Wednesday, March 30, 2011

simple : doa

Salam
Bismillah wal hamdulillah

     Alhamdulillah hari tu beta berpeluang lepak - lepak kat satu majlis ilmu. buat kat kediaman menteri besar , anjuran ofis ibu. syukur sebab berjaya duduk dalam ceramah agama , bukan ceramah politik. haha. ceramah disampaikan oleh ustaz Hasnul Hizam Hamzah , kalau tak kenal cubalah google mesti jumpa punya. 
     Antara isi talk beliau ialah tentang doa. korang percaya semua doa kita dimakbulkan Allah ? eh sudah mesti . . . Allah dah kata kan , 
" dan Tuhanmu berfirman , berdoalah kepadaKu nescaya Ku perkenankan untuk kamu "
( Ghafir : 60 )

     Allah tak tipu punya. yang tipu ni orang politik je har har har ! hoih tak baik la , = ] macam mana doa dimakbulkan ?

1)  seperti yang kita minta
     ---> dapat result gempak , so parents berfikir nak kasi hadiah apa. kita selama ni berdoa kat Allah nak motor racing. dan parents  belikan motor tersebut.

2)  lebih dari yang kita minta
     ---> parents ada hadiah lagi mantop. diorang belikan kereta BMW terus !

3)  kurang dari yang diminta
     ---> parents hadiahkan
OK what ??


4)  ditolak bala
     ---> kita tak dapat seperti yang diminta , tapi Allah gantikannya dengan menjauhkan kita dari bahaya.


5)  disimpan untuk akhirat
     ---> doa kita disimpan dulu oleh Allah , untuk dibalas di hari akhirat nanti. beruntunglah orang yang dibayar doanya oleh Allah pada hari itu , waktu manusia sedang tensen memikirkan cara untuk memberatkan timbangan amal kebajikan mereka.


Tingkatkan berat amalan , kurangkan berat badan.
Jom banyakkan berdoa !
mesej ringkas dari beta, selamat beramal. = ]

