Wednesday, October 14, 2009

pedoman rasulullah saw

assalamu'alaikum...

artikel ini aku tulis sebagai peringatan untuk diri sendiri terutamanya, seterusnya buat keluarga, para sahabat, serta sesiapa yang sampai artikel ini kepadanya.

mana-mana pihak yang terasa kecil hati, tersinggung dan apa jua yang sewaktu dengannya, harap kita dapat bersama-sama memuhasabah diri masing-masing. bagi yang tidak terkena batang hidungnya, atau langsung tidak ambil kisah berkenaan isu politik negara 1malaysia, semoga anda berwaspada.

paparan di bawah ini aku copy dari blog ini

.: Pedoman dari Rasulullah saw :.

suasana pencalonan dan perlantikan khalifah:-
- tiada suasana mengaibkan calon.
- tidak berlaku mencari kesalahan calon.
- tidak membuka keaiban calon.
- tidak menceritakan keburukan calon yang telah lalu.
- tiada pulau-memulau.
- tiada pergaduhan.
- tiada mencacat-cela.
- tiada kempen-mengempen.
- tiada kutuk-mengutuk.
- tiada berhasad-dengki.
- tiada berburuk-sangka.
- tiada budaya samseng.
- tiada budaya rasuah.
- tiada budaya membeli undi.
- tiada budaya vandelisem.
- dan banyak lagi kebaikkan yang berlaku sehinggalah era zaman perlantikan Saidina Ali r.h. kerana umat Islam pada ketika itu telah semakin kuat, tanah kekuasaan semakin luas, harta negara semakin meningkat.. Maka berlakulah perebutan sehingga tertubuhnya Kerajaan Bani Umaiyyah dan Kerajaan seterusnya yang silih berganti.



semoga kita semua mendapat manfaat, barang sekelumit sekalipun, daripada perkongsian di atas. jauhkanlah diri kita daripada perbuatan mencaci orang lain, tidak kira kawan mahupun lawan.

jika orang yang berdosa pada pandangan kita itu sudah bertaubat nasuha, takutlah terhadap kemurkaan Allah sekiranya kita mencaci orang tersebut di atas dosa silamnya. jika orang itu masih lagi dibuai lautan dosa, bukankah sebagai saudara seagama, kita wajib membantunya? mungkin dia sudah melupakan Islam... tetapi ingat, Islam tidak pernah melupakan dia.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ
فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(al baqarah : 186)

Rasulullah saw dan para sahabat baginda, tatkala kalah dalam peperangan menegakkan syiar Allah, tidaklah mereka mencaci, ataupun menyalahkan musuh yang diperangi. tidaklah Rasulullah menyalahkan undi pos, mahupun mengeluarkan kata-kata kesat seperti "perasuah!", "rakyat bodoh!", "penduduk pilih rasuah daripada maruah!!" dan yang sewaktu dengannya...


Wallahu a'lam...

Monday, October 12, 2009

odysseus & cyclops



"mak datuk! besar nak mampuih makhluk ni! mati la aku..." odysseus merungut sendirian sambil menjeling ke arah pengawal-pengawalnya yang telah cabut.*haram jadoh betui deme ni.penakut!*



"oi gedempol, meh sini!" rudy(nama timangan odysseus) menyapa lawannya itu.



"apa hang cakap sat tadi? mai ulang balik! hang nampak cota aku ni?" si mata satu cyclops naik angin.



"hehe...rilek la bro! aku juz nak dengo, macam mane oghang utaghe bile naik angin. ate, teman oghang perak. kan ke serumpun kite ni?" rudy cube menjernihkan situasi.



"hah. baguih gak. sebelum aku makan ko, elok le kita berta'aruf dulu. mana tau, kot-kot boleh tuka'(tukar) pendapat ka..PRK bagan pinang kelmarin, hang sokong belah mana?" cyclops mula merendahkan suaranya.



jawab rudy,"uish...teman mesti la sokong yang baik! tu yang menang tuu!"



"hoh. parti aku kalah! tapi takpa, sama-sama melayu. jom kita panjatkan syukur ke hadrat Ilahi Rabbul Izzati. al-fatihah.."



30 saat kemudian...



"nama hang sapa? aku cyclops, anak Pak Kulop ketua kongsi gelap."



"oh, nama panjang aku 'takdak sapa-sapa'. rakyat aku panggil aku 'nobody' ," jawab rudy.



"owh. sedap gak ye? aku panggil
nobody lah. hah, ni aku nak ingatkan siap-siap ni. hang jangan cuba nak lari na. hang lari 10 tapak, aku ligan setapak ja tau! lagipun, konco-konco bapak aku ada kat mana-mana. kehkehkeh... ... oi! hang watpa ni! adoi! sakit la mangkuk!" cyclops menjerit kesakitan.



sepantas kilat, rudy memacak tombaknya ke mata cyclops!



*hehe...tak gune kalo boleh kejar pun, mata ko dah buta!* rudy mengejek cyclops di dalam hati, bimbang arah lariannya dikesan. dari jauh, dia nampak pengawal-pengawalnya melambai-lambai ke arahnya...



"bapak! ada orang cucuk mata aku! adui la!" cyclops mengadu kepada bapaknya.



"tak guna! bagero! kamu tau sapa nama bedebah tu?" tanya Pak Kulop.



"
nobody! nobody! konfem bapak! takdak sapa-sapa!"



dush! dush!



"kan dah kena sekeh. dah la parti aku kalah kelmarin. dan-dan ja dia nak wat lawak bangang dengan aku," ngomel Pak Kulop sambil berlalu pergi diiringi konco-konconya.



"innallaha 'azizun hakiim..."



"sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana..." kan Allah dah ajar. kekuatan fizikal itu bergerak seiring dengan ketajaman akal fikiran. harapkan badan je kuat, tapi otak dengan akal tak reti nak dimanfaat sebaik mungkin, tak guna juga jadinya...bodo juga nanti...

Wallahu a'lam...

Sunday, October 11, 2009

kambing hitam

assalamualaikum...

cuti semester yang boring dan kosong. main pokemon, dah tak tau nak buat gaya apa lak untuk menang. berjuta kali dah menang, haha. ni yang nak bongkak ni. astaghfirullah...

mengkaji waktu cuti begini, memang sangat selesa. tak perlu tergopoh membahagikan masa dengan assignment, sebagaimana hari kuliah biasa. newspaper reading pun tak sempat, bahkan nak fikir lapar sekalipun. hoho...

Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. salah satu divisyen tentera yang ditubuhkan Hitler, atas dorongan mufti baitulmaqdis ketika itu, Syeikh Amin al-Husayni(gambar, melambai tangan). 'hanzar' berasal daripada perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang.

sekali pandang, kemungkinan besar kita boleh tau kelainan yang terdapat pada divisyen ini. para anggotanya memakai tarbus, sebagai imej mereka. *fuiyoooo...*. di'fakta'kan juga, 90% daripada ahli Hanzar beragama islam, selebihnya kristian croat. jumlah keseluruhan anggotanya ialah seramai 60,000 orang je. *JE? pale otak ko! ok la tu..*

anti agama. terutamanya yahudi. mengamalkan teori 'matlamat menghalalkan cara'. penggerak fahaman komunis. itu semua gambaran yang diberikan oleh para orientalis ke atas Hitler.

benarkah? dakwah atau dakyah? kebenaran sejarah atau propaganda zionis? pertemuan Syeikh Amin al-Husayni dengan Adolf Hitler suatu perbincangan yang penuh bersejarah. mufti besar baitulmaqdis itu membawa isu palestin-yahudi(israel belum wujud ketika itu), manakala Hitler pula mengetengahkan usaha untuk mencari titik persamaan antara dunia Jerman-Arab.

antara isi meeting mereka yang sampai kepada kita, ialah kata-kata daripada Hitler :

"when the hour of Arab liberation comes, Germany has no interest there other than the destruction of the power protecting the Jews"

okai... fikir sejenak tentang Hanzar;
  1. adakah pembentukan divisyen Hanzar adalah semata-mata kerana Hitler mengagumi semangat jihad umat islam, sanggup mati kerana agama? oleh itu dia boleh mempergunakannya bagi memenangi perang yang sedang berlangsung?
  2. atau... adakah ia menandakan sudah wujudnya pemberontakan oleh Hitler terhadap 'manusia-manusia di belakangnya', yang sejak sekian lama mempergunakannya? sehingga tercetusnya perang dunia ke-2? benarkah dakwaan bahawa dia sudah fed up dimanipulasi oleh Illuminati, gerakan zionis antarabangsa yang menjadi tulang belakangnya? adakah dorongan Syeikh Amin yang berjaya menaikkan semangatnya untuk menentang mereka?
  3. or... adakah Syeikh Amin sudah membaca bahawa Arab akan kalah kepada yahudi dalam isu palestin? lalu beliau memilih untuk mempersiapkan bantuan tentera dari 'sahabat' luar? tetapi Nazi ditaqdirkan kalah tanpa sempat membantu?

...adakah kedamaian dalam lukisan oleh Hitler ini, menggambarkan naluri sebenar tokoh ini... adakah dia cuma seorang kambing hitam...siapa pula yang dimaksudkannya dengan 'power protecting the Jews' ? Freemason? Illuminati? Trilateral Commission? Britain? US?

Wallahu a'lam... (-_-)

Tuesday, October 6, 2009

effort ----> taqdir

"adusss...sakit gila dowh kepala..."

"haa...dah sedar pun kau.helikopter rosak teruk tu, tak boleh nak terbang dah," Deblob menyapa sahabatnya, Ink yang baru sedar dari pengsan.

"hutan tebal ni bro.. macam mana kita nak cari jalan besar ni.heli ni plak satu hal.kat tengah-tengah hutan ni jugak la nak rosak.hampeh tol!" Ink merungut.

"alhamdulillah tau, sangkut kat pokok. better daripada terhempas atas tanah, hancur badan kita tau tak... dah-dah. jom gerak cari jalan besar."

****jalan punya jalan...****

Ink dah tension. sudah dua hari mereka sesat di hutan itu. ingatkan Deblob tau jalan. malangnya, hampeh gak tak tau. sepanjang meredah hutan mencari jalan besar itu, dia mengomel-ngomel kepada sahabatnya.

"semalam kata nak cari sungai. sampai la ni tak nampak-nampak sungai. lepas tu nak cari jejak tayar lori balak, aku tengok, laluan ni rasa-rasanya basikal pun tak boleh lalu." dengan selambanya Ink memerli.

"sabar..sabar. tu kat sana tu, ada bukit kecik. jom tengok jap!" Deblob mengajak Ink sambil menambah kelajuan langkahan kaki.

"aduhai...watpe nak pergi sana?..lepas tu nak watpe? ada apa belakang bukit tu?"

"rilek..dah daki sampai atas tu, baru kita fikir nak watpe, orait?" Deblob menjawab penuh bersemangat.

setelah penat mendaki bukit yang tidak berapa mencabar itu, mereka berdua pun menuruninya...(habis tu, takkan nak pergi basuh kain kot)

"oi Deblob, buah cempedak gugur la. jom kupas! lapar dowh..." cepat aje manusia bernama Ink ini nak masukkan benda syubhah dalam perut.

Deblob menyuruh Ink memandang pokok-pokok di sekeliling mereka. wow!! ana setuju. opss, iklan P Ramlee jap... silap... wow!! banyaknya pokok cempedak! siap berbalut lagi tu buahnya!

"haa. bagus lah. boleh kita makan sampai kenyang," kata Ink.

"bukan itulah, Ink.. buah-buah tu berbalut dengan kain, maknanya... ini kebun orang! kita dah dekat dengan kawasan yang ada orang! alhamdulillah... dah selamat.." Deblob memanjatkan kesyukuran.

Ink terkesima,"astaghfirullahal 'azim.. ak...aku ingatkan, taqdir aku, sesat dalam hutan ni sampai bila-bila..."

sambil berjalan dan tersenyum, Deblob menjawab,

"let's say... bukankah Allah dah taqdirkan kita untuk memilih taqdir sendiri?"

Tuesday, September 22, 2009

sepi malam

tengah malam.

udaranya dingin lagi nyaman. di tengah-tengah metropolitan itu, hanya sesekali terdengar kenderaan lalu-lalang. tidak sesibuk waktu siang.

balai polis itu turut sepi, walaupun berpenghuni. di suatu sudut, seorang pegawai bertugas sedang menulis sesuatu di bukunya. laporan tugasan mungkin.

beberapa ketika kemudian...

"assalam
ualaikum, Amin!" seseorang tiba-tiba muncul, memberi salam kepada pegawai tersebut. sunyi + tengah malam + suara salam = agak menyeramkan. Amin menoleh seraya menjawab salam.

"ni, nak bagi kunci Waja..."sambung lelaki tadi, yang juga pegawai polis. malam itu, Amin memang bertugas untuk menerima dan menyimpan semula kunci-kunci kenderaan peronda polis, setelah rondaan tamat. jawabnya ringkas,"orait."

tiba-tiba.

terkesima. pelik. suspens.

pegawai yang bernama Amin itu terdiam seribu bahasa...

* * * * * * * * * *(suatu ketika yang lain)

"assalamualaikum, tuan!" pegawai polis yang baru muncul itu, menyapa seorang pegawai yang agak berumur. salamnya dijawab, lantas berlaku perbualan ringkas.

"kereta saya dah ok ke blom, tuan?"

