Saturday, July 30, 2011

SEGMEN 3 JAM JE

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 


Okeh, quick segmen by miss Tia.
Tapi g solat Isya' dulu sape yang blom.
Meh, segmen tutup kul 11 malam ni. ala 13 saat dah bleh siap entri, x rugi pun kan. :-)

Friday, July 29, 2011

Belajar sebulan terus dapat ijazah

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

     Universiti Ramadhan bakal menjelang tiba. tak pasti lagi sempat ke idak kita sampai ke bulan mulia ni. yang konfem, Allah dah janji kat para 'penuntut' universiti ramadhan bahawa mereka akan dikurniakan ijazah dalam tempoh sebulan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al baqarah:183)

     Kebanyakan manusia sudah punya sijil keislaman. ada yang advance pendidikannya, dah genggam diploma keimanan. adapun yang meneruskan pengajiannya, pada bulan ramadhan maka mereka beramai-ramai mendaftarkan diri ke dalam kursus idaman ramai, bagi mendapatkan segulung ijazah ketaqwaan. 
     Sesungguhnya ijazah taqwa yang ditawarkan oleh universiti ramadhan ini bukanlah ijazah yang takde makna, bahkan ketahuilah korang bahawa kursus ini sangat vital untuk survival bila tamat pengajian nanti. tym ni la peluang kerja sebagai hamba Allah akan menuntut kita mempraktikkan apa yang dipelajari waktu still belum grad dulu.
     Perlu diingat betul-betul, kepulangan kita ke kampung halaman lepas grad nanti banyak dugaannya. yang paling kurang ajo, jiran kita si syaitan tuh. lahanat ni akan berusaha mengajak kita lepak-lepak buang masa, lepak-lepak buat dosa, lepak-lepak cari seksa neraka. tapi kalo kita mantain dengan semangat yang ada waktu kat ramadhan dulu, maka kita dengan mudah tolak ajakannya, rajin buat pahala, nak jadi hamba Allah sepenuh masa, dan target nak pindah ke taman perumahan elit, iaitu taman syurga. kat situ orang baik-baik semua!
     Oppppp! korang nak tak ijazah kelas pertama? korang tau tak, sepatutnya ijazah kelas pertama ni nak dapat kena datang kuliah setahun lamanya tau. tapi special universiti ramadhan ni, kita juz kena attend lagi 6 kuliah je! maka insyaAllah kalo CGPA puasa stabil, kita akan di short listed sebagai penerima first class degree. weewiiiit! apa nama kursus singkat 30 + 6 ni? 

Inilah puasa 6 hari di bulan Syawal. seolah-olah puasa sepanjang tahun bebeh!

     Maka untuk bertaqwa, elemen yang penting mestilah mengelak buat sebarang maksiat..ce usha pe yang digariskan oleh Imam Ibnul Qayyim tentang cara elak maksiat. ada lima ringkasnya:

SATU

DUA

TIGA

EMPAT

LIMA

"Ya Allah... sampaikanlah aku ke bulan Ramadhan.. ameen"
Renung-renungkan n slamat beramal! :-)

Thursday, July 28, 2011

kebiasaan yang membinasakan...

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah

     Dengar lagu ni sambil baca.. :-)


     Korang kasi r software apa pun kat beta, memang lukisan tetap buruk tak hengat. guna pen ke pensel ke baek korang takyah tanya.
     Ye, tak tipu..beta juz sebut fuuu je, bukan benda lain. kan bila ditimpa musibah kena sebut innalillah.. haa kena tazkirah hambek kau.

     Adapun berkenaan title di atas, sesungguhnya ada beberapa tabiat yang membelenggu diri beta tatkala menggunakan komputer. antaranya:

1) suka save kerja yang dibuat hanya bila dah siap. jadi masalah bila tak attach bateri lappy, pastu tetibe blackout. grrrr..
2) bila guna microsoft word ke paint ke hape, bila dah setel kerja bukan nak save. tapi selalu terus tekan close n then klik 'dont save'. ni siyes otomatik!
3) suka mengkarate keyboard tatkala lappy buat hal,e.g hang. pernah lepas karate, terus lappy padam. err... benda ni ade perasaan ke? (-,-")
4) bila blogging, lepas klik 'new post', terus g usha fb jap. then youtube, tersangkut lama-lama kat situ. then still tersangkut. pastu fb balik. pastu ai ngantuk la pulak. lalu tido = 1 entri burned. 
5) bila delete pape file, suka tekan shift+delete. then terus enter delete permanently. tapi ada kan software nak dapatkan balik deleted file tu? ntah... malas nak cari. <---ni pun masalah gak.