Wednesday, March 16, 2011

nasihat dari hati

salam
bismillah wal hamdulillah

     Cuti yang masih berbaki lebih kurang enam bulan ini memang membosankan kalau tak keluar rumah. bila jalan-jalan tengok orang, macam-macam boleh belajar. tapi selepas 3 minggu cuti start, beta masih selesa duduk depan laptop je. juz keluar kadang-kadang untuk ambil angin sket. tengok rumput. main teka-teka nama jiran. ye r, sekali beta balik rumah, tu hah tiba-tiba "eh dah besar budak ni?". "lerh.. dah kawen minah tu?". entah-entah diorang pun tak perasan kot ada laki nama Bez Amin kat taman perumahan ni. takpe r. pengerusi surau kenal beta, kui3.
     Tadi abang beta balik kerja, dia bising-bising. bertengkar dengan seorang customer kat JPJ. hari ini beta discover satu lagi masalah profesional Melayu. PERANGAI EGO. sudahlah dia yang lembap, datang nak wat lesen time pekerja nak rehat tengah hari. lepas tu nak besar kepala pula dengan abang beta.
"eh awak tau tak saya ni doktor?!". waaah. . . begitu berlagak nada suaranya, tatkala abang beta bercakap secara baik dengannya.
     Bapak hangin beta dengar. memalukan doktor ! (entah betul ke tak dia doc). hey bro, kalau jadi doktor berlagak camtu, ego, anggap orang lain tak berpelajaran macam dia, baik pergi mati aje. ya, ayat ni memang ikhlas dari hati beta. pergi mati.
     Kalau taknak pergi mati, bawak-bawak la insaf. sedar diri. jangan cemarkan profesion doktor! rawat hati yang penuh dengan penyakit batin itu dulu, barulah sibuk nak rawat penyakit zahir orang lain. pesanan ini untuk beta khasnya, dan para profesional atau bakal 'orang besar' amnya. maaf kasar, buktikan Melayu tidak mudah lupa Alzheimer !
******************************
     Kat atas tadi agak kasar ek cara beta nasihat? :-) . actually banyak cara nak menasihati orang ni. atas tu cara kem anak soleh, jati dari, keh3. mayb berkesan untuk audience yang ramai. macam mana pulak nak menasihati individu? entah. beta bukan psychologist. tapi beta ada satu cerita pendek.
     Dua orang ulama' sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi. menaiki kereta yang berbeza, tiba di sebatang jalan, mereka terperangkap dalam traffic jam. dengan penuh kesabaran mereka berdoa agar segera sampai ke tempat yang dituju.
     Dari jauh, kelihatan seorang pengemis sedang bergerak dari kenderaan ke kenderaan yang lain, sambil meminta sedekah. Syeikh Abdullah yang memandu di belakang kereta sahabatnya Syeikh Soleh, memerhatikan tingkah laku pengemis tersebut. Ditaqdirkan Allah, tingkap keretanya 'disinggah' si peminta sedekah.
     Syeikh Abdullah segera menasihati pengemis itu agar berusaha dan bekerja untuk mendapatkan wang. beliau menasihati dengan suara yang lemah lembut, agar tidak mengguris perasaan si pengemis. si penghulur tangan tadi hanya mengangguk-angguk, lalu meninggalkan Syeikh Abdullah menuju ke kereta sahabatnya di hadapan. dia pergi dengan tangan kosong, hanya berbekalkan secebis mutiara nasihat dari seorang ulama'.
     Lain yang disangkanya, lain pula yang jadi. sangkaan Syeikh Abdullah bahawa Syeikh Soleh juga tidak akan menghulurkan sedekah, meleset. beliau nampak dengan jelas sahabatnya itu memberikan sehelai wang kertas warna merah kepada si pengemis. lelaki itu kelihatan begitu gembira sehingga mencium tangan Syeikh Soleh sebelum berlalu pergi. Syeikh Abdullah berazam ingin meminta penjelasan sahabatnya itu apabila sampai ke destinasi nanti. " mengapa dia membantu orang untuk bermalas-malasan dan meminta-minta ? "
     ******************************
" tuan, kenapa diberi juga pengemis tadi duit tuan ? " soal Syeikh Abdullah.
" eh , mengapa pula? tidakkah tuan juga berikan sesuatu kepada dia ? " jawab Syeikh Soleh.
" memang betul. saya sedekahkannya nasihat saya, agar dia berubah dan tidak meminta-minta lagi. bukankah patut tuan juga berbuat demikian ? "
kata Syeikh Soleh , " owh.. sebenarnya saya juga menasihatinya dengan nasihat yang berguna. namun saya susuli juga nasihat itu dengan memberikannya wang untuk membeli makanan. tidakkah tuan rasa metod ini lagi berkesan dalam berdakwah? kita menasihat dan dalam masa yang sama, orang yang dinasihati itu tetap merasa senang dengan kita . "
Syeikh Abdullah terdiam sejenak memikirkan pendapat sahabatnya itu.
" tuan memang seorang ulama ' , " jawabnya sambil tersenyum.
******************************
     Dua tips apabila berhadapan dengan peminta sedekah. tips dari cahaya al - Quran. 

Jika anda enggan bersedekah
" dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya " ( 93 : 10 )
-----> berlalulah dengan cara yang baik. jangan herdik mereka, bahkan hadiahkanlah walau secebis senyuman.

Jika anda ingin bersedekah ( alhamdulillah )
" ( sambil berkata ) , sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharap balasan dan trimas dari kamu " ( 76 : 9 )
-----> hulurlah dengan hati yang terbuka, semata - mata mendamba redha Allah. once more, jangan sesekali menyakiti atau mengherdik mereka. P E A C E !



