Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah
Pekabo rakyat jelata sekalian? harapnya sentiasa in the pink of health. adapun pada hari ini insyaAllah beta nak citer zaman skol menengah dulu. citer lawak khas untuk korang, kenangan waktu beta belajar di sebuah sekolah utara tanah air.
Rutin bagi kitorang bebudak asrama ni, tiap-tiap malam kecuali jumaat n sabtu, ada prep. waktu ni la kononnya khas untuk siapkan kerja rumah (asrama???) pastu ulangkaji pelajaran. namun ketahuilah bahawa ia hanya indah khabar dari rupa. prep waktu paling best nak tido dan bersembang kerana... errrr, kerana petang nya kami dah main bola. so malam kenalah wat ulasan serta muhasabah corak permainan agar lebih kemas esoknya.
"Tuanku, straight to de point reti ke idak?" seorang rakyat menyuarakan pandangan. ok fine.
Adapun pada suatu malam yang biasa, beta pun menghadirkan diri ke prep. kenapa beta guna 'menghadirkan', bukan 'menghadiri' ? sebab, beta juz memaksakan diri untuk datang prep, sedang nun di sudut hati meronta-ronta nak balik dorm tido.
Setelah puas bersembang, kelihatan jam hampir ke pukul 10.30 malam. prep nak habis dah. waktu ni sesi meminjam homework dari budak-budak bijak pandai bermula, kerana diorang konfem dah siap semua. then beta dan member pun bersiap-siap untuk balik ke asrama, dan di sini alkisahnya bermula...(wth!)
Selepas setel supper, solat isya' plus baca al-mulk, lepak jap kat dorm member. walaupun tym prep kami bersembang, tapi lepas prep kami serius. budak-budak dah start tido baru kita tenang nak study ye dak? baru boleh start wat homework. dalam pukul 12 lebih, beta pun mengesyorkan diri untuk balik dorm.
...
...
...
Hanya untuk mendapati bahawa kunci locker beta tertinggal kat kelas.
Arghhh rasa nak berdarah hidung! oleh kerana sudah dua buah locker dulu jadi mangsa kopak beta kerana hilang kunci, maka kali ni beta berazam tak mau kopak-kopak dah. "beta mesti amik kat kelas!"
And so i did. kaki melangkah, suara bebudak asrama semakin sayup dan akhirnya hilang dari telinga.
Sunyi sepi je bangunan akademik tengah malam camtu. kelas-kelas gelap gelita, juz lampu koridor yang menyala. ada yang rosak, menyala kelip-kelip. arghhhhhh, cam silent hill lak! kejap-kejap ada bunyi pintu terbuka tertutup dek angin kuat, ye r skol beta kat bukit sket. kelas lak tingkat 4, wuuuuuuu tensen.
Dipendekkan cerita, beta pun berjaya mengharungi segala dugaan lalu ingin berangkat pulang. tiba-tiba...
"meowwww...meowwww..."
Ceh. kucing nak ngorat r tu. lama jugak beta dengar kucing mengiau tu, waktu turun tangga tingkat 4 sampai r dekat ground floor. tapi kucingnya entah kat mana tak tau. tym habis turun tangga, suara tu pun senyap.
Haa.. tiba ke part lawaknya.
Waktu melintas depan surau on the way ke asrama, beta stop jap. teringat, tadi memang meremang bulu roma, tak tau kenapa. padahal bunyi kucing je. bila datang perasaan yang bukan-bukan waktu tu, beta pun bermonolog dalam hati;
*kalo kau kucing, sila senyap ye...*
Dan sekelip mata suara tu pun senyap. hehehe.. lawak kan? camne r kucing bleh baca hati manusia. hebat! hihihi
...
...
...
...
...
Errrrrr......
Beta mula rasa seram sejuk. beta pandang cermin tingkap surau, nampak diri sendiri. sorang-sorang kat tengah koridor tu, ada lagi 70m nak sampai asrama. tertanya-tanya, "yang tadi tu, kucing ke...or...."
Arghhhhh bila masa lak kucing ada psikik! Ok. korang takyah tanya r, beta berjalan lenggang-lenggok gak ke atau lari pecut pastu.
p/s : beta brenti depan surau tu sebab teringat ustaz gtau dulu, ada jin boleh baca hati n aqal manusia. tu sebab bila rasa seram sejuk, jangan fikir bukan-bukan. sebab 'benda' tu akan muncul mengikut apa yang kita create dalam minda kita. :-)
4 comments:
haaha nice one bazli..
betul selepas pukul 12 baru pulun stdy segala..
tu kucng gopeng tu huhu...
hehehe... aku teringat lalu kat kawasan tangga nak ke kelas..
selalu ada bau wangi..
ingatkan student ke pakai minyak atar..
aku baru perasan..
bau bunga kemboja.. hari Jumaat..
terus aku cabot balik dorm..
hehehe.. = D
betul tu, sya pun pernah terjumpa di surau waktu sebelum subuh..die just pandang je tak usik pun..:)
@mai: kucing ke bkn, ak tetap redha,hehe..pasni tak wat dh O_o
@iqbal: eh tu bau toilet sbelah tangga tu iqbal..kan toilet kite 'wangi'.lol
@bobo: kat surau? tgk.. jin pun qiyamullail. beta yg mnusia ni je yg liat (-,-")
Post a Comment