Sekian, trimas kerana membaca entri luahan perasaan ni. wassalam..

p/s : sesape ada tabiat lain yang meloserkan?

SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER: Saya Blogger Lelaki

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

Oyeah, adapun pada hari ni beta nak join segmen oleh luna lanun wat kali kedua. ade dua kategori, untuk laki n perempuan. so, pilih mana yang bersesuaian ngan identiti korang. tapi ada satu syarat yang beta wat, keh3..

Sila solat dahulu..

Klik header kak luna lanun atas tu ha kalo nak join..orait bebeh.wassalam :-)

Wednesday, July 27, 2011

lawak malam hari

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

     Pekabo rakyat jelata sekalian? harapnya sentiasa in the pink of health. adapun pada hari ini insyaAllah beta nak citer zaman skol menengah dulu. citer lawak khas untuk korang, kenangan waktu beta belajar di sebuah sekolah utara tanah air.
     Rutin bagi kitorang bebudak asrama ni, tiap-tiap malam kecuali jumaat n sabtu, ada prep. waktu ni la kononnya khas untuk siapkan kerja rumah (asrama???) pastu ulangkaji pelajaran. namun ketahuilah bahawa ia hanya indah khabar dari rupa. prep waktu paling best nak tido dan bersembang kerana... errrr, kerana petang nya kami dah main bola. so malam kenalah wat ulasan serta muhasabah corak permainan agar lebih kemas esoknya.

"Tuanku, straight to de point reti ke idak?" seorang rakyat menyuarakan pandangan. ok fine.

     Adapun pada suatu malam yang biasa, beta pun menghadirkan diri ke prep. kenapa beta guna 'menghadirkan', bukan 'menghadiri' ? sebab, beta juz memaksakan diri untuk datang prep, sedang nun di sudut hati meronta-ronta nak balik dorm tido.
     Setelah puas bersembang, kelihatan jam hampir ke pukul 10.30 malam. prep nak habis dah. waktu ni sesi meminjam homework dari budak-budak bijak pandai bermula, kerana diorang konfem dah siap semua. then beta dan member pun bersiap-siap untuk balik ke asrama, dan di sini alkisahnya bermula...(wth!)
     Selepas setel supper, solat isya' plus baca al-mulk, lepak jap kat dorm member. walaupun tym prep kami bersembang, tapi lepas prep kami serius. budak-budak dah start tido baru kita tenang nak study ye dak? baru boleh start wat homework. dalam pukul 12 lebih, beta pun mengesyorkan diri untuk balik dorm.
...
...
...
Hanya untuk mendapati bahawa kunci locker beta tertinggal kat kelas. 

     Arghhh rasa nak berdarah hidung! oleh kerana sudah dua buah locker dulu jadi mangsa kopak beta kerana hilang kunci, maka kali ni beta berazam tak mau kopak-kopak dah. "beta mesti amik kat kelas!"

And so i did. kaki melangkah, suara bebudak asrama semakin sayup dan akhirnya hilang dari telinga.
     Sunyi sepi je bangunan akademik tengah malam camtu. kelas-kelas gelap gelita, juz lampu koridor yang menyala. ada yang rosak, menyala kelip-kelip. arghhhhhh, cam silent hill lak!  kejap-kejap ada bunyi pintu terbuka tertutup dek angin kuat, ye r skol beta kat bukit sket. kelas lak tingkat 4, wuuuuuuu tensen.
     Dipendekkan cerita, beta pun berjaya mengharungi segala dugaan lalu ingin berangkat pulang. tiba-tiba...

"meowwww...meowwww..."