Friday, March 11, 2011

lelaki tua di sebalik pokok

salam
bismillah wal hamdulillah

     Diceritakan pada suatu masa dahulu, hidup seorang lelaki yang amat hebat ibadahnya kepada Allah swt. kehidupan sehariannya dihiasi dengan amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sehingga dirinya begitu asyik dan tenggelam dalam ibadahnya.
     Tup tap tup tap pada suatu hari, lelaki soleh itu terasa ingin pergi bermusafir. berjalan-jalan mencari ilmu pengetahuan. yelah, duduk lama-lama atas sejadah boleh menyebabkan muscle cramp. ini boleh mengurangkan produktiviti amalannya. so alangkah baiknya jika dia keluar memerhatikan kebesaran Allah sambil-sambil menghirup fresh air. oleh itu setelah breakfast, lelaki soleh itu pun memulakan perjalanannya. perjalanan yang semata-mata mengharapkan cahaya pengetahuan dari Ilahi.
     Perjalanan yang panjang itu digunakan sebaik-baiknya untuk menghayati kesempurnaan alam ciptaan Allah. tiba-tiba,

"eh penat la plak. takpe-takpe, kool. rehat la kejap," bisiknya sendirian. 

Lelaki soleh itu bersandar pada sebatang pohon yang rendang. tekaknya terasa haus dek musafir di bawah terik matahari itu. perutnya pula lapar. mana taknya, breakfast tadi makan nestum je.
     Sambil meminum air masak yang dibawanya dari rumah, dia berzikir untuk mengurangkan rasa laparnya. eh, baru dia perasan. rupanya pohon tempat teduhnya itu ialah pokok rambutan. fufufufu, dan-dan je tengah lapar gini ada pokok buah..
     Oleh kerana pokok itu letaknya di tengah-tengah tanah yang lapang lagi sunyi, maka lelaki itu pun berhasrat untuk memetik buahnya. dia pun tercari-cari buah rambutan yang koordinatnya rendah dan mudah untuk dipetik. setelah diamati, ya! target dikesan. 
     Baru sahaja dia ingin memetik rambutan itu, tiba-tiba terdengar satu suara,


"adoi! adoi laaaaaaaa....!" 


kedengaran seseorang sedang mengerang kesakitan. lelaki soleh itu tercari-cari dari mana datangnya suara itu. ditelitinya betul-betul, rupa-rupanya suara itu datang dari sebatang pokok. lebih kurang 79 meter dari situ.
     "HOH..!" terkejut dia apabila mendapati seorang lelaki tua duduk menyandarkan diri pada pokok tersebut. 


"assalamualaikum pak cik, ni pekehe nye ni? any problem?" si soleh memulakan bicara.
"alaikumussalam.. ni, kena sengat lebah. sakit kowt! adesss..." jawab lelaki tua itu.
"ish ish ish.. sadis sungguh. takpe-takpe, jom saya bawak pergi klinik," pelawa lelaki soleh. namun, lelaki tua itu menolak. 
     Entah apa yang dikumat-kamitkan lelaki tua itu. dengan izin Allah, tetiba bekas sengatan lebah pada tangannya beransur pulih. terpegun dengan kejadian itu, lelaki soleh terus bertanya, "err... pak cik ni siapa ya?"


"owh..aku ni orang yang dekat kepada Allah. Allah meninggikan martabatku di sisiNya, mengabulkan permintaanku, dan menyelamatkanku daripada bahaya. kool eh? itulah anugerah Allah kepadaku." lelaki tua memperkenalkan dirinya.
     Si soleh mengerutkan dahinya. eh siuman ke tidak pak cik ni. merasa tidak puas hati, lalu dia melontarkan pertanyaan lain. "aih, betul ke pak cik? kalau betul dekat dengan Allah, kenapa tak minta Allah lindungi pak cik waktu lebah-lebah tu attack?"
     Lelaki tua itu tersenyum mendengar kata-katanya.
******************************
"Wahai saudaraku yang soleh. pak cik tahu kamu juga menganggap dirimu berada dekat dengan Allah. amalan-amalanmu begitu hebat bukan? tetapi mengapa ketika kamu ingin memetik rambutan itu, kamu tidak meminta Allah melindungimu? bukan ke kamu tak tahu siapa pemiliknya, n still blom dapat keizinannya?"
"Luka pak cik sebab sengat lebah ni, luka luaran je. setelah beberapa ketika, ia akan sembuh kan? tapi sakit kamu ni sakit dalaman. itulah penyakit hati. bagaimana nak sembuhkan penyakit hati ni?"
"Pulanglah, perbaiki n perhebatkan lagi amalanmu wahai saudaraku. bertaubat n mohonlah kepada Allah agar hatimu disucikan, coz hati yang suci itulah yang dapat melawan godaan hawa nafsu."
"Pak cik pergi dulu ye, assalamualaikum, PEACE! (^_^)v "
     Lelaki soleh itu terkesima. 
     Namun jauh di sudut hati, dia bersyukur. syukur dengan ilmu yang dipelajarinya hari itu, alhamdulillah.
Alhamdulillah