"blom lagi la. tersadai lagi kat bengkel tu. kamu pun satu, yang bagi eksiden buat ape. bla bla bla... eh...?!"

pegawai yang lebih tua itu dengan automatik terdiam. gegas menyambung semula kerjanya. dia tidak menghiraukan pegawai muda tadi. malah dia tidak mahu menoleh langsung ke arah nya. seolah pegawai muda itu tiada di situ.

* * * * * * * * * *

si pemberi salam tadi, orang yang sama. meninggal dunia sewaktu bertugas, dilanggar penjenayah jalan raya. cerita di atas berlaku tidak berapa lama setelah pemergiannya.

al-fatihah buat arwah.

Saturday, September 12, 2009

3 saat yang mengubah 24 jam

assalamualaikum wbt member-member ku skalian!!

alhamdulillah...setelah sebulan menyepi daripada blogging, akhirnya aku berkesempatan gak untuk online. bengkek yang sangat mendalam melanda jiwa lara aku, sebab tak boleh masuk wifi cfs sebagai guess. senang cerita, kena pergi daftar dulu la jadi ahli komuniti. ini yang buat aku terpaksa order celcom broadband ni... "my money, my stuff, my rule"

hidup aku kat cfs ni, setiap hari berbeza-beza. kejap rasa macam nak makan orang, nasib baik bulan puasa. takde keja aku nak kena ganti puasa sebab termakan manusia. kejap lain pulak, ok je, happy go lucky. memang mood berubah-ubah.

ada satu cerita yang aku nak bagitau kau orang. peristiwa yang mengubah langsung persepsi aku untuk hari itu. hari yang sepatutnya agak berat; dan sememangnya itulah cfs, berubah menjadi hari yang paling tenang, rileks, blues, dan cool untuk aku.

sebagaimana hari-hari biasa, pagi itu hamba Allah ini bangun dari tidur bagi melalui fasa pertama pada hari itu - mandi. dalam sesi mandi-manda ni, tak banyak yang berbeza dengan hari sebelumnya. turun tangga ke toilet tingkat tiga; sebab toilet tingkat aku tak best, letak berus dan ubat gigi atas sinki, dan terus ke bilik mandi kegemaran aku. kalau ada orang lain tengah guna, memang aku akan tunggu sampai dia selesai. bilik itu je yang kena dengan jiwa aku. hahaha...

entah apa yang tak kena dengan pagi itu, aku tersalah langkah. terbawa sekali berus ngan ubat gigi masuk tempat mandi. *aiseyman...confirm aku takkan keluar sekarang. probability untuk makhluk lain ambil alih bilik ni agak tinggi. eventhough aku lalai dua saat jek...*

maka, aku pun dengan penuh tawakkal 'alallah, meletak kedua-dua specialized tools tadi di atas dinding divider, pemisah di antara compartments dalam bilik mandi.

mandi...manda...mandu...

sambil membersihkan anggota zahir, akal aku ligat memikirkan strategi yang bakal diambil untuk menjalani hari itu. lab bio, assignment bi, tutorial m3, quiz ict, study circle, bla bla bla...

TIBA-TIBA...

aku nampak berus gigi aku macam nak terjatuh. dengan penuh tawadhu', aku cuba memperbetul posisi instrument tersebut. haha...memang paaaaandai! berus gigi tu terjatuh pula ke bilik mandi sebelah. *hinszzzz!!!...*

waktu itu aku dah selesai mandi. memandang penuh sayu ke dinding. jeng je jeng...tiba-tiba kelihatan jari-jemari penuh bercahaya bak mutiara, berkilau bak zabarjad disadur zamrud, meletak kembali berus gigi aku pada posisi nya - jiran sebelah bilik mandi.

aku terkesima, seraya mengucapkan "trimas!!..." dia tidak membalas. kerana terlalu menghargai peristiwa tersebut, aku pun sambung mandi, hahaha. kali ini dengan mood berbeza. tiada perkara yang mengusutkan fikiran. clean & clear.

aku tak pernah terfikir benda kecil sebegitu sangat memberi kesan. aku tak pernah tahu siapa gerangan yang baik hati itu.

yang aku tahu dan pasti, baginya itu hanyalah bantuan kecil. oleh itu dia memilih tidak perlu menjawab "sama-sama". kecil?

tidak bagi aku. confirmed.

Friday, August 7, 2009

si kecil tapi besar

*ish, boring gila takde apa-apa nak dibuat ni.*

jejaka itu bermonolog dengan dirinya.
encik boring yang semakin membelenggu diri, memaksa beliau untuk berijtihad tentang apa yang perlu dilakukan sekarang.

*ya, pergi jalan-jalan naik kereta best gak ni!* idea yang sepatutnya muncul sejak awal tadi, hanya mampu dihasilkan otak beliau setelah beberapa jam mengerah akal.

orang kaya rupanya beliau ni. di petang yang hening itu, beliau memandu BMW kesayangannya. dari petang, suasana beranjak ke senja, dan seterusnya malam pun menjelma...

entah bagaimana, tanpa disedarinya, jejaka itu telahpun berada di atas highway... ini kes bawa kereta tak pasang niat la ni. tengok-tengok dah tinggal sorang-sorang tengah highway.

jejaka itu mula kaget. kenapakah??

*alamak...macam mana nak hidupkan spotlight kereta ni?jalan dah gelap tahap gaban ni!!*

beliau mula menyedari, yang dia hanya tahu memandu sahaja, tetapi benda-benda mudah seperti memasang lampu spotlight memang tidak diendahkan... haa, nak kata dia ni macam menyesal la jugak waktu itu.

mengambil tindakan nekad, jejaka itu dengan cool nya 'menerbangkan' keretanya melangkaui divider, sekaligus meletakkan keretanya di laluan bertentangan.

*huh...baik aku patah balik sampai jalan besar. kereta mahal pun tak guna, lampu tak tau nak on.*

************
*astaghfirullahal 'aziim... mimpi la. patut la tiba-tiba aku boleh ada kereta. ish ish ish...*
hamba Allah itu termenung setelah terjaga dari tidurnya, merenung kembali mimpi sebentar tadi.
-bawa kereta tau, on lampu tak tau!-
manusia selalu ingin mengejar sesuatu yang besar (selain bakal isteri..yang ni kena slim,haha), malangnya mereka mengenepikan perkara-perkara kecil. manusia kadang-kala lupa, masjid yang tersergam itu asalnya butir-butir pasir.
manusia kadang-kala alpa, kapal terbang di langit tinggi itu dulunya titanium di dasar bumi.
*aku mungkin terlalu pentingkan tentang masa hadapan, sedangkan aku masih belum menyusun langkah untuk menghadapi hari ini. impikan syurga, tapi amalan sunat di-anaktiri-kan, padahal ia penampal lubang-lubang pada amalan wajib. *ala...benda remeh jek...*
benda yang membantu untuk ke syurga, BENDA REMEH??
ruginya...

Friday, July 31, 2009

hitam putih

dunia hitam putih.