     Ceh. kucing nak ngorat r tu. lama jugak beta dengar kucing mengiau tu, waktu turun tangga tingkat 4 sampai r dekat ground floor. tapi kucingnya entah kat mana tak tau. tym habis turun tangga, suara tu pun senyap.

Haa.. tiba ke part lawaknya.

     Waktu melintas depan surau on the way ke asrama, beta stop jap. teringat, tadi memang meremang bulu roma, tak tau kenapa. padahal bunyi kucing je. bila datang perasaan yang bukan-bukan waktu tu, beta pun bermonolog dalam hati;

*kalo kau kucing, sila senyap ye...*

Dan sekelip mata suara tu pun senyap. hehehe.. lawak kan? camne r kucing bleh baca hati manusia. hebat! hihihi
...
...
...
...
...
Errrrrr......
     Beta mula rasa seram sejuk. beta pandang cermin tingkap surau, nampak diri sendiri. sorang-sorang kat tengah koridor tu, ada lagi 70m nak sampai asrama. tertanya-tanya, "yang tadi tu, kucing ke...or...."

Arghhhhh bila masa lak kucing ada psikik! Ok. korang takyah tanya r, beta berjalan lenggang-lenggok gak ke atau lari pecut pastu.

p/s : beta brenti depan surau tu sebab teringat ustaz gtau dulu, ada jin boleh baca hati n aqal manusia. tu sebab bila rasa seram sejuk, jangan fikir bukan-bukan. sebab 'benda' tu akan muncul mengikut apa yang kita create dalam minda kita. :-)

Monday, July 25, 2011

Terbang ke awan

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

     Semoga rakyat semua berada dalam lembayung rahmat Allah swt. maka adapun pada hari yang bahagia ini, beta mula mendapat kesedaran serta kewarasan akal budi, bahawa cuti beta hanya berbaki lebih kurang lima minggu saje lagi. jadi beta ingin bercerita sebanyak mungkin kepada rakyat semua sebelum tibanya zaman beta takde masa nak hupdate blog. semoga blog ini terus hidup. 

"HAIL kami-muslim!" laung rakyat jelata berjemaah. 

     Maka pada kali ini, beta nak mengajak rakyat semua jalan-jalan ke tamadun silam. aqal yang dikurniakan Allah kepada kita telah berjaya mencipta kapal terbang, sebagai kenderaan untuk bermusafir ke destinasi yang jauh. TAPI, sejauh mana kemajuan sistem penerbangan dalam zaman kita ni? jom kita menjelajah ke Nazca, Peru. 
******************************
Dah tekan play baru baca orait! tenang sikit :-)



     Pernah dengar geoglyph? benda ni merujuk kepada lukisan-lukisan gergasi yang diukir (betul ke idak kata kerja ni) di atas tanah. meliputi kawasan yang sangat luas, geoglyph ini direalisasikan oleh orang-orang Paracas dan Nasca. 
     Apa yang dilukis mereka ni? yang sampai kepada zaman kita sekarang ialah gambar 18 ekor burung, monyet ekor gulung (besar padang bola), ikan paus , labah-labah (panjang 150 kaki), cicak, manusia dan beberapa objek yang entah tak pernah tengok pun.
     Sampai sekarang kowt, saintis tertanya-tanya apa de hell objektif diorang buat geoglyph ni? tempatnya pula cukup strategik, kat kawasan yang takde angin lalu, dan kering kontang takde air. tu sebab dah 1500 tahun lebih berlalu (sebelum nabi Muhammad SAW lahir!), lukisan dan bentuk-bentuk nya masih sempurna. UNESCO pun dah cop kawasan ni sebagai warisan dunia. 
     Ahli arkeologi yang menjelajah kawasan ni gak pelik, kenapa geoglyph yang hanya boleh 'dinikmati' keunikan n keindahannya dari tempat yang tinggi ini dicipta. kalau tengok dari darat, tak perasan pun pebenda la menatang ni. macam bekas laluan tayar lori je gayanya. ekceli, takde pun bukit atau gunung yang tinggi-tinggi kat sekeliling kawasan ni, soooo... macam mana orang Nazca dahulu kala enjoy pemandangan indah hasil kerja diorang? ke memang takde tujuan apa-apa buat benda ni? nonsense la pulak kan.
     Di antara lukisan-lukisan ni, ada satu laluan berbentuk garisan yang agak panjang.. lebih kurang 6 batu jauhnya. seolah-olah macam lebuhraya 9 km camtu. ada pendapat yang mengatakan, inilah 'laluan penerbangan', di mana para penumpang 'sejenis kenderaan yang boleh terbang' akan dibawa terbang mengikut laluan ini, dan berpeluang untuk menyaksikan keseluruhan panorama geoglyph. ala macam pusat pelancongan zaman dahulu kala le gamaknya.
      Apapun andaiannya, mestilah dibuktikan dulu kan? jadi pada tahun 1974, dua orang pengkaji bernama Julian Nott dan Jim Woodman telah melakukan eksperimen diorang. apa yang diorang buat? diorang berdua telah mencipta sebuah belon udara panas, menggunakan elemen-elemen semulajadi yang wujud sekeliling Nazca. guess what? tetiba belon ni naik setinggi 300 kaki dengan mudahnya.
Condor I namanya...
Firman Allah SWT,
"Maka (Kami kabulkan permohonan Sulaiman lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya.." (Saad:36)

