, kita ni orang kaya kan?"

tatkala mendengar persoalan sarcastic itu, encik daddy telahpun berjaya menangkap tujuan sebenar anak perempuannya itu bertanya. sambil menyuapkan chicken grill ke mulutnya, daddy aisya reply,

     "iyup. kenapa kamu tanya begitu? ada pape yang kamu nak daddy belikan? ferrari? disneyland? titanic? esok ingatkan daddy kasi cek." 

aisya tersenyum simpul. dia tahu bapanya sengaja mahu menamatkan perbualan itu lebih awal. fullstop. tiada protes. 

ahh! mana boleh. there's no turning back. hati aisya sudah tekad. asakannya diteruskan.

     "daddy..nape daddy liat nak sedekah sikit kekayaan kita ni kat mereka yang memerlukan? tak luak pun duit bejuta-juta lemon daddy tu kalau nak menyumbang sikit.."

     "lerh.. pasal ni ke? tak cukup lagi ke daddy bayar zakat? orang arab used to say, 'man jadda wajada, wa man zara'a hasoda' . siapa yang berusaha, dia yang memperolehinya. siapa yang menanam, dia yang menuai" jawab daddy selamba.

aisya merenung tajam mata daddy nya. buat muka blur. di mana keadilan sejagat?! bentak hati aisya. melihatkan ketidak puas hatian terpancar di wajah anaknya itu, daddy, sambil tersenyum menyambung perbualan.

     "aisya, macam mana dengan pelajaran kamu? doin great as usual?" daddy mengubah tajuk, mencari titik harmoni bapa dan anak.

     aisya menjawab,"alhamdulillah..ecah mantain CGPA 4.0 . ecah wat cam daddy selalu suruh, buku kena sentiasa ada di sisi walaupun takde niat nak baca. it gives spirit, hehe"

     "tapi daddy.. kawan baik ecah, mia tu, sian dia. pointer jatuh lagi, skang ni 2.0 je CGPA dia. ecah dah cuba tolong dia, tunjuk ajar mana yang patut, tapi tak jadi jugak.."

daddy menggelengkan kepala, seraya bertanya,

     "kenapa aisya tak dermakan saja 1.0 daripada pointer aisya, kasi kat mia? kan adil jadinya, dua-dua dapat 3.0 ? daddy rasa kamu tak kisah pun kan, dah tiap-tiap sem dapat dean's list.." senyuman terukir di bibir daddy.

aisya tensen. tensen! tanpa berkata apa-apa, dia terus menyudahkan makan malamnya, lalu bingkas bangun dari kerusinya tanpa menunggu daddy.

sambil menikmati pencuci mulut, daddy berkata penuh selamba kepada aisya,

"welcome to capitalisme"

_____________________________________________

D.U.A.


suasana kelas geografi pada hari itu amat mendebarkan. keputusan percubaan PMR untuk subjek ini sedang berada di tangan cikgu nina. semua pelajar menunggu dengan penuh kerisauan, terutamanya shin.

jalan nak balik ke rumah pun setengah mati baru mampu dihafalnya, inikan pulak buku geografi form 1, 2 and 3 tu. memang geo bukan bidangnya, sejak lahir lagi shin paling benci dengan peta.

result diedarkan. *dup dap.. dup dap..*

.......

warghhhhhhhhhhhh!! 78/100 ! shin meluahkan rasa tensennya di dalam hati. lagi satu soalan perlu betul jawapannya, and 80 pasti dalam genggaman! tym tu, sistem 80% sebagai gred  A masih lagi diguna pakai.

"aduyai..hampeh tol.." shin mengeluh. namun yang demikian, nasi sudah menjadi bubur. dia perlu redha.

kelas pada hari itu digunakan sepenuhnya oleh cikgu nina untuk membincangkan satu-persatu soalan percubaan geo tersebut. sebarang bantahan, boleh disuarakan terus di dalam kelas.

"hah! jawapan saya untuk soalan no.** boleh diterima gak cikgu! ada dalam buku muka surat blablabla.." shin melompat excited apabila berjaya menemukan 1 correction yang amat diimpikan orang-hampir-A sepertinya.

namun tidak semudah itu markah akan ditambah. cikgu nina membincangkannya dengan penuh teliti bersama ahli kelas lain, sebelum mengambil apa-apa tindakan. 

ketika itu, murid-murid lain sudah hilang tumpuan dalam kelas. mereka kelihatan berpuas hati dengan markah masing-masing, maka perbincangan bersama-sama cikgu nina seperti tiada apa-apa makna.

kecuali kepada shin dan ket. ket telahpun mendapat A, tapi dia tetap komited dalam kelas seperti biasa (murid kesayangan...). 

