Friday, July 31, 2009

hitam putih

dunia hitam putih.

*dekat mana aku sekarang ni?*

tak ketahuan. cuba amati sekeliling.

hamba Allah itu berjalan tanpa mengetahui destinasi yang dicari. kedua matanya meliar ke segenap sudut ruang. dia tidak pasti sama ada itu ialah bilik. ataupun bangunan. ataupun awang-awangan. yang pasti, ia sejenis ruang.

suasana bertukar. umpama portal ke 'otherworld' dalam Silent Hill. namun tiada hantu nurse seksi muncul sebagaimana dalam game itu. tiada jua 'pyramid head' keluar untuk menyiat mangsanya.
hamba Allah kini berada di institusi pengajiannya. dia lebih selesa dengan suasana itu berbanding dengan ruang kosong tadi. kali ini, dia sedang melangkah untuk pulang ke biliknya. asrama yang masih jauh membuatkan hatinya terdetik.

*mengulang quran sambil berjalan ni seronok jugak. sementara nak sampai ke asrama.*

surah al-buruj menjadi pilihan. begitu lancar dan fasih dia membacanya. kisah as-habul ukhdud yang terkandung di dalam surah itu dihayati nya baik-baik. kisah orang-orang yang baru beriman kepada Allah mati dipanggang hidup-hidup oleh pembesar laknatullah. walau tidak sempat berbakti atas nama seorang muslim, namun Allah membayar gaji mereka dengan syurga. semuanya atas tiket akidah yang digenggam ketika mereka dibakar.

sampai di bilik. terus ke katil dan berbaring. hamba Allah itu tertanya sendirian. kenapa suasana masih terasa begitu asing? baru perasan, tiada manusia lain di sekelilingnya sejak tadi. malah dia mula menyedari. sewaktu mengulang al-buruj tadi, bukan suaranya yang keluar. tetapi suara milik As-syeikh Saad Said al-Ghamidi.

*apa tengah jadi kat aku ni?*

pandangannya pudar. fikirannya melayang. segalanya kemudian jadi gelap.

........

dia membuka mata.

*astaghfirullahal 'azim...aku mimpi.*

kenangan menghafal kalam Allah suatu ketika dahulu bermain di mindanya. didenda pumping, dipuji pensyarah, bertengkar dengan rakan a.k.a seteru politik, BBQ lewat malam, sehinggalah berjaya khatam 30 juz' dengan izin Allah. satu persatu muncul di fikiran.

dia cuba memikirkan mimpi nya tadi. adakah permainan tidur, ataupun peringatan dari Allah kepada dirinya yang bergelar hamalatul quran. pembawa al-quran. adakah dia masih 'membawa' al-quran, atau hanya sekadar 'pernah'. dia sedar, kesibukan duniawi bukan satu alasan untuk dia mengurangkan masanya terhadap al-quran. ia adalah cabaran yang telah disahutnya ketika Minggu Haluan Siswa di pusat tahfiz dahulu.

dia teringat pesanan. bila kita tak ingat sesuatu ayat al-quran, sebenarnya bukan kita yang lupa akan al-quran. tetapi al-quran yang melupakan kita. dia yang bakal menjamin kita di akhirat nanti, bukan kita penjamin nya. jadi, siapa yang perlu beringat?

janganlah kita nak berlagak dengan kalam Allah ini.

*terima kasih Allah, kerana mimpi ini. hidupkanlah diriku dengan al-quran, seperti yang aku pernah buat dahulu. jadikanlah ia peguam keduaku selepas nabi Muhammad, ameen...*

Saturday, July 25, 2009

air cond.

gelaran yang aku letak untuk post ini. seperti yang pernah aku buat, selepas mengupdate blog dengan post yang memanaskan jiwa lara sesetengah readers, biasanya akan disusuli dengan post lain yang berfungsi sebagai cooling agent.

inilah yang dinamakan provokasi tidak langsung. kutuk 10 kali. kemudian puji sekali, cukup. keh keh keh...

alkisah tersebutlah sebuah cerita...

haha...mana ada cerita. cuma, aku teringat sekelumit kisah, seinfiniti ilmu. tidak perlu detail, yang perlu di sini, apakah isinya. ia tentang kemahaan Allah melalui al-quran.

tertanya-tanya. kenapakah, wujud perbezaan pendapat mengenai cara pembacaan "maaliki yaumid diin" yang terkandung di dalam al fatihah. apakah signifikannya ayat ini?

sebagai permulaan, lihat semula maksud malik (ma=1 harakat) dan juga maalik (maa=2 harakat). inilah kalimah yang berbeza harakat pembacaannya menurut ulama'.