p/s : Adakah kita fikir, teknologi kita sudah cukup bijak bila boleh terbang di udara? :-)

Sunday, July 24, 2011

Segmen Miss Nadya :: Motif Kenal Blogger Lain

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 


Oyeah.. setelah dua hari ketandusan internet, maka hari ni beta nak join segmen by miss nadya. sesape nak join sila klik header beliau kat atas ni ye.

Nama : Bazli Aminuddin
Umur : 21 tahun
Negeri : Perak

Orait, mudah aje nak join kan. so, tunggu pe lagi?:-)

Eh, nanti dulu!

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 


Hamba 1:

Eh, nanti dulu!

Aku belum solat Subuh lagi,
Tadi ingatkan hari belum pagi,
Rupanya matahari sudah tinggi,
Belum mandi, cuci muka gosok gigi.

Aku nak beri kucing makan dulu,
Aku nak tolong ibu basuh kain baju,
Lepas tu ingat nak baca buku,
Al-quran lah dulu, nak cuci qalbu.

Rasanya lepas tu nak kemas rumah,
Jaga kebersihan, kan itu pun amal ibadah?
Ala semua tu bukannya susah,
So tak elok kan buat tak endah?

Eh, nanti dulu! 

Harta aku ade lah sikit dalam simpanan,
Aku nak sedekah kat orang yang memerlukan,
Lepas tu nak jumpa kawan lama kat pekan,
Lepak kejap, minum kopi secawan.

Lepas tu cadangnya nak ziarah saudara,
Lama tak jenguk, rindu kat mereka,
Nak minta ampun salah silap segala,
Aku tau, aku banyak dosa!

Mmm.. lepas tu nak buat apa ya?
Ha! nak langsai hutang dekat manusia,
Nak jumpa juga musuh dahulu kala,
Nak minta maaf, lupakan sengketa lama.

Eh, nanti dulu! 

Aku nak buat banyak lagi perkara,
Nak qadha solat n puasa yang tak sempurna,
Kalau boleh, aku nak putar balik masa,
Kemudian fikir, bagaimana nak tambah pahala.

Janganlah datang dekat aku,
Berikan aku sedikit lagi waktu,
Aku berubah jadi orang baru,
Nak sembah Allah, Tuhanku yang Satu!

Hamba 2:

Eh, kenapa pula nanti dulu?

Bukankah kau diberi cukup masa?
Hidup selesa, nikmat tak terkira?
Kenapa sekarang, minta tangguh pula?
Banyak juga to-do-list kau ya?

Hai manusia, apa kau dah lupa?
Aku juga hambaNya, datang atas urusan kerja,
Mungkin perlu ku jelaskan semula,
Aku malaikat maut, masa kau dah tiba!