.......

alhamdulillah, bantahan shin diterima. "yeeeeha!!! dapat A!" gila excited beliau. ada yang ucap tahniah, ada yang tensen, ada yang takde pape respon. tapi entah kenapa, ket tiba-tiba datang ke sebelah shin. 

berlaku perbincangan di dalam perbincangan. cikgu nina cakap lain di depan kelas, shin n ket bincang lain. rupanya ada kekeliruan di situ.. muka surat yang dirujuk shin tidak selari dengan topik soalan, petanya juga ada sedikit perbezaan. perbezaan apa?

ket menyelak peta di muka surat yang sepatutnya. di topik lain. petanya memang sama, namun lebih menyerupai dengan peta yang ditanya dalam soalan. peta yang dirujuk shin hanya 95% sama dengan soalan, tapi di muka surat satu lagi ni, yang dirujuk ket ni, persamaannya 100% ! jadi jawapannya A sahaja, bukan A DAN B! (jawapan shin).

OMG. jawapan asal shin memang salah rupanya. tiba-tiba wujud rasa serba salah dalam hati. tiba-tiba ket berkata kepadanya,"ala..rilek je,jawapan ko bleh terima gak. lagipun, sape suruh lembaga peperiksaan malaysia print gambar peta tak cantik. wat orang susah je nak baca, aku pun keliru gak mula-mula.."

kelas tamat. keputusan: shin mengekalkan A yang diperolehinya. 

*trimas sahabatku..(^_^)*

"hidup indah tanpa hasad dengki"

Sunday, November 14, 2010

Dr Binzel

Salam
Bismillah wal hamdulillah

     Hujan lebat turun mencurah-curah pada petang itu. nun jauh di hujung pekan City of Washington,Ohio, seorang pesakit melangkah keluar dari sebuah klinik. klinik itu milik Dr Philip Binzel, graduan kedoktoran dari Universiti St. Louis, Missouri. beliau sedang sibuk berceramah kepada seorang pesakit kanser, memberi penerangan tentang nutritional therapy yang bakal dijalaninya. disahkan menghidap kanser tulang beberapa minggu lalu, pada mulanya Mr Wasley Batson dinasihatkan oleh seorang onkologist untuk menjalani kemoterapi. namun berdasarkan pengalamannya menyaksikan kesan sampingan kemoterapi, maka dia menolak. 


Kerana itu dia datang ke klinik Dr Binzel.


     Seorang pioneer dalam nutritional therapy, Dr Binzel berhempas pulas mempertahankan kaedah rawatan kansernya. kajian yang dijalankan oleh para doktor dan saintis seperti Dr Ernst T. Krebs Jr, Dr Kanematsu Sugiura, Dr Dale Danner, Dr John Richardson dan lain-lain telah membuka matanya tentang keberkesanan Laetrile. penemuan mereka mengundang ancaman kepada autoriti yang berkuasa dalam hal ehwal perubatan, Food and Drug Administration (FDA).


     Eksperimen yang dijalankan oleh para pengkaji laetrile, mengubah segala persepsi tentang kanser. definisi popular menyebut bahawa ianya disebabkan oleh cell division yang tidak terkawal, yang memungkinkan metastasis (sel kanser bergerak ke tempat lain) berlaku.


Namun eksperimen mereka (Dr Sugiura dll), serta rawatan yang dijalankan Dr Binzel membawa suatu era baru dalam rawatan kanser. 



"we have to marshal the evidence that
cancer is a nutritional-deficiency disease. It is not caused by a
bacterium, virus or mysterious toxin but by the absence of a
substance that modern man has removed from his diet."

     Dr Binzel menyimpulkan bahawa segalanya adalah tentang diet harian. jika kekurangan vitamin C mengakibatkan scurvy, maka diet harian kita perlu dilengkapi dengan vitamin C yang secukupnya. jika kekurangan vitamin A bakal mengakibatkan rabun, maka makanan seperti lobak perlu dimakan seoptimumnya. jika kanser ialah nutritional-deficiency disease, maka jawapan untuk rawatannya bukanlah surgery, kemoterapi ataupun dadah-dadah lain.

jawapannya, menurut Dr Binzel, ialah nutritional therapy.