  1. malik=raja
  2. maalik=penguasa (yang menguasai)
"haha...tengok. ulama' pening kepala la tu. apa la quran ni. mana satu yang betul entah." suara manusia yang tiada mempunyai otak yang berfungsi.

hakikatnya, hikmah melalui perbezaan pendapat ini sangat indah. cuma sebahagian kita gagal meneroka. perlu diingat, ayat alam perlu dikaji seiring ayat quran. peringatan untuk aku la.

logiknya, raja tidak sama dengan penguasa. raja tidak semestinya menguasai. itulah raja boneka, yang bersepah seantero alam. gah dengan istana semata-mata. penguasa pula tidak sama dengan raja. robin hood mungkin perompak golongan bangsawan, namun dia menguasai kawasan orang kaya, dalam keadaan dia bukan seorang raja.

Maha Suci Allah. raja dan penguasa hari pembalasan. pemilik autonomi alam berserta isinya. awal-awal lagi di dalam quran, Allah mengisyaratkan kita mengenai keRajaan dan keKuasaanNya. tiada terpisah keduanya daripada Allah. sedarkah kita?

dalam dunia, hanya ada empat orang raja yang akan kekal. itulah King of Spades, King of Hearts, King of Diamonds dan King of Clubs. semuanya raja dalam kad terup. ini kata-kata King Farouk I, beberapa tahun selepas digulingkan oleh Gamal Abdel Nasser.

ish...mesti r boleh!!

alkisah tersebutlah sebuah kisah...

once upon a time, terdapat sebuah daerah yang aman lagi tenteram. penduduknya hidup harmoni, kerana ada mereka yang hobinya bermain harmonika. tiada kedengaran kes-kes manusia diganggu pocong, kerana pocong tempatnya hanyalah di Puchong selangor. tiada jua gangguan pontianak, kerana sesungguhnya pontianak hanya berkeliaran di Pontian johor.

namun, langit tak selalunya biru. bumi tak selalunya hijau. bulan tak selalunya purnama. keris tak selalunya tajam. suatu peristiwa ngeri berlaku di daerah tersebut. ianya bolehlah dikatakan sebagai kes CSI terulung di daerah itu, selepas Parti Pekatan Penduduk mengambil alih pemerintahan daripada Parti Pembaris.

suspek, seorang office boy dikatakan terbersin, lalu momentum "haccchoom!!" yang terlalu kuat telah menolak si mangsa jatuh dari tingkat 14 Bangunan Masakan Alam. mangsa merupakan penyimpan mohor besar tauke-tauke di daerah tersebut. malangnya, kini tidak lagi.

penyiasatan masih lagi berjalan. di majlis memperingati pemergian tragis Ateng(bukan nama sebenar), ketua-ketua puak hadir, termasuklah seorang bekas ketua puak daerah Ater.

dalam majlis perkabungan itu, penghormatan terakhir mengikut tradisi puak Ateng merupakan agenda utama. akan tetapi, kepelikan yang amat apabila puak Ater turut melakukan nya sebagaimana Ateng. tidakkah ia melanggar tradisi?

arakian, perkara ini dipanjangkan ke Majlis Agamawan Ater. "tindakan ini meragukan!" putus majlis tersebut. NAMUN...

beberapa ahli MT Ater menafikan keharamannya. menurut mereka, perbuatan itu hanya merupakan simbolik untuk umur dan ia merupakan perkara biasa. Tok Gaharu pemimpin Newcastle antara yang berpegang kepada fatwa ini. beliau pakar dalam isu-isu keagamaan dan tradisi. malah ketua mufti pun tidak setanding dengannya.

ish...mesti r boleh!! mereka itu bijak pandai. agamawan. ilmuwan. mana mungkin melampaui batas agama dan tradisi... tak begitu?? mereka tukang keluarkan fatwa. buat apa minta fatwa daripada orang lain? orang lain tak boleh pakai punya...

saya fikir. saya tulis. anda baca. anda kaji. anda bukan ananda. ^_^

Saturday, July 18, 2009

jom ke Bikini Bottom!!

"mayor kita akan makan di Krusty Krab!!yahoooo!!cepat semua, bersedia menyambut ketibaan yb mayor, go...go!!" mr krab yang kelam kabut bercampur gembira, mengarah dua orang pekerjanya.


squidward mengeluh,"lerh...kenapalah nak excited sangat dia ni." ala-ala sengau bunyinya. dia menoleh ke arah spongebob.


spongebob berpeluh,"ap...app...apa, mayor akan makan di Krusty Krab?! oh tidak, kita kena buat persiapan rapi!"


"jadi, si kedekut dan si lurus bendul nampaknya sepakat..." squidward geleng kepala.


"arghh...matilah kita! takkan kita nak pakai begini. seluar pendek berjumpa dengan mayor? mana boleh!! jom tukar sebelum terlambat!!" patrick yang tak pernah memakai baju, tiba-tiba jadi rasional.