******************************

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya,
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali 'imran:185)

Jangan tunggu sampai esok tiba.
Mana tahu, hari ni yang terakhir buat kita.
Dan semalam, hanya kenangan time dipinjamkan nyawa.
Pesanan khas untuk beta, dan rakyat semua.

Tuesday, July 19, 2011

Cerita orang baik ngan orang jahat

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

Orang baik DAN orang jahat.

Orang baik orang jahat, 
Satu taat satu sesat, 
Bila syaitan mula dekat, 
Nafsu mula naik semangat. 

Orang baik orang jahat, 
Satu hebat satu tenat, 
Waktu syaitan mula lekat, 
Buat amal hilang berkat.

Orang baik orang jahat, 
Ada kongsi benda sama, 
Bila syaitan cuba gugat, 
Dua-dua ditipu daya. 

******************************
Orang jahat nak buat jahat

Orang jahat ni tak susah sangat, 
Hendak digugat syaitan laknat, 
Amal ibadah pun dah dia tak buat, 
Tak payah pun syaitan bersusah berpenat.

Orang jahat ni simple sahaja, 
Syaitan setakat jadi supporter, 
Mengipasnya supaya buat dosa, 
Seronok dia, ada teman kat neraka!

*senang je syaitan deal dengan orang jahat ni...*
******************************
Orang baik nak buat baik

Orang baik ni syaitan susah sikit, 
Tingkahnya terpuji, amal nya berbukit, 
TAPI syaitan tak mudah pancit, 
Stamina nya tinggi macam atlet. 

Orang baik ni syaitan suka pujuk, 
Bila nak solat diberi katil empuk, 
"Tidurlah dulu... kau kan mengantuk?", 
Namun dilawan, syaitan pun terhantuk.

Nak ambil wudhu', syaitan datang lagi, 
"Rileks lah dulu, kita tengok tv?", 
Tapi si baik teruskan bersuci, 
Syaitan pun kata, "ahh... gagal lagi!".

Di atas sejadah, si baik bersedia, 
Syaitan datang cuba lagi goda, 
Takbir diangkat, solat pun bermula, 
Syaitan ke dinding, hantuk-hantuk kepala.

Sekarang syaitan try nak ganggu,
Agar si baik hilang khusyu',
Terduduk syaitan, sambil terkedu,
Tengok si baik mantain tawadhu'.

Selesai solat ditadahnya tangan,
Memohon ampun dari Ar-Rahman,
Syaitan bisikkan final ujian,
"Solat kau hebat, orang mesti kasi pujian!"

Syaitan nampaknya dah gigit jari,
Bila si baik berkata begini:
"Amalanku bukan untuk dipuji,
Niatku ikhlas kerana Ilahi."


"Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang diikhlaskan (dari penyelewengan)."
(Saad:82-83)

Jangan jadi orang jahat, tapi jadilah hamba Allah yang taat.
Minta Allah ikhlaskan hati, baru nak beramal tak berat hati.
Tak mengharap puji sanjungan, syaitan nak hasut pun takde can.

Monday, July 18, 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 


Segmen oleh miss luna lanun!
Ok r, beta nak express sori sangat-sangat. ye beta tau, ni entri segmen kedua berturut-turut. bukan apa, dua tiga hari ni blurr sikit. mungkin kurang membaca, so kuranglah idea.
Orait lah, tengok tajuk pun dah faham kan segmen apa ni? kalau nak join, pas solat meh usha sini. join cepat!

*bila takde idea, blogwalking jelah. harharhar*

Sunday, July 17, 2011

Segmen : Jom Terjah Blog Newbie

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 


Adakah beta newbie? Harharhar. tak kesah r apa manusia nak cakap. nak join segmen ni, sila ke sini. tapi pastikan korang dah solat wajib. kita budak baik kan. :-)

Adapun slogan terjah pilihan beta ialah:
"TERJAH BLOGGER NEWBIE, HIDUP AMAN SEJAHTERA. BLOGGING DARI HATI, SILATURRAHIM SESAMA KITA." 

wakaka. untuk melengkapkan entri ni, maka dengan ini disisipkan titah beta yang pernah mengetuk sanubari suatu ketika dahulu. terimalah, siapa bidadari itu.