******************************

     Dunia mengalami pencerahan dalam bidang onkologi. teori pejuang laetrile menjanjikan sebuah dunia tanpa kanser, dengan hanya memenuhi menu harian dengan buah-buahan vitamin B17 (laetrile). ini bermakna berbilion dollar yang dibelanjakan setiap tahun untuk melakukan kajian dan rawatan kanser akan hangus begitu saja. keuntungan trilion dollar FDA setiap tahun bagi bisnes dadah kanser, kemoterapi, post surgical treatment dan lain-lain akan lenyap. everything will be gone, other people's sufferings are no longer profitable. 

     Ia juga bermakna beribu-ribu ahli saintis profesional yang terlibat dalam kajian ubat-ubatan kanser akan kehilangan secured sponsorship yang tentunya mencapai jutaan dollar (atau lebih?). 

     Sekali lagi, ia juga bermakna kredibiliti FDA, institut-institut kajian kanser dan profesional yang terlibat akan tercalar. 

Dr Binzel teringat akan penduduk Hunza, atau Hunzakuts


"Imagine: a cure for cancer found in the seeds of fruits, not in
research laboratories, and discovered by people without government
grants or prestigious diplomas hanging on their walls!"

Hunzakuts tidak perlu menjadi saintis untuk mengkaji dan mencegah kanser. B17 memang terkandung dalam makanan harian tradisi mereka - aprikot.

******************************


     Dr Binzel menamatkan sesi penerangannya tentang nutritional therapy. pesakitnya, Mr Batson terus bersetuju untuk mengikuti program rawatan tersebut tanpa ragu-ragu. 

     Menuju ke kliniknya, seorang pegawai kesihatan dari Ohio State Medical Board yang datang untuk menyerahkan sepina. mengarahkan beliau untuk memberhentikan serta-merta penggunaan laetrile dalam rawatannya.


*in memory of Dr Philip E Binzel,Jr*

Friday, October 22, 2010

perkara paling payah

Salam
bismillah wal hamdulillah

     Tak lama lagi dah nak balik mula ke uia. so di baki-baki kehidupan yang ada ni, beta melawat la ke rumah mak sdare, dekat ipoh gak. rumah mak uda n ayah uda yang pernah menjaga beta sejak kecik. dekat 20 taun berlalu, n alhamdulillah setiap kali ada kesempatan waktu cuti, beta akan melepak dua tiga hari kat sini. 

     Tadi beta n ayah uda solat jumaat kat masjid lama pengkalan gate, lahat. sebenarnya ada masjid lagi dekat ngan rumah, tapi didakwa masjid tu untuk "orang parti tuuuut". haha.. lawak nak mati. air dicincang tak akan putus, muslim ni setiap satunya memperkuatkan yang lain. arwah tok pesan, takkan orang beriman nak duduk dengan orang beriman je?? muslim takkan biarkan saudaranya yang lain terus hanyut dalam awan duniawi. sedang dia hanya mampu mengeji.

     Sampai kat masjid, ada kuliah sementara nak tunggu masuk waktu. kuliah pakai kitab lama, tentang adab-adab berzikir. rasa tenang n sonok, coz benda-banda asas camtu banyak yang beta dah lupakan. contohnya berwudhuk bila nak berzikir, gerakan kepala bila sebut 'la ilaha illallah', cara duduk yang dianjurkan islam, n macam-macam lagi. bila fikir balik, memang banyak amalan-amalan waktu sekolah dulu yang beta dah jarang wat. kena muhasabah balik.

     Sebelum kuliah tamat, ustad tanya, benda apa yang paling susah sekali dalam hidup ni? 

orang tua kata nak bangun dari sujud.

orang pertengahan kata nak pergi jemaah kat masjid.

bebudak jawab susah nak puasa penuh.

beta jawab : nak mantain pointer. kah3.


..then ustad pun gtau..

benda yang paling susah sekali nak dilakukan;

1.  wara' sewaktu tiada manusia lain melihatnya.
tym ade orang: fuiyoo..lamanya encik kordi tu sembahyang..
encik kordi: *hmm..besa r aku*

tym takde orang: solat cam burung belatuk.

2.  pemurah ketika dalam kesempitan.

encik kordi: ya Allah.. tinggal rm2 je ni.. baru tengah bulan...
pengemis: incik.. dah dekat sebulan saya tak makan..
encik kordi: ya Allah.. ada yang lagi faqir rupenya. nah, amik le rm2 ni ye.