"adui...si bodoh patrick pun sama..." komen squidward lagi.

masa yang ditunggu-tunggu semua (kecuali squidward) tiba...




mayor masuk ke Krusty Krab. berjalan di atas karpet merah, pengunjung berpusu-pusu untuk bersalam dengannya. spongebob datang sambil membawa resipi terulungnya...krabby patty!! beberapa perubahan terlihat daripada penampilannya; memakai tuxedo lengkap dengan bow dan kasut kulit. burger krabby patty juga ada perubahan-ianya dibentuk seakan-akan wajah mayor!?


mr krab tidak kurang hebatnya. selain berkot, tie dan kasut kulit hitam berkilat, dia turut memakai button badge berlambang Bikini Bottom yang tertera moto "ONEbikini bottom!!", tanda sokongan padu terhadap mayor. penuh tertib, dia mempersilakan mayor untuk menjamu selera.


patrick star tiba-tiba muncul di pentas. dia sudah bersedia untuk membuat persembahan...piano! oh, tidak! dia juga bermain gitar menggunakan kaki! mulutnya pula meniup trumpet ! persembahan yang hebat, muzik yang dimainkan umpama sebuah orkestra!


nun di kaunter pembayaran, squidward kaku. terkesima, terdiam, rasa tidak percaya, semuanya bercampur-baur. kalau tadi dia memperlekehkan sahabat-sahabat nya, tapi kini dia sendiri kagum. *lelaki nombor 1 Bikini Bottom duduk di meja yang aku cuci! waah...bertuahnya aku!*

begitulah suasana krusty krab pada hari itu. kehadiran mayor seolah-olah amphetamin yang melonjakkan semangat bekerja dalam diri spongebob dan sahabat-sahabat nya.


"kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, jika sekalipun kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu..."
hadis jibril


begitulah analogi mudah tentang konsep ihsan dalam ibadah. dengan ihsan, tidak cukup dengan amalan-amalan biasa, malah kita rasa terdorong untuk mengupgrade ibadah dengan melakukan penambahan seperti solat sunat. sentiasa terdorong untuk melakukan yang terbaik.


kita ialah spongebob. Allah ialah mayor. spongebob jadi smart, serius dan profesional kerana dia tahu, mayor sedang berada di hadapannya.


atau sekurang-kurangnya kita jadi squidward. bila sudah yakin mayor di hadapannya, dia mula sedar. dia juga ingin jadi yang terbaik.


atau kita belum yakin?

Sunday, July 12, 2009

hikayat dari parsi

suatu ketika dahulu di parsi, wujud seorang lelaki yang terlalu bijaksana. apa jua permasalahan penduduk sekitar, pasti akan dirujuk kepadanya untuk penyelesaian. akan tetapi, beliau ini tersangat lah ego pula. hobi nya setiap hari, selain pergi ke warung untuk bermain dam aji atau konda-kondi, dia juga gemar menanyakan soalan kepada penduduk lain. niatnya semata-mata mahu memperbodohkan mereka yang sememangnya tidak cerdik.

"kui kui kui!! kamu semua memang bodoh. aku jugak yang pandai!!" ketawa lelaki itu selepas berjaya mengenakan seorang pengunjung warung.

entah bagaimana, berita tentangnya sampai ke rumah seorang ulama. beliau lebih dikenali sebagai abu nawas. sekalipun ilmu agamanya tinggi, namun beliau tidaklah sampai mengkafirkan atau memunafikkan orang lain. selain itu, beliau juga tidak sampai menuduh UMNO sama dengan komunis dan ayah pin. *sudah dijamin syurga kah aku?* itulah pesannya terhadap diri setiap hari.

menanam niat untuk berdakwah, abu nawas pergi menemui lelaki tadi. oh ya, ulama ini seorang yang kelakar juga. elemen gurau senda menjadi ramuan metod dakwahnya. dia berharap agar lelaki itu akan menerima mesej yang berguna sambil dia berhibur.

sesampainya beliau di sana...

"assalamualaikum, wahai si bijaksana!" bijak cara abu nawas mengenalpasti mad'u nya.

"wa'alaikumussalam...saudara ada masalah yang mahu saya selesaikan? jika begitu, silakanlah bertanya." lelaki ego itu menawarkan khidmat konsultan.

"mmm...begini saudara. saya diberi teka-teki ini oleh seorang budak kecil. malangnya, saya ni bodoh sikit orangnya. mohon saudara yang bijaksana untuk membantu saya."

*hehe...aku memang pandai. kau, aku tengok pun dah tau bahalul.* cetus hati lelaki ego sambil tersenyum.