Friday, March 4, 2011

benci tapi cinta

salam
bismillah wal hamdulillah

     Dewan kuliah hari ini nampak tenang. most student menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap penerangan pensyarah.
     Di suatu sudut dewan, kelihatan dua orang pelajar sedang bersembang-sembang. diorang ni memang member lama dah, sejak daripada matrik lagi. nak kate besfren tak r jugak, juz rapat je.aku pun tak paham~
     Entah pebenda yang diorang bualkan, tetiba salah seorang kecik ati. Mia (bukan nama sebenar) terus bangun and duduk kat kerusi lain. dia memprotes kata-kata yang dilemparkan oleh sahabatnya itu, Ain (bukan nama sebenar gak).
     Ah sudah. perang sudah bermula. sebaik sahaja kuliah tamat, pelajar sumer bergegas keluar. nak ke cafe, lapo kata mereka. sewaktu melangkah menuju ke pintu keluar dewan, Mia bertembung ngan Ain. fufufufu... dia tarik muka 2 km, tak mau pandang musuhnya sejak setengah jam yang lalu itu.


*aku takkan kawan ngan kau dah, mangkuks!*. begitulah ngomelan hati kecilnya. 


     Si Ain terpinga-pinga ngan kelakuan membernya tu. takkanlah pasal hal kecik pun nak bengkek sampai camtu sekali? ade ke patut sebab khairul fahmi keeper mesia tu approve dia kat fb, terus Mia ni nak tensen ngan Ain. tu belum lagi cerita dia private message ngan KF tu. 
     *****************************
     Petang itu, Mia dikunjungi membernya yang bernama Fifi. diorang borak-borak masalah dunia. tup tap tup tap, si Fifi ni tetiba puji-puji 'musuh' Mia. 

"...eh Ain tu baikkan?"
"...tadi dia blanja kucing makan ikan goreng"
"...i ske r tengok muka dia"

     Perghh.. maunya tak terbakar hati si Mia ni. rasa cam nak side-kick je tetamunya tu. tapi apakan daya, dia tengah makan pisang goreng yang dibawak Fifi. kang melepas lak dia nak habiskan.
     Jauh di sudut hati Mia, dia terbakor! terbakor!
******************************
     Mia telahpun mengenalpasti kawan-kawan baik Ain. memang dia tau ade tiga orang students yang berbesfren ngan musuhnya itu. 

ah sudah.. ketiga-tiganya turut dicop sebagai musuh.
     
     Waktu tengah makan kat cafe, dia ternampak Ain duduk makan ngan Julia. ekceli julia ni slalu study group ngan Mia, slalu tanya soklan kat dia. 

ah sudah.. Julia lak dicop musuh dia. kebenciannya sampai tahap itu!

     Tym nak turun main netball petang tu, seekor kucing try nak bermanja-manja ngan Mia. "hoh! ni kucing yang Ain slalu kasi makan tu!" tanpa belas kasihan, Mia mengurung kucing malang itu dalam tong sampah terbalik. baru puas ati dia.
     Hari demi hari, musuh Mia semakin ramai. mula-mula dia benci Ain. then kawan-kawan baik Ain. then orang yang makan n jalan ngan Ain. then kucing yang tak bersalah tu. pendek kata, sume benda yang ada sangkut-paut ngan Ain, dia benci. 
     Gila kritikal tahap kebencian dia. tanpa dia sedar, makin hari gak kawan dia makin kurang. dia sendiri yang pilih nak idup camtu, orang lain takde pape pun, rilek je. 
     Dia je yang lebih-lebih dalam membenci. suatu hari, dia terasa rajin untuk baca satu buku ni. terpesona dia apabila terbaca bait-bait kata,

"Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu dia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.
Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu dia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
-Sayidina Ali bin Abi Talib-

(Al-Hafiz ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dalam Al-Musannaf)
     Dia sedar akan sikapnya yang merepek-repek dalam membenci itu. sangat melampau-lampau, berlebih-lebihan.
     Lantas handphone nya diambil, nak tepon Ain. dia yakin masih ada sinar harapan di sebalik setiap kesilapan.
     Perghhh! :-D

p/s: citer ni takde kaitan ngan khairul fahmi, ia rekaan semata-mata. watak-watak lain gak camtu ok. kredit kepada majalah solusi isu 29.
ni pun takde kaitan

Wednesday, March 2, 2011

suci

salam
bismillah wal hamdulillah

     Ada seorang lelaki baru sahaja dihantar oleh keluarganya ke Hospital Bahagia kendalian Doktor Man. menurut mereka, lelaki ni sebelumnya baik-baik sahaja. tapi entah macam mana, lepas balik daripada kursus di sebuah pulau peranginan baru-baru ni dia tetiba jadi mereng. kurang siuman. hilang pedoman cam orang gila. Doktor Man menyambutnya dengan senang hati. "mayb ada peluang nak baik semula, insyaAllah," cetus hati beliau.
     Hari tu kebetulan kawan kepada si doktor ni datang lepak-lepak kat ofisnya. dia ni ustaz, saja datang nak usha camne pesakit-pesakit mental ni hidup sehari-harian. nak buat kajian sket, tesis master katanya. Doktor Man ok je, buleh gak tolong dia tengok-tengokkan pesakit. bile si ustaz diberitahu tentang pesakit terbaru tadi, dia rasa berminat lak nak jumpa ngan lelaki tu.
     Ustaz gtau membernya itu yang dia tengah wat kajian tentang surah Al-fatihah. antara skop kajiannya is kelebihan surah ini berdasarkan hadith, n cara merawat menggunakannya. apabila mengetahui bahawa pesakit terbaru ini sebelumnya siuman n normal, dia teringin nak merawatnya. ya, menggunakan Al-fatihah. di mana antara kelebihannya ialah boleh merawat penyakit gila.
     Dia teringat penulisan seorang tokoh ni

     ...seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin al-Salt al-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w dan pulang kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi, lantas kata keluarganya: 

“Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w) yang amat baik.”

     Aku pun membaca al-Fatihah selama 3 hari dengan dua kali pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud): 

“Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya kau berjampi dengan sebenarnya.”

      Ok, dia meminta izin doktor untuk menjalankan rawatan Al-fatihah ke atas pesakit tersebut. lampu hijau diberikan.
     *****************************
     Sudah masuk hari ketiga, namun tiada perubahan sedikit pun pada pesakit tersebut. still kurang siuman. si ustaz mula tertanya-tanya, di mana silapnya? 
     Rawatan diulang kali kedua. ketiga, keempat begitulah seterusnya. namun hasilnya masih menghampakan. niat dah betul, air wudhu sentiasa ada, tajwid pun insyaAllah ok. apa yang tak kena ni?
     Doktor Man yang menjaga pesakit tersebut setiap hari juga taktau nak komen pape. tetiba, dia perasan ade salah seorang pesakit ni selalu usha diorang tym si ustaz tengah merawat. pesakit senior itu digelar haji, sebab ske pakai kopiah. style dia pun sopan santun je, cam orang baik-baik. cuma perangai dia je cam budak 5 taun.
     Sengaja ingin menguji, Doktor Man bertanya kepada haji, "agak-agak kenapa ek kawan kita ni tak sembuh-sembuh lagi? tau tak aji?"
    
"....tau encik..:-)"

Doktor tersenyum, lalu bertanya lagi, "owh...awak tau? pe dia ek, leh gitau kami?" si ustaz pun tak sabar menunggu respons.

"Al-fatihah itu sama saja sepertimana Ia diwahyukan kepada Rasulullah SAW dulu,"
"yang tak samanya, HATI kita ni. tak sama kesuciannya ngan para sahabat nabi dulu."

