Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah
Orang baik DAN orang jahat.
Orang baik orang jahat,
Satu taat satu sesat,
Bila syaitan mula dekat,
Nafsu mula naik semangat.
Orang baik orang jahat,
Satu hebat satu tenat,
Waktu syaitan mula lekat,
Buat amal hilang berkat.
Orang baik orang jahat,
Ada kongsi benda sama,
Bila syaitan cuba gugat,
Dua-dua ditipu daya.
******************************
Orang jahat nak buat jahat
Orang jahat ni tak susah sangat,
Hendak digugat syaitan laknat,
Amal ibadah pun dah dia tak buat,
Tak payah pun syaitan bersusah berpenat.
Orang jahat ni simple sahaja,
Syaitan setakat jadi supporter,
Mengipasnya supaya buat dosa,
Seronok dia, ada teman kat neraka!
*senang je syaitan deal dengan orang jahat ni...*
*senang je syaitan deal dengan orang jahat ni...*
******************************
Orang baik nak buat baik
Orang baik ni syaitan susah sikit,
Tingkahnya terpuji, amal nya berbukit,
TAPI syaitan tak mudah pancit,
Stamina nya tinggi macam atlet.
Orang baik ni syaitan suka pujuk,
Bila nak solat diberi katil empuk,
"Tidurlah dulu... kau kan mengantuk?",
Namun dilawan, syaitan pun terhantuk.
Nak ambil wudhu', syaitan datang lagi,
"Rileks lah dulu, kita tengok tv?",
Tapi si baik teruskan bersuci,
Syaitan pun kata, "ahh... gagal lagi!".
Di atas sejadah, si baik bersedia,
Syaitan datang cuba lagi goda,
Takbir diangkat, solat pun bermula,
Syaitan ke dinding, hantuk-hantuk kepala.
Sekarang syaitan try nak ganggu,
Agar si baik hilang khusyu',
Terduduk syaitan, sambil terkedu,
Tengok si baik mantain tawadhu'.
Selesai solat ditadahnya tangan,
Memohon ampun dari Ar-Rahman,
Syaitan bisikkan final ujian,
"Solat kau hebat, orang mesti kasi pujian!"
Agar si baik hilang khusyu',
Terduduk syaitan, sambil terkedu,
Tengok si baik mantain tawadhu'.
Selesai solat ditadahnya tangan,
Memohon ampun dari Ar-Rahman,
Syaitan bisikkan final ujian,
"Solat kau hebat, orang mesti kasi pujian!"
Syaitan nampaknya dah gigit jari,
Bila si baik berkata begini:
"Amalanku bukan untuk dipuji,
Niatku ikhlas kerana Ilahi."
"Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang diikhlaskan (dari penyelewengan)."
(Saad:82-83)
Bila si baik berkata begini:
"Amalanku bukan untuk dipuji,
Niatku ikhlas kerana Ilahi."
"Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang diikhlaskan (dari penyelewengan)."
(Saad:82-83)
Jangan jadi orang jahat, tapi jadilah hamba Allah yang taat.
Minta Allah ikhlaskan hati, baru nak beramal tak berat hati.
Tak mengharap puji sanjungan, syaitan nak hasut pun takde can.
Minta Allah ikhlaskan hati, baru nak beramal tak berat hati.
Tak mengharap puji sanjungan, syaitan nak hasut pun takde can.
5 comments:
nak jadi baik ni banyak dugaannya.
tp iman kene kuat. InsyaAllah :)
ya Allah nasihat nih memang berbekas dihati... thanks untuk peringatan... moga kita sentiasa menjadi hamba yang taat dan ikhlas.. :)
sya sgt suka baca nukilan spt in..thanks! kamu dah masuk dlm bloglist vip :)
@aisyah: iyup,smakin kite nak jd baik,smakin hebat dugaannya :-)
@permata biru: smoge bermanfaat utk sume :-)
@Golden rose: trimas!
@imBobo: trimas bro!vip?OMG..trimas x1000 lagi! hehe. bro pun dh lame ade kat bloglist worldwide sy B-)
thanks bez amin :)
Post a Comment