"soalan nya begini; seekor keldai mahu menyeberang sebatang sungai. akan tetapi, sungai itu lebarnya 400 meter, arusnya 100 km sejam, kedalamannya pula 500 meter. jika berenang, boleh mati lemas. naik sampan, mau nya terbalik kerana arus teramat deras. nak terbang, sayap pula tiada...bagaimana ya saudara penyelesaiannya?" abu nawas mengeluh.

"ini soalan tidak logik!! mana ada sungai macam itu!!" separuh jerit si lelaki.

"sabar...sabar...sudah begitu soalannya. jadi, saudara tidak taulah jawapannya ni?" tanya abu nawas.

"err...err...saya tak tau..."

"oh, kalau begitu, nampaknya saudara pun bodoh macam saya juga. sebab saya pun tak tahu jawapannya. oh ya! kita berdua lagi bodoh daripada budak kecil yang menanyakan saya teka-teki ini. tidak mengapalah, kan Allah jua yang Maha Bijaksana...trimas saudara, assalamualaikum..."

abu nawas beredar. meninggalkan lelaki tadi terpinga-pinga di tengah-tengah crowded yang menyaksikan tarbiyah tadi secara live.

"knowledge raises the low, but ignorance brings down the mighty..."
-saidina Ali ra.

Saturday, July 11, 2009

bounty

bismillahirrahmaanirrahiim.

dah lama tak menaip. idea yang agak bertimbun hanya berjaya disimpan sebagai draf sahaja. akhirnya, atas bantuan seorang member, berjaya juga aku 'menceroboh' masuk ke wireless internet cfs ni.

buat masa ni, dan mungkin juga beberapa ketika akan datang, aku cuma akan post "flashback stuff" sahaja. maknanya, sesuatu yang dihasilkan pihak lain, tapi mengikut acuan aku. parents aku pesan, waktu belajar, mesti belajar. *ayaaay, captain!!*

once upon a time...

hujan lebat tahap maharaja menimpa Kampung Gedegang. biasa lah, kampung lama...hujan 2-3 jam, banjir.

penduduk berpusu-pusu menyelamatkan barang-barang berharga. semuanya dinaikkan ke tempat tinggi. ada juga yang sibuk menurunkan bendera PAS yang dah reput di pagar rumah. member sekaki Kampung Buah Pala la katakan, orang-orang pembangkang semuanya...ish ish ish...

sekalipun berlainan ideologi politik, namun kerajaan tetap prihatin membantu golongan yang dalam kesusahan ini. pasukan penyelamat tiba, memindahkan penduduk dengan bot penyelamat. nun di suatu sudut kampung...

pasukan penyelamat memujuk Pak Cik Kordi untuk naik ke dalam bot. air banjir sudah mencecah 2 meter lebih. "moh ler kordi oii... kamu nak mampuih ker. air dah tinggi dah ni."tok ketua memanggil dari dalam bot.

"ish kamu ni. ajal maut di tangan Allah. nanti ler, aku yakin Allah akan selamatkan aku. kome pergi le dulu'" kordi membalas.

hari semakin gelap. hujan masih belum give up. Pak Kordi tetap terus mengharap. dia berdiri di atas van sambil memegang payung. "kejap lagi hujan berhenti lah ni. Allah pasti tolong aku. itu janji Dia dengan hamba2."

bot penyelamat yang melewati hampir 5 kali, langsung tidak dihiraukan Pak Kordi. dia sekadar melambai tangan, ataupun lebih tepat lagi, menghalau mereka yang ingin membantu. dia sesangat lah yakin Allah akan berhentikan hujan.

Pak Kordi sudah di atas bumbung rumah. van sudah tidak kelihatan lagi. yang nampak, cuma bendera PKR di hujung areal tv di atas bumbung. *Nuar sibuk nak jadi PM. mana ingat kat pengundi dah...* keluh hatinya.

terdengar bunyi helikopter. pasukan penyelamat masih mencari kalau-kalau ada mangsa yang tertinggal. Pak Kordi segera meniarap agar tidak dapat dikesan. dan dia berjaya. *yes! biar Allah je yang tolong aku*

Pak Kordi kaget. "Ya Allah! air dah sampai tengkuk aku ni, bila Engkau nak tolong aku? aku punya yakin dengan Kau, tapi Kau tak kisah pun. bila hujan nak berhenti? bila Kau nak tolong aku? BILA !!!"

tiba-tiba terbit satu suara,

"siapa kata aku tak tolong. dekat 5 kali aku hantar bot nak selamatkan kau. tapi kau tak nak. bila aku hantar helikopter, kau menyorok. apa yang kau minta? minta berhentikan hujan. itu bukan urusan kau."

.....Allah sentiasa makbulkan doa kita. TAPI, ikut bentuk yang Dia nak, bukan ikut kehendak kita. dan pada waktu yang Dia tetapkan, bukan ikut waktu yang kita suka.....
Related Posts with Thumbnails

pageviews