3.  menyatakan yang Haq kepada orang yang diperlukan bantuan daripadanya.

encik kordi pergi menemui pegawai daerah untuk memintanya menandatangani borang anaknya yang nak masuk universiti. 
si pegawai baru pulang main tennis, pakai seluar pendek je..

encik kordi: tuan, mana gayanya pakai seluar pendek ni.. haram, tak tutup aurat dan urat! islam mengajar kita supaya sentiasa menjaga adab n tertib pemakaian seperti yang termaktub dalam quran n sunnah...

DO: hmphhh.......!

encik kordi: haa.. ni nak mintak tolong sign kan borang perjanjian universiti ni.. =)

Sekian. sebar-sebarkan, selamat beramal. :D

Thursday, October 21, 2010

Santai [only]

Salam
bismillah wal hamdulillah


     syukur kepada Allah swt, result yang diperoleh beta, beta yakin ianya setimpal ngan doa, usaha, ikhtiar n tawakkal yang dipanjatkan. redha ngan segala ketentuan, n sentiasa perbaiki diri menuju ke arah lebih baik. cemerlang, gemilang, terbilang kata pak lah. maap sume, kali ni xde entri-entri ataupun citer-citer ilmiah yang mampu dikongsi bersama. kerana beta bukanlah seorang wartawan mastika. haha.

     cuma kali ini, sekali lagi teringin nak kongsi puisi-puisi evergreen yang masih mendapat tempat dalam playlist enset beta. dalam enset ni memang ada khas satu playlist bernama "evergreen". selamanya menghijau di lubuk qalbu beta ni. ceh, haha.

     Beta memang ske puisi-puisi yang related to self-motivation, family, member, success, santai, kontemporari, struggle, funny n yang membentuk satu storyline. contoh cam hotel california (the eagles). cerita dia stat dari mamat tu ngantuk tym drive keta, sampai kat satu tempat yang digelar "hotel california", camne pengunjung-pengunjung hotel tu berparti, then ada "beast" yang menghantui hotel tu, after dat camne mamat tu cuba lari menyelamatkan diri dari situ. tapi orang yang ada kat situ jawab kat dia, "you can checkout anytime you like, but you can never leave..". 

     beta ske sebab bleh wat interpretation sendiri. macam-macam orang intepret lagu ni(search kat tenet), last-last vokalis eagles sendiri dedahkan maksud tersirat yang sebenar. lagu tu cerita sal dadah, sal pengalaman diorang bila dah terkenal, gatal-gatal pegi hisap "beast", then xleh bpatah balik. 

     Ok. sape-sape yang membaca entri ni, dialu-alukan untuk intepret dua lagu di bawah ni sesuke sasuke sesiku anda. bagi beta, lagu ni satunya menceritakan seorang yang sentiasa mendoakan sahabatnya agar berjaya dalam hidup, n satu lagi kisah tentang camne seorang ni kehilangan sahabat-sahabat yang penah dikenalinya, hanya kerana dia kembali kepada fitrah - Islam yang tercinta. 

     ENJOY! =)

"Tiada seorang berdo'a kepada Allah dengan suatu do'a, kecuali dikabulkanNya, dan dia
memperoleh salah satu dari tiga hal, yaitu dipercepat terkabulnya baginya di dunia,
disimpan (ditabung) untuknya sampai di akhirat, atau diganti dengan mencegahnya dari
musibah (bencana) yang serupa."
 (HR. Ath-Thabrani)

Roadsinger came to town 
Long cape and hat 
People stood and stared 
Then closed their doors 
As he passed 

He strolled the empty street 
Kids banged on tin cans 
Then the panting dogs began to bark 
As the roadsinger sang 

Where do you go, where do you go 
When hearts are closed, 
When a friend becomes a stranger 
Nobody wants to know 

Where do you go, where do you go 
When the world turns dark 
And the light of truth is blown out 
And the roads are blocked 

He stopped by a store 
Between the barrels and sacks 
A child’s face peeked out and gave a smile 
then ran back 
Behind a misty glass 
On a window pane 
A little finger drew a perfect heart 
And her name 

Where do you go, where do you go 
In a world filled with fright 
Only a song to warm you 
Through the night 

Where do you go, where do you go 
After lies are told 
And the light of truth is blown out 
And the night is cold 

Roadsinger rode on 
To another land 
Though the people spoke a different tongue 
They’d understand 

They showed him how to share 
And took him by the hand 
Showed him the path to Heaven 
Through the desert sand 

Where do you go, where do you go 
To find happiness 
In a world filled with hatred 
Tears 

Where do you go, where do you go 
If no one cares 
And everybody’s lost 
Looking for their’s
[ roadsinger by yusuf islam]

I hope the days come easy and the moments pass slow, 
And each road leads you where you wanna go, 
And if you're faced with a choice, and you have to choose, 
I hope you choose the one that means the most to you. 
And if one door opens to another door closed, 
I hope you keep on walkin' till you find the window, 
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile. 
But more than anything, more than anything... 