Fi Amanillah.

Thursday, July 14, 2011

Kehilangan...

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 

     Psikologi, sejarah, weird science, mystery, paranormal, ancient civilization, ni semua siyesly boleh buat beta gila. ya! beta sangat suka info-info mengenai menatang di atas. bila tengok cerita Enemy At The Gates suatu ketika dulu, tup tap dapat tau yang itu based on true event. 
     Arggggggh!!! terus jadi gila. terus google sal history yang sebenar. tapi tu r... ironi nya, pelakon sentiasa lagi hensem dari watak sebenar. wakaka. tapi ini memang lepak-lepak yang bagus. surfing pun kena membaca kerana ia jambatan ilmu. tak paham lagi ke beta tengah tazkirah ni? 

HARAP MAAF ATAS INTRO DUA PERENGGAN. 

     Untuk mengelakkan beta tak habis-habis berpuisi dalam blog ni, maka pada hari ni beta nak share dengan rakyat secebis info. beta yakin, kita semua sangat teliti dalam menjalani kehidupan seharian. namun, berapa ramai dari kita yang aware atau punyai kesedaran tentang ... 
Disappearing Object Phenomenon?

"Apa kejadah nya ni tuanku?" tanya seorang rakyat hujung kota. 
     Fenomena Objek Hilang (DOP) mungkin sering berlaku dalam hidup kita, cuma untuk menjadikannya nampak saintifik, maka saintis menamakannya sedemikian rupa. sebagai contoh, hayati kisah di sebelah. Siti pergi library untuk study. setelah menelaah nota selama sejam, maka beliau ingin menyiapkan sedikit latih tubi. malangnya, beliau mendapati pen yang sebentar tadi diletakkan di atas mejanya, telah ghaib. atas lantai, bawah buku, semua diselongkarnya namun hampa. pen beliau masih hilang. tiba-tiba kawannya yang baru sampai di library menyapanya,"waah.. macam prof lak aku tengok kau selit pen kat tudung,".
     DOP ialah situasi yang melibatkan benda yang kita selalu guna. kita dah biasa letak benda tu kat tempatnya, tapi bila waktu nak pakai benda tu hilang. contoh macam pen tadi. penat mencari, akhirnya mungkin kita jumpa benda tu kat tempat lain. ataupun (yang biasa jadi) jumpa tempat yang sama, tapi terselindung di sebalik buku n sebagainya.
     Apa yang sebenarnya terjadi? Para pengkaji DOP ada kasi beberapa andaian.


1) Hilang Tumpuan
     Penyebab yang utama, ialah lupa. kita biasa letak pemadam contohnya kat tempat alat tulis. suatu hari bila tengah padam sumtin, tiba-tiba ada kawan datang bilik nak pinjam lab report. gangguan yang datang waktu kita sibuk dengan sesuatu kerja tu, boleh buat kita hilang tumpuan. sampai tak perasan yang kita simpan pemadam tu dalam poket seluar, ambil report n kasi kat kawan, lepas tu tercari-cari mana perginya haiwan pemadam tersebut.
     Kenapa susah nak jumpa benda yang hilang dalam situasi ni? sebab ia diletak kat tempat yang kita mungkin tak terfikir langsung.


Penyelesaian: Expect the unexpected. cari betul-betul.


2) Kena Pinjam
     Suatu hari bila tengah padam sumtin, tiba-tiba ada kawan datang bilik nak pinjam lab report. kita pun bangun tergesa-gesa dan hulur report kat dia, then duduk semula nak sambung proses memadam. hoh! mana pulak pemadam tadi ni? kita pusing satu bilik, cari bawah tilam, celah buku, dalam poket (teori 1st), tapi buntu.
     Then setelah 15 minit roommate yang study sebelah dengan selamba berkata, "pinjam jap tadi, trimas ek," sambil memulangkan pemadam kita.


Penyelesaian: Jangan panik. selidik dahulu organisma hidup di sekeliling anda, termasuk kucing.