*dekat mana aku sekarang ni?*

tak ketahuan. cuba amati sekeliling.

hamba Allah itu berjalan tanpa mengetahui destinasi yang dicari. kedua matanya meliar ke segenap sudut ruang. dia tidak pasti sama ada itu ialah bilik. ataupun bangunan. ataupun awang-awangan. yang pasti, ia sejenis ruang.

suasana bertukar. umpama portal ke 'otherworld' dalam Silent Hill. namun tiada hantu nurse seksi muncul sebagaimana dalam game itu. tiada jua 'pyramid head' keluar untuk menyiat mangsanya.
hamba Allah kini berada di institusi pengajiannya. dia lebih selesa dengan suasana itu berbanding dengan ruang kosong tadi. kali ini, dia sedang melangkah untuk pulang ke biliknya. asrama yang masih jauh membuatkan hatinya terdetik.

*mengulang quran sambil berjalan ni seronok jugak. sementara nak sampai ke asrama.*

surah al-buruj menjadi pilihan. begitu lancar dan fasih dia membacanya. kisah as-habul ukhdud yang terkandung di dalam surah itu dihayati nya baik-baik. kisah orang-orang yang baru beriman kepada Allah mati dipanggang hidup-hidup oleh pembesar laknatullah. walau tidak sempat berbakti atas nama seorang muslim, namun Allah membayar gaji mereka dengan syurga. semuanya atas tiket akidah yang digenggam ketika mereka dibakar.

sampai di bilik. terus ke katil dan berbaring. hamba Allah itu tertanya sendirian. kenapa suasana masih terasa begitu asing? baru perasan, tiada manusia lain di sekelilingnya sejak tadi. malah dia mula menyedari. sewaktu mengulang al-buruj tadi, bukan suaranya yang keluar. tetapi suara milik As-syeikh Saad Said al-Ghamidi.

*apa tengah jadi kat aku ni?*

pandangannya pudar. fikirannya melayang. segalanya kemudian jadi gelap.

........

dia membuka mata.

*astaghfirullahal 'azim...aku mimpi.*

kenangan menghafal kalam Allah suatu ketika dahulu bermain di mindanya. didenda pumping, dipuji pensyarah, bertengkar dengan rakan a.k.a seteru politik, BBQ lewat malam, sehinggalah berjaya khatam 30 juz' dengan izin Allah. satu persatu muncul di fikiran.

dia cuba memikirkan mimpi nya tadi. adakah permainan tidur, ataupun peringatan dari Allah kepada dirinya yang bergelar hamalatul quran. pembawa al-quran. adakah dia masih 'membawa' al-quran, atau hanya sekadar 'pernah'. dia sedar, kesibukan duniawi bukan satu alasan untuk dia mengurangkan masanya terhadap al-quran. ia adalah cabaran yang telah disahutnya ketika Minggu Haluan Siswa di pusat tahfiz dahulu.

dia teringat pesanan. bila kita tak ingat sesuatu ayat al-quran, sebenarnya bukan kita yang lupa akan al-quran. tetapi al-quran yang melupakan kita. dia yang bakal menjamin kita di akhirat nanti, bukan kita penjamin nya. jadi, siapa yang perlu beringat?

janganlah kita nak berlagak dengan kalam Allah ini.

*terima kasih Allah, kerana mimpi ini. hidupkanlah diriku dengan al-quran, seperti yang aku pernah buat dahulu. jadikanlah ia peguam keduaku selepas nabi Muhammad, ameen...*

Saturday, July 25, 2009

air cond.

gelaran yang aku letak untuk post ini. seperti yang pernah aku buat, selepas mengupdate blog dengan post yang memanaskan jiwa lara sesetengah readers, biasanya akan disusuli dengan post lain yang berfungsi sebagai cooling agent.

inilah yang dinamakan provokasi tidak langsung. kutuk 10 kali. kemudian puji sekali, cukup. keh keh keh...

alkisah tersebutlah sebuah cerita...

haha...mana ada cerita. cuma, aku teringat sekelumit kisah, seinfiniti ilmu. tidak perlu detail, yang perlu di sini, apakah isinya. ia tentang kemahaan Allah melalui al-quran.

tertanya-tanya. kenapakah, wujud perbezaan pendapat mengenai cara pembacaan "maaliki yaumid diin" yang terkandung di dalam al fatihah. apakah signifikannya ayat ini?

sebagai permulaan, lihat semula maksud malik (ma=1 harakat) dan juga maalik (maa=2 harakat). inilah kalimah yang berbeza harakat pembacaannya menurut ulama'.

  1. malik=raja
  2. maalik=penguasa (yang menguasai)
"haha...tengok. ulama' pening kepala la tu. apa la quran ni. mana satu yang betul entah." suara manusia yang tiada mempunyai otak yang berfungsi.

hakikatnya, hikmah melalui perbezaan pendapat ini sangat indah. cuma sebahagian kita gagal meneroka. perlu diingat, ayat alam perlu dikaji seiring ayat quran. peringatan untuk aku la.

logiknya, raja tidak sama dengan penguasa. raja tidak semestinya menguasai. itulah raja boneka, yang bersepah seantero alam. gah dengan istana semata-mata. penguasa pula tidak sama dengan raja. robin hood mungkin perompak golongan bangsawan, namun dia menguasai kawasan orang kaya, dalam keadaan dia bukan seorang raja.

Maha Suci Allah. raja dan penguasa hari pembalasan. pemilik autonomi alam berserta isinya. awal-awal lagi di dalam quran, Allah mengisyaratkan kita mengenai keRajaan dan keKuasaanNya. tiada terpisah keduanya daripada Allah. sedarkah kita?

dalam dunia, hanya ada empat orang raja yang akan kekal. itulah King of Spades, King of Hearts, King of Diamonds dan King of Clubs. semuanya raja dalam kad terup. ini kata-kata King Farouk I, beberapa tahun selepas digulingkan oleh Gamal Abdel Nasser.

ish...mesti r boleh!!

alkisah tersebutlah sebuah kisah...

once upon a time, terdapat sebuah daerah yang aman lagi tenteram. penduduknya hidup harmoni, kerana ada mereka yang hobinya bermain harmonika. tiada kedengaran kes-kes manusia diganggu pocong, kerana pocong tempatnya hanyalah di Puchong selangor. tiada jua gangguan pontianak, kerana sesungguhnya pontianak hanya berkeliaran di Pontian johor.

namun, langit tak selalunya biru. bumi tak selalunya hijau. bulan tak selalunya purnama. keris tak selalunya tajam. suatu peristiwa ngeri berlaku di daerah tersebut. ianya bolehlah dikatakan sebagai kes CSI terulung di daerah itu, selepas Parti Pekatan Penduduk mengambil alih pemerintahan daripada Parti Pembaris.

