Wednesday, March 2, 2011

suci

salam
bismillah wal hamdulillah

     Ada seorang lelaki baru sahaja dihantar oleh keluarganya ke Hospital Bahagia kendalian Doktor Man. menurut mereka, lelaki ni sebelumnya baik-baik sahaja. tapi entah macam mana, lepas balik daripada kursus di sebuah pulau peranginan baru-baru ni dia tetiba jadi mereng. kurang siuman. hilang pedoman cam orang gila. Doktor Man menyambutnya dengan senang hati. "mayb ada peluang nak baik semula, insyaAllah," cetus hati beliau.
     Hari tu kebetulan kawan kepada si doktor ni datang lepak-lepak kat ofisnya. dia ni ustaz, saja datang nak usha camne pesakit-pesakit mental ni hidup sehari-harian. nak buat kajian sket, tesis master katanya. Doktor Man ok je, buleh gak tolong dia tengok-tengokkan pesakit. bile si ustaz diberitahu tentang pesakit terbaru tadi, dia rasa berminat lak nak jumpa ngan lelaki tu.
     Ustaz gtau membernya itu yang dia tengah wat kajian tentang surah Al-fatihah. antara skop kajiannya is kelebihan surah ini berdasarkan hadith, n cara merawat menggunakannya. apabila mengetahui bahawa pesakit terbaru ini sebelumnya siuman n normal, dia teringin nak merawatnya. ya, menggunakan Al-fatihah. di mana antara kelebihannya ialah boleh merawat penyakit gila.
     Dia teringat penulisan seorang tokoh ni

     ...seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin al-Salt al-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w dan pulang kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi, lantas kata keluarganya: 

“Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w) yang amat baik.”

     Aku pun membaca al-Fatihah selama 3 hari dengan dua kali pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud): 

“Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya kau berjampi dengan sebenarnya.”

      Ok, dia meminta izin doktor untuk menjalankan rawatan Al-fatihah ke atas pesakit tersebut. lampu hijau diberikan.
     *****************************
     Sudah masuk hari ketiga, namun tiada perubahan sedikit pun pada pesakit tersebut. still kurang siuman. si ustaz mula tertanya-tanya, di mana silapnya? 
     Rawatan diulang kali kedua. ketiga, keempat begitulah seterusnya. namun hasilnya masih menghampakan. niat dah betul, air wudhu sentiasa ada, tajwid pun insyaAllah ok. apa yang tak kena ni?
     Doktor Man yang menjaga pesakit tersebut setiap hari juga taktau nak komen pape. tetiba, dia perasan ade salah seorang pesakit ni selalu usha diorang tym si ustaz tengah merawat. pesakit senior itu digelar haji, sebab ske pakai kopiah. style dia pun sopan santun je, cam orang baik-baik. cuma perangai dia je cam budak 5 taun.
     Sengaja ingin menguji, Doktor Man bertanya kepada haji, "agak-agak kenapa ek kawan kita ni tak sembuh-sembuh lagi? tau tak aji?"
    
"....tau encik..:-)"

Doktor tersenyum, lalu bertanya lagi, "owh...awak tau? pe dia ek, leh gitau kami?" si ustaz pun tak sabar menunggu respons.

"Al-fatihah itu sama saja sepertimana Ia diwahyukan kepada Rasulullah SAW dulu,"
"yang tak samanya, HATI kita ni. tak sama kesuciannya ngan para sahabat nabi dulu."

:-)

6 comments:

ainulhusna said...

comeeeel nye kucing tue.eiiii.geram gile...

sbb comel sgt!

bez amin said...

erkkkk...

g le kedai kucing kat austria tu..bela sekor :-)

Muhammad Haidar said...

mantop ni prof.. hehe

bez amin said...

ops...trimas kerna sudi mencemar duli melawat teratak usang ini.. :D

Nasuha Salleh said...

menarik =))
pengakhiran entry ni bg 'mksud' yg sgt mendalam...

bez amin said...

thnx nasuha :-)
smoge kite sumer dpt manfaatnya, insyaAllah..

Related Posts with Thumbnails

pageviews