     Andaian yang pertama n kedua ni, boleh dipilih mengikut kesesuaian. kalau ada kawan sebilik or ahli keluarga serumah, boleh aje terus tanya kat dia tanpa perlu mencari benda hilang tu terlebih dahulu. tapi, macam mana pulak kalau dua-dua teori di atas cancelled out? korang dah cari betul-betul, dan korang lak duduk sorang-sorang dalam bilik/rumah.
     Ok, yang seterusnya. a bit paranormal, so bersedia ya.


     Tekan r butang play, baca point seterusnya sambil dengar muzik. takde lah rasa kesunyian. dah tekan terus baca ye. :-)
   
3) Angkara 'Sesuatu'
     "Saya selalu pakai barang kemas peninggalan arwah nenek. arwah memang ada satu kotak kecik yang dia guna untuk simpan segala barang kemas tu. banyak kali jadi, saya balik rumah dan letak je rantai nenek yang saya pakai atas meja solek. esoknya, semua barang kemas tu balik semula tersusun elok dalam kotak tu. padahal saya duduk sorang-sorang je kat rumah. WTH."


Itu ialah pengalaman yang diceritakan seorang wanita kepada pengkaji DOP. beta dapat dari internet, iye WTH tu mesti r beta yang tambah. 
     Ada yang mengatakan DOP ialah angkara jin. biasanya kalau sekali dua berlaku, kita boleh anggap diri sendiri yang pelupa. tapi bila dah kerap terjadi, dan kita pulak duduk sorang-sorang dalam bilik/rumah, apa lagi yang bermain dalam fikiran?
     Ramai yang cenderung menolak teori 'angkara sesuatu' ni. diorang berpendapat, benda yang ada kaitan dengan emotional relationship, contohnya cincin arwah atuk-mengingatkan kita kepada atuk. so, otak kita create sesuatu pemikiran yang membuatkan kita terbayang kehadiran orang yang tersayang tu. sampai kita terlupa yang kita sendiri salah letak. 
     So, amacam? beta no komen... cuma, mungkin kita boleh renung kalam Allah ni :


"Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah." (An-Naml:38-39)


Penyelesaian: Bacalah ta'awwudz apabila bulu roma anda meremang. wuuuuuuu~(bunyi angin). 


4) Ghaib Sementara
     Benda tu sebenarnya ada depan mata, tapi atas sebab-sebab tertentu, kita tak nampak. mungkin sebab distracted, macam warna yang sama. contoh mudah: sesumpah. tambah pulak, optical illusion memang wujud, so tak payahlah beta terang panjang-panjang.


Penyelesaian: Jangan kelam kabut sewaktu mencari. bertenang.


5) Perubahan Dimensi
     Kewujudan dimensi selain 3D yang kita sedia maklum, memang diakui oleh sains. Allah pun dah gtau alam ghaib memang wujud. teringat dulu pensyarah fizik beta cakap,"kita tak boleh tengok jin n malaikat, sebab wavelength (gelombang) diorang tak mampu dikesan mata kita." kalau yang nampak, itu semua izin Allah.

     Teori ni beta pun susah nak percaya. tengah sibuk cari kunci kereta kita, tiba-tiba dengar bunyi kunci jatuh kat dapur. sah memang benda tu kat situ. boleh ke bayang kunci tersesat masuk alam lain, then bila 'tersedar' dia tersesat, dia pun tercampak balik ke alam ni.
     Wallahu a'lam. dulu memang gegar satu malaysia, kes budak hilang waktu main-main dekat pokok. pastu kat ceruk hutan mana ntah pasukan penyelamat jumpa balik. tak tau lah kelentong ke apa, tapi budak tu cakap,"adik ikut nenek.."


Penyelesaian: Usaha dan tawakkal pada Allah.
********************
     Apa jua yang pada kita ianya pelik or tak masuk aqal, yakinlah bahawa Allah swt Maha Mengetahui secara terperinci apa yang terjadi. kita sebagai hamba Allah, seharusnya menggunakan kapasiti aqal fikiran yang dikurniakan Allah ni untuk menilai sesuatu itu dengan memohon petunjuk dariNya.
     Bukankah kehilangan itu pun satu nikmat dari Allah? Dia nak suruh kita merayu kat Dia, doa banyak-banyak. kembali kepadaNya berserah diri. 