suspek, seorang office boy dikatakan terbersin, lalu momentum "haccchoom!!" yang terlalu kuat telah menolak si mangsa jatuh dari tingkat 14 Bangunan Masakan Alam. mangsa merupakan penyimpan mohor besar tauke-tauke di daerah tersebut. malangnya, kini tidak lagi.

penyiasatan masih lagi berjalan. di majlis memperingati pemergian tragis Ateng(bukan nama sebenar), ketua-ketua puak hadir, termasuklah seorang bekas ketua puak daerah Ater.

dalam majlis perkabungan itu, penghormatan terakhir mengikut tradisi puak Ateng merupakan agenda utama. akan tetapi, kepelikan yang amat apabila puak Ater turut melakukan nya sebagaimana Ateng. tidakkah ia melanggar tradisi?

arakian, perkara ini dipanjangkan ke Majlis Agamawan Ater. "tindakan ini meragukan!" putus majlis tersebut. NAMUN...

beberapa ahli MT Ater menafikan keharamannya. menurut mereka, perbuatan itu hanya merupakan simbolik untuk umur dan ia merupakan perkara biasa. Tok Gaharu pemimpin Newcastle antara yang berpegang kepada fatwa ini. beliau pakar dalam isu-isu keagamaan dan tradisi. malah ketua mufti pun tidak setanding dengannya.

ish...mesti r boleh!! mereka itu bijak pandai. agamawan. ilmuwan. mana mungkin melampaui batas agama dan tradisi... tak begitu?? mereka tukang keluarkan fatwa. buat apa minta fatwa daripada orang lain? orang lain tak boleh pakai punya...

saya fikir. saya tulis. anda baca. anda kaji. anda bukan ananda. ^_^

Saturday, July 18, 2009

jom ke Bikini Bottom!!

"mayor kita akan makan di Krusty Krab!!yahoooo!!cepat semua, bersedia menyambut ketibaan yb mayor, go...go!!" mr krab yang kelam kabut bercampur gembira, mengarah dua orang pekerjanya.


squidward mengeluh,"lerh...kenapalah nak excited sangat dia ni." ala-ala sengau bunyinya. dia menoleh ke arah spongebob.


spongebob berpeluh,"ap...app...apa, mayor akan makan di Krusty Krab?! oh tidak, kita kena buat persiapan rapi!"


"jadi, si kedekut dan si lurus bendul nampaknya sepakat..." squidward geleng kepala.


"arghh...matilah kita! takkan kita nak pakai begini. seluar pendek berjumpa dengan mayor? mana boleh!! jom tukar sebelum terlambat!!" patrick yang tak pernah memakai baju, tiba-tiba jadi rasional.


"adui...si bodoh patrick pun sama..." komen squidward lagi.

masa yang ditunggu-tunggu semua (kecuali squidward) tiba...




mayor masuk ke Krusty Krab. berjalan di atas karpet merah, pengunjung berpusu-pusu untuk bersalam dengannya. spongebob datang sambil membawa resipi terulungnya...krabby patty!! beberapa perubahan terlihat daripada penampilannya; memakai tuxedo lengkap dengan bow dan kasut kulit. burger krabby patty juga ada perubahan-ianya dibentuk seakan-akan wajah mayor!?


mr krab tidak kurang hebatnya. selain berkot, tie dan kasut kulit hitam berkilat, dia turut memakai button badge berlambang Bikini Bottom yang tertera moto "ONEbikini bottom!!", tanda sokongan padu terhadap mayor. penuh tertib, dia mempersilakan mayor untuk menjamu selera.


patrick star tiba-tiba muncul di pentas. dia sudah bersedia untuk membuat persembahan...piano! oh, tidak! dia juga bermain gitar menggunakan kaki! mulutnya pula meniup trumpet ! persembahan yang hebat, muzik yang dimainkan umpama sebuah orkestra!


nun di kaunter pembayaran, squidward kaku. terkesima, terdiam, rasa tidak percaya, semuanya bercampur-baur. kalau tadi dia memperlekehkan sahabat-sahabat nya, tapi kini dia sendiri kagum. *lelaki nombor 1 Bikini Bottom duduk di meja yang aku cuci! waah...bertuahnya aku!*

begitulah suasana krusty krab pada hari itu. kehadiran mayor seolah-olah amphetamin yang melonjakkan semangat bekerja dalam diri spongebob dan sahabat-sahabat nya.


"kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, jika sekalipun kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu..."
hadis jibril


begitulah analogi mudah tentang konsep ihsan dalam ibadah. dengan ihsan, tidak cukup dengan amalan-amalan biasa, malah kita rasa terdorong untuk mengupgrade ibadah dengan melakukan penambahan seperti solat sunat. sentiasa terdorong untuk melakukan yang terbaik.


kita ialah spongebob. Allah ialah mayor. spongebob jadi smart, serius dan profesional kerana dia tahu, mayor sedang berada di hadapannya.


atau sekurang-kurangnya kita jadi squidward. bila sudah yakin mayor di hadapannya, dia mula sedar. dia juga ingin jadi yang terbaik.


atau kita belum yakin?

Sunday, July 12, 2009

hikayat dari parsi

suatu ketika dahulu di parsi, wujud seorang lelaki yang terlalu bijaksana. apa jua permasalahan penduduk sekitar, pasti akan dirujuk kepadanya untuk penyelesaian. akan tetapi, beliau ini tersangat lah ego pula. hobi nya setiap hari, selain pergi ke warung untuk bermain dam aji atau konda-kondi, dia juga gemar menanyakan soalan kepada penduduk lain. niatnya semata-mata mahu memperbodohkan mereka yang sememangnya tidak cerdik.

"kui kui kui!! kamu semua memang bodoh. aku jugak yang pandai!!" ketawa lelaki itu selepas berjaya mengenakan seorang pengunjung warung.

entah bagaimana, berita tentangnya sampai ke rumah seorang ulama. beliau lebih dikenali sebagai abu nawas. sekalipun ilmu agamanya tinggi, namun beliau tidaklah sampai mengkafirkan atau memunafikkan orang lain. selain itu, beliau juga tidak sampai menuduh UMNO sama dengan komunis dan ayah pin. *sudah dijamin syurga kah aku?* itulah pesannya terhadap diri setiap hari.

menanam niat untuk berdakwah, abu nawas pergi menemui lelaki tadi. oh ya, ulama ini seorang yang kelakar juga. elemen gurau senda menjadi ramuan metod dakwahnya. dia berharap agar lelaki itu akan menerima mesej yang berguna sambil dia berhibur.

sesampainya beliau di sana...

"assalamualaikum, wahai si bijaksana!" bijak cara abu nawas mengenalpasti mad'u nya.

"wa'alaikumussalam...saudara ada masalah yang mahu saya selesaikan? jika begitu, silakanlah bertanya." lelaki ego itu menawarkan khidmat konsultan.

"mmm...begini saudara. saya diberi teka-teki ini oleh seorang budak kecil. malangnya, saya ni bodoh sikit orangnya. mohon saudara yang bijaksana untuk membantu saya."

