Tuesday, March 1, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

cuti-cuti ni terasa nak join satu segmen la plak, anjuran bro ben ashari. tu ha, tajuk cam kat atas nuu,haha. bukan pe, syarat die tetibe menarik minat beta.

korang nak join? buleh je, cepat2! SINI ha.

oooops...terlupe..ok, kita mulakan balik~
******************************

salam
bismillah wal hamdulillah

     Segmen ni mintak kita citerkan satu kisah menginsafkan sal kematian. ada seorang lelaki ni name dia Aku. benda ni Aku lalui tak lama dulu, around taun 2010 gitu. hari tu, Aku balik hometown, sempena cuti universiti. suatu petang tu, ibu Aku ni ajak dia pergi melawat bekas bos dia. bos ni memang baik, dats why orang ingat kat dia tym2 dia sakit camni.
     Dalam perjalanan, Aku dibagitau yang Dato' (bos ibu) stabil, tapi still koma. lebih kurang gitu r. ibu mintak Aku baca pape sket ayat Quran ke untuk Dato' nanti. ok,  Aku insyaAllah je..
     Ade dalam dua tiga orang famili Dato' yang tunggu beliau kat hospital. anak Dato' ajak kami masuk ke wad, yang kebetulan leh ada dua orang pelawat je dalam satu-satu masa. dia tunggu di luar sementara ibu n Aku g usha Dato'.
     Matanya terpejam rapat. dadanya berombak tenang, cam orang tidur. Aku tengok je r, nak sembang camne dia tengah koma. tetiba, ibu mintak Aku bisikkan kalimah 'La ilaha illallah' kat telinga Dato'. "mmm.. okai, i'll do it". 
     
"...LA ILAHA ILLALLAH..."

Aku menjalankan permintaan ibunya. 

..........

"URGHhhhhhhhh.....!!!" 

Dato' bersuara...! 

OMG! subhanallah... Aku memang terkesima n kaget kat tempat kejadian. ditaqdirkan Allah, tetiba Dato' terjaga dari koma beliau. daripada baring, terus badan dia terangkat cam orang wat sit-up tu. kaku memandang straight ke depan, tak toleh sikit pun. segalanya berlaku sejurus pas kalimah suci dibisikkan ke telinga beliau. mau nya tak menggeletar Aku, sekelip mata bangun dari koma. cam vampire bangun dari keranda. ok, ni sekadar untuk menggambarkan perasaan terkejut aku tym tu je. tiada niat lain. tapi besa r laki kan, Aku control macho. ibu pun diam je..
     Tak lama pastu, beliau pun perlahan-lahan baring balik, n pejam mata. n suasana jadi sunyi sepi balik cam sebelum beliau terbangun tadi...
******************************
     Aku dikhabarkan pastu Dato' memang fully sedar daripada koma beliau. di sebalik kesyukuran anak isteri n sahabat-sahabat, terlintas gak rasa sedih dalam hati Aku. terkenangkan camner salah sorang anak Dato' tadi menyanyi, melalak waktu lawat bapak dia ni. dengan bertatu sana sini kat badan, bukannya nak bacakan yaasin ke apa. abes malas pun, senyap cukup r kan? ini karaoke lak depan bapak yang tengah nazak! na'uzubillah min zalik...
     Pengalaman ni ajar Aku dua benda secara rough nya. firstly, jadikanlah ayat-ayat suci dari Quran mahupun Hadith sebagai peneman kita, terutamanya tym-tym nazak ni. itu yang terbaek untuk kita sebagai pengiring bertemu Allah.
     Second, didiklah anak-anak ngan ilmu dunia n akhirat sebaik mungkin. Dato' tadi, memang orangnya baik. tapi sampai hati anak dia berkaraoke depannya waktu beliau nazak. ya, bukti bahawa iman itu tak diwarisi. iman itu perlu disemai n dibajai, then berdoa agar Allah campakkan hidayahNya ke atas kita.
     Lebih kurang 3 minggu kemudian, Dato' meninggal dunia. semoga ruh nya ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang bertaqwa.. ameen..

Al-Fatihah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

pageviews