"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." 
(Al-a'raf: 200-201)

Friday, July 1, 2011

jumaat cinta

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

Wahai hamba,
Engkau tahu apa itu cinta?
Tak ada sebab nak malu-malu pula,
Tak ada salahnya kalau nak berbicara,
Itu justifikasi fitrah manusia,
Yang Allah kurnia supaya kita rasa,
Rasa manisnya cinta bila dipandu dengan agama,
Silakan kalau nak cakap ini jiwang ke apa,
Siapalah kita, nak nafi rasa cintakan cinta,
Cuma kena tahu, cinta itu hendaknya ke mana?

Cintakan manusia kadang-kadang kita menjauh,
Cintakan manusia kadang-kadang sampai bergaduh,
Bila berkasih umpama jasad yang kukuh,
Bila berselisih bak sakitnya tulang yang rapuh,

Cintakan manusia, "aku cintakan kau!" ucapan yang ampuh,
Kekadang sayang buat hamba jadi bodoh,
Ditipu nafsu sampai kau pun "aduh!",
Syaitan iblis tergelak sampai jatuh-jatuh,
Jiwa runsing, fikiran kosong, hati luluh.

Pernah dengar cinta Allah?
Kasih Pencipta kepada ciptaanNya,
DiberiNya bumi jadi rumah kita,
DisuruhNya solat untuk bayar sewa,
TaatkanNya bagi engkau tiket syurga,
Takutkan dosa, say bye-bye to neraka.

Pernah dengar cinta Allah?
Darabnya ada, tiada pula bahagi,
Berbisnes denganNya kau takkan rugi,
DiutusNya rasul dan juga nabi,
Memimpin umat di jambatan duniawi,
Happy sentiasa melintasi ukhrawi,
Moga sempurna cahayamu nanti.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, 


pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; 


mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 
(At-Tahrim:8)

Pernah dengar cinta Allah?
CintaNya tak pernah lupakan manusia,
Walaupun kita selalu leka,
Homosapiens pula banyak ragamnya,
Namun cintaNya kekal sempurna,
The Supreme Creator, Dialah Pencipta,
CintaNya wujud, maka hendaklah hamba bersujud,
CintaNya penuh lemah lembut, hanya kepadaNya hamba takut,
CintaNya di cerebrum, di hati juga,
CintaNya didamba, di situ password syurga!

Jadi, dah fahamkan cinta Allah?
Dari cintaNya, baru datang cinta manusia,
Baru hadir mahabbah di jiwa,
Dari cintaNya, manusia lemah jadi kuat,
Punya teman yang berikan semangat,
Dari cintaNya, manusia cukup serba-serbi,
Bila dah miliki cinta hakiki,
Dari cintaNya, kasih manusia terikat rapi,
Berpimpin tangan ke jannah abadi.


     Apabila seorang kumbang kamen rider mengucapkan kata-kata cinta "I luv U" kepada seorang bunga manggar, maka dirasakan itulah kata-kata keramat yang konfem ingat sampai bila-bila.
     Kata-kata itu amat bermakna bak meja study. pabila malam sunyi sepi, para roommate dibuai mimpi, cengkerik berbunyi sana sini, namun meja study tetap teguh berdiri. menemani tuannya mengulangkaji. itulah kata-kata cinta, enak didengar macam tidur di buaian misteri.


TAPI. . . 


     Ada ucapan yang lagi special sebenarnya. ucapan bukti cinta buat Ilahi. ucapannya lebih hebat dari " Aku cinta kamu ."
Ucapan yang lagi mantop dari " I luv U. "


Ungkapannya berbunyi " Aku tidak cinta MELAINKAN kamu. "


La Ilaha Illallah. tiada yang disembah MELAINKAN Allah. . .

p/s : Tajuk pening sikit. bukan apa, tensen gak filem-filem dok letak nama bait cinta, stanza cinta, syurga cinta, tahajud cinta. ambik kau beta buh title jumaat cinta lak. wakaka.
Related Posts with Thumbnails

pageviews