*hehe...aku memang pandai. kau, aku tengok pun dah tau bahalul.* cetus hati lelaki ego sambil tersenyum.

"soalan nya begini; seekor keldai mahu menyeberang sebatang sungai. akan tetapi, sungai itu lebarnya 400 meter, arusnya 100 km sejam, kedalamannya pula 500 meter. jika berenang, boleh mati lemas. naik sampan, mau nya terbalik kerana arus teramat deras. nak terbang, sayap pula tiada...bagaimana ya saudara penyelesaiannya?" abu nawas mengeluh.

"ini soalan tidak logik!! mana ada sungai macam itu!!" separuh jerit si lelaki.

"sabar...sabar...sudah begitu soalannya. jadi, saudara tidak taulah jawapannya ni?" tanya abu nawas.

"err...err...saya tak tau..."

"oh, kalau begitu, nampaknya saudara pun bodoh macam saya juga. sebab saya pun tak tahu jawapannya. oh ya! kita berdua lagi bodoh daripada budak kecil yang menanyakan saya teka-teki ini. tidak mengapalah, kan Allah jua yang Maha Bijaksana...trimas saudara, assalamualaikum..."

abu nawas beredar. meninggalkan lelaki tadi terpinga-pinga di tengah-tengah crowded yang menyaksikan tarbiyah tadi secara live.

"knowledge raises the low, but ignorance brings down the mighty..."
-saidina Ali ra.

Saturday, July 11, 2009

bounty

bismillahirrahmaanirrahiim.

dah lama tak menaip. idea yang agak bertimbun hanya berjaya disimpan sebagai draf sahaja. akhirnya, atas bantuan seorang member, berjaya juga aku 'menceroboh' masuk ke wireless internet cfs ni.

buat masa ni, dan mungkin juga beberapa ketika akan datang, aku cuma akan post "flashback stuff" sahaja. maknanya, sesuatu yang dihasilkan pihak lain, tapi mengikut acuan aku. parents aku pesan, waktu belajar, mesti belajar. *ayaaay, captain!!*

once upon a time...

hujan lebat tahap maharaja menimpa Kampung Gedegang. biasa lah, kampung lama...hujan 2-3 jam, banjir.

penduduk berpusu-pusu menyelamatkan barang-barang berharga. semuanya dinaikkan ke tempat tinggi. ada juga yang sibuk menurunkan bendera PAS yang dah reput di pagar rumah. member sekaki Kampung Buah Pala la katakan, orang-orang pembangkang semuanya...ish ish ish...

sekalipun berlainan ideologi politik, namun kerajaan tetap prihatin membantu golongan yang dalam kesusahan ini. pasukan penyelamat tiba, memindahkan penduduk dengan bot penyelamat. nun di suatu sudut kampung...

pasukan penyelamat memujuk Pak Cik Kordi untuk naik ke dalam bot. air banjir sudah mencecah 2 meter lebih. "moh ler kordi oii... kamu nak mampuih ker. air dah tinggi dah ni."tok ketua memanggil dari dalam bot.

"ish kamu ni. ajal maut di tangan Allah. nanti ler, aku yakin Allah akan selamatkan aku. kome pergi le dulu'" kordi membalas.

hari semakin gelap. hujan masih belum give up. Pak Kordi tetap terus mengharap. dia berdiri di atas van sambil memegang payung. "kejap lagi hujan berhenti lah ni. Allah pasti tolong aku. itu janji Dia dengan hamba2."

bot penyelamat yang melewati hampir 5 kali, langsung tidak dihiraukan Pak Kordi. dia sekadar melambai tangan, ataupun lebih tepat lagi, menghalau mereka yang ingin membantu. dia sesangat lah yakin Allah akan berhentikan hujan.

Pak Kordi sudah di atas bumbung rumah. van sudah tidak kelihatan lagi. yang nampak, cuma bendera PKR di hujung areal tv di atas bumbung. *Nuar sibuk nak jadi PM. mana ingat kat pengundi dah...* keluh hatinya.

terdengar bunyi helikopter. pasukan penyelamat masih mencari kalau-kalau ada mangsa yang tertinggal. Pak Kordi segera meniarap agar tidak dapat dikesan. dan dia berjaya. *yes! biar Allah je yang tolong aku*

Pak Kordi kaget. "Ya Allah! air dah sampai tengkuk aku ni, bila Engkau nak tolong aku? aku punya yakin dengan Kau, tapi Kau tak kisah pun. bila hujan nak berhenti? bila Kau nak tolong aku? BILA !!!"

tiba-tiba terbit satu suara,

"siapa kata aku tak tolong. dekat 5 kali aku hantar bot nak selamatkan kau. tapi kau tak nak. bila aku hantar helikopter, kau menyorok. apa yang kau minta? minta berhentikan hujan. itu bukan urusan kau."

.....Allah sentiasa makbulkan doa kita. TAPI, ikut bentuk yang Dia nak, bukan ikut kehendak kita. dan pada waktu yang Dia tetapkan, bukan ikut waktu yang kita suka.....

Saturday, June 20, 2009

maaf ≠ ampun

28 hb jun 2009. masuk ni kira dah 3 minggu aku kat CFS IIUM pj. still dalam proses nak 'melajukan' diri untuk mengejar course outline. sekali datang kuliah, satu bab habis. nasib baik otak yang Allah pinjamkan ini takde had kapasiti. kira risiko untuk kepala meletup memang 0%. alhamdulillah...


kelas chemistry hari itu. sebelum stat belajar, lecturer bagi tazkirah dulu. hari ni, beliau tanya kami apa beza 'maaf' dan 'ampun'.


tercengang. ternganga. terbeliak. terjaga dari angan. telan air liur.


semua students bagi respons berbeza. tetapi tetap tiada jawapan. ni lecturer chemist ke BM ni... kisah bermula.


"setiap kali buat salah kat orang, ketuk sebatang paku kat dinding". seorang ibu mengarah anaknya. *lerh...cerita ni macam aku pernah dengar je...* qarin aku berbisik.


itulah yang dilakukan oleh si anak. pesan ibunya lagi, "bila kamu minta maaf, dan kamu dimaafi, cabut satu paku yang kamu dah ketuk itu."


dipendekkan cerita, berjaya juga semua paku di dinding dicabut oleh si anak. *aku dah tau apa sambungan cerita ini...haha...* diam la qarin!!


si ibu menyuruh anaknya memerhati bekas-bekas yang ditinggalkan oleh paku yang telah dicabut. berlubang-lubang, macam jururawat. ops, jerawat.


"sayangku, macam itulah apabila kita berbuat kesalahan terhadap orang lain. bila kita meminta maaf, mungkin kita akan dimaafkan. namun, apa kamu yakin yang mereka akan MELUPAKAN perbuatan kamu itu?"


si anak tercengang. kami terdiam. lecturer maintain tenang. kelas jadi lengang.


bila buat salah dengan orang, kena minta maaf. salah boleh diampun. but forgive doesn't mean forget.


وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
(al baqarah : 286)


"dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami..."


ek?? lerh... Allah dah ajar dah benda ini rupanya... bila kita berdoa kepadaNya, Dia suruh kita minta maaf dan ampun. *Ya Allah... selama ini aku baca tahlil dengan ma'thurat tak perasan maksud di sebalik doa tu...*

memaafkan kesalahan itu mungkin mudah. tapi melenyapkan terus dari fikiran agak payah. tapi islam ada solusi.

jangan buat salah kepada orang lain. berusahalah.

salam perpaduan. dan juga kerajaan perpaduan. ^_^







Wednesday, June 3, 2009

family = precious

hari ini adik aku balik cuti. agak lambat, sebab ada kem spm. ayah kurang sihat, so abang aku di Batu Gajah yang pergi jemput. kebetulan anak dia pun ikut, bila diorang sampai cepat-cepat aku simpan laptop. hahaha...

budak kecil, memang suka explore. entah macam mana dia ternampak chess set yang agak tersorok tu. dia memang pandai guna computing system WYSIWYG dalam alam realiti. what you see is what you get. apa yang dia nampak, itu la yang dia nak. pening... pening...

hari ini aku berjaya mengesan sejenis lagi penyakit. fobia kepada wayar!! hahaha... anak saudara aku ni la, punya takut dekat dengan wayar. wayar laptop, tv, kipas, charger handphone, dan yang sewaktu dengannya. *baguuus!! ada juga benda yang aku boleh sakat dia. keh keh keh... kau ingat aku ni tak mesra kanak-kanak, so tak berani kacau kau?* bisikan jahat menerjah. rilek, tunggu dia buat hal dulu, baru bertindak!

ini cerita adik aku. sampai rumah, dia bukak air vitagen. kasar sangat, tertumpah. keh keh keh... memang sengaja nak jadi mangsa kutukan aku.

"hishhh...ajla kalau buat kerja, memang guna hidung. mesti ada something wrong, hahaha..." aku jerkah.

"eleh...bencik tu, buat kerja guna lutut!!" cis, kena balik!

aku memang suka cari point nak kutuk dia. saja, bukan selalu jumpa. mungkin itu komunikasi terbaik untuk adik-beradik, hehe... tapi ikut situasi juga. subhanallah... keluarga adalah kurniaan yang tak ternilai. mereka seolah-olah menyempurnakan hidup kita. namun firman Allah:

"katakanlah, maukah Aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? bagi orang-orang yang bertaqwa, di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta redha Allah. dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya. (iaitu) orang-orang yang berdoa,"ya Tuhan kami,kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka. (juga) orang-orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menginfakkan hartanya, dan yang memohon ampunan pada waktu sebelum fajar."
ali imran : 15-17

ya! pakaian taqwa itulah yang terbaik. ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mensyukuri nikmatMu, sebagaimana doa insan pilihanMu sulaiman,

"maka dia(sulaiman) tersenyum lalu tertawa mendengar perkataan semut itu. dan dia berdoa: Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh."
an-naml : 19

taqwa. taqwa. taqwa.

pimpinlah daku ya Allah. ameen.

Monday, June 1, 2009

perlumbaan kura-kura dengan arnab : the other side

*cis! aku kalah...macam mana boleh jadi camni...* jerit hati si arnab. sesuatu yang paling memalukan baru sahaja berlaku dalam hidupnya. sambil tersungkur, dia berpaling ke arah kura-kura.

"keh keh keh...padan muka kau, arnab! itu lah, berlagak sangat." kura-kura memperlekeh. pedih hulu hati sang arnab.

sambung kura-kura,"aku mungkin lembab bergerak, tapi aku ada otak. kau tu, laju..tapi sombong. tak pakai otak pula. jadi lah bodoh sombong!"

berderai hilai tawa kerabat kura-kura. tekanan yang dialami arnab hanya Allah jua yang memahami. sudah lah kalah, dikepung kemudian diejek pula. sedangkan sebelum perlumbaan tadi kura-kura sangat bersopan-santun. sambil mententeramkan hati yang remuk-redam, dia berdoa:

"Ya Allah, keluarkanlah kami dari kampung yang zalim penduduknya ini. dan berikanlah kami pelindung dari sisiMu, dan berikanlah kami penolong dari sisiMu..."
-an nisak : 75

"heiii...aku memang dah lama tak puas hati dengan kaum arnab ni. aku rasa kau orang pun begitu juga, kan?" laung kura-kura bintik.

"ya, betul tu! apa kata kita belasah aje mamat ni. biar mampus! jadi peringatan buat kaum arnab supaya tak kutuk kita lagi. ayuh!" sahut kura-kura durian.

arnab ketakutan amat. hanya berserah kepada Allah, dia memejamkan matanya. tiba-tiba...

VROOOOMMMM!!! KRAAAAKK... KRAAAAKK...

"aa...apa yang terjadi?" arnab seraya membuka matanya, terkejut dengan bunyi itu. seakan-akan bunyi...

"lori balak!! kura-kura, kamu semua tak apa-apa kah?!...ja..jawab lah!" arnab terkedu. dia tidak sanggup melihat jenazah kura-kura di hadapan nya. semua remuk sama sekali digilis tiga buah lori balak...

arnab pulang ke kampung nya dengan lemah longlai. sejak hari itu, dia berubah menjadi seorang pendakwah unggul di kalangan masyarakat arnab. atas usahanya, kaum arnab mula berbaik-baik dengan kaum kura-kura. mereka tidak mahu lagi bermusuh-musuhan, kerana takut kemurkaan Allah menimpa lagi.

Sunday, May 31, 2009

wasiat

aku teringat lagi.
tak habis-habis. kuat berangan kah? mengelamun? tak... cuma, satu peringatan mungkin.

tak lama dulu, 20 mac 2008. muslimin malaysia menyambut maulidur rasul majoritinya. cuma yang pasti ulama' sejarah bersepakat kelahiran nabi Muhammad pada isnin tahun gajah. 12 rabiul awwal? bukan skop ku kali ini.

seperti petir berita itu. heh. atuk dah meninggal. hehe. hehehe. menangis. kenapa air mata keluar ni? kan aku tengah gelak? *bodoh, jangan tipu diri kau sendiri. teruskan menangis.* itu qarin aku kata.

aku balik kampung, urusan mudah sebab tengah cuti umum. baru kelmarin aku ziarah tuk, keadaan macam biasa. sekarang depan mata aku, juga macam biasa. tengah baring juga. bezanya, sudah tinggal jasad. atuk memang betul-betul dah meninggal.

aku sampai agak lewat, jenazah tinggal untuk disolat. nasib baik, alhamdulillah sempat. mencium dahi tuk kali terakhir, handsome rasa aku atuk hari ini. dengan bau minyak atar, baju putih bersih, rambut dan janggut rapi.

acu, bapa saudaraku memanggil kemudiannya.

