Friday, July 31, 2009

hitam putih

dunia hitam putih.

*dekat mana aku sekarang ni?*

tak ketahuan. cuba amati sekeliling.

hamba Allah itu berjalan tanpa mengetahui destinasi yang dicari. kedua matanya meliar ke segenap sudut ruang. dia tidak pasti sama ada itu ialah bilik. ataupun bangunan. ataupun awang-awangan. yang pasti, ia sejenis ruang.

suasana bertukar. umpama portal ke 'otherworld' dalam Silent Hill. namun tiada hantu nurse seksi muncul sebagaimana dalam game itu. tiada jua 'pyramid head' keluar untuk menyiat mangsanya.
hamba Allah kini berada di institusi pengajiannya. dia lebih selesa dengan suasana itu berbanding dengan ruang kosong tadi. kali ini, dia sedang melangkah untuk pulang ke biliknya. asrama yang masih jauh membuatkan hatinya terdetik.

*mengulang quran sambil berjalan ni seronok jugak. sementara nak sampai ke asrama.*

surah al-buruj menjadi pilihan. begitu lancar dan fasih dia membacanya. kisah as-habul ukhdud yang terkandung di dalam surah itu dihayati nya baik-baik. kisah orang-orang yang baru beriman kepada Allah mati dipanggang hidup-hidup oleh pembesar laknatullah. walau tidak sempat berbakti atas nama seorang muslim, namun Allah membayar gaji mereka dengan syurga. semuanya atas tiket akidah yang digenggam ketika mereka dibakar.

sampai di bilik. terus ke katil dan berbaring. hamba Allah itu tertanya sendirian. kenapa suasana masih terasa begitu asing? baru perasan, tiada manusia lain di sekelilingnya sejak tadi. malah dia mula menyedari. sewaktu mengulang al-buruj tadi, bukan suaranya yang keluar. tetapi suara milik As-syeikh Saad Said al-Ghamidi.

*apa tengah jadi kat aku ni?*

pandangannya pudar. fikirannya melayang. segalanya kemudian jadi gelap.

........

dia membuka mata.

*astaghfirullahal 'azim...aku mimpi.*

kenangan menghafal kalam Allah suatu ketika dahulu bermain di mindanya. didenda pumping, dipuji pensyarah, bertengkar dengan rakan a.k.a seteru politik, BBQ lewat malam, sehinggalah berjaya khatam 30 juz' dengan izin Allah. satu persatu muncul di fikiran.

dia cuba memikirkan mimpi nya tadi. adakah permainan tidur, ataupun peringatan dari Allah kepada dirinya yang bergelar hamalatul quran. pembawa al-quran. adakah dia masih 'membawa' al-quran, atau hanya sekadar 'pernah'. dia sedar, kesibukan duniawi bukan satu alasan untuk dia mengurangkan masanya terhadap al-quran. ia adalah cabaran yang telah disahutnya ketika Minggu Haluan Siswa di pusat tahfiz dahulu.

dia teringat pesanan. bila kita tak ingat sesuatu ayat al-quran, sebenarnya bukan kita yang lupa akan al-quran. tetapi al-quran yang melupakan kita. dia yang bakal menjamin kita di akhirat nanti, bukan kita penjamin nya. jadi, siapa yang perlu beringat?

janganlah kita nak berlagak dengan kalam Allah ini.

*terima kasih Allah, kerana mimpi ini. hidupkanlah diriku dengan al-quran, seperti yang aku pernah buat dahulu. jadikanlah ia peguam keduaku selepas nabi Muhammad, ameen...*

6 comments:

mujaheedah90 said...

hidup ni bukan hitam dan putih..
kadang2 kuning, hijau, biru dan mungkin kelabu tahi itik...

hendak memberi nasehat,tidakla sehebat mana sebab patik pun bukan dari lubuk huffaz..hehe

seperti cerita wonder pets, misi mereka menyelamatkan binatang2 bukan setakat yg ada d atas muka bumi,kadang2, mereka terpaksa ke angkasa lepas untuk mnyelamatkan monyet dlm kapal angkasa yg hendak drempuh meteor..
walaupun itu tugasan yg sukar,tpi,kbjaksanaan yg digunakan agar 'sentiasa bersedia dgn segalam macam halangan yg x diduga' membantu mreka mnyelamatkan binatang2...

sekian dahulu kesah wonderpets ^_^

ainulhusna said...

salam.
lame xdgr cite.ko sihat ke?
cmne life skang?
xcuti ke UIA.utp tutup seminggu sbb h1n1.
sonok gile.bole becuti kt umah..
yeay!!

hunkah zaytsev said...

>>mujaheedah90: apabila hamalatul quran tadi terjaga dari tidur, baru dia tersedar kenapa dunia sebentar tadi berwarna hitam putih.mengikut kajian para saintis, mimpi hanya mempunyai dua warna berkenaan sahaja... satu indicator yang bagus untuk kita membezakan sama ada kita sedang berada di alam mimpi atau realiti...sekarang ni warna apa?? ^_^

>>ainulhusna: salam...aku sihat.dah dekat sebulan lebih batuk-batuk. alhamdulillah takde plak terkena H1N1.hadui, tolong lah jgn cuti uia ni. kat umah aku takleh nak studi!! haha...

mujaheedah90 said...

owh..
sekarang ini warna warni..
hehe...

bez.amin said...

owh..
sekarang ini warna warni..
hehe...

bez.amin said...

salam.
lame xdgr cite.ko sihat ke?
cmne life skang?
xcuti ke UIA.utp tutup seminggu sbb h1n1.
sonok gile.bole becuti kt umah..
yeay!!

Related Posts with Thumbnails

pageviews