Sunday, August 9, 2015

Buat Kesekian Kalinya, Aku Kembali

Bismillah
Wal Hamdulillah

"..setiap kali isteri, anak-anak dan keldaiku melawan perintahku, aku selalu muhasabah diri:
Maksiat apa yg telah aku lakukan? Selepas aku bertaubat, aku segera melihat perubahan dalam diri mereka.."
- Al-Fudhail bin 'Iyadh

Petikan dalam buku karya Ustaz Umar Muhammad Nor, 'Dalam Hati Ada Syurga'

     Sungguh, aku rindu menulis. Hampir setahun lebih sejak kali terakhir aku nukilkan sesuatu di blog ini, Memang tak dapat ku nafikan, zaman berubah dan idea bercambah, namun diri ini agak lemah dan goyah untuk menulis. aku tidak punya sebab yang kukuh, hanya mampu mengeluh dengan alasan-alasan yang runtuh.
    Ah.. typical medical student. Sama sahaja penipuan dari dahulu kala, "..sibuk study." Entah apa yang sibuk sangat, media sosial mungkin? Bagi aku, inilah yang terjadi. Celik sahaja awal pagi sudah dihadapnya handphone. Kadang-kadang tiada apa-apa yang menarik pun, cuma menjengah kepala ke tingkap rumah orang sekadar untuk bertanya, "makan di hotel mana hari ni?"
     Ok, sekadar ini dahulu. Aku akan cuba berazam mencari masa untuk menulis, atau menaip. Hanya tuhan sahaja tahu betapa bahasaku semakin parah sejak akhir-akhir ini. kemungkinan besar akibat malas menulis, sekaligus vocabulary hilang tenggelam di laut dalam. Apa yang penting, aku cukup takut kalau-kalau ini tanda-tanda awal penyakit lupa. Na'udzubillah.

Wassalam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

pageviews