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to, 
Your dreams stay big, your worries stay small, 
You never need to carry more than you can hold, 
And while you're out there getting where you're getting to, 
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too, 
Yeah, this, is my wish. 

I hope you never look back, but you never forget, 
All the ones who love you, in the place you left, 
I hope you always forgive, and you never regret, 
And you help somebody every chance you get, 
Oh, you find God's grace, in every mistake, 
And always give more than you take. 
But more than anything, yeah, more than anything... 

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to, 
Your dreams stay big, your worries stay small, 
You never need to carry more than you can hold, 
And while you're out there getting where you're getting to, 
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too, 
Yeah, this, is my wish. Yeah, yeah. 

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to, 
Your dreams stay big, your worries stay small, 
You never need to carry more than you can hold, 
And while you're out there getting where you're getting to, 
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too, 
Yeah, this, is my wish (my wish, for you). 

This is my wish (my wish, for you) 
I hope you know somebody loves you (my wish, for you). 
May all your dreams stay big (my wish, for you).

[my wish by rascal flatts]


     Ok fine, lagu kedua agak layan blues. hahaha.

Sunday, October 10, 2010

kiamat dan encik iblis

salam
bismillah wal hamdulillah


Dunia semesta memang sangat-sangat luas. teori bigbang yang dinukil kemas dalam al-quran membawa kita kepada kehebatan Allah swt, engineer yang tiada tolok bandingannya. arkitek yang melukis alam ini unik setiap satunya. mathematician yang Maha Bijaksana, di bawah perkiraan yang ditetapkanNya, planet-planet terletak kemas di orbit masing-masing. pencipta yang Maha Agung lagi Maha inovatif, sehingga sekecil-kecil archaebacteria yang mendiami gunung berapi itu, turut dicipta dengan tugas tersendiri. memproses gas-gas yang dimuntahkan encik gunung berapi menjadi kurang berbahaya kepada manusia. sebesar-besar matahari itu, tugasnya membantu sekecil-kecil pohon renek di lantai hutan untuk menjalankan fotosintesis. 

menurut teori bigbang gak, alam semesta ni sentiasa berkembang. pepatah mengatakan, 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana nasik'. tiada kaitan.

berbalik kepada pengembangan alam semesta. ianya digambarkan seakan-akan belon, yang mengembang bile ditiup udara ke dalamnya. namun belon pun ada penghujungnya. ia akan meletup apabila pressure di dalam mengatasi kekuatan binaan belon tuh sendiri.

camne lak penghujung dunia??

wallahu a'lam. juz nak kasi satu cerita. cerita yang berlaku di ambang kiamat. rini citer kita pasal encik iblis dan encik syaitan. dikisahkan di dalam kitab yang bertajuk "malapetaka melanda dunia menjelang kiamat" karya Ibnu Katsir, tatkala kiamat menunjukkan rupanya...

1.  encik syaitan pergi menemui bosnya, encik iblis.

2.  dia kehairanan dan kepelikan memerhatikan gelagat iblis yang tak tentu arah.

3.  iblis sedang merayu kepada Allah,"ya Allah,perintahkanlah aku untuk bersujud kepada sesiapa saja yang Kau mahu.."

4.  lalu syaitan pun bertanya,"mengapakah kau kelihatan berdukacita, merayu-rayu begini wahai tuan iblis?"

5.  iblis merenung syaitan, berwajah seribu satu penyesalan.

6.  iblis pun reply,"aku dulu telah memohon kepada Allah swt agar menangguhkan ku sehingga ke hari kiamat, dan Allah telah memperkenankan permintaanku. tidakkah kau perasan, bahawa matahari kini telah terbit dari barat? masa untuk kita dicampak ke neraka telah tiba...". terketar-ketar suara iblis, luruh mengenangkan nasibnya. nasib yang dipilihnya dahulu!

"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,


maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]"

Iblis merintih tatkala tiba hari kiamat. 
semuanya akibat ego, keengganan untuk BERSUJUD menyahut perintah Ilahi.
pesanan encik nickelback;
"..so do whatever it takes, coz you can't rewind a moment in this life.."

bersujudlah kepada Allah. sementara roh dan jasad masih bersatu, sementara pintu taubat masih terbuka.


Related Posts with Thumbnails

pageviews