:-)

Tuesday, March 1, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

cuti-cuti ni terasa nak join satu segmen la plak, anjuran bro ben ashari. tu ha, tajuk cam kat atas nuu,haha. bukan pe, syarat die tetibe menarik minat beta.

korang nak join? buleh je, cepat2! SINI ha.

oooops...terlupe..ok, kita mulakan balik~
******************************

salam
bismillah wal hamdulillah

     Segmen ni mintak kita citerkan satu kisah menginsafkan sal kematian. ada seorang lelaki ni name dia Aku. benda ni Aku lalui tak lama dulu, around taun 2010 gitu. hari tu, Aku balik hometown, sempena cuti universiti. suatu petang tu, ibu Aku ni ajak dia pergi melawat bekas bos dia. bos ni memang baik, dats why orang ingat kat dia tym2 dia sakit camni.
     Dalam perjalanan, Aku dibagitau yang Dato' (bos ibu) stabil, tapi still koma. lebih kurang gitu r. ibu mintak Aku baca pape sket ayat Quran ke untuk Dato' nanti. ok,  Aku insyaAllah je..
     Ade dalam dua tiga orang famili Dato' yang tunggu beliau kat hospital. anak Dato' ajak kami masuk ke wad, yang kebetulan leh ada dua orang pelawat je dalam satu-satu masa. dia tunggu di luar sementara ibu n Aku g usha Dato'.
     Matanya terpejam rapat. dadanya berombak tenang, cam orang tidur. Aku tengok je r, nak sembang camne dia tengah koma. tetiba, ibu mintak Aku bisikkan kalimah 'La ilaha illallah' kat telinga Dato'. "mmm.. okai, i'll do it". 
     
"...LA ILAHA ILLALLAH..."

Aku menjalankan permintaan ibunya. 

..........

"URGHhhhhhhhh.....!!!" 

Dato' bersuara...! 

OMG! subhanallah... Aku memang terkesima n kaget kat tempat kejadian. ditaqdirkan Allah, tetiba Dato' terjaga dari koma beliau. daripada baring, terus badan dia terangkat cam orang wat sit-up tu. kaku memandang straight ke depan, tak toleh sikit pun. segalanya berlaku sejurus pas kalimah suci dibisikkan ke telinga beliau. mau nya tak menggeletar Aku, sekelip mata bangun dari koma. cam vampire bangun dari keranda. ok, ni sekadar untuk menggambarkan perasaan terkejut aku tym tu je. tiada niat lain. tapi besa r laki kan, Aku control macho. ibu pun diam je..
     Tak lama pastu, beliau pun perlahan-lahan baring balik, n pejam mata. n suasana jadi sunyi sepi balik cam sebelum beliau terbangun tadi...
******************************
     Aku dikhabarkan pastu Dato' memang fully sedar daripada koma beliau. di sebalik kesyukuran anak isteri n sahabat-sahabat, terlintas gak rasa sedih dalam hati Aku. terkenangkan camner salah sorang anak Dato' tadi menyanyi, melalak waktu lawat bapak dia ni. dengan bertatu sana sini kat badan, bukannya nak bacakan yaasin ke apa. abes malas pun, senyap cukup r kan? ini karaoke lak depan bapak yang tengah nazak! na'uzubillah min zalik...
     Pengalaman ni ajar Aku dua benda secara rough nya. firstly, jadikanlah ayat-ayat suci dari Quran mahupun Hadith sebagai peneman kita, terutamanya tym-tym nazak ni. itu yang terbaek untuk kita sebagai pengiring bertemu Allah.
     Second, didiklah anak-anak ngan ilmu dunia n akhirat sebaik mungkin. Dato' tadi, memang orangnya baik. tapi sampai hati anak dia berkaraoke depannya waktu beliau nazak. ya, bukti bahawa iman itu tak diwarisi. iman itu perlu disemai n dibajai, then berdoa agar Allah campakkan hidayahNya ke atas kita.
     Lebih kurang 3 minggu kemudian, Dato' meninggal dunia. semoga ruh nya ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang bertaqwa.. ameen..

Al-Fatihah.
Related Posts with Thumbnails

pageviews