Sunday, July 24, 2011

Eh, nanti dulu!

Assalamualaikum 
Bismillah wal Hamdulillah 


Hamba 1:

Eh, nanti dulu!

Aku belum solat Subuh lagi,
Tadi ingatkan hari belum pagi,
Rupanya matahari sudah tinggi,
Belum mandi, cuci muka gosok gigi.

Aku nak beri kucing makan dulu,
Aku nak tolong ibu basuh kain baju,
Lepas tu ingat nak baca buku,
Al-quran lah dulu, nak cuci qalbu.

Rasanya lepas tu nak kemas rumah,
Jaga kebersihan, kan itu pun amal ibadah?
Ala semua tu bukannya susah,
So tak elok kan buat tak endah?

Eh, nanti dulu! 

Harta aku ade lah sikit dalam simpanan,
Aku nak sedekah kat orang yang memerlukan,
Lepas tu nak jumpa kawan lama kat pekan,
Lepak kejap, minum kopi secawan.

Lepas tu cadangnya nak ziarah saudara,
Lama tak jenguk, rindu kat mereka,
Nak minta ampun salah silap segala,
Aku tau, aku banyak dosa!

Mmm.. lepas tu nak buat apa ya?
Ha! nak langsai hutang dekat manusia,
Nak jumpa juga musuh dahulu kala,
Nak minta maaf, lupakan sengketa lama.

Eh, nanti dulu! 

Aku nak buat banyak lagi perkara,
Nak qadha solat n puasa yang tak sempurna,
Kalau boleh, aku nak putar balik masa,
Kemudian fikir, bagaimana nak tambah pahala.

Janganlah datang dekat aku,
Berikan aku sedikit lagi waktu,
Aku berubah jadi orang baru,
Nak sembah Allah, Tuhanku yang Satu!

Hamba 2:

Eh, kenapa pula nanti dulu?

Bukankah kau diberi cukup masa?
Hidup selesa, nikmat tak terkira?
Kenapa sekarang, minta tangguh pula?
Banyak juga to-do-list kau ya?

Hai manusia, apa kau dah lupa?
Aku juga hambaNya, datang atas urusan kerja,
Mungkin perlu ku jelaskan semula,
Aku malaikat maut, masa kau dah tiba!

******************************

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya,
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali 'imran:185)

Jangan tunggu sampai esok tiba.
Mana tahu, hari ni yang terakhir buat kita.
Dan semalam, hanya kenangan time dipinjamkan nyawa.
Pesanan khas untuk beta, dan rakyat semua.

4 comments:

Rean said...

manusia sering terlupa dan suka tangguh2..siapa lg yg nak ingtkn mereka klau bukan kita sesama manusia.. :)

bez.amin said...

ya btol!n blog adelah slh 1 medium utk saling mengingatkan :-)

Gadis Kecil said...

Nice pantun!akak bwk kan blog adik and share entri kt blog akak tau.ramai yg suka pantun nukilan adik ni.Berdakwah cara begini lebih mudah utk didekati. teruskan ye :)

bez.amin said...

trimas kak aishah!
share lh ngan sume org,spread the dakwah.sy no hal,hehe
doakan moge kite same2 dpt manfaatnya :-)

Related Posts with Thumbnails

pageviews