*mokhsin, sebelum meninggal atuk pesan pada acu. dia minta, acu dapatkan PhD secepat mungkin. insyaAllah, tengah siapkan tesis. lepas tu, dia nak mokhsin teruskan usaha jadi al-hafiz. itu wasiat atuk untuk kita berdua. kita mesti ingat ini betul-betul...*

sambil bercakap, acu menangis. aku? tak, kena tahan. setitis air mata*. aku mesti tahan! titis kedua, ketiga, keempat*. aku menangis. lagi. *haha..jangan cuba tahan, kawan*. si qarin penyibuk.

sepupuku bercerita. atuk mahu al-fatih muncul dari keturunannya. lain orang, lain pesan atuk, aku rasa. Muhammad al-fatih yang membuka kota constantinople. disifatkan rasulullah:

"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."

siapa bakal 'al-fatih' itu? tak tahu. aku tak pasti tentang itu. sebab apa aku teringat? sebab ini ialah wasiat.


yusuf islam. siapakah?

perjalanan yang dihiasi pohon-pohon berduri.
cukup sukar tanpa pengorbanan diri.
cukup senang bilamana Allah mengiringi.

ke jalan hidup abadi.



"Dear Yusuf, you got your voice from God, you got your songs from your heart, you got the text from your brain, you got your fans from your love which we got, you will get your future from God, your heart, your brain and the love which will come back. Thank you for all what we got from you ... your old and new music and your believing.
(by steven, germany in yusufislam.org.uk)

sejenak. yusuf islam, kisah yang perlu diulang-ulang.

tiada post. cuma travelog dakwah.

Saturday, May 30, 2009

pesan mereka tentang kawen

tadi aku pergi org kawen.
sepupu aku, kak ita. dia ader adik laki, fairuz name nye. dia ni memang sekali dgn aku waktu d dq dulu. aku student persijilan, dan dia lak diploma. sambil jadi sepupu, dia gak member aku.

majlis kawen la kate kan, mestilah ramai org(ek?). makin ramai, makin aku tak kenal ramai org. ayah cakap, kenduri ni penting supaya kita leh kenal-mengenal dgn sedare mare.

ntah le. sebab agak tension, aku pun membawa diri lepak kat bwh satu pokok. join dua org abang aku, diorang tension gak ke? tak... diorang nak hisap rokok, desert lah lepas makan.

bila difikirkan, aku memang tak pernah impi psl berkeluarga. dulu sebab aku rase buang mase, agak ekstrem??
tapi skang dah ok skit. aku tetap x suke fikir psl kawen, tp atas sebab lain. yang lagi relevan kah? aku kata ya.

waktu jamuan perpisahan kelas BI ritu, sir zul pesan kat kami:

kamu nak kawen kah, nak ape kah, pastikan dah genggam segulung ijazah. dah ader at least ijazah, kamu boleh hidup normal, insyaAllah. aku tak nak buat pembuka kata kat ayat sebelum ni, sebab aku tak ingat susunan ayat sebenar. pasal ust aku dulu pesan, dalil kena tepat...kalo x ingat exactly, bagitau dulu kat org. ok kan penjelasan aku?

trimas sir. sebenarnya parents dah banyak kali explain psl ni kat aku. nasihat lebih kurang cam sir. cuma aku yang tak brape ambil pusing. sebab aku memang tak fikir pasal kawen! memang aku xnak kawen kah? tak, bukan camtu. jangan lawan fitrah manusia, juz kawal...

aku rase belum mase nye. ya, muktamad! nasihat ibubapa dan sir sememangnya menguatkan lagi keyakinan ku. sekarang waktu akademik.

ijazah. master. kedoktoran. insyaAllah.
selain itu, cerita lain.

kadang2 teringat ayah. sebenarnya setiap waktu.

ayah. abah. abi. bapak. pak. father.

petang td aku terkenang. aku teringat. teringat kisah.
kasih bapa, kasih anak nya.
kisah kasih, ayah dan permatanya.

terus, aku memainkannya satu-persatu.
suatu hari, terima si bapa khabar dari bandar.
khabar si anak yg dlm kesusahan. dalam kesakitan. dalam penantian. ke matian.

segera si bapa penyayang berangkat ke bandar. ada kisah d sebalik kisah mereka berdua.
hubungan yg telah lama renggang. retak. tiada persefahaman.
si anak lalu membawa diri ke metropolitan. itu lama dulu.

sudah tiada. dia dah meninggal. anak mu dah mati. nyawanya diragut kanser.
seolah panahan petir menyambar bapa, jasmani rohani.
tidak sempat bapa berjumpa dgn anak nya. buat kali terakhir. ketika masih hidup.
menyesal. menyesal. menyesal? tak menyesal. bukankah semua ketentuan Ilahi.
aku tidak akan menyesal(kata bapa) .
aku cuma sedih, itu lah seorang bapa.
kasih kepada si anak. sekalipun dihina. dicaci.
semata-mata peristiwa masa lalu. tak mampu si anak memaafkannya.
si bapa terpaksa memalingkan muka. tanda kecewa. itu lama dulu.

di hadapannya kini si anak. terbujur kaku, tiada denyutan.
ahli2 keluarga bercucuran, berlinangan air mata. tetapi tidak bapa.
dosa anaknya terlalu berat terhadap bapa.

anakku...kenapa jalan ini yg kau ambil?
sehingga mati kau memusuhi aku. mungkin juga matamu terpejam dek tdk mahu memandang wajahku.
tak mengapa. itu jalan yg kau pilih.

(zon mudah)

giliran si bapa mencium arwah kali terakhir. semua mata tertumpu ke arahnya.
bapa membongkokkan badannya. lalu dia mencium dahi arwah si anak.

air mata jatuh setitis. dua titis. dan seterusnya, maka berderailah lautan air mata si bapa.
menangis teresak-esak atas pemergian anakanda. yang sentiasa disayangi. walaupun zahirnya tiada sayang selama ini.

kasih ayah anak kasih abadi. tak mungkin terputus semudah itu. pernahkah bapamu menangis kerana perlakuanmu? pernahkah abi mu bersedih kerana hinaanmu?
ingatlah. si anak tidak akan menangis apabila abahnya mati, jika kebencian bertakhta di hati.
namun bapak akan menangis sedih, apabila anaknya yang sering memusuhi dirinya mati.
sedalam mana benci anak kpd ayah, si ayah takkan mudah menganggapnya derhaka.

ini kisah benar. tdk perlu tahu siapa bapa, siapa anak.
doakan bapa kita menangis melihat kita menggenggam ijazah.
bukan kerana marah.
sekurang-kurangnya sayangi lah dia sblm dkambus tanah.


Related Posts with Thumbnails

pageviews